Pages

Monday, 5 February 2018

Kolagen dan kulit




Masa timbul satu per satu minuman kolagen dalam pasaran, saya punya first impression kan “penting sangatkah kolagen ni?”

Penting sebenarnya. Kolagen ni satu jenis protein. Protein yang ‘pegang’ kulit kita supaya sentiasa di posisi. Bayangkan kulit adalah organ terbesar untuk tubuh badan kita dan kolagen pula membentuk 75% dari kulit kita!

🔴 Fakta!
✅ Badan kita boleh hasilkan kolagen
✅ Semakin umur meningkat, penghasilan kolagen makin menurun
✅ Bila kolagen semakin sikit dalam badan, tanda penuaan akan mula kelihatan
✅ kolagen bukan untuk cantik sahaja tapi kulit cantik antara kesan bila kolagen cukup
✅ kolagen ni saiz dia besar dan bukan mudah diserap melalui kulit mahupun secara pengambilan minum/makan

Kolagen adalah kunci keremajaan kulit. Well, wanita mana yang tidak suka kulit kekal muda tiada kedutan kan?

Kolagen menyokong kesihatan kulit dan mengunci lembapan supaya kulit kekal lembut, halus dan anjal.

Kesan kekurangan kolagen pada kulit
Badan kita hasilkan kolagen. Yaaa tetapi semakin umur meningkat, penghasilan kolagen perlahan manakala kolagen yang sedia ada boleh rosak dengan tekanan dari luar dan dalam badan.

What happen is penuaan kulit mula berlaku. Apa tanda penuaan tu? Ni hah dia:
Kulit kusam
Kulit tidak bermaya dan tidak berseri
Kulit kedut dan mula kendur
Pigmentasi kulit

So apa yang kena buat untuk kulit tidak alami penuaan sebelum waktunya?
Pastikan kolagen masih di tahap yang tip-top dan pastikan sumber antioksidan pun ada sekali.





Sekarang ni banyak sangat minuman kolagen di pasaran kan? Persoalannya, apa minuman Collagen terbaik di Malaysia? Adakah kolagen yang paling berkesan?

Momster Cantik boleh cadangkan suplemen kolagen dalam bentuk minuman yang ada ujian klinikal dan terbukti berkesan.

Tunggu sharing Momster Cantik rabu nanti. Jam 8 pagi ok janji?


Luv,
Nija
Momster Cantik Suka Cantik hehe!



No comments:

Post a Comment