INI CERITA BREAKOUT SAYA.
Kamu tau breakout?
Yang kulit sebelum ni ok saja all of sudden berkeluaran jerawat. Satu dua tu normalkan bila dekat period. Tapi jadi tidak normal dan something wrong bila keluar setiap hari dan belum sembuh yang semalam, keluar lagi hari ni.
Dan benda tu berulang sampai tahap “I’m done! Mari kasi kecut ni jerawat semua dan sihatkan kulit balik!”
Ok terus terang saya cakap sharing ni tidak macam sharing selalu yang kamu nampak di FB/twitter or blog guna produk yang kamu dapat dari drugstores saja.
Ini sharing more to natural remedies.
Kenapa saya pilih guna natural remedies berbanding ubat jerawat?
🔴 kawan ada bagitau ubat jerawat tinggalkan kesan.
Saya buat research dan jumpa banyak artikel (yang dipercayai bukan blog peribadi). Ramai pilih ubat jerawat sebab mahu cepat. Guna natural remedies pun possible dan lagi minimise-kan scars.
So dari sana saya baca banyak diy, tutorial & sharing orang yang pernah breakout dan macam mana diorang guna natural remedies instead produk skincare dan ubat jerawat.
Ada juga time saya rasa kecundang haha masuk watsons terus pegang Cleanser Himalaya. Pusing tengok cleanser Cetaphil. Jeling toner Simple. Tapi saya letak balik, tengok benda lain dan berjalan keluar tanpa beli apa-apa haha!
Kenapa watsons? Sebab saya member Watson dari dulu. Guardian pun ada juga masuk kekadang tu.
🔴 Sebab saya tidak mahu tanggung risiko lagi.
Bayangkan Kalau saya decide guna certain produk then bila dah beli then tidak sesuai atau menyebabkan lebih teruk bukankah berlaku pembaziran?
At least yang diy ni dari bahan makan/minum yang sah-sah boleh guna sebagai barang dapur in case tidak sesuai pun untuk heal breakout saya hehe!
So Ada beberapa steps penting masa saya ubah skin regime:
Cleansing, toning, masking, exfoliating
Ini asas. Yang lain saya terangkan kejap lagi.
Sebelum saya teruskan, suka untuk saya highlight apa yang akan saya cerita untuk sharing kali ni:
🌸 Cerita breakout
🌸 Cabaran untuk ikut cara ni
🌸 DIY skin regime
🌸 Habit patut buang
🌸 Before vs after breakout pic
Cerita Breakout
Masa puasa saya perasan jerawat saya naik. Tapi setakat satu dua dan jenis yang halus saja.
Then masa 1st Raya selfie perasan kulit yang saya tempek foundation pun masih boleh nampak kulit macam mengerutu oleh jerawat kecil-kecil.
Tahulah kan raya open house sana sini dan semacam pesta makan. Saya yang amal suplimen untuk kulit jadi culas bila fokus pada raya dan makan saja di tambah pula hormon perempuan hehe!
Masa raya ke-4 atau ke-5 gitu saya decide stop semua skincare saya sebab skincare regime saya tidak sesuai dengan keadaan kulit muka saya waktu tu. Skincare saya dah lama guna dan more to normal skin. Kulit saya berjerawat, production of oil pun makin banyak so memang Skincare kesayangan saya masa tu tidak sesuai. Mujur tinggal sikit betul, Kalau tidak sayangnya lahai...
Lepas raya tu giat saya cari cara mau kecutkan breakout dan tanya kawan-kawan. Tq kawan-kawan yang bagi suggestion siap ada yang tag saya video-video cara pulihkan breakout.
So bila baca itu ini tanya sana sini, saya decide guna natural remedies dan mula cari bahan yang diperlukan.
1hb Ogos 2017 - saya start my gear untuk perangi breakout habis-habisan!
Cabaran
Terus terang ya cara ni TIDAK sesuai Kalau kamu tidak BERANI atasi cabaran cara yang saya share ni.
#cabaran1:
Jangan ikut cara ni kalau tidak #rajin dan #disiplin.
-sebab sayang, Kalau mahu kulit sihat bukan magik yang kita perlu tapi komitmen 💪🏻
#cabaran2:
Jangan ikut cara ni kalau tidak sabar.
-Fighting acne naturally memerlukan penjagaan kulit yang baik dan diet yang sihat. Di sini kesabaran sangat diperlukan.
-guna kaedah gini tidak janji esok nampak kesan. Kalau mau cepat guna bahan kimia yang banyak dan mungkin ada side effect. Who knows?
#cabaran3:
Ini super duper serious kena tahan hati dan tahan hidung!
-bau bauan bahan natural ni ada yang ok ada yang kurang menyenangkan. Especially ACV hehe macam baru kencing.
-my husband and AN selalu jauh jauh once saya start buka penutup botol ACV toner saya. AN siap cakap “Ibu bau kencing!” Coiiii jujur amat budak kecil hahaha!
Tapi satu yang saya mahu highlight Kalau kau yakin dan usaha don’t worry mesti satu hari nanti kau bangga sebab kau Sabar dan usaha. Segala bau-bauan boleh tolak tepi dah kan❤️
Sebelum saya tunjuk apa bahan-bahan untuk diy, saya tunjuk dulu Step sepanjang usaha mengecutkan jerawat:
Cleansing
Kenapa cleansing? Untuk hilangkan kekotoran dari kulit.
Elak cuci byk kali sebab boleh irritate skin, keringkan kulit & sebabkan overproduction of oil.
Toning
Kenapa toning? Untuk hilangkan kotoran yang masih bersisa selepas cleansing & bantu kekalkan tahap pH semulajadi kulit. WAJIB untuk kita tahu yang pH kulit adalah sekitar 6 gitu. Toning juga bantu kecilkan liang pori
Healing Mask
Kenapa kena buat mask? Untuk kekal hidrat dan sembuhkan kulit. Recommended buat 2x seminggu.
Exfoliate
Pori tersumbat dan kulit mati menyumbang pada jerawat. Sebab tu penting untuk exfoliate properly untuk keluarkan kulit mati dari lapisan kulit kita dan bersihkan liang pori.
Pelembap
Dulu saya ingat orang yang Kulit kering sahaja perlukan pelembap (moisturiser). Berbeza dengan kepercayaan tu, kulit yang prone kepada jerawat masih perlu guna pelembap.
DIY-ing
Ok jom saya tunjuk kegiatan saya start 1hb Ogos tahun lalu:
Apple Cider Vinegar
Saya pilih untuk guna toner dari Apple Cider Vinegar.
ACV mengandungi potassium, magnesium, acetic acid & enzim yang bunuh bakteria pada kulit. ACV juga mengurangkan kesan merah dan merawat jerawat.
Lagipun senang betul buat, hanya campuran ACV + air then tadaaa siap dah toner.
DIY toner: campur acv dengan water nisbah 1:1. Apply pada kulit menggunakan cotton ball/cotton pad (goncang sebelum guna).
Pastikan pilih yang ada “with the mother” sebab keledak di bawah botol tu tinggi dengan nutrien. Tu lah “the mother”.
Lemon
Setiap malam selepas cuci muka dan toner, saya ambil perahan lemon.
Lemon bertindak sebagai exfoliant, pencerah kulit dan disinfectant untuk mengurangkan penampilan parut dan mengelak pembentukan jerawat baru.
Pastikan kulit bersih lepas tu apply ke muka cotton ball/cotton pad yang dicelup dalam jus lemon kemudian bilas dengan air sejuk.
Mask yogurt+madu+kunyit
Mask ni selalunya lepas cuci muka dengan air suam, saya akan guna. Buat urutan dan biarkan beberapa minit baru bilas.
Ini boleh jadi ala-ala Cleanser juga sebenanrnya sebab dalam tempoh sebulan tu saya tidak guna Cleanser apa-apa. Masa minggu pertama tu tiap malam saya masker ni sambil relaks tengok tv.
Campur 1sudu makan madu dengan 1sudu makan yogurt dan satu sudu teh serbuk kunyit.
Sapu ke muka terutama sekali hairline, jawline dan kawasan yang timbul jerawat.
Biarkan 10minit dan lap lembut dengan lain lembap atau cuci dengan air suam.
Skrub
Kenapa saya buat skrub diy?
Sebab yang dijual secara komersial ada bahan kimia yang akan irritate kan lagi kulit. So saya tidak mahu risiko lain.
Konsep untuk buat scrub:
Mesti ada yang tekstur kasar+base
Something yang kasar kita boleh guna: Garam laut, gula perang, oatmeal
Untuk base boleh guna: minyak kelapa, madu.
Base penting untuk membantu melawan bakteria, fungi dan candida yang tumbuh pada kulit. Yang bertektur kasar pula pula bantu untuk unplug pori dan hilangkan kulit mati.
Saya pilih buat scrub Garam Himalayan + madu.
Madu adalah antibakteria semulajadi dan penuh dengan antioksidan yang mana sangat baik untuk elak jerawat dan melambatkan proses penuaan. Ohya madu juga sangat baik untuk boost complexion! Wuhooo!
Himalayan salt bantu kurangkan minyak di kawasan muka dengan menyerap sebum berlebihan dan kulit akan rasa bersih dan lembut.
Seimbangkan pH kulit, jerawat juga boleh sebabkan oleh pH kulit yang tidak seimbang.
Tips!
Try guna Himalayan salt sebagai Cleanser atau toner, pH kulit akan seimbang dan elak jerawat dan breakouts.
Campur 2sudu bahan kering(kasar-kasar tadi) dengan 1-2 sudu kita punya base.
Apply di muka dan buat urutan pergerakan circular. Mula di bahagian dahi barulah ke bahagian bawah muka (terutama sekali kawasan jerawat)
Bersihkan dengan kain basah dan bilas.
Masa jerawat masih aktif hadkan scrub 1x seminggu. Saya buat 2x seminggu tapi saya tidak urut di bahagian yang jerawat masih bengkak merah. Sebab takut iritasi. Saya just letak scrub dan tekan-tekan dengan lembut. Part yang jerawat sudah mati atau tiada jerawat memang saya urut scrub habis buat bersih dari kulit mati.
Ais
Ais juga sangat bagus untuk kecutkan jerawat. Kalau jerawat masih kemerahan dan bengkak, ais boleh bantu redakan bengkak dan rasa sakit.
Ahah ais bantu kecilkan liang pori.
Cara saya masa jerawat aktif: selepas toner dan rub muka dengan perahan lemon, saya ambil ais dan rub di seluruh muka. Tekan lama sikit di bahagian jerawat yang radang.
Boleh juga ambil beberapa ketul ais, letak dalam towel dan dab dab kan di seluruh muka. Guna towel bersih ok.
Aloe vera
Aloe vera sangat terkenal dengan melegakan kesan terbakar, boleh menggalakkan penyembuhan, melawan jangkitan dan boleh mengurangkan parut.
Paling bagus guna pure gel daripada aloe plant.
Saya guna gel aloe vera ni sebagai pelembap lepas toner atau lepas guna lemon dan ais sebelah malam.
So basically skin regimen saya:
Siang (lepas mandi): Cleansing👉🏻Toning👉🏻Masking👉🏻Moisturising.
Malam: cleansing👉🏻masking👉🏻toning👉🏻sapu perahan lemon👉🏻sapu ais👉🏻moisturising.
Skrub (exfoliating) dua kali seminggu.
Bangun pagi saya tidak guna pencuci muka. Saya cuma guna Air suam.
Lembapkan muka dengan warm water-massage muka leher-bilas.
Masking (yogurt+madu+kunyit) boleh jadi ala cleanser juga masa lepas Mandi tu (siang). Lepas dah letak satu muka, gosok di muka dengan urutan circle dan menaik. Fokus lebih kawasan yang paling teruk jerawat.
Pemakanan
Kita mahu rawat kulit luar dalam Sebab itu penting untuk makan makanan yang tidak menyumbang pada tahap gula tinggi dalam darah. Gula makanan bakteria tau. Makan sayur hijau dan protin.
Saya ada terbaca, protein dan asid lemak juga bagus untuk kesihatan kulit dan rawat breakouts.
Saya banyak makan sayur hijau dan saya memang kurangkan minum makan manis, makanan berminyak dan terpaksa kawal makan bun.
Saya juga ambil suplimen dan minum banyak air. Ini yang saya WAJIB makan:
Vitamin C dan Omega Guard masa jerawat aktif.
Vitamin C bantu kecutkan jerawat dan sebagai antioksidan juga penting untuk penghasilan kolagen supaya jerawat punya parut tidak teruk.
Omega Guard pula penting untuk anti keradangan. Jerawat yang bengkak, merah-merah dan sakit tu sebab keradangan.
Ubah Habit!
Masa jerawat masih aktif, saya paksa diri untuk:
-tukar sarung bantal paling bagus setiap minggu. Sebelum tidur, tepuk-tepuk dulu bantal then baru letak kepala.
-masa mandi, jangan cuci muka dulu. Berus gigi dan bersyampu then biar last sekali cuci muka.
-Jangan cuba-cuba gatal tangan Kalau jerawat.
-sebelum pegang muka, cuci tangan dulu.
Sebulan barulah kulit stop timbul jerawat. Baru saya try skincare. Memandangkan skincare saya yang sebelum ni habis dan dah stop globally kan.
-saya share nanti apa skincare yang saya guna.
-Kena teruskan dengan jaga pemakanan, minum banyak air.
-saya start consume Vita-E Complex untuk bantu pudarkan parut jerawat dengan efektif.
Before vs after
Ok ini perubahan saya. Gambar sebelum tu kulit jadi kusam tau. Gambar tu lepas seminggu raya. Part dahi timbul jenis pasir tapi tidak ketara bila ambil gambar.
Gambar selepas tu genap 2bulan. Saya dah mula guna skincare dan consume Vita-E Complex.
Told you, 2 bulan juga baru kulit cerah balik dan parut pudar. Kaedah natural kau jangan expect seminggu dua boleh dapat kesan ok.
Ok gambar bawah ni gambar latest lepas 5bulan rawat sendiri kulit breakout saya. Walaupun ambil masa, saya happy sebab berbaloi usaha saya Sabar dan disiplin selama ni hehe
Cara saya pudarkan parut jerawat
Hahhhh ini next sharing nanti sebab panjang betul dah saya taip ni haha!tunggu tau (eleh ada ka yang tunggu nanti haha!)
Ok itu sahaja. Tq so much yang sudi baca sampai habis.
Saya harap membantu orang yang memerlukan dan semoga bermanfaat.
Disclaimer: saya tidak kata 100% akan dapat kesan macam saya. Sebab kulit kita mungkin berbeza dan body adjustment pun berbeza. Kalau jerawat teruk tahap bernanah besar-besar dan berdarah please consult Dr atau pakar kulit.
Ok that’s all
❤️
Nija
Si Momster Cantik Suka Tulis
& bercantik-cantik
Trima ksh dik.good sharing..akak tngah breakout teruk ni..
ReplyDelete