Pages

Monday, 9 April 2018

Set pantang untuk wanita berpantang sendiri

Saya lahirkan NA pada tahun 2016 adalah pengalaman yang mencabar. Kenapa mencabar? Sebab saya kena berpantang sendiri dan menguruskan AN yang baru berumur setahun lebih waktu tu. Berpantang sendiri maksudnya tiada helper atau pembantu.





Walaupun saya ada dua orang mak namun kedua-dua Mak saya ada kekangan untuk menjaga saya selama 44hari berpantang. Mak saya yang satu warded kerana tidak sihat manakala Mak saya yang satu lagi hanya sempat menjaga saya selama seminggu kerana masih bekerja dan perlu menjaga nenek yang tidak sihat.

Mujur saya pilih set berpantang yang tepat dan terbaik untuk keadaan saya waktu tu.

Saya pilih set pantang yang amat mudah untuk di ambil dan disediakan. Awal-awal lagi saya memang decide untuk pilih set pantang yang mudah disebabkan fikir usia AN yang masih berkepit dengan saya setiap masa.

Kemudian saya ambil kira pula kos set pantang yang saya pilih. Saya teliti banyak brand set pantang di pasaran dan rata-rata memang dihasilkan khas untuk tempoh berpantang sahaja.

Saya terfikir kemungkinan akan berlaku pembaziran kalau habis berpantang, set tu tidak habis. Kemudian kalau ditakdirkan saya bersalin secara pembedahan atau caesarean adakah set pantang tu sesuai untuk saya gunakan? Kalau set pantang tu hanya sesuai untuk yang bersalin normal nahhh satu pembaziran lagi kan?

Akhirnya saya pilih Set berpantang Shaklee. Sebelum decide ambil set ni, banyak juga saya baca pengalaman dan info pasal setiap produk dalam Set postnatal Shaklee. Ya lahhh saya mana suka kalau main beli saja. Saya perlukan info lengkap!





Antara sebab saya pilih Set berpantang Shaklee:
  1. MUDAH disediakan dan di ambil. Tidak perlu dimasak atau dibancuh dengan bermacam campuran melainkan ESP yang dibancuh mudah dengan hanya air suam.
  2. Bukan hanya ketika berpantang sahaja, setiap produk dalam Set berpantang Shaklee boleh di makan selepas berpantang sebagai vitamin kesihatan harian.
  3. JIMAT. Ya rata-rata kuantiti produk dalam Set bersalin Shaklee bukan hanya sebulan malah ada yang 4 hingga 6 bulan! 
  4. BERBALOI. Apa tidak berbaloi Kalau produk dalam set berpantang Shaklee ni semua boleh diamalkan sejak mengandung (kecuali ada satu produk sahaja tidak disarankan ambil masa mengandung). Kenapa boleh diamalkan sejak hamil? Sebab produk dalam Set pantang ni adalah vitamin dah mineral yang badan kita perlu bila mengandung.
  5. Set pantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Saya memang mahu bersalin normal tapi saya tidak boleh tolak Kalau ada komplikasi bersalin cser kan so saya kena pilih Set pantang yang boleh untuk kedua-dua keadaan.
  6. Kebanyakkan set pantang di pasaran hanya untuk ada kebaikan untuk Ibu yang berpantang, tetapi set pantang Shaklee ni boleh bagi manfaat kesihatan untuk baby juga sebab nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap hari.

Walaupun ada yang kata Set ni agak mahal untuk set yang lengkap, tapi bagi saya Set ni terbaik sebab bagi banyak manfaat dari segi cara pengambilan, jimat jika dicongak teliti (nanti saya tunjuk contoh) dan manfaat pada baby dan Ibu. Pengalaman saya sendiri, saya menabung tau untuk lengkapkan Set ni. Beberapa bulan sebelum bersalin saya memang dah mula beli sikit-sikit sebab produk dalam Set ni boleh beli secara loose atau satu-satu.

Sebab tu Kalau ada kawan-kawan yang minta pendapat sebab bajet yang sedikit, saya sangat galakkan beli sikit-sikit dulu sampai dapat full set sebelum bersalin. Jadi by the time korang bersalin, lengkap dah set pantang.

Apa yang saya rasa guna Set pantang ni?
saya cepat recover apalagi saya tiada jahitan walaupun bersalin normal.
saya bertenaga untuk handle dua orang anak serentak.
saya tiada sembelit dan rasa sakit bengkak susu mudah saya lega dan hilangkan.
berat saya cepat sangat turun. Dua minggu saya turun 12kg!
kulit muka saya nampak pinkish dan segar (raya 2016 saya masih dalam tempoh berpantang dan ramai tegur saya aktif dan nampak segar malah terkejut saya masih dalam pantang)
tahap stress saya dapat saya kawal walaupun pada awal berpantang sendiri hampir saya ke arah meroyan!



Gambar atas ni adalah perbandinga wajah saya selepas pantang. Shawl pink tu selepas lahirkan AN (anak pertama), tudung pink pula selepas lahirkan NA (anak kedua dan gunakan Set berpantang Shaklee).




Bila saya upload gambar selfie dalam pantang ramai kawan-kawan tegur muka nampak fresh dan macam bukan dalam pantang 🙈
Apa yang ada dalam Set pantang Shaklee?
☘️ESP 
Yang ini lah yang saya kata kena bancuh. Tapi lahai bancuh pun mudah sangat. Just bancuh dengan air suam atau boleh campur horlicks. Saya campur dengan horlicks sumpah meriah sangat air susu! So lucky NA!
ESP ni bekalkan tenaga segera tau! Siap bantu alas perut sebab rasa kenyang tu panjang.
☘️Vita-Lea
Ni multivitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari. Multivitamin ni antara penyumbang saya bertenaga. Kandungan zat besi dalam ni juga bantu recover kehilangan darah yang banyak masa bersalin sebab zat besi bantu penghasilan sel darah merah.
☘️ B Complex
Hahhh yang saya kata saya boleh kawal tahap stress tu dengan bantuan B Compex ni lah. B complex ada kandungan vitamin B yang mengawal emosi kita. Juga ada kandungan asid folik yang mudah diserap. Jangan tidak tahu asid folik ni antara nutrisi yang sangat susah untuk badan serap!
☘️ Sustained Release Vita C Plus
Ini favourite saya hehe
Selain fungsi yang best untuk kulit sihat dan cantik, vitamin C Shaklee ni bantu tingkatkan sistem imun dan bantu lagi fungsi zat besi hasilkan sel darah merah. Masa berpantang saya tidak diserang demam selesema. Syukur sistem imun jadi kuat!
☘️Ostematrix
This is penyelamat untuk Ibu berpantang sebab bantu melawaskan. Masalah sembelit dengan mak berpantang (maktang) memang selalu tapi sengsara woo! Saya sendiri ada pengalaman sembelit teruk masa pantang 1st baby. Ngeri Ingat balik. Huhu tapi berpantang anak kedua memang lancar saja 😉
Selain tu, Ostematrix ni pun sebagai sumber kalsium untuk top up kalsium kesihatan tulang kita yang terpaksa di’share oleh baby masa pregnant. Masa berpantang bantu cukupkan kalsium untuk penghasilan air susu. Sakit pinggang atau krem (cramp) masa berpantang juga saya tidak rasa masa amalkan ostematrix semasa berpantang.
☘️Omega Guard
Kalau orang tanya Omega Guard ni untuk apa? Saya kata bantu saya turun berat masa pantang. Dan yang bestnya NA pun dapat manfaat DHA & EPA bila breastfeeding 😉 DHA & EPA sangat penting untuk fungsi otak anak.
☘️Alfalfa Complex
Jika digandingkan dengan Omega Guard, Alfalfa Complex memang tunjuk kesan dari segi detox lembut dan selamat. Alfalfa complex ni highly recommended sebagai milkbooster dan agen detox.

Ohya saya share la antara pengalaman Ibu berpantang dengan Set ni yang jadi antara sebab saya yakin dengan Set ni:







Best sangat baca pengalaman ibu yang berpantang dengan Set Shaklee ni. Rupanya bila dah cuba sendiri, saya sendiri cukup enjoy tempoh berpantang saya hehe


Harga untuk Set ni?
👉🏻RM702.72

Tapi tapi tapi kalau mau harga jauh lebih murah (Jimat RM140 lebih) saya cadangkan better mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dalam team NIW sebab ahli NIW rata-rata berpengalaman dalam Set berpantang ni. So mudah untuk dapat info dan share ilmu nutrisi di akan datang.


Caranya?
Klik bawah ni nanti direct pada #teamNIW punya founder untuk step mendaftar sebagai ahli dan nikmati harga murah sangat.





Ok settle dah sharing kali ni. Lega sebab ramai juga kawan-kawan yang bertanya saya tentang set Pantang yang saya guna bila tengok gambar-gambar saya yang nampak macam bukan dalam pantang 😊

Love,
Nija
#momstercantik suka sharing





No comments:

Post a Comment