Pages

Friday 20 April 2018

Punca Parut jerawat berlekuk dan cara mengatasi

Selepas breakout tahun lepas, MomsterCantik perasan parut jerawat sebelah kanan nampak tak cantik sebab tekstur kulit jadi tidak smooth. Lebih dalam dan berlekuk berbanding pipi sebelah kiri. Rupanya lagi ramai orang hadapi masalah parut berlekuk ni malah ada yang lebih dalam dan bertahun-tahun.

Semestinya parut jerawat berlekuk ni terjadi selepas muka di tumbuhi jerawat. Parut berlekuk susah untuk hilang disebabkan Kulit asal telah digantikan dengan parut yang keras dan tebal. MomsterCantik ada terbaca satu dermatologis menyatakan parut jerawat terjadi disebabkan kekurangan kolagen dan elastin. Dua benda ni pula berada di bawah lapisan kulit. Disebabkan itu krim biasa atau apa-apa produk pengelupasan kimia agak tidak membantu sebab hanya bertindak di atas permukaan kulit sedangkan masalah utama dari dalam kulit.


MomsterCantik happy to share beberapa cara atasi masalah parut jerawat berlekuk ni.

🌸 Rawatan Filler
Rawatan ini adalah dengan cara pengisian dibuat pada kulit menggunakan filler supaya kulit nampak segar, kurang berparut dan berlekuk. Kalau tidak silap rawatan filler menggunakan suntikan.

🌸 Rawatan Laser
Mampu meratakan kawasan kulit dan merangsang kulit untuk hasilkan kolagen dari bawah kulit. Rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi untuk dapat hasil kulit yang tegang, parut kurang dan pori mengecil. Memerlukan penjagaan selepas sesi rawatan.

🌸 sapuan minyak vitamin E
Lakukan pada malam hari supaya minyak masuk sehingga lapisan bawah kulit.

🌸 Suplemen vitamin C
Penting untuk penghasilan kolagen. Boleh juga tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dengan vitamin C

🌸Minyak ikan dan protein
Untuk menguatkan lagi kulit dari dalam. Minyak ikan membantu redakan keradangan (jangan tak tahu parut jerawat tu disebabkan keradangan disebabkan jerawat) manakala protein pula binaan asas sel kulit kita. Sebab tu kena cukup protein untuk bantu kulit kita lebih sihat.

Rawatan laser dan filler MomsterCantik tak pernah buat setakat ni. Yang lain tu memang MomsterCantik buat. Sapuan vitamin E tu dulu serius banyak membantu  dan MomsterCantik seiringkan dengan pengambilan vitamin C dan minyak ikan. 

Ohya ada satu lagi cara yang sangat membantu masalah parut berlekuk ni malah parut berlekuk yang dalam dan penuh satu pipi malah bertahun-tahun pun boleh improve tau tekstur kulit dengan satu cara ni.

Next sharing MomsterCantik share ya dan sekali tunjuk muka-muka yang dah nampak kesan dengan cara ni. Serius memang ketara perubahan. Cara ni ibarat hope atau harapan untuk mereka yang dah lama cari jalan kurangkan parut berlekuk ni dan tak mustahil hilangkan terus parut tau!


Jom hilangkan parut!
Nija
MomsterCantik

No comments:

Post a Comment