Salams.
Nikah muda atau lebih tepat lagi nikah di usia muda. Nikah muda ni bagus. Tapi semestinya kena ambil peduli beberapa perkara juga. Kalau tidak mampu, in the future memang merana juga. Kemampuan bukan dari segi kewangan sahaja tau. Malah banyak benda lagi masuk dalam golongan berkemampuan ni.
Kalau ditanya pada diri aku ni, memang aku ini banyak sopak sana sini. Tapi berkeras juga nikah. Sebenarnya berkeras ataupun tidak bukanlah hal pokok. Aku percaya ini takdir aku. Jodoh aku sudah sampai. Alhamdulillah. Setakat ini aku tidak pernah merasa menyesal ambil keputusan ni dulu. Aku sentiasa berdoa semoga keputusan ini terbaik dan diredhai Allah SWT.
Aku nikah di usia 21 tahun dan bertunang zaman matrik. Masa mula-mula suami yang dulunya boyfriend bawa tunang memang mak aku tolak mentah-mentah. Tiga kali mak aku tolak. Kali keempat Alhamdulillah terbuka hati mak. Tapi aku tidak pernah salahkan mak sebab aku cukup tahu mak punya alasan tersendiri. Alasan yang paling kukuh sebab usia yang terlalu muda dan aku belum matang.
Aku akui aku memang belum matang. Tapi manusia boleh belajar, maju dan berubah kan. Melalui pernikahan, aku belajar banyak benda. Salah satunya kematangan. Aku lebih terurus. Aku kurang pentingkan diri sendiri. Aku sensitif dengan hal-hal sekeliling. Tapi aku masih ada sifat manja dan keanak-anakkan tapi sekarang lebih manja dengan suamilah.
Perbezaan usia bukan satu penghalang. Buktinya antara aku dan suamiku usia kami jarak sepuluh tahun. yes TEN years! Dulu sebelum kahwin, mak aku selalu nasihat cari suami cari yang lebih berusia sebab kena tegas handle keras kepala dan sikap manja aku. Aku jawablah "Ya lah. Nanti cari jarak umur sepuluh tahun!" hah kan jadi satu doa :)
Alhamdulillah November nanti genap usia perkahwinan yang kedua and hey this tiny creature little caliph will be our anniversary gift in shaa Allah... Aamiin...
Suami selalu nasihat dan ingatkan yang seorang penceramah ada sebut lima tahun pertama pasangan suami isteri selalunya belum cukup stabil dari segi kewangan dan perhubungan. Dan aku sangat setuju benda tu. Apatah lagi buat masa ni hanya suami yang bekerja sementara aku masih belajar (sekarang ni cuti sementara waktu untuk menjaga kandungan). So, kita dan pasangan yang kena tahu corakkan dan bina ikatan ini perlahan-lahan berbekalkan kasih sayang dan kerjasama, tolak ansur dan banyak lagi nilai.
Bagi yang punya kekangan untuk nikah muda, bersabarlah. Sesungguhnya Allah punya perancangan yang lebih indah. Cepat atau lambat yang penting nikah. Tuntutan agama. Sunnah Rasul kita tu :)
Yours truly,
Neeja.
No comments:
Post a Comment