Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Salams.
    My hubby and I have decided to name our son – Adam Noah.

    Panggil apa?

    Adam pun boleh. Noah pun boleh. Adam Noah pun boleh *my hubby and I suka panggil our boy nama penuh Adam Noah sejak dalam perut sampai dia dah keluar pun kami bahasakan dia dengan his full name.



    Date of birth: 28 October 2014 *october baby you all teehee :D

    Weight: 2.7kg *teringat cakap depan nurse “keciknya” bila nurse bagi anak pada saya

    Length: 47cm

    Why Adam Noah?

    Adam means ikutan or teladan in arabic. Adam also sempena nama manusia pertama di dalam ketamadunan manusia. Semoga menjadi ikutan dan teladan pada orang lain dalam segala hal kebaikan. Biarlah anak ini sentiasa menjadi orang pertama dalam segala hal kebaikan dan kejayaan dunia akhirat. Biarlah anak ini mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa Nabi Adam A.S yang mengaku telah berdosa lalu bertaubat bersungguh-sungguh. Samalah juga pada anak ini, andai telah melakukan sesuatu yang salah segerahlah bertaubat dan kembali pada Allah yang Maha Pengampun.

    Noah means Nuh in english. Cerita keteguhan Nabi Nuh A.S membina bahtera walaupun dicaci dan diragui oleh umatnya semoga menjadi pengajaran kepada Adam Noah kami. Logik kan mana ada orang bina bahtera atas bukit. Usually manusia bina dekat dengan laut. Tapi Alla kata begitu maka Nuh pun turutkan. Biarlah anak soleh ini menetapkan iman dan kepercayaannya 100% pada Allah yang satu. Maka Adam Noah, bentuklah keyakinan itu berlandaskan lillahi taala.

    By the way, we decided not to reveal Adam Noah’s face di fb especially until 40days. Some says buat apa sorok-sorok? Some says untuk elak penyakit a’in pada baby. Terpulang pada parents sebab anak masing-masing kan J

    And di instagram I have created a hashtag for my baby. Tu pun hak masing-masing as parents kan. Account instagram for him memang tidaklah mak dia terfikir. Memadailah hashtag. If we search hashtag adam noah akan keluar gambar anak orang lain. Hancur harapan wei khaskan hashtag tu untuk anak I so fikir punya fikir hashtag baby Adam Noah a.k.a #babyAdamNoah sounds good. Tapi nanti Adam Noah dah besar kurang sesuai dah kot. Tak apa tak apa kata orang nanti kita fikir hashtag baru.



    Fakta: Kenal Adam Levine? Nama penuh dia sama dengan my baby. Kebetulan aku suka gila tengok The Voice masa pregnant. Walaupun aku tidak suka dia bertatu tapi muka dia handsome haha! Tidak salah kan puji ciptaan Allah. Suami aku tau lah aku minat dia.



    Till then,
    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading


    It was amazing experience to remember *smile*



    28hb Oktober 2014, selepas subuh bertemankan suami aku bergegas ke hospital. Semalaman sakit contractions tapi sempat aku toleh suami tidur and aku cakap dalam hati “sedapnya bi tidur” aku tidur? Memang tidaklah sebab sakit. Suami pesan kejut dia tapi aku lebih selesa tenangkan diri lawan sakit sambil pusing-pusing rumah.

    Sebelum turun dari kereta, sempat jamah kurma sebab breakfast memang tidak mampu. Masuk bilik penilaian, Dr buat VE jam 7 pagi opening baru 3cm. 10 a.m kena tolak masuk labour room. Dalam labour room sempat masuk tandas and kena panggil berulang kali oleh nurse sebab lama dalam tandas. Dia risau aku terberanak dalam tandas mungkin.

    Naik atas katil, betulkan kedudukan nurse pasang CTG then kena tinggal seorang dalam bilik. Nurse cakap juga “kalau husband ada join kursus boleh teman puan” tapi tidak kisah aku okay walaupun seorang-seorang. Bilik tu kena buka pintu and aku boleh nampak doctor and nurses jalan mundar mandir di luar. So okaylah kan.


    Bila sendiri aku ambil kesempatan whatsapp suami. Siap minta ampun. Ya lah kan macam mak aku pesan selalu bersalin ni kita as a mother pertaruhkan nyawa. Nyawa diibaratkan seperti sebiji telur di hujung tanduk. Suami siap cakap sayang aku dengan baby. Leleh airmata. Mulalah takut if jadi apa-apa. Tapi dalam minda aku siap set tu if anything happen I want my son diutamakan dulu.


    Tengahari parents datang tapi too bad cannot meet them sebab masih berjuang tahan sakit. Bukaan still 6cm. Aku punya teringin bercakap dengan parents minta ampun semua tapi dalam keadaan sakit aku tahan sebab aku tidak mau my mothers sedih. Sayangnya aku pada dua orang mak aku. Jam dua petang aku mengadu dengan suami through whatsapp yang the pain 3x ganda banding malam tadi. Suami pesan baca doa Nabi Yunus masa dalam perut ikan:

    La ilaha illah anta subhanaka inni kuntum minazolimin

    Dalam labour room aku menahan kesakitan and practice breathing tenchnique yang aku study masa final trimester. Mula-mula aku boleh tahan diri daripada bersuara sebab aku ingatkan diri aku kalau aku bersuara tenaga aku akan terbazir di situ lebih-lebih lagi aku hanya bergantung sepenuhnya pada kurma yang aku makan sebelum turun kereta. Breakfast and lunch memang tiada. But lama kelamaan mengerang sakit mengerekot juga badan. Besi sisi katil aku rasa boleh bengkok aku cengkam everytime the contractions say hello. Hello lah sangat *ngeri ingat balik how the pain feels like*

    Aku tiba-tiba meneran macam sembelit. Eh wait, aku ada baca kalau kita rasa urge to push means the baby is there. Yes the baby is there. What?! Aku terus jerit-jerit panggil nurse and doctor sambil jari pushed the bell. Over kan dah tekan bell still guna cara manual haha.

    Nurse datang.

    “Nurse, saya mau b*rak”

    “Memang kalau bersalin ada rasa gitu”

    “No. Saya memang mau b*rak. Bagi saya pegi tandas”

    “Mana boleh Puan.”

    “Habis macam mana ni. Memang tak boleh tahan ni.”

    “Puan b*rak saja atas katil”

    “Ihhh saya tidak biasalah.”

    “Tak apa Puan nanti kami bersihkan.”

    ***Nurse keluar***

    The urge came back. Teran satu kali. Panggil lagi nurse.

    “Nurse, ce tengok saya macam terb*rak atas kalit” –malunya aku

    “Nurse, saya terb*rak kan?”

    “Puan, bukan terb*raklah. Kepala baby tu hah sudah nampak”

    Aku tenangkan diri sementara tunggu contraction datang. “Kejap lagi kita jumpa, sayang - aku bisik dalam hati.

    Contraction datang, aku tarik nafas then push.

    Push yang pertama macam tidak betul kata bidan. Aku pun rasa aku pancit. Then aku ingat balik few do’s and dont’s masa push yang aku study few days back. Dua kali push kepala baby dah keluar.

    “Kalau puan pandai, sekali saja boleh keluarkan bahu baby.”

    Aku angguk-angguk. Contraction datang aku siap tanya bidan

    “Kak eh nurse, push masa sakit tu memuncak kan”

    Aku tarik nafas panjang-panjang then tengok perut, genggam besi di sisi katil contraction memuncak aku push sekuat hati. The magic thing was where did the energy came from? Aku suddenly tidak pancit and aku dapat rasa bahu baby keluar. Lagi dapat rasa baby punya whole body keluar dari aku when the bidan pulled him out. Macam rasa something tergelincir keluar hah macam tu lah. The whole body came out dengan diiringi jeritan “Allahuakbar” dari aku. Arghhh semacam legaaaaa gitu.

    “4.24 petang.”

    Rupanya sudah pukul empat. Lama juga aku dalam labour room sebab tunggu full dilation.

    Telinga aku menangkap bunyi baby nangis. Aku boleh angkat-angkat kepala tidak sabar tengok anak. Cepatlah nurse. Siap nurse potong tali pusat baby tiba-tiba aku nampak nurse satu lagi angkat anak aku. Eh jap. Anak? Aku jadi mak orang dah *nangis*

    Nurse tu letak atas dada aku. Aku tiba-tiba terpaku. Aku tidak tau react macam mana. Kaku tengok baby merengek-rengek atas badan aku. Aku perhati muka dia. Kemerah-merahan. Rambut tebal. Aku senyum. Aku dapat rasa tangan and kaki dia gerak-gerak. Tiba-tiba terkeluar dari mulut “Anak ibu...” airmata keluar lagi.

    Tiba-tiba dia angkat kepala buka mata renung aku. Allah... love at first sight kata orang. Aku leka renung dia sampai nurse tegur “tarik selimut tu kesian baby sejuk” aku baru sedar baby aku selimutkan dengan selimut aku separuh ja. Alolololo kesian anak ibu ye... Anak ibu comel betul sampai ibu leka tengok muka dia ja.



    Sepuluh minit lepas baby keluar, ambil phone selfie satu then sent dengan suami yang dubdab di luar dengan caption “ada budak kecik kirim salam dengan abi dia”

    Ingat azab sudah lepas. Rupanya... “Puan kita jahit ya sikit”-“okay”

    Ahhhh okay saja kau. Sekali rasa tusukan jarum hambekkk. Setiap kali jarum kena kult aku jerit “aduh”.

    Siap jahit, nurse bagi milo. Aku punya lega sebab apa memang rasa sedap labour room sejuk then kena offer milo panas paling ngam.

    “Puan, mau saya ambilkan makanan”

    “MAU” laju jawab. Sebab baru terasa lapar.

    Nurse ambil baby untuk dimandikan selepas sejam skin-to-skin session. It is advisable to have skin-to-skin contact at least sejam.

    Aku ambil kesempatan untuk makan. Ya Rabbi sedapnya makan.

    “Puan, baby berat 2.7kg. Saya sudah mandikan. Saya letak dalam baby cot Puan makanlah dulu” baby cot sebelah katil aku.

    Tengah syok-syok makan “Hello Puan. Congratulations. Saya nak check baby ya.”

    Tengah aku sedap-sedap makan;

    “You look very hungry ya Puan”

    “Hah? I am sebab tiada breakfast and lunch” haha ketawa tutup malu. Gelojohkah aku depan Paed ni?

    “And you pushed like a hero? Wow!”

    Baru teringat. Aku cuma makan beberapa biji kurma. Besarnya kuasaMu Allah. Dari kurma itu KAU salurkan tenaga dan kekuatan luar biasa buat seorang perempuan yang lemah dan kesakitan.

    Manisnya pengalaman labour – my close friends knew that I wish to have a normal labour. But ya lah in case takdir kata kena by c-sect aku redha. Dan guess what? Allah perkenankan doa aku.

    Dalam setiap doa aku, aku minta dengan Allah SWT biar aku rasa apa mak aku rasa masa beranakkan aku. Sungguh aku hampir give up masa tahan sakit contractions. Masa tu aku terfikir “macam ni sakit mak aku rasa. Astaghfirullah!”

    Kurma buatkan aku rasa kekuatan luar biasa sambil tu potongan ayat dari surah Maryam berlegar dalam fikiran:

    “(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

    Surah Maryam ayat 23-26



    Satu lagi kemanisan labour was the “pushing” process tidak makan masa yang lama. Smooth saja boleh aku katakan. After all, the most manis untuk pengalaman labour yang pertama ni ialah I am officially a mother to my son!


    Your truly,
    Neeja
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top