Cara pilih skincare

10:00 am




Masa mula-mula baligh hehe saya mula guna krim muka. Waktu tu ada satu skincare yang selalu keluar iklan tv. So saya assume itu pilihan terbaik. Almaklumlah waktu tu mana ada sangat ‘semua di hujung jari’.



Sekarang ni mudah tau. Cari skincare anytime anywhere boleh dapat. Even kalau search di carian google dengan keyword tips pilih skincare atau skincare terbaik terus confirm panjang list. Cuma kena bijak memilih sebab tidak semua skincare tu sesuai untuk kita. Tidak semua skincare tu akan bagi kesan yang kita mahu. Lagi satu akhir-akhir ni ramai yang dapat akibat tidak best bila salah pilih produk. Bila saya baca banyak sharing dari orang lain, saya dapat kesimpulan yang cara pilih skincare tu ada 3 persoalan utama dan 3 peringkat:

3 Persoalan utama

Apa jenis kulit korang?
-Berminyak atau Kering atau Normal atau sensitif?

Apa skin concerns korang?
-Mudah berjerawat, mudah dehidrasi atau mungkin banyak perut jerawat?

Apa skin goals korang?
-Glowing, cerah, parut jerawat hilang, hilangkan kedutan mungkin?

Peringkat 1: Know your skin
Ini step paling penting. Kalau korang skip step ni jangan harap korang dapat kulit yang sihat apalagi cantik. Penting sangatkah step ni? Penting korang sebab dengan step ni akan mudahkan korang cari skincare yang sesuai dan dapat kesan yang korang idamkan.

Jenis kulit korang apa? Ada banyak jenis kulit tau.
Normal
Berminyak
Kering
Kombinasi


Complexion
Complexion maksud saya di sini tona kulit. Tona kulit cerah mungkin sesuai guna krim siang yang mengandungi foundation sekali tapi jika mereka yang kulit gelap guna krim siang yang sama akan menggangu penampilan wajah.

Lepas dah tahu jenis kulit dan complexion jangan lupa rekod dalam kertas atau buku. Kemudian sambung ke peringkat seterusnya.

Peringkat 2: Rancang
Lambakan produk skincare di pasaran selalunya ada dua jenis; organik dan sintetik. Organik di sini menggunakan bahan semulajadi. Tapi agak susah untuk dapat produk skincare yang 100% dari bahan organik. Produk yang claim 100% natural belum tentu 100% natural.

Produk yang dihasilkan dari bahan organik selalunya kesan agak lambat tapi agak selamat dari bahan kimia merbahaya. Manakala produk yang kebanyakkan dari sintetik dan banyak bahan yang mempercepatkan tindakan skincare tu adalah kurang selamat untuk kulit.

Momster Cantik rekomen: pilih skincare yang berasaskan natural bukan sintetik.

Ok dah tentukan pilih organik atau sintetik kan? Now proceed cari bahan aktif apa yang korang kata must-have dalam produk skincare tu untuk tackle masalah kulit korang tadi tu. Contoh masalah kulit dehidrasi berpanjangan dalam suasana ofis tertutup, kandungan skincare tu mesti ada something yang bantu lock kelembapan pada kulit. So go for Hyaluronic acid.

Alamak acid?!

Hehe tu yang pentingnya kita kenal nama-nama saintifik bahan aktif dalam skincare. Sekarang ni mudah; semua di hujung jari.

Lagi contoh ascorbic acid tu adalah vitamin C.

Satu tips yang saya mahu share masa belek label skincare tu, baca senarai ingredients. Arghhh Panjangnya list! Tapi pastikan bahan-bahan tu dilabel dengan nama sainfik bukan sekadar nama ekstrak tanpa nama sainitifk.

Ambil sikit masa ya.
Kata nak cantik kan.

Settle bab bahan aktif dalam skincare now boleh tentukan pula bajet. Selalunya skincare dari natural based lebih pricey. Skincare yang well-established dengan teknologi yang advanced pun agak pricey juga. So tentukan bajet masing-masing ok.

Satu lagi pesan saya jangan expect semua nak murah bila kita mahu yang terbaik. Selalunya yang terbaik ada value yang dia bawa but surely ada saja skincare yang berbaloi untuk kita labur disebabkan ingredients dan effect yang bagus dan selamat.


Peringkat 3: Pilih
Proceed pada peringkat yang agak leceh tapi worth it. Peringkat ni boleh elak kesilapan memilih skincare malah boleh elak pembaziran.

Saya yakin lepas persoalan 3 tadi terjawab dan peringkat pertama dan kedua settle, mesti akan ada beberapa pilihan skincare. Kalau tiada lagi pilihan, cara paling mudah dan pantas is tanya suggestion pada kawan-kawan. Even kalau korang tanya dalam fb post mesti ada kawan-kawan dan seller yang akan suggest. So ambil semua suggestion dan letak dalam list.

Alamak list panjang sangat? Don’t worry buat shorlist ok adik manis. Pendekkan senarai tu mungkin 5 pilihan begitu. Then fokus pada 5 pilihan tu untuk jadi salah satu pilihan terbaik.

Dalam shortlist tu, bolehlah dapatkan sample dan buat patching test untuk pastikan tiada reaction pada kulit. Let’s say skincare tu tiada sample, boleh join demo class sebab sesetengah skincare brand ada yang buat demo class.

Ohya jangan lupa dapatkan review secara lisan atau baca review dari pengguna. Jangan abaikan any side effect yang pengguna complain ataupun skincare tu dah bagitau awal dalam website atau packaging. Contoh side effect seperti exfoliate. Ada produk yang tindakan exfoliate tu terlalu kuat untuk hakis kulit sampai kulit menipis dan sebabkan iritasi.

Tips
Mana-mana skincare dalam shorlist tu ada kelemahan, bolehlah keluarkan dari list. In case, sampai ke sudah kelima-lima shortlisted skincare tu memenuhi semua keperluan dan keadaan kulit, look for any kelemahan contoh exfoliate teruk then keluarkan dari list.


Ohya sebelum saya habiskan sharing ni, kalau tengah cari skincare yang natural-based dan selamat tapi berkesan of course bolehlah usha sini



Finally siap pun entri yang tidak seberapa ni. Diharapkan dapatlah bagi manfaat pada yang memerlukan. Lepas ni share pasal apa pula ya? Hehe

P/S: Please pilih skincare jangan sebab nampak kawan muka halus mulus terus decide beli tanpa these steps. Kalau sesuai oklah kan. Kalau tidak sesuai, pembaziran dan jangan sampai kulit muka terkorban. Proses sembuhkan kulit jadi sihat ambil masa tau dan proses bukan sama untuk setiap orang. So sayang kulit ok.



Salam kulit cantik,
Nija
Momster Cantik yang suka buat sharing.

You Might Also Like

0 comments