Pages

Monday, 19 March 2018

5 Soalan Mommies Suka Banding Tanpa Sedar Rosakkan Silaturrahim

Semua mommies mesti pernah rasa kecil hati bila diajukan soalan yang agak sensitif apalagi melibatkan anak kan?


Orang perempuan ni rata-rata jenis suka bercerita atau bersembang. Topik pula sekitar situ-situ: parenting, anak-anak, kecantikan.


Bercerita/bersembang ni juga cara untuk sharing tips, petua mahupun info yang mana bolehlah kawan-kawan lain cuba contohnya kedai mana tengah buat sale baju kanak-kanak.




Namun yang tidak best tu bila topik yang akan bawa ke arah perbandingan anak-anak. Akan ada pihak yang lebih tahu dan pihak yang kurang tahu. Isu lagi hangat bila pihak yang lebih tahu tu seakan dia sahaja yang ada anak. Anak dia sahaja yang baik. Pihak yang kurang tahu pula akan kecil hati.


Perbezaan sebegini akan wujudkan gap yang tidak sihat. Kesan lebih buruk, silaturrahim pun rosak!


So apa dia soalan atau topik yang boleh rosakkan hubungan sesama mommies? 

Kenapa kulit anak ni lain?

Kulit anak yang sama dengan ibu bapa tiada masalah bagi orang sekeliling. Tetapi bila kulit anak berbeza daripada ibu bapa mulalah timbul persoalan. Paling sadis bila dalam semua anak yang kulit ikut parents ada seorang yang kulit lain mulalah istilah anak pungut. Hati-hati nanti ada yang terasa dan kecil hati.


Berapa berat anak sekarang?

Benda ni jadi kebiasaan tapi boleh di salah tafsir. Boleh jadi kebiasaan yang tiada siapa pun patut terasa sebab persoalan biasa. Tapi bila digandingkan dengan ayat “Berapa berat anak?... Laa ringannya. Anak saya dulu umur begini dah 10kg”


Hati-hati Sebab tidak semua perkembangan serupa. Bagi bayi yang di lahirkan pramatang isu tumbesaran tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan bayi yang full term.


Kenapa anak belum pandai jalan?

Saya ingat betul ada sorang makcik tanya saya “Berapa umur anak ni belum pandai jalan lagi?” Sebab makcik tu dengar AN cakap lurus. Ayat pun mudah faham dah tapi masih berdukung sebab tak pandai jalan lagi. “Eiii jangan dibiar anak tu. Jangan manja sangat. Bantu dia berjalan... blablabla dengan tips”


Satu saja saya cakap dengan diri sendiri; setiap anak tidak akan sama perkembangan. Yaaa AN mula berjalan umur setahun 3bulan iaitu 15bulan, manakala NA umur 10 bulan dah berani lepas tangan dan umur 11 bulan dah jalan lancar.


Kenapa anak belum mula bercakap?

Selalu saya baca luahan mommies yang anaknya disangka speech delay. Rupanya baru setahun anak tu. Bila tanya mommies, rupanya tekanan orang sekeliling buat mommy tu risau anak tidak bercakap.


“Anak saya setahun dah pandai sebut lurus. Mungkin ada masalah anak kau ni”


ewah sedapkan mulut. Macam harmless tapi sebenarnya Kalau dah berulang kali dengar, every mommy pun jadi fed-up dan rasa anak aku seorang ja yang ada problem ni?


Saya personally akan share if orang tanya. Macam AN umur setahun dan memang banyak benda dia tahu cakap lepas tu kita faham apa yang dia cakap sementara NA umur setahun cuma tahu sebut APA. Iya anything kita tanya dia akan jawab apa. Dia cuma tahu sebut apa. But saya declare dia speech delay? No sebab saya tanya Dr dan nurse. When mereka yang arif cakap normal sebab perkembangan tidak akan sama setiap anak, saya just go with the flow. 


Jangan pula bila go with flow tu just tunggu anak pandai cakap sendiri. Kita as parents pun kena bantu anak stimulate keupayaan dia untuk bercakap. Paling simple, bawa anak bercakap guna bahasa betul bukan bahasa alien.



Kenapa rambut anak belum tumbuh?

Saya kenal seorang mommy ni yang sangat positif dan pandang anak dia sangat precious walaupun banyak kali dapat soalan “lambat juga rambut anak kau tumbuh” dan soalan seumpamanya. She instead buat hashtag rambut sikit pun comel bila upload gambar anak dia.


Yuppp macam tu lah kita as mother/parents. Kita hargai anak dan mana kekurangan dia kita terima sebab every child is precious kan. Bab rambut tu sooner or later mesti akan tumbuh. Maybe rambut parents dia pun nipis so ikut parents la kan. Kalau sebelum ni tebal tiba-tiba gugur sampai botak licin tanpa sebab maybe we should worry dan jumpa pakar.


Even my children pun, AN rambut nipis malah kecik dulu rambut bertompok-tompok pun saya senyum bila orang tanya why. NA pula rambut tebal. Tapi saya tidak rasa saya kena down sebab isu yang satu ni.


So basically 5 soalan ni selalu saya dapat dan saya perasan ramai juga mommies yang mengadu bila dapat soalan begini. Sometimes yang bertanya tu pun belum ada anak malah belum kahwin so what do you expect kan?


Pesan saya always contact with Dr or nurse bila bab-bab development anak. Kalau Dr/nurse cakap normal but makcik/cik bawang said abnormal ambil pendapat mereka yang arif ok.


Mommies, bila dapat soalan yang kenapa dan banding-banding ni kan just jalani hidup. Your children need you untuk setiap perkembangan dan selalu lah ada untuk anak-anak.


skincare yang selamat dan berkesan


Lagi pesanan terakhir, jangan kita pula yang tanya soalan atas ni sudah. Dalam banyak hal yang patut kita kepohkan, hal anak-anak sendiri lagi yang patut kita peduli.


Enjoy mommy-hood!


❤️,

Nija

Momster Cantik to AN & NA


No comments:

Post a Comment