Ok ok macam yang ibu AN & NA janji, ibu sudah tengok sambungan perbincangan pasal anak dan gajet ๐ช๐ป
.
Tadi sempat juga suami cakap "ibu kena tengok hari ni. Biar ada kesudahan" sebab dari semalam kami suami isteri terkejut sebab sharing riboribo ๐
Sejujurnya saya tidak sangka dapat perhatian ramai post saya tu sebab memang niat share risau Kalau saya tidak rekod dalam bentuk tulisan ilmu tu hilang begitu saja. Terima kasih riboribo sudi share.
[update 10/8/2017 13:00 ๐๐ป 24.8K orang share. Sungguh ibu terkejut yang amat]
Hari ni 3 orang panel. Sorry dari tepi pula snap gambar sebab AN conquer tengah sofa ๐
๐ดIbu bapa jadi role model - Jangan melekat sangat dengan gajet. Anak tengok tu! Dah kalau ibu dengan abi sibuk dengan fon, anak pun akan ikut. Papppp tampar pipi sendiri!
๐ดGuna kuasa parents - jangan bagi full charge gajet tu. Supaya anak berhenti once bateri habis kan. Mujur ibu AN & NA selalu buat gini. Jangan bagi tau AN pula haha!
๐ดGuna kuasa parents - jangan ajar anak password telefon/iPad. Part ni kita lepas, bi ๐
๐ดGuna kuasa parents - Kena teamwork. Ibu tidak bagi anak gajet, apaknya pula yang baik hati bagi ๐
Lepas tu dah kalau parents say no jangan pula segala auntie uncle jiran bagi green light pass gajet✖️
๐ดSelalu ingatkan anak gajet tu parents punya. Teringat dulu AN pernah tantrum minta fon abi dia. Berulang kali cakap dengan AN fon tu abi punya. Abi ada kerja kena buat guna fon (padahal tiada pun). Then sekarang jarang dah minta fon abi.
๐ดPanel juga ada sebut jadikan gajet ganjaran misalnya kalau anak buat kerja sekolah then baru dapat gajet tapi still kena kawal hari apa dan masa berapa lama.
๐ดBila anak tengah guna gajet, parents sebolehnya kena ada sama dengan anak. Explain apa yang anak tengah tengok tu. Biar ada interaksi. Contoh saya buat dengan AN is saya explain gajah warna apa, yang ni belalai yang ni gading. Then AN akan respon "besarnya bu"๐
๐ดOk yang ini terkena batang hidung sendiri - jangan suruh anak simpan gajet bila habis main, parents yang ambil dan simpan. So mulai sekarang ibu & abi kena rajin ambil dan simpan dari AN, ok bi?
๐ดPart ni suka dan seperti diketuk dahi ibu ni nak oii
-wujudkan zon sifar teknologi misalnya tempat tidur, meja makan, dalam kereta.
-wujudkan masa sifar teknologi contohnya masa makan, masa tengah sanati dengan family.
๐ดBuat aktiviti dalam rumah untuk kurangkan ketagihan anak pada gajet. Ohya ibu ni salah seorang peminat Puan Adlil tu, ibu follow fb beliau. Puan tu bagi contoh aktiviti ada 4 jenis beliau sebut tapi ibu sempat take note 3 ni ja huhu ampuuunn:
1. Pergerakan boleh lompat trampolin
2. sensory berjalan kaki ayam atas pasir atau rumput
3. kemahiran motor halus cari benda tersembunyi dalam pasir
๐ดProf galakkan kita bawa anak keluar supaya boleh stimulate sensory anak sebab persekitaran sangat membantu kita as parents ni bentuk anak. Bila di luar, sekeliling anak ada bunyi, bau, rupa dan interaksi - benda benda ni yang akan anak guna untuk belajar.
Ini ibu setuju sebab AN dulu tidak pandai bergaul bila bawa keluar (tapi memang jenis kuat senyum mesra sangat hehe). Masa mula-mula bawa pergi playground dia react seolah-olah the whole playground tu AN punya tau sebab kalau dalam rumah toys yang ada memang dia punya kan. Sekarang ni alhamdulillah dia dah pandai mingle up dengan budak lain ๐
๐ดSatu poin yang buka mata ibu juga bila prof ada sebut kekadang taska/playchool terlalu pentingkan ilmiah then balik sekolah anak stress cari gajet. Serius bi, kita kena cari playschool yang tidak strict pada ilmiah sahaja ๐ค
PERASAN TIDAK?
๐ฅAlasan klise kita: download video ilmiah misalnya ABC satu dua tiga supaya anak belajar.
Hakikatnya: still perlukan ransangan. Perlukan interaksi pelbagai. Gajet punya komunikasi satu hala saja, parents!
Bak kata Fiza Sabjahan tadi kita bukan menidakkan teknologi tapi menyeimbangkan ๐
Sebagai penutup, 3 panel bagi kesimpulan yang buat ibu cakap dalam hati - insoffff ibu insof๐:
✅Frekuensi - dalam seminggu hadkan berapa hari. Contoh 2/7 jangan tiap hari please!
✅Durasi - berapa jam setiap sesi. Contoh yang 2 hari bukan 24jam. Mungkin 2 jam saja.
✅Konten - atau bahasa mudah isi video yang anak tengah tonton tu. Bentuk ilmiah atau permainan pastikan parents ada di sebelah. Risau kalau macam YouTube tu kan anak TERtekan video yang tidak sepatutnya. Jadi satu hal pula nanti ๐ค
✅ suka ibu dengar salah satu panel tu sebut the best parenting is thru akhlak ๐ semoga ibu ni berakhlak la ya pada AN & NA hehe
✅ Pemikiran parents mesti lebih tinggi daripada anak sebab kuasa besar sebenarnya dari parents.
Memang ramai yang risau bab-bab gajet ni macam zombie datang gigit anak supaya infected. Saya ni hah pun risau sebab AN & NA membesar di tangan saya. At the end of the day, anything happen baik buruk AN & NA saya yang kena soal siasat dulu ๐
Sebab itu saya suka baca buku atau tulisan pasal parenting sebab parenting ni bukan pencapaian tapi perjalanan. Banyak benda lagi kena belajar ๐
Pheww panjang lebar ibu bebel buat sharing haha! Parents yang baca ni mohon doakan AN & NA saya cepat sembuh dari demam. Terima kasih ❤️
Saya izinkan share kalau bermanfaat. SHARE ya bukan kopipes (berpeluh karang ni sambil layan demam AN & NA kesianlah pada saya ๐
)
Kalau ada percanggahan info dari diskusi tadi dengan apa yang saya share ni mohon tegur saya dan saya akan betulkan.
Terima kasih sekali lagi sudi share penulisan saya sampai viral korang kerjakan hehe
Part 1 boleh baca sini ๐๐ป
[VIRAL] BAGI LAGI ANAK MAIN GAJET SELALU
atau sini ๐๐ป
SHARING DI FB
❤️,
Nija
Momster yang masih belajar
#nijabagitips #nijasukasharing #momsterneej #alahaiAN #alahaiNA
No comments:
Post a Comment