Tips Menjaga Gigi Anak Kecil

6:02 am



Beberapa minggu lepas, saya dan suami bawa AN pergi klinik sebab demam. Doktor tu puji gigi AN masih cantik. Mulanya saya ingat mungkin taktik doktor tu supaya AN rasa selesa diperiksa suhu dan keadaan badan.

Then terjumpa lagi kawan dan kawan tu pun tegur benda sama. Bila saya perhati kawan-kawan sebaya AN, baru saya perasan.

Saya perasan yang rata-rata sebaya AN gigi dah mula kehitaman dan buruk di bahagian depan. AN bukanlah gigi perfect sangat putih macam gigi yang mula-mula keluar. Cumanya gigi dia belum ada tanda kehitaman atau buruk. Kuning dah mula. Tu yang saya dan abi dia strict jaga gigi dia.




Saya rasa terpanggil pula untuk share. Mungkin orang yang ada ramai anak lagi banyak tips dan cara kan. So ini just perkongsian dari pengalaman saya sendiri.

1. Mula berus gigi
AN kami mula dedahkan dengan berus gigi bila dia gigi dah banyak dan mula makan macam orang dewasa. Maksudnya bukan lagi puri dan bubur. Saya lupa the exact date kami berus gigi AN for the first time, tapi yang saya ingat gigi dia dah banyak dan kalau tidak silap belum setahun pun umur AN (gigi AN tumbuh banyak dan cepat).

2. Beli ubat Gigi yang ada xylitol
Saya dari dulu tahu florida saja bila sebut ubat gigi. Kalau beli ubat gigi ada florida cukup. Bila dah ada anak kena tau lebih lagi.

Mula-mula dulu kami beli ubat gigi yang asal ada label untuk kids. Kandungan ubat gigi langsung tidak titik beratkan. Mentality dulu "label untuk kids, so should be fine la any brand any flavour!".

Then bila saya mula berjinak-jinak dalam bidang nutrisi dan kesihatan, saya jumpa term xylitol. Dulu pernah dengar tapi tidak ambil pusing sangat. Xylitol ni satu bahan yang memastikan gigi terlindung dari pembentukan kaviti yang boleh rosakkan gigi.

Check punya check ubat gigi selama ni yang kami beli untuk AN - no xylitol at all! Mak aih rasa bersalah sangat pada AN. So start dari sana, saya share dengan husband what is xylitol dan suami sendiri setuju yang we need to give him ubat gigi yang ada xylitol.

So pilihan kami is Morning Kiss:



Ohya suka saya share pasal fluorida juga. Ada satu artikel harian Metro yang memetik kata-kata doktor gigi yang menurutnya umur setahun tidak digalakkan ubat gigi yang mengandungi fluorida sebab ada tendency anak menelan ubat gigi tadi. Manakala anak umur dua tahun ke atas digalakkan guna ubat gigi ada fluorida. Fluorida yang ditelan secara berlebihan boleh menyebabkan fluorosis. Fluorosis ni tidaklah bahaya cumanya gigi anak kelihatan tidak cantik sebab ada tompokan putih, kuning atau lebih gelap lagi pada permukaan gigi.

To be honest, saya juga tersedar ada tompokan putih di gigi AN mungkin sebab kami bagi ubat gigi berflorida semasa umur setahun. But it's okay belajar dari kesilapan kan. Nanti turn NA lebih beringat.

3. Tunjuk
Fitrah kan budak kecik, apa yang parents buat mesti nak ikut. Macam tu jugalah si AN ni! Dulu mencabar juga bagi dia faham yang you must brush your teeth. Berpeluh jawab soalan dan ketidakmahuan dia bila sebelum mandi kena berus gigi.

Kalau abi dia, sampai bebel dalam tandas tau bila mandikan budak AN tu haha!
But then suami buat demo berus gigi. Bila AN kena berus gigi, abi dia pun acah-acah berus gigi. Hah barulah dia pun ikut. Sesuai la kot orang selalu sebut 'kepimpinan melalui teladan' ye dok?

Sekarang ni bila kitaorang biar dia berus gigi, AN akan cakap "berus gigi ibu!" Atau "berus gigi abi!" Atau bila dia tengok kami join berus gigi dia akan cakap "sama!".

4. Biar anak buat sendiri
Okay bila AN dah tahu pegang sendiri berus gigi, kami biar dia buat sendiri. Kalau masa mula-mula ajar tu memang kena pegangkan berus gigi dan AN cuma kena nganga mulut, lepas dia dah boleh pegang sendiri kami mahu dia rasa sendiri cemana rasa bila kena berus gigi. At the same time saya percaya aktiviti ni juga bantu motor skill dan sensor dia punya perkembangan.

5. Puji
Hah bila anak dah pandai buat sendiri, masanya untuk puji! Iya pujilah anak tu. Kan itu pencapaian dia dalam hidup. Mana ada orang yang lahir terus pandai semua. Kena berperingkat kan. Dan setiap peringkat tu pun kena diraihkan.

Macam AN, once dia dah settle berus gigi saya dan suami suka puji dia "pandai nya abang ni. Kan bagus berus gigi. Gigi cantik. Tiada kuman. Bersih. Ibu dengan abi bangga dan hepi Adam Noah pandai berus gigi!"

Dan AN pun akan tersenyum simpul dan mengangguk hihi!

6. Hargai
Cara hargai? Kena bagi hadiah? Tidak semestinya. Antara cara saya hargai ialah bila kitaorang beli barang dapur, kitaorang akan pergi bahagian ubat gigi kanak-kanak dan biar AN pilih ubat gigi. Masa kena ubah brand sebab xylitol hari tu jenuh juga melayan karenah AN mahu yang lama yang tiada xylitol. Huhu

Sekarang dia kenal dah which and which. Bila dia dah tunjuk, bagi pada dia then cakap "pandai abang pilih. Ok ubat gigi abang dah habis kan, ibu/abi beli k untuk abang".

Satu lagi cara saya hargai bila AN mahu berus gigi dan buat dengan Cara yang betul ialah bagi ciuman dan pelukan. Ohya Jangan lupa kata-kata semangat dan positif untuk membina jati diri dalam diri dia.

7. Jaga makan
Part makan ni saya akui saya tidak strict. Sebab utama ialah saya tidak mahu AN mudah kembung perut/sakit perut/alahan bila termakan makanan yang bagi kita makanan biasa tapi tidak bagi dia sebab tidak pernah didedahkan langsung.

Tapi walaupun begitu, still saya jaga makan AN. Dia boleh makan coklat tapi ada had. Dia boleh makan gula-gula tapi ada masa kena stop. Dia boleh minum ais tapi tidak kuantiti banyak. Saya bagi vitamin semulajadi seawal umur setahun dan kena berus gigi juga minum air kosong.

Tahu tidak kenapa gula tidak bagus untuk gigi?
Sebab gula adalah makanan bakteria. Bila ada gula, bakteria lebih membiak dan merosakkan gigi anak-anak.

Ohya saya selalu share vitamin yang saya bagi AN makan. Dan sebelum saya bagi tu saya baca dan buat survey vitamin mana yang totally bebas gula, natural sebaiknya dan kandungan pun bagus.

 cara menjaga gigi anak


So saya jumpa dengan multivitamin dari Shaklee Vita-Lea for Children yang mana saya mula bagi AN sejak dia umur setahun. Dia dah pandai kunyah saya bagi dia sebab multivitamin ni dalam bentuk chewable. Yang saya suka, rasa anggur yang asli bukan gula mahupun pemanis tiruan siap ada xylitol lagi bagi mengelak kaviti gigi anak. Ye lah kan dalam pada anak kunyah vitamin tu lepas tu Kalau ada kandungan gula still bakteria suka rosakkan gigi.

8. Jangan biar botol susu melekap Bila anak dah tidur



Ini terpakai untuk anak yang menyusu melalui botol susu. Selalu kan bila anak menyusu dan memang nap time susu tidak habis dan even anak dah tidur puting botol susu masih dalam mulut.

Macam yang kita tahu, dalam susu formula ada kandungan gula. Gula ni makanan bakteria.

Jika gigi tidak dibersihkan, plak terbentuk. Gula yang ada disekitar gigi akan dicerna oleh bakteria yang ada dalam plak tadi. Kesannya bakteria akan keluarkan asid hanya dalam beberapa minit sahaja! Ini yang buat gigi anak mereput atau rosak.

Kalau biar anak menghisap botol susu even lepas tidur, air susu berkumpul lebih lama di dalam mulut anak dan tentunya lagi cepat gigi anak rosak.

Paling baik alihkan dari mulut anak bila anak dah tidur. Again, membiarkan puting botol susu lama pada mulut boleh menyebabkan gigi rosak!

9. Bawa berjumpa Dr Gigi
Tips ini saya belum guna lagi sebab belum pernah bawa jumpa dentist lagi budak AN tu. Berdasarkan pembacaan, ramai yang kata malah ada doktor gigi juga sarankan bawa anak berjumpa dentist bila anak masuk setahun. Setiap setahun sekurang-kurangnya sekali bagi mengelakkan anak-anak takut pada dentist. Biar anak biasa jalani rutin pemeriksaan gigi so tiadalah istilah mitos jumpa dentist is a nightmare huhu

Fuhhh settle pun share pengalaman dan tips kali ni. Semoga memberi manfaatlah yee.

Penjagaan gigi mungkin benda kecil tapi sebagai parents Kalau tidak ambil peduli benda yang simple macam ni Jangan cakap kenapa anak aku macam ni kenapa anak kau macam ni?

Saya sendiri masih belajar ilmu keibubapaan. Masih banyak benda yang perlu saya faham dan hadam. Tapi ingat lah there is always first step for a first timer kan.

Dan tiada istilah terlambat, anak aku gigi dah buruk. Gigi anak kecil ni gigi susu ya. Sampai masa akan tanggal dan ganti dengan gigi kekal. So masih belum terlambat!

Jom jadi superdad dan supermom pada anak-anak kita.



Salam sharing sebab sayang, bukan mahu impress korang
Nija || Ibu AN&NA || 0138748191

You Might Also Like

6 comments

  1. Terus sy tgk kandungan di colgate anak2 ribena. Nasib ada xylitol. Kodomo lion hehe

    ReplyDelete
  2. Waaah.. thank you sharing tips.. gigi anak sy.. ada gerbang sudah d tengah.. ahaha.. masih suka menyusu sebelum tidur..

    ReplyDelete
  3. Tq tips 😍😍 sy besa kasi anak2 pegang berus gigi masa gigi susu start tumbuh.. memang beza banding dengan anak yg x kena kasi biasa

    ReplyDelete