Sebelum bertukar skincare atau mula skincare baru saya akan cari masalah kulit dan apa bahan aktif yang boleh bantu selesaikan masalah kulit.
Banyak jugalah pernah cuba skincare.
Dari skincare import ke drugstores ke local skincare (bukan dari drugstores) ke drugstores lagi ke skincare natural organik.
Bagi saya asas di bawah ni penting bila kita decide untuk cuba atau bertukar skincare.
3 asas:
✔️tahu jenis kulit
✔️tahu masalah kulit
✔️tahu apa skin goals
Parut jerawat saya agak degil. Sebenarnya parut jerawat ni disebabkan breakouts tahun lepas. Yang sadis saya dapat tahu bila parut jerawat kita semakin lambat hilang maksudnya kulit kita mula bermasalah dari segi skin renewal atau pembaharuan sel kulit. So saya kena cari skincare yang bantu cepatkan pembaharuan sel
Ohya saya amalkan vitamin C dan vitamin E
sebagai suplemen untuk kulit sihat. Dua suplemen ni memang membantu masa saya
breakouts dan usaha pudarkan parut jerawat. Tapi ada beberapa parut agak degil
so saya decide kena guna skincare yang bantu lagi vitamin C dan vitamin E saya.
Masalah pori besar atau enlarge pores ni jadi gangguan bila saya guna makeup dan enlarge pores buat kulit saya berminyak. Saiz pori juga antara tanda kulit kita semakin berusia. Pori ni kita tidak boleh hilangkan tapi boleh kecilkan saiz sebab pori kita perlu pori ni.
Masa saya breakouts tu lagi teruk pori saya
membesar. Down juga bila jumpa orang. Masa saya belum jumpa skincare yang
sesuai, saya cuba amalkan sapu ais di muka dan masker yang kecilkan pori tapi
kesan lambat dan tidak ketara sangat pun perubahan.
Dulu blackheads dengan whiteheads saya banyak
sampai bahagian pipi, hidung, dahi dengan dagu. Malu juga tengok di cermin hehe
But then bila saya mula skrub blackheads dengan
whiteheads berkurang juga. Tapi part hidung memang degil betul.
Saya pernah ditegur seseorang dengan merenung
muka saya “banyak juga blackheads kau kan” bayangkan perasaan saya waktu tu
huhu
Ada beza di antara kedutan dengan garis halus.
Kedutan sangat ketara manakala garisan halus pula akan kelihatan bila kita
senyum. Bagi saya kedutan agak menakutkan sebab nampak sangat kulit kita dah
tua tapi garisan halus jangan pandang rendah sebab kalau dibiarkan tidak
mustahil jadi kedutan. Penuaan kulit kita tidak boleh nafikan tetapi penuaan
kulit ynag awal menandakan kulit ada masalah.
Untuk masalah kedutan dan garisan halus penting
untuk pastikan keanjalan dan kulit tegang tu masih di tahap yang baik. Bila
kulit masih anjal dan tegang, masalah kedutan pun tidak lagi menakutkan hehe
Saya dapat tahu yang satu skincare yang berasaskan semulajadi dan bagi kesan yang cepat
So saya cari tahu lebih pasal skincare tu. Ya
lah zaman sekarang ni banyak skincare yang offer kesan cepat pantas tapi tinggi
bahan kimia yang bahaya. Baca punya baca rupanya skincare ni siap buat ujian
klinikal untuk buktikan yang ia betul berkesan. Saya teliti juga bahan-bahan
dalam setiap satu regimen skincare tu. Bahan utama dalam skincare tu memang
sangat bagus atasi 5 masalah kulit yang saya hadapi.
Nama skincare tu YOUTH. Sebelum ini saya guna
the best skincare yang saya rasa sepanjang saya try macam-macam skincare iaitu
Nutriwhite tapi sayangnya Nutriwhite dah stop globally by Shaklee untuk bagi
laluan pada YOUTH.
Ok testimonial pengguna pun sangat impressive.
Saya share testimonial yang menguatkan lagi instict saya untuk cuba skincare
ni. Banyak lagi testimonial tapi saya fokus pada masalah kulit saya.
Testimonial: Parut jerawat
Testimonial: Pori yang besar
Testimonial: Blackheads & whiteheads
Testimonial: Garis halus & kedutan
Ohya saya ada juga share dalam vlog saya Momster Cantk Momster Cantik pasal masalah kulit saya ni.
Boleh klik play kemudian tengok dan dengar sendiri sharing saya dalam video atas ni.
Sebenarnya YOUTH saya dah sampai hehe after so
many cabaran juga. Saya tengah siapkan video unboxing untuk publish di Youtube
Channel. In shaa Allah selepas sebulan saya plan untuk share pula testimonial
guna muka sendiri hehe
Ohya kalau rasa berminat untuk tahu info pasal
YOUTH jangan segan boleh ja contact saya dengan klik gambar hubungi saya di
bawah ni:
Personally untuk cuba mana-mana skincare
penting untuk kita tahu jenis kulit dan masalah kulit kita. Kenapa? sebab jenis
kulit, masalah kulit dan skingoals tidak sama. So paling utama, expert pasal
kulit sendiri ok.
Jom be-YOUTH-ful
Nija
Momster Cantik yang suka kulit sihat dan cantik
No comments:
Post a Comment