Pages

Wednesday, 17 June 2015

Sonshine: Adam Noah Punya Solid food

Salams.
Alhamdulillah Adam Noah started his solid food seminggu sebelum 6 bulan. Adam Noah memang meragam habis-habisan bila tengok orang dalam rumah makan since his 5th month. Anything dia akan sumbat dalam mulut dia kalau dapat pada tangan dialah.


Then satu malam tu lepas menyusu dia main kejap then when husband and I had our dinner, Adam Noah nangis-nangis minta dukung which at that time dukung with his atok. My mom said "dia lapar mungkin" sebab check diaper okay so basically kalau diaper okay, dia meragam if lapar and I was like tidak mungkin sebab baru lepas menyusu. 
Lepas tu terfikir ada buah pear dalam peti ais. Terus laju tangan buat puree untuk Adam Noah.
Bagi dia makan ingatkan tidak pandai kunyah, rupanya kunyah macam sudah 1-2 bulan kunyah solid food!
Selama seminggu tu saya bagi ikut 4 days rule. 4 hari puree buah pear selebihnya apple puree.



How to urus and simpan puree?
Macam first time mom yang lain, saya baaannyyakk google and baca blog-blog mommies yang prepare food untuk anak masing-masing. So ilmu dah dapat saya terus apply lah.
Adam Noah, this is how I prepare solid food for you:
Basuh dan bersihkan dulu buah/sayur. Untuk permulaan, better bagi baby puree epal, buah pear dan ada beberapa lagi (boleh google sebenarnya). Adam Noah rasa buah pear dulu. Then steam atau rebus. Antara steam dan rebus, steam lagi better. Better dari segi pengekalan nutrient dalam buah/sayur. Bagi ibu-ibu yang ada alat yang boleh steam and blend sayur/buah jadi puree lagi senang. Bagi yang mampulah. Saya buat manual saja. Niat di hati memang mahu benda tu sebab menyenangkan dan tidak memenatkan tapi bila fikir-fikir balik, duit tu boleh belanja apa yang penting dan perlu untuk anak. No worries Adam Noah ibu is gagah demimu.
After rebus/steam tadi, bolehlah blend. Ada certain sayur/buah yang likat bila blend so saya tambah air rebusan or air panas sikit.
Lepas blend bolehlah masukkan dalam bekas macam step 1. Jadikan kiub-kiu  senang ambil beberapa ketul yang feeding. Untuk jimat ruang (macam saya), lepas kiub puree tadi keras sikit keluarkan then letak dalam bekas macam step 2. Then label puree apa and tarikh bila puree tu dibuat  macam dalam step 3. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab frozen puree ni pun ada tarikh luput. Kalau tidak silap boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja macam expressed breast milk (ebm). Just imagine dalam freezer ada banyak jenis puree apple,pear,pumpkin,potato, carrot, brocolli etc anddd semua tidak letak tarikh. Bagi anak makan rupanya almost 5 month sudah puree tu. Kesian anak. Step 4 tunjuk macam mana saya simpan labelled frozen puree.


Feeding time- keluarkan beberapa ketul (bergantung banyak mana anak mahu makan. Tapi permulaan bagi dua tiga ketul dulu) then biarkan lembik. Re-heat puree tadi ikut prinsip re-heat ebm okay. Jangan atas api nanti api panas sangat boleh mendidih puree lepas tu 'rosak' semua nutrient.
Selalunya sebelum bagi Adam Noah makan, saya campur dengan ebm atau fm (Adam Noah campur susu sudah ebm+fm). Kenapa campur susu? Tidak mahu tekstur puree terlalu likat (ada puree still likat even sudah campur air masa blend) kan baby still belajar telan solid food. Imagine selama berbulan telan makanan dalam bentuk cecair (susu ebm or fm), suddenly kena push bagi makanan yang likat susah kunyah risau baby tersedak masa feeding. Bagi first time mom baby tersedak not a small matter ya. Risau Ya Rabbi! So kena pastikan tahap kelikatan makanan yang kita bagi sesuai. Macamana tentukan kelikatan? Trust your naluri keibuan. Kalau tidak percaya naluri anda go ask your mom or mother-in-law or sister yang ada anak.
Masa feeding, saya sediakan air kosong juga bagi Adam Noah. Andddd kena pandai tackle anak means kena tarik perhatian dia. Macam Adam Noah ni aktif lebih sikit so masa feeding memang terjoget ternyanyi juga ibu dibuatnya. Paling best selain masa menyusukan anak, feeding solid food pun boleh jadi bonding time. Saya amalkan masa bagi makan anak (selain joget dan nyanyi) bagi kata-kata yang positif dan nasihat contohnya:
"pandainya anak ibu makan. Makan baik-baik biar cepat besar"
"Anak ibu kena bersyukur ada rezeki hari ni boleh makan. Ada orang di luar sana langsung tiada makanan"
"Masa makan kena behave okay sebab ini rezeki. Itu tanda kita syukur dan hormat rezeki Allah bagi"
Ataupun saya selitkan doa-doa/zikir/selawat/lagu nashid.

Baby terima atau tolak?
Ada kawan dalam FB yang cakap "bagusnya anak mahu makan sayur/buah", "anak saya makan bubur sahaja", "bagusnya anak enjoy masa feeding, anak saya tidak mahu solid food"
Well tipulah kalau saya kata Adam Noah terima and enjoy semua solid food yang saya prepare. Baby kan lumrah lah ada yang mahu ada yang tidak. Baby masih dalam proses membesar dan adapt dunia sekeliling. Benda baru memang ada dua kemungkinan. Terima atau tolak.



Ini yes muka happy and enjoy feeding time sebab apple puree paling dia suka. Saya terfikir mungkin sebab apple antara makanan yang dia rasa mula-mula dulu.


Ini pula muka terpaksa makan. Puri brokoli tu yang hijau tu. Dia memang kurang gemar. Muka akan kelat bila suapan pertama. Then senyum tiada tau!
Another sign yang dia reject puree tu ialah makan tidak habis. Pertama kali masak bubur nasi campur carrot dia boleh buat muka macam dalam gambar atas then setiap kali saya suap dia buat ala-ala mahu muntah. So bila dia tunjuk sikap begitu saya discover yang Adam Noah tidak suka bubur nasi sebab carrot puree dia makan habis! So taktik saya bubur nasi tidak boleh apply 4days rule. Dalam seminggu sekali dua sahaja buat bubur nasi.

Look for these signs...
Bila sudah jadi ibu/mama/mommy/ummi/mak ni kena jadi alert banyak sikit dari sebelum ini. Bila anak sudah mula makan, kena selalu perhatikan keadaan baby. Kalau:
1. Najis baby jadi keras
2. Kulit baby timbul sesuatu bukan disebabkan nyamuk atau apa-apa yang diketahui sebabnya
3. Kembung perut
kemungkinan solid food yang kita bagi anak makan tu tidak sesuai untuk bayi kita.
Sebab itu digalakkan untuk follow 4days rule. Bila mana bagi bayi makanan yang baru pertama kali buatnya, bagi bayi makan benda itu selama 4 hari berturut-turut tanpa campur dengan bahan yang lain (Contohya: hari ini pertama kali Adam Noah rasa apple puree, 3 hari berikutnya saya juga bagi apple puree). Dengan cara ini tindakbalas badan bayi dengan solid food yang kita bagi tu dapat lah dikesan dengan mudah. Just imagine hari ni bagi apple puree, esok banana puree, lusa sweet potato petang tu baby timbul bintik-bintik seluruh badan, dapat kesan tidak makanan yang mana buat allergic tu apple kah? Banana kah? Sweet potato kah?
Adam Noah dulu pernah timbul bintik-bintik selepas makan puree lobak so I assume lobak yang bertanggungjawab immediately saya stop bagi lobak (after few weeks saya try bagi lobak Alhamdulillah dia sudah boleh terima lobak).
Pendek kata kena alert lah dengan setiap perubahan pada keadaan anak kita. Nama juga anak kita so kita kena alert la. Jangan pula jiran yang alert kita "tidak sedar" apa-apa sebab ada beberapa lagi tanda anak tidak boleh terima satu-satu solid food tu *boleh google.

Nota: Saya bukan ikut ketat sangat pun 4days rule. Guna naluri keibuan lah hehe. Contohnya hari ni saya bagi Adam Noah rasa carrot. 3 hari berturut bagi carrot. Notice no sign of allergic. Two weeks later bagi lagi carrot. kali ni tidak bagi berturut sebab tahu dia "serasi" dengan carrot. Same goes to other fruits/vege. Saya guna prinsip ni. But saya tekankan sekali lagi, motherhood bukan competition and no manual for motherhood. Yang terbaik untuk anak kita tidak semestinya baik untuk anak orang lain.
Please respect *peace*

Till then,
Neeja.



No comments:

Post a Comment