Pages

Friday, 26 January 2018

Cabaran Kesihatan Semasa Hamil Yang Selalu Dihadapi Wanita & Cara Mengatasi




Perasan tidak masa hamil banyak betul perubahan yang mommies alami?

Ada yang buat mommies happy dan ada yang buat mommies tertanya-tanya, betul tidak? Saya senaraikan antara persoalan yang mommies selalu alami yang mommies rasa agak mencabar kesihatan semasa hamil:





Pengalaman saya dulu masa mengandungkan anak pertama, saya pernah alami kejang kaki. Azab! Dan disebabkan rasa sakit tu saya nekad Ambil suplimen kalsium kerana saya tidak lalu minum susu kehamilan.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan kedua, saya nikmati tempoh kehamilan 39 minggu tanpa kekejangan kaki. Antara rahsia saya ialah tidur dalam keadaan kaki saya alaskan dengan bantal supaya kedudukan kaki tinggi dari badan, saya juga gunakan stoking semasa tidur malam dan saya ambil suplimen kalsium saya 😊

Tahu tidak bila tinggikan kedudukan kaki boleh membantu peredaran darah mommies yang return ke jantung secara berterusan dan aliran darah lebih sihat? Nahh lepas ni amalkan tau bagi yang ada masalah kejang kaki selalu tu ok 😊

Hahhh lagi satu untuk elak cramp, jangan lupa pastikan kalsium dalam badan cukup. Tidak lalu telan susu boleh cuba suplimen kalsium. Kalsium sangat diketahui membantu fungsi otot yang sihat. So boleh elak cramp dah kan lepas ni?




Saya cukup bersyukur sebab kedua-dua kehamilan saya dulu kaki saya tidak membengkak. Semasa kehamilan pertama, saya lihat sendiri kaki kakak saya yang juga tengah hamil masa tu membengkak. Kami adik beradik bergurau sesama kami yang kakak tidak dapatlah beraya dengan kasut baru sebab semua saiz di kedai kasut habis!

Satu info yang saya belajar dari pakar nutrisi; bila mommies yang sarat berdiri untuk tempoh yang lama, graviti akan menarik cecair ke paras lutut. Memang hukum alam gitu kan, graviti akan menarik benda apapun ke bawah. Cecair yang berkumpul di bawah paras lutut akan menyebabkan kaki membengkak.

So pakar nutrisi ada sebut pengambilan nutrisi yang cukup (protein dan vitamin C terutamanya) masa kita mengandung boleh membantu peredaran darah lancar dan mengelak kaki bengkak. Hmmm saya rasa betullah mommies, saya makan vitamin C dan protein secara konsisten dan bersama suplimen kehamilan yang ada vitamin C dan Protein that's why kehamilan saya kedua pun bebas dari kaki bengkak.





Kalau kehamilan pertama saya 'terselamat' dari morning sickness tapi tidak untuk kandungan kedua! Di awal kehamilan teruk juga saya kena morning sickness. Waktu tu masih keluar bekerja dan sampai ofis craving dengan kuih muih kampung. Lepas makan terus mual dan muntah. Ditambah dengan migrain uishhh tapi saya suka makan McDonald's punya burger masa selera makan dah okay haha!

Apa yang saya buat untuk atasi mual ialah saya telan peppermint ginger plus (suplimen yang bahan utamanya ialah pudina dan halia) juga saya paksa diri telan vitamin B Complex sebab saya dapat tahu yang vitamin B boleh bantu kurangkan mual.

Kenapa kita bila pregnant disarankan makan makanan secara ringan dan kerap? Supaya mudah hadam dan elak gastrik. Masa makan tu kunyah perlahan ok mommies 😊

Elak makanan berlemak sebab lemak lambat dihadam dan please control makanan yang pedas. Iya saya tahu pedas tu sedap tapi pedas tu boleh undang iritasi pada perut tau masa mengandung. Kita mesti pastikan badan cukup cecair (hidrat) sebab morning sickness yang buat kita muntah boleh buat kita kurang cecair dalam badan (dehidrasi).

Hah satu info yang saya dapat tahu yang banyak kajian yang mengatakan kurang vitamin B dalam badan antara penyebab morning sickness. No wonder kan saya telan suplimen B Complex morning sickness saya terkawal 😆





Isu hb rendah semasa hamil rata-rata jadi masalah besar pada mommies kan? Semasa kehamilan pertama, hb saya juga rendah. Selalu pucat dan lepas balik dari kuliah (masa tu masih bergelar pelajar) memang perlukan rehat. Walaupun ada suplimen yang di bekalkan oleh klinik tapi hb masih rendah. Saya disarankan ambil makanan yang tinggi zat besi seperti kerang, hati ayam dan bayam.

Kemudian masa pregnant yang kedua, saya ambil inisiatif try vitamin kehamilan Shaklee. Badan saya sesuai dan hb naik cantik. Saya juga kurangkan minum kafein dan banyak makan sayur hijau yang berdaun.

Saya pernah dengar Pakar pemakanan dan pakar nutrisi bagitahu tips mendapatkan sumber zat besi dalam makanan dan habit:
sayuran hijau berdaun seperti bayam, beetroot
telur 
Epal, buah delima, kurma
buat senaman seperti yoga
makanan yang ada vitamin C
Kalau Ambil suplimen pastikan suplimen ada zat besi (iron) bersama vitamin c
Kafein akan menggangu penyerapan zat besi

Ohhh saya sertakan sekali risiko jika hb rendah ya untuk rujukan mommies. Yang ini saya baca dalam buku pink orang pregnant tu:

Apa risiko bila hb kurang (anemia) masa mengandung?
🔴keguguran
🔴tumpah darah semasa dan selepas bersalin
🔴kematian
🔴tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut
🔴kelahiran bayi kurang berat badan
🔴kelahiran tidak cukup bulan
🔴bayi meninggal dalam kandungan

Minta dijauhkan ya mommies 😔

Sebab itu jangan marah bila kena marah nurse pasal hb ni. Ikhtiar dan cari jalan supaya hb naik untuk diri dan baby.

Ok habis dah 4 cabaran kesihatan semasa hamil. Empat cabaran ni yang biasa kita dengar semasa mengandung. Ada banyak lagi sebenarnya in shaa Allah nanti saya akan share lagi ya.

Semoga sharing kali ni bermanfaat untuk mommies yang tengah bawa hadiah comel dari syurga dan semoga mommies semua sentiasa sihat dan bersedia melalui pengalaman menjadi ibu pada si kecil nanti, terutamanya yang first time mom 😊

❤️,
#momsterneej yang rindu untuk pregnant lagi tapi belum bersedia tambah baby lagi hihihi
#nijabagitips #nijasukasharing

Boleh like dan follow Page saya untuk dapatkan info dan tips kesihatan, kecantikan, parenting, dan sebagainya:
FB Page: Momster Cantik


No comments:

Post a Comment