Apa itu Kulit kusam?
Kulit yang berseri mestilah berseri dari dalam dan menandakan keremajaan, sihat dan bebas cela. Bila kita cakap kulit kusam selalunya kita refer pada tona kulit. Apa yang kita aim? Of course kulit yang berseri dengan tona kulit yang sekata.
Tahu tidak kulit yang sihat akan pantulkan cahaya?
Sebab tu orang selalu cakap “glowing-nya kulit”
Tapi ada juga yang salah konsep kulit berminyak tu glowing hehe hati-hati dalam ekspresikan emosi
Apa sebab kulit kusam?
Kulit yang nampak tidak ‘hidup’ dan tidak berseri boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
🔥Kulit kering dan dehidrasi
kulit yang terlalu kering disebabkan lembapan yang tidak cukup pada lapisan kulit. Tabiat kurang minum air kosong antara sebab mengapa kulit jadi kering.
🔥Sel Kulit Mati
Bila kulit ada lapisan sel kulit mati, kulit tidak akan reflect cahaya (yang sepatutnya reflect bila sel kulit baru yang sihat).
🔥Penuaan
Faktor usia menyebabkan kitaran kulit yang sihat agak terganggu dan fungsi kolagen pula semakin menurun. Kolagen dan Kulit
🔥diet tidak sihat
Nutrisi dari pemakanan kita bantu bagi nutrisi pada kulit sihat. Apabila pemakanan tidak betul, kulit tidak dapat nutrisi yang cukup dan ganggu kesihatan kulit.
🔥cuaca
Jika terdedah pada sinaran uv, kulit me jadi kering dan kusam. Mereka yang tinggal di negara 4musim juga berdepan risiko kulit kering.
🔥merokok
Berita buruk untuk mereka yang merokok, vitamin C dan kolagen yang menjadi nutrisi penting pada kesihatan kulit musnah disebabkan rokok!
🔥Stress
🔥Keletihan
🔥Guna produk yang salah
Cara hilangkan kulit kusam?
✅exfoliate
Pernah tidak rasa dah banyak guna regimen penjagaan wajah namun masih juga kusam?
Mungkin anda terlupa untuk EXFOLIATE. Pengumpulan sel kulit mati membuat kulit menjadi kusam sebab itu kita kena ‘halau’ sel kulit mati dari kulit sebab sebelum ni regimen penjagaan wajah kita dihalang oleh lapisan kulit mati daripada bertindak secara terus dan efektif pada kulit. Dengan begitu regimen penjagaan wajah boleh bertindak tanpa halangan!
Mula masukkan skrub yang bersesuaian dalam langkah penjagaan wajah hari ini! Pastikan bahan dalam skrub sesuai untuk jenis kulit anda kerana ada skrub yang tidak sesuai untuk kulit berminyak dan ada skrub yang harsh pada kulit kering.
Langkah exfoliate pula tidak boleh dilakukan setiap hari kerana boleh membuat kulit iritasi dan sensitif (WAJIB guna sunscreen sebelum keluar apabila exfoliate kulit).
✅cuci muka dengan bersih
Selain sel kulit mati, kekotoran disebabkan make-up dan persekitaran boleh menghalang kulit pancarkan sinaran yang menandakan sel kulit baru yang sihat. Bersihkan kulit dengan kaedah double cleansing dengan hilangkan solekan (remove makeup) menggunakan oil cleanser kemudian bersihkan dengan pencuci muka biasa.
✅Gunakan air suam untuk cuci muka dan steaming.
Gunakan air suam untuk mencuci muka. Suhu air yang ter lalu tinggi (air panas) boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit lalu keringkan kulit seterusnya buat kulit menjadi kusam.
✅Guna pelembap lepas cuci muka (moisturise lepas cleanse)
Kita tahu kelembapan penting untuk kulit lebih berseri, sebab itu mulakan guna pelembap hiks sebelum ni tidak pernah apply pada kulit. Disarankan cari pelembap yang mengandungi hyaluronic acid. Hyaluronic acid ni mampu bagi kelembapan yang berpanjangan!
✅sunscreen protection
Sinaran UV yang bahaya akan buat kulit menjadi kering. Disebabkan kulit kering boleh menyumbang pada kusam, WAJIB untuk mula lindungi kulit daripada matahari. Gunakan produk Pelindung matahari yang ada SPF.
✅minum air kosong
Alasan malas atau tidak suka minum air kosong tidak patut ada jika anda mahu kulit berseri dan tidak kusam lagi!
Kulit yang kering dan dehidrasi menyumbang pada kulit kelihatan kusam. Mesti minum air sesuai dengan berat masing-masing ok?
✅berhenti merokok
Berhenti merokok sebab merokok membuatkan kulit kusam, kering juga keanjalan kulit hilang dan garis halus dan kedutan pramatang mula kelihatan. So please berhenti merokok!
✅cari produk skincare yang ada antioksidan
Kalau sebelum ni tidak kisah dengan serum dan krim dalam langkah penjagaan wajah, mula sekarang carilah produk terutama sekali serum dan krim yang mengandungi antioksidan. Antioksidan yang biasa kita dengar adalah vitamin C. Vitamin C bantu cerahkan complexion kulit kita.
✅mask
Sesi facial bantu kulit lebih sihat namun untuk kerap ke spa mungkin tidak semua mampu. Apa kata gunakan cara lebih bajet iaitu guna mask 1-3 kali seminggu. Carilah masker yang membantu mencerahkan kulit. Boleh tengok review saya on Naruko Mask.
✅suplimen yang betul
Dengan diet dan tabiat pemakanan yang tidak sihat, makanan tambahan atau suplimen dapat membantu kulit mendapat nutrisi yang cukup. Kulit ni sel hidup yang perlukan nutrisi untuk sihat ya sebab itu nutrisi tidak boleh diabaikan.
Ohya jangan lupa untuk tengok sharing ringkas saya dalam vlog saya di YouTube Channel MOMSTER CANTIK tentang Tips Ringkas Hilangkan Kulit Kusam. Boleh juga baca entri saya tentang Tips Kulit Cantik Berseri.
Saya dulu struggle dengan kulit kusam juga. Alhamdulillah sekarang kulit saya lebih sihat berseri. Part exfoliate tu saya lambat untuk discover tapi belum terlambat untuk mulakan bila dah tahu kan 😉
Semoga sharing ni bermanfaat untuk yang singgah dan baca. Thank you baca sampai habis.
Luv,
Nija
Si momster cantik yang suka share bab kecantikan
No comments:
Post a Comment