Ini Baru Raya [Edisi 2017]

9:00 pm


Hari ni dah hari terakhir syawal. Cepat betul masa berlalu kan. Hari tu macam baru ja dengar pengumuman raya. Macam baru sangat bersalaman minta maaf. Tup tup esok dah masuk bulan baru. Selepas ni istilah rayakan sebulan dah boleh simpan untuk tahun depan pula hehe

Raya tahun ni alhamdulillah bersyukur dan happy Allah bagi kesempatan raya bersama keluarga. Bila skrol gambar-gambar dalam gallery terus rasa sebak sebab banyak sangat nikmat yang Allah bagi. Juga ingatan supaya jadi yang lebih baik. Kenapa? Sebab Allah dah baik sangat takkan diri sendiri tak mau jadi hamba Allah yang lebih baik.

⭐️Yang Excited
Baju raya sedondon tahun ni. Tahun pertama raya dengan AN langsung tidak sedondon. Saya jubah warna mustard, suami kurta coklat, AN baju melayu royal blue. Hehe

Tahun seterusnya ada AN dan NA. Boleh dikatakan rona kuning tapi nampak sangat tidak satu ton warna.

Tahun ni belum pun Ramadan, saya dah cari kain. Which sepatutnya warna peach tapi haha jadi warna  oren pula!
Tapi saya sangat happy sebab bila ambil gambar nampak usaha menjadikan raya kali ni lebih bermakna apa lagi saya jahit sendiri bunga-bunga cinta ittew~ hehe


⭐️Yang Bersyukur
Raya pertama kami beraya di KK dengan keluarga belah saya. Raya kedua baru kami pulang ke kampung belah suami. Tahun ni juga mak saya dapat beraya bersama dalam keadaan sihat walafiat alhamdulillah. Dah dua tahun mak beraya dalam hospital bila mak warded. Warded pula sampai 2 minggu. Allahu betapa saya bersyukur tahun ni mak dapat beraya bersama kami. Terima kasih Allah ❤️

Bila kami balik ke kampung suami, AN & NA dapat bonding dengan sepupu yang jarang budak berdua ni jumpa 😊




⭐️Yang malu tapi suka
Bila saya sampai di kampung belah mertua, tiba tiba saya ditegur oleh aunty. Katanya  "nampak kecil dari dulu sudah kau. Baguslah begini" siap pegang perut. Alamak perut masih terbawa saiz pregnant tu walaupun semangat berkobar Mommy hot body menyengat gittew~ 

Saya terketawa sebab aunty pegang perut geli bah haha! Tersipu malu bila ada lagi tegur makin kurus. Doakan kurus sampai 60kg boleh?

Tahu tidak bila puasa saya turun 6kg lebih. Masa raya saya terfikir-fikir berapalah berat ni naik lepas pekena juadah raya. Sekali timbang wahh 1KG turun lagi!

Dua minggu lepas raya, beranikan diri timbang (amboi kan ready betul lettew~ rasa sakit hati kalau angka makin besar).

Haha ketawa dan geleng-geleng semacam kurang percaya dinobatkan Miss Malaysia eh! Geleng-geleng semacam tidak percaya sebab mulut dah kena sumbat banyak ni 😂


⭐️Yang kecewa 
Aim kurus dan cantik tidak dapat bersama. Lumrah lah kan. Tidak semua kita boleh dapat. Saya minta dua, Allah kata satu dulu. Saya minta dan usaha berat turun dan kulit sihat di hari raya, eh rupanya part kulit Allah hold dulu. Siapalah saya untuk menidakkan bila jerawat kata "serang!"

Hancur kulit bila hormon menses ubah 'setting' kulit. Maka berhari rayalah saya dengan berat turun 6kg tapi kulit ada hiasan jerawat aktif dan parut jerawat baru.

Paling sadis, vitamin E pun habis pada masa yang sama. Baru sehari di kampung vitamin E 'selesai'. Saya hanya mampu berhuhu dan muncungkan mulut tanda simpati pada diri sendiri 😔


⭐️Yang diuji 
Kami balik beraya ke kampung suami raya kedua. Plan memang jalan beraya sakan sebab kawasan kampung memang best bila musim raya. Tapi betul lah apa orang cakap serapi mana kita merancang, perancangan Allah juga yang terbaik. Raya ke-tiga suami sakit demam panas. Actually masa Raya kedua tu suami mula bersin-bersin. Raya ketiga terus tidak boleh tidur dengan selesema batuk suhu pun naik tinggi. Padahal waktu tu AN & NA baru mahu beransur baik dari selesema batuk.

Sedih juga. Bukan sedih sebab tidak dapat beraya pegi rumah orang tapi sedih sebab suami sakit. Suami kalau sakit memang saya risau sebab memang terlantar tidak boleh bawa badan.

⭐️Yang Mencabar
Tahun lepas saya beraya dengan dua anak kecil juga tapi tahun ni lebih mencabar. Tahun lepas NA behave sebab belum sampai sebulan. AN pula suami yang handle sepenuhnya sebab saya masih dalam pantang. Tahun ni mencabar sebab NA dah pandai jalan dan AN pun memang laju dah lari-lari dengan mulut potpet semua haha!

Ohya boleh baca sharing saya Beraya Dengan Baby Boy atau Baby Girl yang Mencabar? dan saya juga akan siapkan satu sharing pasal barang-barang yang WAJIB ada dalam beg bila bawa anak kecil pergi beraya. Link nanti saya update.

⭐️Yang lain
Apa yang lain juga tahun ni punya raya bila anak-anak dapat sampul raya ikut jantina haha! Syok juga ada anak sepasang ni 😊


Bila balik KK banyak juga dapat jemputan open house. Ada satu hari tu suami tanya "Master Aya tidak buat open house hehe". Beberapa hari lepas suami tanya tu tup tup dapat whatsapp jemputan ke rumah terbuka mentor biz saya 😊


Satu lagi penutup syawal tahun ni bila event WAJIB Pollux Family iaitu Pollux Annual Gala (PAG) di buat dalam musim Raya dan tema pun of course #PAGRaya2017.


Saya macam biasa bawa suami dan anak-anak. Memang kena kenal dah berangkut anak beranak bila attend event Shaklee dan Pollux 😂


Siap join game kerusi beracun. Habis bergegar lemak berlari. Bak kata master risau meja terbalik bila peserta berlari cari benda (kerusi beracun ni rebut kerusi dengan cara kena cari benda yang mc suruh cari). Siap ada video kena rakam. Alahai bila tengok balik malu weiii 😂

Yang best saya dapat hamper juga sebab dapat no.4 haha! Pengalaman betul berlari. Mujur ada suami tolong tengokkan anak. Kalau tidak mesti AN & Na pun join berlari 😅
Ohya saya dapat lucky draw yahuuu!




Dan satu lagi kelainan raya tahun ni bila saya dapat jemputan rumah terbuka dari customer Shaklee saya 😍Mungkin benda biasa bagi orang lain, tapi bagi saya itu sangat luar biasa. Saya rasa dihargai. Customer tu pernah beli set penyusuan dari saya. Ada beberapa kali juga contact tanya khabar. Alhamdulillah customer ni tetap ingat saya. Ini yang selalu saya terharu dalam biz Shaklee ni. Boleh jalinkan silaturrahim dan jadi kawan dengan customer semua. 


Overall saya boleh kata syukur Alhamdulillah raya tahun ni Allah bagi banyak sangat nikmat. Nikmat makan Jangan cakaplah memang meriah. Nikmat kekeluargaan persahabatan buat saya happy sangat.

❤️,
Nija
Minta minta ada lagi umur tahun depan

You Might Also Like

0 comments