Kenali Tantrum Bila Anak Masuk Fasa Terrible Two

11:42 pm


Apa tantrum tu?

Macam Channing Tatum pun ada bunyi hihi! Sebenarnya tantrum ialah ledakan emosi anak-anak akibat daripada kemarahan dan kekecewaan (anger & frustration).
Bahasa mudah; MENGAMUK.




Tantrum ni selalunya berlaku pada anak berumur 2-4tahun. Masuk umur 2 tahun cabaran tantrum tu mulai ketara sebab itu umur sebegitu digelar TERRIBLE TWO.

Kenapa biasanya dua tahun sebab umur sebegini kebolehan untuk bercakap mula untuk berkembang. Bila anak kecil sudah tahu bercakap, selalunya tantrum pun berkurang.

Kenapa kanak-kanak Tantrum?
Tantrum adalah normal untuk perkembangan kanak-kanak. Tantrum terjadi bila ada rasa penat, lapar atau tidak selesa atau mungkin juga disebabkan anak kecil tu mahukan sesuatu tapi tidak dapat.

Sebab mereka ni belum tahu express rasa marah dan kecewa tu, belum tahu macam mana kawal rasa tu. Apa yang mereka tahu is mereka tengah marah dan kecewa and diorang rasa mak bapak diorang mengerti.


Pengalaman ibu sendiri, waktu AN masuk umur dua tahun ibu dan abi paling rasa terkejut bila AN nangis sambil meraung dan keraskan badan (seakan kejang gitu). 

Ibu yang 1st time mom waktu tu sudahlah terkejut dengan perubahan tu, siap rasa hampir meroyan sebab baru bersalin NA 😔

Beberapa kali juga tangan ibu sampai pada AN. Abi pun pernah marah AN. Ibu tidak tahan dengan rasa marah dan menyesal setiap kali melepasi batas, I decided to figure this thing out. Cari punca dan jalan untuk atasi perubahan AN ni.

Bila ibu Google, buat pembacaan dan tanya pengalaman kawan-kawan lain rupanya ini lah TANTRUM 🤔

Bila ibu tahu tantrum tu apa, perlahan-lahan ibu dan abi ubah cara kami terima dan urus tantrum AN.

Mulanya susah tau sebab kita ni pun manusia. Ada had untuk tepis rasa marah yang membuak tu. Tapi berulang kali saya ingatkan diri "jangan ikut tantrum sekali".

Cara kami handle tantrum tu nanti ibu akan share nanti. In shaa Allah 😊


📍Kali ni ibu mahu share pengalaman Drew Barrymore pelakon tu handle tantrum anak beliau:

“I think you should have 10 consistent tools in your arsenal. It’s either the tender, loving approach or the ‘I’m very serious’ approach,” kata Drew Barrymore.

Ni video:

📍Yang ini pula seorang ayah yang share pengalaman bila anak tantrum di public area. Katanya tidak sepatutnya malu bila anak tengah mengamuk. Bagi space.

Boleh baca sini ⤵️

Tantrum ni normal. Tapi ada juga tantrum yang tidak normal dan perlukan perhatian khusus.

🔴Apa tanda-tanda tantrum yang bukan normal?
1• Agresif pada penjaga, objek atau kedua-duanya. 
2• Mencederakan diri sendiri; hentak kepala di dinding, gigit diri sendiri atau menendang objek yang boleh cederakan kali sendiri.
3• Kerap tantrum contoh bagi yang preschoolers 10 ke 20 kali tantrum semasa di dalam rumah atau 5 kali tantrum sehari sepanjang berhari-hari di luar rumah.
4• Tantrum yang lama.

‼️Kalau ada ciri-ciri seperti di atas, better bawa jumpa doktor paed atau psychiatrist kanak-kanak atau whoever yang arif pasal ni. Saya sesungguhnya kurang tahu.

🔴Tempoh Terrible Two memang mencabar. Bila jadi di rumah boleh cabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Bila berlaku di luar pula siap pakej buat kita malu (1st time parents mesti pernah rasa).

🔴So kepada ibu bapa baru yang anak belum sampai umur dua tahun, be ready and prepared. Banyakkan pembacaan. Banyak dengar pengalaman ibu bapa lain. Sebab trust me, once anak umur dua tahun dan anda belum pernah dengar dan nampak tantrum, anda akan terkejut!

🌺Tapi hikmah bila AN masuk umur dua tahun, banyak benda yang dia buat dan cakap yang mencuit hati. Penghibur saya dan keluarga. Terrible Two is not that tough once anda dah berjaya harungi. Anda hebat sebenarnya!

❤️,
Momster Neej yang rasa power bila AN berjaya dihentikan daripada tantrum, mau juga ibu join sekali tantrum tapi siapa yang pujuk nanti 😅

#momsterneej #nijabagitips #nijasukasharing

You Might Also Like

0 comments