Selam Skuba: Becoming a certified diver

12:09 pm

Salam.


I am a certified PADI openwater diver hence this steps in this entry based on my personal experience.


1st step: Survey agensi/syarikat yang offer diving course

Dive ni bukan suka-suka masuk laut then rasa selesa dengan laut okay you are now a diver tau. Dive kena ada lesen. Laut dihuni oleh hidupan laut dan ada masa keadaan laut tidak membolehkan sebarang underwater aktivities sebab itu aspek keselamatan dan skills mesti dipelajari. So, the first step before exploring the underwater world is to know the correct place that offers teaching scuba diving session.

Di Sabah banyak agensi/syarikat yang offer scuba diving session (pastikan agensi tu certified). Paling senang pergi Jesselton Point dekat pelabuhan Kota Kinabalu sebab di sana tempat berkumpul agensi/organisasi yang mengajar scuba diving, provide leisure dive ikut  pakej tertentu sambil boleh melawat pulau-pulau terdekat contohnya gugusan pulau di Tunku Abdul Rahman Park.

Waktu saya dulu, senang untuk cari agensi yang berdaftar dengan PADI sebab saya memang pelajar jurusan Marine Science and seniors banyak share pengalaman dan contact person. Setiap sesi mestilah berkumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang. Kumpulan saya lima orang and semua pelajar perempuan.

Bila sudah confirm dengan siapa buat diving course and ahli kumpulan cukup, terus dapatkan contact number agensi tu.

2nd step: Make payment

Bila sudah berhubung dengan wakil agensi which selalunya divemaster or instructor, bolehlah discuss fee dengan book tarikh. Bukan senang-senang ikut suka diri sendiri ya tetapkan tarikh. Kena consider availability instructor kita juga sebab ada yang part timer dan ada juga slot yang sudah penuh untuk satu bulan tu. So memang kena tunggu. Macam group kami kena tunggu almost berminggu juga sebab slot kami betul-betul hujung bulan. Confirm date then bolehlah buat payment :)

3rd step: Attend theory class

Diving course usually melibatkan theory class and practical. Theory class lebih kepada teori-teori scuba diving and ada test! Masa saya dan budak-budak kelas ambil course ni memang tidak hairan sebab sudah terbiasa dengan kuliah. Masa group kami, theory class cuma makan masa sehari and dalam class room.

Masa theory class setiap seorang akan diberikan diving course kit yang basically ada buku, dive log book, Recreational dive planner and table untuk kita rancang dive session kita. Buku tu ada basic tips, panduan, do's and dont's and skills berkenaan dive. Recreational dive planner pula panduan untuk guna table yang sebelah kiri tu while dive log book pula untuk kita catatkan dive session kita, penting untuk diver tu.

What you get basically.

4th step: Into the "underwater world"

Selesai theory class and lulus semua test, bolehlah rasa excited masuk laut. Practical session ada yang dua hari and ada yang lebih dua hari. Bergantung pada instructor and agency. Instructor kami memang inform awal-awal most of diving practical kami memang buat di Pulau Sapi.

Persediaan sebelum dive and explore underwater world, pagi tu memang bangun awal sebab excited kan. pakai siap-siap swimming suit atau baju renang. Kena beli? Saya dan kawan-kawan memang ada baju renang sebab course kami ada swimming class which is masuk CGPA. Tapi kalau tiada baju renang pun boleh tukar dive suit nanti. Even saya dengan kawan-kawan pakai two layers (swimming suit + diving suit). Mula-mula masuk laut memang tidak rasa sejuk tapi bila menjelang petang sejuk memang terasa (fyi practical session memang ada sesi petang).

Sampai Jesselton Point, jumpa instructor and divemaster lain. Untuk pengetahuan, instructor and divemaster memang ramai which boleh jaga kita berlima atau berenam. Kalau tidak silap masa saya ambil lesen dulu, ada dalam lima ke enam orang. Then kita akan dibawa dengan boat pergi pulau dulu so bolehlah mana-mana yang mahu pergi tandas atau tukar dive suit bersiap sedia.

Masa dalam boat, ada divemaster/instructor bagi briefing and kenalkan dive gear lagi sekali. Sebelum ni dalam theory class tengok dalam video dan buku saja. Kali ni kira live lah! Lepas kenal semua dive gear, then mula pakai dive gear then kena masuk air dulu supaya badan kita selesa and tidaklah terkejut dengan air laut. Jangan risau ada life jacket and beberapa orang divemaster masuk air dulu so kita tidaklah takut sebab divemaster ni semua bersedia dalam air in case kita panic and rasa tidak selesa bila masuk air.

Pengalaman saya dulu, satu hari ada dua sessions. Sesi pagi dan sesi petang. So untuk dua hari practical ada empat sesi kiranya. Kalau berjaya buat semua kemahiran and ikut precautions dalam masa yang pendek bolehlah leisure dive lama sikit.

Hari pertama dua-dua sesi untuk confined water dive. Confined water dive selalunya buat dalam pool atau air laut yang cetek. Masa confined water dive, basic skills akan diajar contohnya pakai dive gear dalam atau permukaan air (mask, BCD, tank and fins), sharing air dengan buddy, buddy system, equalization and so on.

Masuk hari kedua, dive session akan pergi air dalam untuk praktikan skills and knowledge kita (underwater dive) sambil-sambil tu boleh leisure dive. Then last session petang hari kedua bolehlah diisi dengan leisure dive buat kita relax sambil enjoy underwater world :)

Hari kedua divemaster and instructor kami bawa pergi Pulau Gaya. Pulau Sapi dan Pulau Gaya memang buat rasa kagum sebab cantik sangat. Tapi sebenarnya belum explore lagi pulau-pulau lain. Sekarang sudah explore beberapa pulau Alhamdulillah :)


Lepas habiskan dua hari dalam laut, kami diberi temporary card sementara tunggu yang permanent (warna putih). Almost two months later, dapatlah permanent license (kad warna biru).


Sekarang ni sudah setahun lebih jadi certified openwater diver. Kira setahun jagung lagi ni, kena belajar banyak benda lagi and dive banyak pulau.

Saya petik kata-kata Prof Kushairi, pakar ekologi marin dalam satu dokumentari berkenaan selam skuba:
"Kita golongan penyelam skuba ni adalah golongan terpilih kerana mempunyai kelebihan menyelami dasar laut. Kita patut bersyukur."



Till then.
Yours truly,
Neeja. 

You Might Also Like

0 comments