Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

2:00 pm



Dulu waktu saya mula-mula kenal krim mata (eye cream), saya agak terkejut sebab rata-rata harga mahal tapi saiz kecil.

Rupa-rupanya ada sebab kenapa krim mata harga tidak padan dengan saiz. Krim mata formulasinya tidak sama dengan krim untuk kulit di bahagian muka yang lain. Krim mata mengandungi lebih banyak bahan aktif yang mensasarkan permasalahan sekitar kawasan mata.

Kulit sekitar kawasan mata lebih nipis dan sensitif, lebih mudah terdedah kepada kekeringan dan sangat cepat menunjukkan tanda penuaan dan keletihan.

Kalau kamu rasa kamu tidak perlukan krim mata pandang cermin renung teliti kawasan mata.

Ada garis halus?
Ada kedutan?
Ada lingkaran hitam bawah mata?
Ada eyebag?
Mata nampak letih dan saggy?

Itu tandanya kamu perlukan krim mata! Krim mata ada banyak jenis. Ada yang bertindak untuk satu kesan khas sahaja contohnya untuk mengurangkan kedutan. Ada yang di formulasi untuk merawat beberapa masalah contohnya untuk mengekalkan kelembapan dan mengurangkan sembap mata.

Sebelum membeli krim mata yang sesuai, kita kena pastikan dulu apa masalah kawasan mata kita kemudian kita kena tahu apa bahan aktif yang diperlukan untuk merawat masalah tadi. 

Masalah Selalu Yang Melibatkan Kawasan Mata:
Garis halus dan kedutan 
Antara penyebab: pendedahan pada cahaya matahari dan penghasilan kolagen yang semakin menurun.



Cara mengatasi: pilih krim mata yang mengandungi vitamin C, peptides dan retinol. Tiga benda ni bantu penghasilan kolagen. Ceramide dan hyaluronic acid sebagai pelembap yang membantu elak kehilangan air dari kulit dan meningkatkan keanjalan.

Dark circles/lingkaran gelap/lebam 
Dark circle boleh disebabkan salur darah area bawah mata tu bengkak atau tidak lancar.
Antara penyebab: Genetik, pendedahan pada cahaya matahari, usia, pembentukan darah di bawah mata.

Cara mengatasi: pilih Krim mata yang mengandungi bahan aktif Sodium ascorbate or vitamin C membantu menutup atau conceal dark circles selepas kira-kira 6 bulan. Niacinamide (vitamin B3) and kojic acid boleh mencerahkan dark circles.

Eye bag/kantung mata
Antara penyebab:
Eye bag ni keadaan di mana pembentukan lemak yang ketara. Antara sebab yang berkait ialah Perubahan cuaca, tahap hormon atau makan makanan yang masin, tidur yang tidak cukup, alahan, keturunan.


Cara Mengatasi: Pilih krim mata yang mengandungi kafein. Selain tu boleh Cuba serum mata yang kandungannya boleh mengekalkan kelembapan dan penghasilan kolagen. Kurangkan pengambilan garam.

Puffiness (Sembap)
Antara penyebab: Pembentukan cecair dan darah di bawah mata. Kalau tidak tahu Bagaimana rupa sembap, mata bengkak lepas menangis hah macam tu 😊
Cara Mengatasi: suhu sejuk dikatakan berkesan untuk merawat sembap. Hah no wonder ada yang suka letak eye cream dalam peti ais 🤔

Hah bila dah tahu masalah dan apa bahan aktif yang kena ada dalam krim mata tu bolehlah beli ikut keperluan. Pastikan krim mata tu selamat ya. Ada kelulusan KKM dan halal bagi yang Muslim.

Bila dah ada krim mata yang kita mahu, kena tahu cara guna yang betul pula kan. Kalau cara guna salah boleh menyebabkan krim tidak bertindak dengan betul, paling haru jadi masalah lain pula.

Cara Pakai Krim Mata Dengan Betul Supaya Berkesan
  1. Guna jari manis untuk sapu dan ratakan krim sebab pressure jari manis  paling lembut. Kan kawasan sekitar mata tu nipis dan sensitif. 
  2. Jangan tarik kulit sekitar mata sebab kulit sekitar mata sangat nipis.
  3. Masa apply krim mata, tepuk perlahan dan lembut atau dap dap kan saja supaya membantu penyerapan krim mata.
  4. Penggunaan krim mata tidak perlu banyak. Hanya sebesar kacang hijau pun sudah cukup.
  5. Apply krim mata tidak terlalu dekat dengan mata sebab krim mata boleh menyerap dalam jarak 1 inci di sekitar kulit mata (rujuk gambar di bawah).
  6. Sebelum guna concealer atau foundation (bagi yang mahu guna kan makeup), tunggu sekurang-kurangnya 1 minit setengah supaya krim mata menyerap sepenuhnya.



Credit: lifestylishly-Wordpress.com

Yeayyy settle pun sharing kali ni. Semoga bermanfaat dan semoga kita lebih peduli pada kesihatan dan kecantikan kita. Jom jadi cantik selalu 😍

❤️,
Nija
Paling suka bab-bab cantik

You Might Also Like

0 comments