10 checklist persediaan sebelum ramadan dan berpuasa

11:39 am

Bulan ramadan memang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana banyak dan besar pahala di sepanjang bulan tersebut. Sebelum memulakan ibadah puasa, elok rasanya kita semak dahulu persiapan menghadapi ramadhan juga amalan sebelum bermulanya ramadhan.

Semoga bermanfaat!





Checklist 1: Semak semula hukum hakam yang berkaitan
Semak semula hukum hakam yang berkaitan puasa seperti perkara yang membatalkan puasa, niat berpuasa, doa berbuka puasa dan sebagainya. Walaupun orang rasa agak remeh tapi kena ingat ini benda asas yang membuatkan puasa kita sah atau tidak. Contohnya ada orang ingat merasa makanan itu membatalkan puasa tetapi sebenarnya tidak, ada pula takut untuk korek hidung risau batal puasa (tidak batalkan puasa ya). Hahhh niat pula jangan lupa sebab tidak sah puasa kalau niat tiada. 
Kredit: Abu Aqif Studio
Kredit: ISMA Mesir

Kredit: FB PenguatkuasaFarmasiKKM


Checklist 2: Amalan sunat
Ambil tahu amalan sunat yang digalakkan seperti baca Al-quran, sedekah & membantu golongan susah.




Macam yang kita tahu bulan ramadan ni adalah lubuk pahala sebab itu selain amalan dan ibadah wajib, amalan sunat juga kita boleh buat untuk tambah lagi pahala kita.


Checklist 3: Buku catatan
Buku/diari ni pula kena ada bila kita ada target tertentu dalam bulan puasa. Kita mesti mahukan puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun lepas kan? Sebab tu diary atau buku ni bantu kita trace & track diri kita sepanjang bulan puasa. Percayalah at the end of the day, bila raya pertama nanti tengok balik buku/diari ni mesti rasa puas hati bila kita punya amalan ikut atau seiring dengan target kita.




Apa yang kena catat dalam buku/diari? Contoh surah-surah yang kita target untuk hafaz, berapa rakaat tarawikh dan sebagainya. 

Checklist 4: Telekung & Al Quran
Telekung & Quran & tasbih digital. Bila dah tahu hukum hakam puasa, amalan dan dah ada target, jangan lupa sediakan telekung dan Quran. Bukan apa, ada orang dia suka guna telekung tertentu semasa bulan ramadan. Telekung harian yang sebelum ni pula boleh cuci dan simpan dulu.




Quran pula mungkin sebelum ni kita jarang sentuh so bolehlah keluarkan dan simpan di tempat yang dekat dengan telekung atau sejadah kita supaya ingat untuk baca Quran lepas solat. Tapi pastikan Al-Quran jangan simpan di tempat yang rendah. 

Checklist 5: Latihan bangun malam
Berlatih untuk bangun malam. Ini penting tau apa lagi kalau orang perempuan yang berkeluarga. Kena bangun untuk siapkan sahur kan jadi kena bantu diri untuk ready bangun awal dari yang biasa. Seminggu atau beberapa hari sebelum ramadan, bolehlah cuba-cuba bangun awal. Selain sebagai latihan, boleh sembahyang sunat sekali (sambil menyelam minum air boleh dapat pahala extra kan)

Checklist 6: Jaga percakapan
Menjaga lidah (mengumpat mencaci). Sayang sangat ibadah dan amalan kita dalam bulan mulia kalau mulut kita pula yang buat silap. Mulut ni anggota yang bukan senang orang perempuan kawal (ada juga orang lelaki), sebab itu sebelum masuk bulan puasa Jom kita jaga lidah dengan kurangkan perkataan.




Kalau kita tiada apa untuk dicakapkan lebih baik berdiam dan sebelum keluarkan apa-apa perkataan dari mulut fikir dulu ya. Ingat dosa mengumpat tu besar!


Checklist 7: Jaga kesihatan
Jaga kesihatan. Ini sangat penting sebab apa kita berpuasa ni dengan kudrat kita dan kesediaan tubuh badan. Kita kena sihat supaya tidak terlepas peluang untuk lakukan ibadat seperti berpuasa dan tarawikh. Sebelum berpuasa: mula ambil makanan yang sihat, lebihkan sayur hijau, banyakkan minum air kosong dan kurangkan minum manis serta kurangkan ambil makanan bergoreng. Kita mahu elak badan kita diserang demam, selesema dan batuk sebab akan mengundang ketidakselesaan semasa beribadah. Selain itu, sediakan suplemen yang sesuai semasa berpuasa nanti seperti vitamin C untuk kuatkan sistem imun dan minuman isotonik untuk bantu hidratkan tubuh. 


Minuman isotonik pilihan saya sebab tidak berkarbonat dan kurang gula; Perfomance Drink.


Ini pula vitamin C kegemaran saya. Consume sejak 2015 lagi; vitamin C Shaklee.

Checklist 8: Senarai resepi
Senarai resepi sepanjang ramadhan. Wanita yang berkeluarga sangat perlu benda ni. Sebab tu dah mula di media sosial perkongsian resepi sebulan untuk sahur dan iftar/sungkai(sungkai di negeri sabah dan sarawak sama maksud iftar). Jadi kita manfaatkan dan save la resepi yang boleh kita sediakan. Supaya tidak lah bosan menu yang sama setiap hari bagi yang berkemampuan. Saya sarankan simpan di bahagian nota smartphone atau buku khas yang resepi masakan. Jangan lupa untuk semak juga resepi-resepi yang kita ada tu, pastikan tidak membuatkan kesihatan kita merosot pula contoh jangan makan yang terlalu berminyak atau bersantan setiap hari dengan kerap. Dalam pada kita mahu menjaga selera kita semasa bulan puasa, ingat juga untuk jaga kesihatan kita sebab kita tidak mahu kolesterol, tekanan darah tinggi, paras gula juga meningkat disebabkan kita nikmati menu tersangat sedap sepanjang bulan puasa. 

Checklist 9: Bajet lebih
Bajet untuk bersedekah. Dalam bulan puasa, amalan bersedekah sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Sedekah bukan diukur dengan nilai sedekah tetapi keikhlasan kita. Contoh kita target setiap minggu kita sedekah RM50, bolehlah kita bajet berapa yang kita perlukan untuk bersedekah selama sebulan. Sedekah pula bukan dalam bentuk wang sahaja. Kita boleh bersedekah telekung untuk masjid/surau. Ketika bulan puasa, ada orang yang guna telekung yang kita sedekahkan tu tentu sekali menjadi pahala buat kita. In shaa Allah!

Checklist 10: Saling mengingati
Mengingatkan orang lain tentang kepentingan buat persediaan untuk sambut ramadhan. Kita sangat digalakkan untuk saling berpesan-pesan sesama kita, oleh itu jangan lupa untuk keep on sharing & remind di laman sosial kita yang ramadhan is coming. Supaya kawan-kawan dan keluarga kita pun merasa keterujaan menyambut bulan ramadhan kareem. 

suplemen CoQTrol
Youth skincare


Alhamdulillah ini sedikit sebanyak yang MomsterCantik ingin share sebelum menjelangnya ramadan yang lagi tinggal beberapa hari ni. Semoga kita semua bersedia, sihat sepanjang ramdan dan all out untuk kumpul pahala dan bolehlah nikmati raya dengan penuh bermakna sebab kita dah buat yang terbaik masa bulan puasa kan? Next MomsterCantik akan share 5 masalah kesihatan yang boleh kita hadapi sepanjang berpuasa dan cara mengatasinya.

Terima kasih sudi baca 😊

Nija
MomsterCantik tidak sabar kita bebas dari saitoonn selama sebulan









You Might Also Like

0 comments