Dua minggu lepas, saya terbaca ada seorang mommy bertanya milkbooster dan ramai juga share pasal ESP Shaklee sebagai milkbooster.
Momster Cantik terus teringat pengalaman minum ESP masa berpantang lepas bersalinkan NA tahun 2016 yang lalu.
ESP Shaklee ni bukan sahaja sesuai masa berpantang tapi juga sangat recommended untuk di ambil sepanjang kehamilan juga. So bagi saya sangat jimatlah let’s say ESP masa pregnant tu tak habis, boleh saja teruskan ambil masa berpantang.
Ok la jomlah Momster Cantik cerita apa kebaikan ESP ni untuk berpantang.
Untuk Ibu
🌸 sebagai energy booster sepanjang tempoh berpantang
🌸bantu alas perut sekiranya kerap lapar disebabkan aktiviti penyusuan bayi
🌸 bantu turunkan berat badan
🌸 kulit lebih sihat
🌸 luka bersalin cepat sembuh/kering
🌸 bantu penghasilan air susu
Untuk bayi
🌸 turut dapat manfaat protein untuk tumbesaran
🌸 mendapat air susu yang berkualiti dan pekat
Momster Cantik dulu bersalin normal dan breastfeeding baby. So memang masa pregnant tu dah aim kena minum ESP masa pantang.
Masa berpantang pula hanya seminggu sahaja Mak jaga pantang lepas tu kena berpantang sendiri sebab suami dah habis cuti, Mak pun kena jaga nenek dan Mak lagi satu pula masuk hospital tidak sihat.
Kalau difikirkan mencabar dan boleh jadi meroyan kena dalam keadaan baru bersalin kena urus baby baru lahir dan anak sulung yang aktif baru setahun lebih.
ESP sebagai energy booster
Ini Momster Cantik tidak nafikan sebab sepanjang berpantang sendiri, Kalau ikutkan energy sepatutnya flat kan sebab mengurus dua anak sekaligus dalam keadaan badan pun baru lepas bersalin.
Tapi Momster Cantik boleh ada tenaga urus anak-anak dari pagi sampailah malam. Bukan kata langsung takda rehat tapi mostly memang kena gerak sana sini juga unless anak-anak tidur barulah boleh tumpang baring sekali hehe
Elak rasa lapar
Paling Momster Cantik ingat ada satu hari tu Momster Cantik sibuk urus anak-anak sampaikan lupa diri sendiri belum makan tengahari. Bayangkan anak-anak berjaya di tidurkan serentak untuk quick nap, tengok jam pukul 3 petang baru perasan diri sendiri belum makan. Bukan sengaja tak makan tapi sebab rasa masih kenyang dek penangan ESP Shaklee!
ESP Shaklee kan dibuat memang bekalkan tenaga segera dan bantu rasa kenyang yang lama 😉
Bantu turunkan berat
Selain Omega Guard dan Lecithin, Momster Cantik juga yakin ESP ni antara penyumbang penurunan berat badan Momster Cantik yang baru 2minggu berpantang dah turun lebih 10kg!
Disokong lagi dengan breastfeeding NA secara ekslusif waktu tu. NA menyusu ya Allah kuat betul. Ibu masih menggeletar bila dah berjam dia mengempeng.
Kulit lebih sihat
Protein kan binaan asas sel kulit kita. Actually mana-mana sel dalam badan kita ni binaan asas protein tau. Sebab tu bila protein kita cukup, sel yang baru pun lebih sihat.
Disebabkan Momster Cantik minum ESP dalam pantang, maka bila berselfie dan upload di medisoc maka ramailah kawan-kawan kata tak nampak dalam pantang pun sebab kulit nampak glowing gitu hehe
Bantu penghasilan air susu
YESSS ESP Shaklee ni sangat membantu ok apalagi bila gabung dengan Alfalfa Complex! Habis basah baju Momster Cantik hehe
Dan sebenarnya Momster Cantik perasan bila minum ESP, air susu lebih pekat dan milky tapi kalau takda minum ESP waktu perah tu memang nampak cair sedikit.
Momster Cantik yakin salah satu faktor NA tak bangun malam atau berjaga sebab rasa kenyang lepas direct feeding. Apa tidak Ibu dah minum ESP makan Alfalfa Complex memang pekat la air susu dan memang kenyang sampai pagi budak comel tu hehe
Bab luka bersalin atau jahitan tu pula Momster Cantik tak dapat share lebih sebab masa bersalin NA rezeki tiada koyakan so memang tiada jahitan. Syukur!
So kawan-kawan yang tengah berfikir untuk cuba ESP masa pantang nanti go for it! Mana-mana mommy tengah cari set pantang sesuai, please consider set pantang Shaklee sebab Momster Cantik dah rasa Effect yang sangat bagus masa berpantang dan selepas berpantang.
Ok itu sahaja sharing kali ni. Next sharing Momster Cantik dah jumpa satu kedai yang jual produk dari Korea Japan Taiwan especially branch Innisfree di Kota Kinabalu. Sebelum ni Kalau mau beli kena beli through website. Nanti Momster Cantik share ok?
Luv banyak-banyak
Nija
Momster Cantik
No comments:
Post a Comment