Motherhood: Dilemma working mother

4:01 pm

Salams.

Terasa diri "matang" bila discuss isu-isu sebegini *senyum comel*
Sejak awal bulan lalu, I started my morning routine as working mother sebab saya sambung mana yang tertangguh dulu which is my internship. Sepatutnya tahun lepas tapi masa tu saya jadi mak boyot yang comel maka demimu anak & kesihatan diri kena tangguh juga. sedih memang sedih sebab tidak convo sekali dengan kawan-kawan satu batch tapi ahhhh lupakan kesedihan itu. Yang berlalu biarlah berlalu kan.

So on 3rd march yang lalu dengan berbaju korporat Marine Science, melapor dirilah mak orang ni. Sedih wei tinggal anak yang baru kenal mak dia 3 bulan tu. Tapi bila fikir-fikir sayang pengajian kalau tangguh internship yang mana akan effect convo juga. So bolos saja kesedihan itu. On the way ke rumah mak dukung anak cium anak puas-puas. Sampai rumah mak, cium then bagi dengan mak then jalan laju-laju pergi kereta langsung tidak toleh tau sebab rasa diri tidak kuat sangat untuk toleh and pandang anak. Dahlah anak tengah demam.

Masuk dalam kereta berdiam diri sampailah masuk gate tempat kerja (tempat intern sebenarnya). Tahan airmata sebenarnya. Sampai terus nampak supervisor I pun tengah buat something dengan kereta dia. Bersihkan I guess. Perkenalkan diri then salam cium tangan hubby then pandang hubby buat muka "please don't leave me here. I wanna go home" bukan sebab tempat intern menakutkan ka apa tapi sebab rindu anak.

Masuk dalam office, supervisor kenalkan dengan staff lain then cerita-cerita sikit then dia suruh duduk sekejap. Hah masa duduk yang sekejapan cuma, cuma 15 minit okay terus teringat anak. Masa supervisor tu keluar pergi tandas, menitik airmata jugalahhh... tapi bila ingat dalam office ni ada cctv terus laju laju berpaling dari camera cctv then lap airmata *macam adegan drama sangat*

Nangis sebab terfikir "apalah anak aku buat tu? sudah menyusu atau belum?" tapi teringat ada stok EBM untuk dia terus senyum. Then fikir lagi "mesti dia cari-cari ibu dia. Kan ibu dia suka buat dia senyum. mesti dia rindu ibu dia" uwaaaaa terus nangis lagi *btw masih membelakang camera cctv okay* Tidak boleh jadi ni kena buat something supaya buat diri leka dengan masa.

Tiba-tiba selepas tu setiap masa setiap jam diisi dengan aktiviti. Dengan kena bawa pusing-pusing dalam mangrove area then briefing then memang rezeki saya hujung minggu tu organization tempat intern ni ada event besar so maksudnya kerja memang menunggu. So tik tok tik tok tengok-tengok sudah jam 4.46pm. Terus riang gembira kemas barang-barang. TEPAT jam5 terus teruja say byebye dengan rakan sekerja. Keluar dari pintu nampak kereta my father jemput laju masuk kereta eh eh ada baby kecilyang duduk depan dengan nenek dia  toleh-toleh ibu dia duduk belakang. Alahai anak. Rindu sungguh ibu denganmu. Bila peluk anak, Allahhh nikmatnya rasa.

Now alhamdulillah sudah minggu ke-3 saya keluar rumah pagi balik rumah lewat petang dan berjaya adapt dengan rutin sebegini. Anak soleh saya itu sudah pandai membawa diri. Behave sangat bila tinggal dengan atok neneknya. Dia paling excited bila tengok ibu & abi buka pintu rumah. Balik rumah dalam keadaan penat disambut dengan senyuman anak sesungguhnya satu nikmat yang Allah berikan. Terima kasih Allah.

Bila fikir-fikir balik sebenarnya bagus juga intern masa ada baby. Sebagai persediaan dan latihan manalah tau kan ibu ada rezeki dapat kerja di mana-mana selepas intern nanti. So pengalaman masa intern ni dapatlah dijadikan pengajaran. Personally, setakat ini saya belajar banyak benda. Kerisauan ibu terpaksa keluar berjam-jam untuk bekerja. Isu express breastmilk vs. formula milk dan banyak lagi.
As for me, di tempat kerja memang akan buat stock ebm kalau tidak memang tidak selesa. Ibu-ibu tentu faham maksud ketidakselesaan yang saya maksudkan.
Kuantiti air susu memang jadi isu untuk working mother juga termasuk saya. Tidak dinafikan kuantiti merundum tapi kena kuatkan diri dan motivate kan diri yang air susu ada banyak then rajin minum air kosong kalau boleh 3 liter sehari.



Siapa yang kata working mom ni susah? siapa kata senang? Mana-manalah korang. For me, either you a working mom or stay at home mother cabarannya masih besar. Paling penting betulkan niat. Jika niat baik lillahi taala in shaa Allah teruskan perjuangan jangan peduli apa orang kata.


Till then,
yours truly,
Neeja.

You Might Also Like

0 comments