Disember tahun lepas, 14hb-17hb tu kami (saya, Suami, AN & NA) ada shortrip BKI-KUL. Niat asal sebab attend majlis perkahwinan anak bapak angkat di Putrajaya.
Selain rasa happy sebab dapat tunaikan impian AN naik plane, Ada banyak kenangan yang lucu jugak.
Sebagai kenangan WAJIB lah kan untuk kita simpan untuk dikenang in the future nanti. So here it is:
🌸AN cari 1B
Family & friends memang tahu AN paling suka (tahap obses pun ada kadang-kadang hmm) dengan 1B. Yaaaa 1Borneo Hypermall tuuuu.
Landing saja kami di KLIA2 tengah berjalan ke bahagian tuntutan bagasi tu, AN request
“Bi, mau pegi yonbi (1B- one B)”
Pecah ketawa kami sebab jauh nak oi 1B tu. Kena naik plane balik.
🌸AN bawa balik
Masa di sana, kami stay di rumah bapak angkat kami yang AN panggil tokdaji (suppose dadaji tapi AN suka panggil tokdaji so ikut ja la).
Malam tu AN dah boring main dengan NA dalam keadaan mengantuk juga sebenarnya dia boleh pulak minta balik rumah!
Dalam keadaan lampu dah padam, hamburlah ketawa Ibu & abi si AN ni.
Dia ingat Putrajaya dengan KK tu macam Penampang-KK kali aa haha!
🌸Kenapa tak buka ekon?
Pagi jumaat tu kami plan ke KL. So dari Putrajaya kami naik kereta abang Fad ke Putrajaya Sentral. Sebelum sampai Putrajaya Sentral, singgah jap ofis tokdaji di KDN.
AN start ja masuk kereta uncle Fad-nya dia tantrum sebab dia mau naik kereta tokdaji. So kalut-kalut abi dia pujuk AN berhenti nangis, tiba-tiba kereta tokdaji berhenti tepi dan abang Fad keluar tanya “eh kenape tak pasang ekon?”
Laaaaaaaaaaaaa no wonder cermin kereta berkabus dan saya pun perasan berkabus cuma tidak perasan ekon belum pasang!
Malas mau tegur Suami yang tengah sibuk tahan marah layan tantrum AN.
Apa lagi ketawa lah kami dan AN pun stop nangis haha!
“Abi ni macam nda pernah guna kereta pun ada” saya kata pada Suami sambil tahan ketawa kuat.
🌸Bungkus ka tapau?
Ini perbezaan semenanjung dengan Borneo.
Masa kami di KL, belilah makanan.
Lepas tu kakak jual makanan tu tanya
“Makan sini ke bungkus?”
Selamba suami jawab
“TAPAU”
Mau kakak tu bingung hehe
Ya istilah bungkus kami di Sabah panggil tapau hehe!
🌸Demam kebah sebab sesat
Malam sabtu tu balik dari KL all of sudden pula saya demam! Bikin malu macam kena sampuk KL pun ada haha!
So Suami pun decide keluar beli makanan dan ubat demam dengan berpandukan waze 😅
AN ikut sekali dengan abi dia. Jadi tinggal saya dengan NA di rumah. NA sangat good girl. Saya bf-kan dia dan dia tidur.
Tiba-tiba suami call dan diorang SESAT!
Dari rumah jumpa kedai.
Dari kedai tidak jumpa rumah!
Ahhhh sudah risau gila. Dengan AN lagi tu. Last-last saya share location.
10minit macam tu tiada khabar. Terus lah saya bangun duduk sebab risau. Lupa dah demam tadi.
Mujur lepas tu dengar pintu dibuka. AN siap tidur dalam kereta sebab boring tunggu abi dia jumpa jalan huhu kesian anak ibu.
🌸Cuaca buruk=muka buruk
Ini sumpah sikit terkeluar karipap aku sebab terketawa!
Jadi masa dalam flight dari KL ke KK.
Abi budak-budak ni tengah menyuap nasi dalam mulut dan lalu la pramugara
“Cuaca buruk pasang seat belt”
Tiba-tiba abi si AN & NA ni ketawa sambil suap nasi. Saya tanya kenapa. Dia sambung ketawa 🙄
Rupanya dia salah dengar pramugara tu cakap
“MUKA BURUK pasang seatbelt!”
Overall, walaupun very short trip dan tiada sangat pun berjalan sekitar KL-Selangor tapi at least ini pendedahan pertama untuk AN & NA naik plane. Ibu is truly happy sebab untung korang nak oi kecik-kecik dah merasa naik kapal terbang.
Doakan ibu dengan abi lagi kuat bekerja so kita boleh travel untuk masa lama dan explore many things and places together.
chop choppp!
Doakan ibu dengan abi lagi kuat bekerja so kita boleh travel untuk masa lama dan explore many things and places together.
chop choppp!
Dalam semua gambar sempat snap masa di KL hari tu, paling Ibu suka yang ni:
Nanti AN & NA besar nanti, boleh baca untuk kenangan 1st time naik plane ke KL dan banyak benda abi korang buat lawak haha!
Manatau next year ada rezeki boleh ke semenanjung lagi. Kami teringin ke Penang pulak.
Peminat Penang Char kuey teow & laksa Penang di sini!
❤️
Nowa Nija
Ibu AN & NA dan isteri encik AA
yang demam kena sampuk Kuala Lumpur 🙈 bikin malu bah Nija haha!
No comments:
Post a Comment