Jahatnya Radikal Bebas

11:11 pm

Salams & hi

Hari ni saya share pasal radikal bebas. Radikal bebas ni bukan benda remeh pun. Jika dibiarkan boleh jadi penyebab penyakit lain. 

Radikal bebas ni apa?
Molekul air ialah gabungan hidrogen dan oksigen atau orang selalu panggil H2O. Badan kita sel sel kita pun terdiri daripada molekul kecil. Molekul ni dalam keadaan stabil dan terikat satu sama lain. Tapi bila ada faktor yang ganggu ikatan molekul tadi, elektron (tengok gambar) yang terikat pun boleh terlepas dan tiada pasangan. Bila tiada pasangan, elektron pada molekul tadi jadi tidak stabil. Sebab itu dipanggil radikal bebas. Bebas dari pasangan dan ikatan.

Keadaan yang tidak stabil atau dalam kimia kita panggil reaktif buat radikal bebas ni ganggu molekul lain yang stabil. Radikal bebas akan curi elektron molekul lain dan bertindak macam teroris. JAHAT kan!

Cemana radikal bebas ni jadi?
Setiap hari radikal bebas ni terjadi dalam badan kita sebab kita terdedah pada cahaya ultraviolet (UV), metabolism kita pun hasilkan radikal bebas, keradangan (inflammation), pencemaran, asap rokok, radiasi adalah contoh keadaan yang dedahkan kita pada lebih banyak penghasilan radikal bebas.

 

Kesan pada badan kita?
Bila radikal bebas ni banyak dan banyak, ia menjadikan sel-sel kita 'berkarat' kerana tindakan oxidative stress. 
Oxidative stress ni bila mana penghasilan radikal bebas melebihi keupayaan badan kita melawan atau detoxify kesan merbahaya radikal bebas. Badan kita neutralkan radikal bebas tadi dengan antioksidan.
Secara semulajadi badan kita akan neutralkan radikal bebas tapi bila antioksidan kurang dalam badan dan radikal bebas pula bukan main bertambah dengan banyaknya tu yang badan stress (oxidative stress).

Cemana bantu badan kita?
Back to basic. Jaga makan dan ambil makanan yang seimbang dan sihat. Kenapa? Sebab pemakanan sihat tentunya akan ada nutrisi yang mengandungi antioksidan. Elak kan stress. Stress boleh hasil kan radikal bebas. Kalau perlu ambil masa untuk shortgetaway dan relaks go for it. Boleh juga ambil makanan tambahan yang mengandungi antioksidan. Makanan tambahan saya paling rekomen VIVIX.

Cemana antioksidan bertindak?
antioksidan meneutralkan radikal bebas sekaligus mengelakkan sel kita dari kerosakan akibat oxidative stress.

Kenapa saya suggest Vivix?
Sebab vivix terkandung sumber antioksidan yang powerful. Dan mudah untuk di ambil berbanding makanan tambahan dalam bentuk pil. Ada beberapa lagi vitamin yang bersifat antioksidan seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E. 

 


 


 


 



Tahu tidak radikal bebas ni buat sel kita cepat rosak? Bila sel rosak penuaan berlaku. Sebab tu kita kena bendung cepat-cepat radikal bebas ni sebab siapa nak tua sebelum usia kan? 


Nija Nowamommy 
Beautiful mom of AN&NA

You Might Also Like

0 comments