Soalan Cepumas The Makciks Terlebih Caring di hari Raya

1:57 pm




Musim raya maksudnya musim balik kampung. Bila balik kampung of course akan jumpa sanak saudara, yang jauh yang dekat semua berkumpul.

Dalam pada kita bersilaturrahim, tidak terkecuali soalan bonus atau soalan cepumas terutama sekali dari makcik makcik yang TERLEBIH CARING kan hehe

Sebenarnya sikap makcik makcik ni tidak semestinya maksud begitu pun. Contoh "buat apa sekarang?" makcik tu bukan bermaksud nak tahu kerja sekarang tu gaji berapa (walaupun ada juga yang serius menjurus ke arah kepochi), terkadang soalan macam tu sekadar pembuka bicara, nak buat suasana lebih selesa dan santai bersilaturrahim.

Perasan tidak sikap terlebih caring para makcik ni ada peringkat?

Saya bagi contoh situasi saya:

Masa sekolah menengah dulu
-Tingkatan berapa sekarang?
-PMR dapat berapa A?
-8A kenapa tidak masuk sekolah asrama penuh?
-SPM dapat keputusan apa? Oh 4A ja, anak makcik dapat doplohempat A

Masa matrik dulu 
-Belajar apa sekarang?
-Lepas matrik, sambung belajar mana?
-Kenapa tunang awal? 
-Kahwin bila?

Masa di universiti pula
-Ambil jurusan apa?
-Habis nanti, sains marin boleh kerja apa?
-eh dekat 2tahun dah kan kau jadi tunang orang, bila kahwin?
-Agak berapa gaji Kalau kerja bidang sains marin?

Masa di Universiti dan sudah kahwin
-bila habis belajar?
-awalkan kau kahwin?
-bila ada baby? Anak si polan polan kahwin lambat 2bulan dari kau dah berisi tau!
-nanti habis belajar, suami kau bagi kau kerja?

Ada anak satu; Adam Noah 
-buat apa sekarang?
-macam mana pergi praktikal ada baby?
-anak jenis senang jaga?
-umur anak berapa?
-bila tambah anak? Lelaki dah ada, cari lagi perempuan. CARI? Pfffttt

Ada sepasang anak; Adam Noah & Naurah Ameena
-anak dah berapa?
-wahhh besar dah anak. Berapa umur?
-yang adik ni umur berapa?
-buat apa sekarang?
-bila nak tambah anak?
-kenapa nampak kurus?

Nampak kan betapa soalan para makcik ni sekitar sekitar pekerjaan, status, anak? Paling senang faham: apa yang the makciks ni nampak tu yang dia tanya. So bila kita datang beraya belum bawa suami, dia tanya bila nak ada suami. Bila kita beraya takda anak, dia tanya bila anak tu muncul haha!

Antara soalan yang paling sensitif bagi saya:
1. Bila nak kahwin?
2. Bila nak ada anak?
3. Bila nak tambah anak?

Bila kena tanya pasal kerja apa boleh lagi jawab yang tidak sampai rasa hati tergadai, tapi bila bab 3 di atas tu dibangkitkan memang menusuk jantung unless waktu makciks tu tanya:
1. Kad kahwin tengah cetak 
2. perut tengah membulat anak tengah tendang tendang kat dalam
3. Perut again tengah membulat sambil ada anak kecil tengah bermain di sebelah

Saya pernah tau dulu kata pada diri sendiri
"Kalau aku tua nanti, aku takmau tanya saudara yang datang beraya tiga soalan tu" sebab 3 soalan tu very the kepochi haha! Harap-haraplah diriku ingat 😂

Soalan Bila kahwin tu akan mengguris hati mereka yang baru putus tunang atau pasangan dia curang atau orang yang struggle untuk bangkit selepas dikecewakan.

Soalan bila nak ada anak tu ya Rabbi sumpah saya dah rasa azab dia apa lagi bila kena banding dengan pasangan yang kahwin dekat dekat ja dengan kita. Lagi haru Kalau pasangan tu kita kenal rapat huhu

Mungkin ada the makciks ni sangka pasangan zaman sekarang ni tidak mahu ada anak cepat. Mahu enjoy berdua dulu katanya. Tapi serious-lah ada ja pasangan yang mahu anak cepat. Kalau boleh bunting pelamin! Tapi dah Tuhan kata bukan masa yang sesuai kan. 

The struggle is so real tau sebab pasangan yang mahu anak tapi belum ada rezeki at the same time di asak dengan soalan anak ni sebenarnya ikhtiar sungguh-sungguh tanpa kita tahu pun setiap titik peluh , wang ringgit dan jatuhnya air mata dalam usaha untuk ada baby tu.

Apa kata kita doakan saja pasangan pasangan ni? Daripada kita tanya "Bila nak ada anak?" Baik kita kata "makcik doakan dapat baby cepat ya"

Tambah anak tu pula hehe dengan ekonomi zaman sekarang ni janganlah desak tambah anak cepat. Mungkin pasangan tu sebenarnya dalam tempoh sesuaikan diri dengan status parents yang baru beberapa bulan mereka hadap. Mungkin saja anak mereka tu perlukan perhatian khusus which masa memang 100% pada anak nan satu tu.

Mungkin juga pasangan tu tidak mahu anak yang baru nanti rasa tidak cukup serba serbi sebab sedangkan anak yang ada sekarang pun banyak keperluan yang terpaksa dicatu. Memang setiap anak tu ada rezeki masing-masing tapi sebagai ibu bapa kena usaha juga kan cari rezeki takkan goyang kaki tunggu duit untuk beli diaper susu anak turun dari langit kan?

Ohya sebagai orang orang yang jadi mangsa soalan cepumas ni SILA BERTABAH dan nikmati ketupat rendang anda dengan senyuman hehe

Don't worry toksah rasa down lama lama sebab mulut Kalau dah penat berhenti sendiri. Ingat Allah tu yang lagi tahu masa terbaik dan keadaan terbaik untuk kalian 😊

Salam sharing sebab sayang, bukan impress orang:
Nija
Ex TTC-Ian, ex mangsa pertanyaan kenapa kahwin awal, bila nak ada anak dan bila nak tambah anak huhu

You Might Also Like

0 comments