Cara hilangkan simpul biawak semasa mengandung

11:35 am

Saya teringat dulu semasa kandungan pertama saya memasuki trimester kedua, ada kenalan yang sudah beberapa kali mengandung kata “berjaga-jaga dengan simpul biawak bila perut makin membesar”.

Simpul biawak atau simpul mengkarung atau juga tarik mengkarung rupanya memang selalu terjadi dan dirasai oleh wanita hamil.

Keadaan ini sebenarnya adalah kekejangan yang dirasai di bahagian kaki dan betis; bahagian ini yang paling kerap terkena kekejangan.

🌸Punca
Apabila kandungan semakin membesar, bermaksud rahim juga mengembang untuk menyokong bayi yang membesar di dalam. Keadaan ini menambah beban pada bahagian kaki dan seterusnya lenguh.

Tekanan rahim yang membesar juga menekan saluran darah dan mengganggu aliran darah ke bahagian kaki.
Tekanan pada bahagian kaki ni membuang kekejangan dan terjadilah simpul biawak.

🌸Apa yang perlu dilakukan bila kekejangan?
  1. Tuam ais masa kejang
  2. Urut betis perlahan untuk bantu aliran darah lancar di bahagian betis
  3. Berdiri di atas lantai dan angkat tumit untuk renggangkan otot betis dan hentikan cramp. Jangan lupa berpaut pada sesuatu supaya balance. Kang jatuh pula nanti kan.


🌸Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan?
  1. Tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 
  2. Membuat renggangan otot kaki pada siang hari dan juga sebelum tidur.
  3. Gerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  4. Please mommies, minum air secukupnya. Bukan air manis ya!
  5. Makanan seimbang dengan adanya karbohidrat, air dan garam mineral. Garam mineral penting untuk cegah kejang otot.

Next entri MomsterCantik share lagi cara MomsterCantik elak cramp pada kaki ni masa mengandung okay 😊

Nija
Momster Cantik yang suka share tips

You Might Also Like

0 comments