Bagaimana Memastikan Pasangan Menjadi Superhero Sihat dan Kacak?
9:20 pm
Lelaki selalu jadi watak superhero. Watak superhero menggambarkan tugas dan tanggungjawab kaum Adam. Untuk perform yang terbaik dalam tugas sebagai superhero untuk wanitanya juga anak-anak serta masyarakat, superhero perlu sihat dan cergas dalaman dan luaran.
Orang kata superhero mesti good looking. Itu luaran. Tahu tidak luaran adalah cerminan dalaman kita? Kalau organ dan sistem dalaman kita sihat, kulit muka yang selalu jadi perhatian semestinya juga nampak sihat. Sebab dalaman dan luaran saling berkait. Itu baru kulit muka tau. Keadaan fizikal seperti badan pun dalaman kena jaga. Yang abang sado badan muscular tu protin tu WAJIB tau.
Sebagai pasangan kepada superhero kita, kena tahu 10 benda yang PENTING untuk memastikan superhero kita sihat luar dalam.
#1: Banyakkan Protin
Protin adalah salah satu nutrisi yang badan perlukan dalam kadar yang banyak. Ini disebabkan kerana protin:
🔴menyediakan tenaga dan stamina yang tahan lama.
🔴memastikan rasa kenyang yang lebih panjang di antara waktu makan.
🔴membina dan kekalkan jisim otot.
Pilih protin seperti daging tanpa lemak, produk tenusu lemak rendah, kekacang dan protin berasaskan tumbuhan seperti soya.
#2: Multivitamin
Kehidupan kaum Adam semakin sibuk sehingga pemilihan makanan terkadang menyebabkan mereka tidak mendapat nutrisi yang sempurna. Sebab itu kaum lelaki ni perlukan multivitamin kerana multivitamin:
🔴membantu memenuhi lompong nutrisi.
🔴membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
🔴membantu menggalakkan kesihatan optimum.
#3: Vitamin C
Vitamin c ni antioksidan yang semakin menjadi pilihan bukan saja dalam kalangan kaum Hawa malah juga diperlukan oleh kaum Adam kerana vitamin c:
🔴 menyokong kesihatan imuniti.
🔴membantu dalam memperbaiki tisu.
🔴melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Antara sumber semulajadi vitamin C ialah
#4: Omega 3
Omega 3 adalah asid lemak yang terdiri daripada 3 jenis yang penting untuk manusia iaitu ALA, EPA dan DHA. ALA selalunya ada pada minyak tumbuhan manakala EPA dan DHA sumber dari selalunya daripada minyak hidupan laut.
Antara manfaat kesihatan omega-3:
🔴mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida (trigliserida menyimpan lemak yang akan digunakan sebagai tenaga oleh badan. TERLALU tinggi kadar trigliserida tidak baik untuk kesihatan).
🔴mengurangkan risiko penyakit jantung.
🔴membantu tingkatkan fungsi kognitif untuk memori yang lebih baik dan ketajaman fikiran.
🔴agen anti-keradangan yang bagus.
🔴menggalakkan kekuatan sendi.
#5: B-Complex
Vitamin B ada lapan jenis. Setiap satunya ada fungsi yang berlainan untuk badan kita. Secara umumnya vitamin B:
🔴membantu penghasilan tenaga.
🔴Meningkatkan prestasi otot dan ketahanan.
🔴Meningkatkan memori dan masa tindak balas.
🔴Meningkatkan mood dan kesihatan kognitif.
#6: Vitamin E
Vitamin E ni salah satu vitamin larut lemak. Bila kita diet kita ada lemak, vitamin E dari diet kita dapat diserap dan di simpan pada tisu dalam badan kita. Vitamin E ni bagus untuk pudarkan parut jerawat. Untuk lelaki of course vitamin E ni ada kepentingannya.
🔴Membantu menjaga sel-sel yang sihat (fungsi antioksidan yang membantu seimbangkan tindakan radikal bebas. Radikal bebas rosakkan sel sihat).
🔴Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran darah yang sihat.
🔴jika diambil bersama selenium dapat membantu meningkatkan daya hidup dan meningkatkan kesihatan sperma.
#7: Polifenol
Polifenol ni salah satu agen anti penuaan. Polifenol mampu bertindak di peringkat selular. Secara umum Polifenol:
🔴memastikan badan bertenaga dengan mengecas semula sel badan anda untuk prestasi puncak.
🔴Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
🔴Menggalakkan peredaran darah yang sihat.
#8: Buang habit tidak sihat
Kebiasaan
🔴Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan meningkatkan prestasi kelelakian.
🔴kelihatan lebih muda, bau lebih baik dan semestinya dapat jimat perbelanjaan yang selama ni disalurkan untuk membeli rokok.
#9: Jom Senaman
🔴Senaman menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda cergas dan kuat!
🔴Senaman juga membantu tubuh badan melepaskan endorfin yang membuat kita lebih gembira.
#10: Pemakanan yang Baik
🔴Nutrisi baik adalah sumber untuk otak anda dan mempunyai hubungan langsung dengan kesihatan mental dan emosi. 🔴Untuk kesihatan secara menyeluruh, tingkatkan pengambilan:
🎯Buah dan sayuran
🎯Karbohidrat yang berproses
🎯Lemak sihat
🎯Protein tanpa lemak
🎯Makanan yang mempunyai GI rendah (GI memberitahu kita sama ada makanan tu tingkatkan tahap glukos cepat atau lambat-lagi rendah GI lagi baik untuk kesihatan)
🎯Serat
10 benda ni sebenarnya adalah cara menjalani kehidupan dengan 3 asas utama:
Pemakanan + senaman + makanan tambahan
Bagi saya sendiri, saya titik beratkan kesihatan suami memandangkan suami sudah menjangkau umur 3 series. Lagi beberapa tahun memasuki 4 series. Tahu tidak setiap peringkat umur lelaki ni keperluan nutrisi lagi banyak?
Siapa kata suplemen tidak perlu? Perlu! Paling penting pilih suplemen yang dihasilkan dari sumber semulajadi, ada jaminan selamat, berkesan juga ada kelulusan KKM.
Ohya bulan July ni Shaklee siap bulan khas untuk kaum lelaki.
Dengan pembelian set kesihatan lelaki ni, boleh beli tumbler biru kat tengah tu dengan harga super murah. Harga asal RM80 lebih tau. Beli set ni terus boleh beli tumbler dengan harga hanya RM23.30!! Banyak sangat lahai penjimatan tu 😍
Hah macam mana nak beli set ni?
Mudah sangat. Kat bawah ni banyak medium untuk hubungi saya:
Call/SMS: 0138748191
Whatsapp: http://nija.wasap.my/
FBMessenger: m.me/Nija.nowamommy
Email: salamneeja@gmail.com
Untuk dapat harga yang jauh lebih jimat jomlah daftar sebagai ahli dengan contact saya ya 😊
With ❤️
Nija
Isteri yang caring banget sama suami
Hihi
0 comments