Pages

Tuesday, 8 July 2014

Am I Pregnant?

Salams.

Alhamdulillah ada kerajinan untuk menunaikan janji. Kali ini aku akan kongsi bagaimana aku mengetahui aku pregnant dan bagaimana reaksi aku dan suami.

Aku seorang pelajar tahun akhir yang mana ikut perkiraan akan graduate hujung tahun ini. So, untuk tahun ni aku nekad untuk menghabiskan pengajianku dan graduate bersama-sama coursemates. Aku lupakan seketika naluri untuk punya anak sendiri selepas kecewa dengan kandungan sebelum ini. Kecewa bukan tidak dapat menerima kenyataan tetapi aku aku ini manusia biasa yang dikurniakan perasaan dan emosi. Untuk tidak memikirkan kesedihan akibat miscarriage, aku nekad sibukkan diri dan fokus pada study. Hal miscarriage akan aku ceritakan kemudian.

Hal anak telah aku suarakan pada suami. Dan suami menyokong apa jua keputusan aku. Aku katakan pada suami biarlah aku dapatkan skrol ijazah sarjana muda dahulu barulah kita fikirkan soal anak. Tapi siapa menyangka, disebalik perancangan kami rupanya Allah SWT mengaturkan sesuatu yang lebih besar dan tersusun sempurna.

Kesibukkan selepas majlis perkahwinan kakak membuatkanku lupa soal period. Ditambah lagi sibuk untuk final year project dan menyertai seminar antarabangsa anjuran universiti. Kesibukkan melampau sehingga sampai satu tahap aku menangis sebab tidak dapat join adik beradik yang lain celebrating my mom's birthday.

20 Februari mengikut perkiraan sepatutnya periodku datang. Tetapi aku terlupa dan leka dengan kesibukkan sebagai pelajar tahun akhir. Selang beberapa hari aku mula perasan tapi aku sedapkan hati sejak miscarriage hari tu cycle period aku sedikit terganggu.

Hari berganti hari minggu berganti minngu, aku semakin takut dan bimbang. Serious aku katakan aku belum bersedia. Aku mahu convo tahun ni. Untuk convo, aku wajib menjalani latihan industri atau internship. Memandangkan tempat internship yang aku pilih hampir semua melibatkan fieldwork dan dive, pregnancy memungkinkan aku tidak dapat menjalani internship

Satu hari, aku dan kawan-kawan pergi Starbucks. Tempat yang selalu kami jadikan tempat untuk kami buat assigment. terdetik dihati aku untuk beli pregnancy test. Aku beli brand 'Closure' kalau tidak silap. 

Esok pagi, aku terfikir untuk test tapi aku takut. Takut untuk nampak double line. Naluri aku sebenarnya dapat rasa ada nyawa baru di dalam tapi mindaku menidakkan. Petang tu pulang dari lecture, aku nekad untuk test. sengaja buat lewat petang konon-konon biar single line sebab selalunya double line boleh dapat bila awal pagi (nampak tidak betapa tidak bersedianya hadapi kenyataan).

Apa jadi? double line naik laju! Selaju airmataku. Airmata kesedihan bukan kegembiraan. Allah, bila kenang balik betapa berdosanya aku. Menidakkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Aku masuk bilik then letak pregnancy test tu dalam drawer. Aku menangis semahunya atas katil. Tidak lama lepas tu suami balik kerja.

Aku ingat lagi aku katakan pada suami "Bi, tengok dalam drawer". Suami tanpa bertanya terus tengok apa yang ada dalam drawer. Aku dengar suami ucap "Alhamdulillah". Aku terus menangis tapi tidak mahu pandang muka suami. 

Suami yang Allah kurniakan padaku sungguh penyabar dan matang berbanding aku. Suami pujuk aku. Dia katakan kenapa perlu menangis? Aku jawab sebab aku belum bersedia. Astaghfirullah bodohnya aku. Selepas itu aku lupa apa lagi isi perbualan kami tetapi ada satu  aku masih ingat suami katakan padaku:

"Kalau ini rezeki, tolak macamana pun belum bersedia sekalipun dia tetap ada. jalani hidup seperti biasa. Aktif seperti biasa. Kalau mahu dive, dive saja. Bi tiada halangan. Tengok dulu betapa kita jaga kandungan yang dulu terlalu banyak bedrest tapi kalau Allah tentukan belum rezeki akhirnya dia kembali pada Allah..."

Tidak aku nafikan selepas itu memang aku teruskan hidupku seperti biasa. Aku siap terjun laut dari jetty dengan coursemate, diving di lautan, diving dalam tank bersihkan tank di institut tempat aku belajar dan aku berjalan sana sini tanpa rehat. Aku belum bersedia untuk buat confirmation dengan doktor. Next aku ingin kongsikan tanda-tanda kehamilan yang aku alami sebelum buat pregnancy test.


Am I pregnant? Yes!

P/s: Pregnancy kali ni aku lebih selesa berdiam and tidak hebahkan seperti mana kesilapan pregnancy sebelumnya (I uploaded a picture showing something that I peeing on it). Dan suami juga melarang.  Ikutkan kepala budak-budak aku ni memang kadang-kadang buat dulu baru fikir tapi Alhamdulillah kali ni lebih matang :)

Yours truly,
Neeja.

No comments:

Post a Comment