Pages

Sunday, 18 June 2017

Tips Elak Koyak dan Jahitan Sewaktu Bersalin





Lamanya saya simpan entri ni. Serious rasa bersalah dengan kawan-kawan FB terutamanya sebab hari tu ada post tanya siapa yang mahu saya cerita cara tiada koyak waktu bersalin NA.

Dan peram berbulan tahu. Kesian dengan kawan-kawan. Maka dengan itu terimalah entri khas ini hihihi

Terus terang saya terkejut bila bidan bagitau
"Saya tidak jahit ya mama sebab tiada koyak"

Lepas tu lagi terkejut bila saya tanya berat NA
"Nurse, berapa berat baby saya?"
Confirm konon berat 2 kilo lebih jeee
Sekali nurse jawab
"3.4kg mama"
TERBELIAK biji mata tau dak.

Lepas saya bersalin tu dan discharge, saya yakin amalan sebelum bersalin tu penting untuk bantu kita melalui proses bersalin. Dan memang saya nekad untuk share pada semua wanita yang bakal melahirkan.

Disclaimer: Sebelum saya mula please ingat ya: KUASA SEBENAR DATANG DARI ALLAH. Segala tips atau amalan hanya ikhtiar. Kan Allah suka bila kita usaha. Kalau tidak usaha tapi mahu itu mahu ini, ingat Allah bagi free?


SEBELUM BERSALIN
1. Mindset
Disebabkan pengalaman bersalin AN saya ada jahitan dan saya cukup rasa peritnya bila ada jahitan, saya pasang angan-angan next baby tidak mahu ada jahitan. Cemana tiada jahitan? Tiada koyakkan masa bersalin. So dari awal pregnancy tu saya set minda saya macam ni “Nija, nanti bersalin tiada koyak.” Sentiasa cakap berulang kali dan sentiasa set dalam minda begitu. Gunalah apa-apa ayat yang kamu suka dan senang ingat untuk diingat lain kali.

2. Doa
Muslim sangat digalakkan untuk berdoa. Sehingga dikatakan doa itu senjata orang muslimin. Senjata? Sebab kita bersalin ni bagai masuk perang. Berperang dengan ketakutan dan kesakitan. Pernah dengar ayat ni “Allah akan mengikut sangkaan hamba-hambaNya”? Sangkaan tu apa? Sangkaan tu doa kita :)

Untuk kawan-kawan yang bukan Muslim pun saya yakin agama atau amalan kamu juga tekankan konsep doa kan. Doa banyak-banyak Tuhan permudahkan proses bersalin kita dan saya dulu lepas solat atau bila-bila masa terdetik berdoa, saya akan doa macam ni “Ya Allah, tolonglah jangan ada jahitan nanti. Biarlah baby keluar tidak mengoyakkan” hehe lucu bila ingat balik. Saya siap minta janganlah baby besar tapi besar juga Allah bagi. Nikmat Tuhanmu mana yang hendak kau dustakan, Nija!

Ikutlah ayat yang mana korang selesa dan senang ingat untuk disebut berulang kali. Jangan pandang rendah kehebatan doa tau! Doa kena yakin. Kalau setakat sebut tapi tidak rasa getaran dan ikhlasnya terdesaknya permintaanmu pada Tuhanmu, jadi layakkah kau suruh Tuhanmu kut mahu mu? Kuncinya doa dan yakin 100% pada Allah.

3. Exercise
Paling famous senaman untuk orang pregnant ialah Kegel Exercises. Ada beberapa cara senaman kegel ni. Paling simple mengemut.


senaman yang sesuai masa kita tengah mengandung (sumber: google image)

Mungkin ada yang rasa mengemut tu penting sangatkah? PENTING sebab mengemut adalah salah satu senaman kegel yang bantu kuatkan lagi otot lantai pelvik (pelvic floor muscles). Otot lantai pelvik ni bantu proses bersalin. Walaupun mengemut tu simple tapi saya yakin masih ada yang tidak tahu mengemut tu macam mana. SImple, macam tahan kencing atau tengah kencing cuba tahan beberapa saat dan release back your kencing hehe senang sebenarnya. Dan mudah sebab boleh buat bila-bila masa dan dimana saja. Tengah menonton tv pun boleh. Tengah skrol newsfeed facebook pun boleh. TANPA ADA ORANG TAHU pula tu! Haha!

Banyak mana kena buat dalam sehari. Up to you. Masa ingat buat. Kalau rasa diri pelupa pasang alarm atau reminder hehe

Selain kemutan, saya juga buat squat sepanjang kehamilan. Bila kandungan dah fullterm, saya kerapkan squat.


4. Sujud
Sujud tahu kan? Sujud macam posisi masa solat tu. Hah mudahkan?
Ada juga yang kata bila kita kerap sujud akan bantu baby punya kepala turun bawah bagi yang bayinya songsang.

Bagi saya sendiri kenapa kena sujud, sebab posisi tu saya rasa selesa sebab tiada tekanan pada bahagian bawah dan tulang belakang. Salah satu cara saya relaks kan diri juga sambil ingatkan diri ni hamba Allah yang kena sujud pada Allah selalu.

Sambil sujud tu saya juga akan selitkan doa “Ya Allah bantulah bukaan nanti cepat dan mudah.”

5. Cara duduk buka tulang pelvic (Tailor Sitting)
Saya nampak petua ni masa skrol newsfeed facebook. Bila saya buat masa pertama kali tu memang sakit dan ngilu sikit bahagian kelengkang. Mungkin sebab baby dah besar dan menekan tulang pelvis kan.

Bila saya konsisten buat setiap hari, saya semakin lega. Bila saya buat dan berapa kali? Selalunya saya suka buat masa tengah tengok tv dengan suami. Sebelah malam bila anak sulung si AN tu dah tidur, saya akan spend time dengan suami menonton movie best best. Hah masa tu lah saya duduk atas lantai dan buat senaman ni.

Ok cara buat macam ni:


Cara duduk ni antara petua saya elak koyak masa bersalin

Duduk atas lantai. Lepas tu temukan kedua-dua tapak kaki dengan pastikan ibu jari kaki saling lekap antara satu dengan yang satu lagi. Pastikan juga kedua-dua paha di lantai jangan terangkat. Lagi dekat tumit kaki dengan kelengkang lagi baik. Lepas tu tolak perlahan-lahan badan ke arah tapak kaki. Tahan 5 saat lepas tu kembali ke posisi badan tegak.

Selalunya saya akan buat 10 kali macam tu untuk satu sesi. Dan saya akan buat sehari 5 sesi. 4 sesi malam. 1 sesi siang. Kenapa siang sikit sebab saya ada anak kecil yang aktif untuk saya urus dan siang AN tu aktif. Senaman ni perlukan keadaan tenang baru best buat. Trust me memang best sebab rasa ala-ala yoga gitu. Terapi penenang saya.


6. Info tambahan: Urutan perinium
Petua yang satu ini saya akui saya skip sebab saya tidak reti haha! Saya banyak terbaca mommies out there buat urutan perinium. Urutan perinium ni bagus untuk latih bahagian perinium (bahagian di antara vagina dan dubur) tu bersedia untuk mengembang masa baby lalu situ untuk keluar. Malah ada yang tidak perlukan jahitan sebab amalkan urutan ni tau!

Tapi urutan perinium ni mesti dibuat dengan minyak yang sesuai dan teknik yang betul. Bukan guna minyak semberono atau main hentam ja urut tau! Bahagian faraj ni sensitif sebab kulit lembut dan nipis. Banyak salur darah pula tu! So please sebelum buat urutan ni pastikan study habis dulu teknik dan guna minyak yang betul.

Berdasarkan pembacaan saya, urutan ni disarankan buat bermula minggu ke-35 kehamilan dan diamalkan setiap hari.
Maaf saya tidak boleh share urutan perinium tu macam mana sebab saya terus terang saya tak ada buat masa persediaan mekahirkan NA sebab saya takut huhu

Kalau minyak pula disarankan guna minyak natural yang tidak berperisa mahupun berwarna seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.


SEMASA BERSALIN

7. Teknik Pernafasan Masa contraction
Ok saya sambung teknik semasa bersalin pula. Seperti yang kita tahu, perkara penting masa bersalin ialah kawalan pernafasan dan teknik yang betul. Pernafasan masa active labour kena ikut prinsip: Tarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut seperti meniup bukan buka besar seperti nganga.

Jangan tahan nafas masa meneran. Jangan sesekali! Proses meneran mula bila rasa sakit contraction tu memuncak atau sakit sangat-sangat. Tarik nafas panjang dari hidung, teran sambil hembus nafas perlahan seperti meniup. Jangan angkat punggung masa meneran! Angkat punggung lagi membuat koyakkan besar. Ngeri!


8. Posisi Masa Layan Contraction
Posisi ni saya terbaca dulu dan diberitahu oleh nurse juga. Sayangnya saya dapat tahu masa pregnant NA, kalau tidak mesti boleh apply bersalin AN juga.

Posisi ni bantu cepatkan bukaan untuk bersalin. Caranya begini:
Baring mengiring ke kiri
Kaki kiri diluruskan
kaki kanan bengkokkan sikit
Bila contraction datang, tarik punggung sekuat hati menggunakan tangan kanan dan teran.

Nota Penting: Kalau tidak sakit, JANGAN tarik punggung dan teran ya sebab akan koyakkan perinium. Kita mahu elak koyak, nanti sebab salah teknik jadi besar pula koyakkan. JANGAN tau!

Setiap kali datang contraction, bolehlah ulang steps di atas tu.

Saya dulu agak ragu juga tau. Tapi bila apply masa layan contraction tu, it worked! Sakit contraction tu berkurang bila saya tarik punggung dan teran. Bukan macam pengalaman bersalin anak pertama, siap kejang kaki sebab tahan contraction yang menggila!

9. Rest Phase
Saya suka baca blog atau post di facebook pasal labour. Info ni saya terbaca dan saya kurang pasti details dari aspek gynaekology tapi bila fikir logik dan fahaman asas belajar sains waktu sekolah dulu bagi saya applicable juga hehe

Ada satu tempoh contraction lebih relax dan intesity tu menurun. So waktu ni dia macam fasa rehat. Fasa rehat ni bantu orang yang kekurangan tenaga untuk menahan sakit dan lalui proses labour.
Badan kita ni unik. Bila tenaga makin kurang, badan tidak mahu bebankan. Sebab tu masa fasa ni perlu makan dan minum. Tapi masa dalam labour room mana boleh makan kan. Sebab tu saya rasa mak saya pesan makan dulu sebelum pergi hospital. Tapi lahirkan AN saya tidak terfikir dan tidak makan!

Bayangkan saya masuk hospital lepas subuh sedangkan semalam kali terakhir saya makan pukul 3 petang! Minum air pun saya bergegar. Saya tiada sarapan langsung melainkan makan kurma dan minum air kosong. 6 jam saya di labour room menunggu bukaan. Sampailah saya diberi ubat cepatkan bukaan melalui drip sebab saya stuck pada 7 atau 8 cm bukaan selama berjam-jam.

Masa NA, saya bersungkai atau iftar dengan berselera sekali. Saya macam dapat agak saya akan bersalin tengah malam tu jadi saya makan banyak. No wonder cepat sangat bukaan sebab badan saya cukup karbohidrat dan gula untuk ditukarkan jadi tenaga semasa pushing. Bukaan jadi cepat dan proses bersalin langsung tiada induce ubat atau drip.

10. Kurma, air zam zam, vitamin/suplemen
Apa kaitan kurma, air zam-zam dan suplemen? TENAGA. Jangan tak tahu kalau tenaga dalam badan kita sedikit masa proses pushing baby, keberangkalian koyakkan tu ada. Bayangkan baby sudah mahu keluar dan kita sebagai ibu pula kehabisan tenaga untuk push dan masa pushing sudah panjang. Bidan dan doktor terpaksa gunakan alat untuk bantu baby keluar seperti forcep dan vakuum. Alatan sebegini memang akan ada koyakan atau kena gunting.

Pengalaman saya bersalin AN dulu memang bergantung pada kurma yang saya makan untuk dijadikan sandaran tenaga. Memang membantu apatah lagi perut saya kosong dari semalam. Tapi to be honest, 6 jam menanti bukaan tu buat saya letih sebab menahan sakitnya contraction.

Pengalaman bersalin NA sumber tenaga memang dari makanan semasa sungkai/iftar, kurma dan vitamin Shaklee saya. Rasa sakit contraction pun tidak intense sangat banding masa AN. Dari pengalaman kawan-kawan rupanya Ostematrix dan B complex membantu legakan kesakitan semasa contraction. Tapiiii sayangnya masa saya tengah bergelut dengan contraction masa tu, Ostematrix saya habis! Yang ada di rumah waktu tu vitalea dan B Complex. Aku peduli apa, telan ja la masa tu haha!

Tak apa tak apa, next baby nanti memang tidak akan lupa top up Ostematrix dah hehe




Mestikah vitamin Shaklee? Eh saya tidak kata wajib. Saya cuma recommend sebab saya amalkan masa mengandung dan saya dapat effect best best. So apa pun suplemen/vitamin anda terpulang yang penting sesuai untuk anda dan selamat for baby comel :)

11. Jangan angkat punggung dan menjerit
Ini saya dah sebut pada poin nombor 7 tadi kan.

Saya ingat lagi masa saya dah selamat bersalin NA dan saya terus breastfeed kan dia, saya dengar bilik sebelah bidan tu tegur seorang mama yang menjerit kesakitan. Sampai satu tahap tu bidan tu agak marah sebab mama tu keep on angkat punggung.

Bidan tu cakap “jangan angkat punggung. Nanti koyak besar!” Saya rasa mama tu tetap angkat punggung sebab almost 15 minit juga dengar bidan tu tegur sampailah dengar baby dia nangis. Saya dengar dari pengalaman orang lain pun ramai cakap bila angkat punggung koyakan lebih besar. Siap ada yang koyak sampai dubur. Arghhh ngeri!

So macam mana pastikan diri kita ni tak angkat punggung masa pushing? Latihan. Iya bagi saya sendiri penting untuk berlatih pernafasan dan posisi masa pushing. Bila dah selalu buat, automatik badan kita akan terbiasa untuk pastikan punggung kita kejap kat tilam nanti hehe

12. Kuasa minda
Pernah dengar hypnobirthing? Saya apply sikit teknik hypnobirthing masa bersalin NA. Masa menunggu bukaan dalam bilik penilaian (bilik sebelum labour room), saya memang dah 6cm. Sementara layan contraction untuk bukaan full 10cm, saya bayangkan baby bergerak ke arah pintu. Saya bayangkan bukaan tu macam kelopak bunga yang terbuka perlahan (walaupun saya agak terganggu oleh doktor hehe boleh baca CERITA BERSALIN NA). Actually masa layan contraction di rumah memang saya dah apply teknik ni sebab tu sakit tu rasa terkawal sebab saya bayangkan benda-benda yang manis dan indah untuk alihkan rasa sakit tu. TRY memang berkesan!

Iya ini antara amalan dan teknik yang saya buat yang saya yakin membantu saya bebas jahitan bersalin kali kedua yahuuu! hehe dengan izin Allah Taala juga la pastinya.

Ingat tau apa yang saya share sini sekadar tips bukan jaminan. Kalau bermanfaat syukur saya happy untuk share. 

Okay settle tips untuk dikongsi. Phew leganya bila dah tunaikan janji hehe

oh satu lagi kalau ada soalan atau perlu untuk contact saya, do contact me okay :)






Sharing sebab sayang, bukan mau impress korang :)
Nowamommy,
Ibu Cantik AN & NA







No comments:

Post a Comment