Bagaimana Jadi HOT MOMMY yang urus rumahtangga?

5:08 am



Sejak jadi wahm ni kan (tahun ni tahun ke-2) saya takut bila tidak boleh jadi cantik. Haha!

Selalu tu tanya husband "bi, ibu masih cantik ka?"
Iya lah Kalau di rumah make-up sentiasa ka? At least 8jam macam ofis hour make-up di rumah, mampu?




Kalau keluar bekerja mesti sentiasa pastikan penampilan kita kelas dan elok dipandang la orang kata.

Taaapiii bila di rumah ni spesifiknya kerja dari rumah, kau pakai kain sarung pun kerja jalan (keluar Pos barang & jumpa customer/prospek tidak termasuk la kan hehe).

Dilema tau bagi isteri dan mommies sebab suami balik nanti takkan hidang muka comot 😔 manalah tak comot Kalau urus anak-anak sambil tung tang tung tang di dapur di ruang tamu lagi!

Sooo saya mau jadi hot mummeh pada mata suami. Eh dapat pahala tau sebab buat suami senang hati 😍 caranya: pastikan kulit sihat sebab kulit sihat kunci kulit cantik (nija bab cantik cantik ni memang suka!). Cemana kulit cantik? Bagi 'makanan sedap' kulit paling asas vitamin C dan protin. 

Lepas tu hot mummeh juga mesti bertenaga bila urus rumah tangga. Lemau lemau tak mau! Multivitamin bantu saya bertenaga. Vitamin B pun bantu tukar gula dari makanan saya jadi tenaga 💪🏻

Setakat ni suplemen vitamin C paling saya setia adalah vitamin c yang saya makan sekarang. Few brands juga saya dah makan tapi tidak setia! Kesetiaan ku diukur pada jaminan mu wahai vitamin C kihkih


Eh Kalau working mom pun boleh ja makan multivitamin sebab penat ofis pun belum habis, sampai rumah pulak tuntut tenaga urus rumah tangga kan.

Anddd walaupun pemakanan jaga tapi kalau tidak buat exercise pun actually tidak guna juga. Sebab saya percaya pada saranan yang Shaklee highlight dalam gambar ni:


Ok dah jaga pemakanan, exercise pun sudah what else?

Hah kena tahu manage tekanan tau. Bila dah jadi mommy ni tekanan memang akan ada. Kalau rasa tidak boleh handle seorang tekanan yang kamu rasa, better cari sokongan. Sokongan yang kuat adalah suami. Slow talk dengan suami. Best friends pun boleh membantu. Tapi bila meluah pada kawan, kena jaga aib rumahtangga.

Saya ada follow beberapa orang yang dah jadi mommy tapi pembawaan diri tu nampak anggun dan rumahtangga pun terurus. Ada yang mommy keluar bekerja ada yang work at home mom.

Jadi cantik selepas berkahwin apa lagi bila ada anak-anak bukan benda yang perlu diabaikan. Saya paling ingat pesan mak bila orang punya perspektif eh tak apa aku dah kahwin. Orang belum kahwin tu yang kena cantik cantik:

Jawapan balas mak:
"Orang yang dah kawin patut jaga diri lebih dari sebelum kawin. Jangan suami buat hal, baru bertindak"

 Kau ghase?

Hehe apa pun niat kena betul. Jadi hot mommy bukan bermaksud pakaian terdedah atau sendat. Biarlah jadi hot mommy di depan mata suami. Kalau jadi hot mommy di mata orang sekeliling pun biarlah disebabkan pembawaan diri kita.


Salam sharing sebab sayang, bukan mau impress orang ❤

Nija 
Mommy yang yakin hot di mata suami dan AN&NA hehe

#nijabagitips
#nijasukasharing

You Might Also Like

6 comments

  1. Bijak mommy hot Nija! Dari anak 1st sudah ada kesedaran untuk jaga kecantikkan. I like ❤!

    ReplyDelete
  2. Setuju.. walaupun wahm pun perlu sentiasa jaga penampailan dan jaga kesihatan😍

    ReplyDelete
  3. Wow... Penampilan dirumah memang sering diabaikan para isteri kan.. Memang tak dinafikan.. Collen pun selalu sangat terabaikan benda penting ni...😓😓

    ReplyDelete
  4. Tenkiu atas perkongsian ni.

    Dulu pon saya fikir gitu gak, cantik hanya untuk anak dara je. 😅

    Tapi sekarang, dah tak lagi. Dah kawen laaaagi perlu jaga kecantikan dari dalam. Natural beauty gitu. 😍

    ReplyDelete
  5. tips terbaik nija. dah jadi mummy, takut ada yang terlupa buat.nak jadi hot kena buat semua. jaga makan, ambil vitamin dan senaman.

    ReplyDelete
  6. pengambilan vitamin c bukan sahaja diperlukan untuk kulit yang cantik..malah dapat tingkatkan tahap kesihatan juga..saya pun konsisten amalkannya sekarang..

    ReplyDelete