Cara WAHM Bekerja Dikelilingi Anak-anak

8:00 am

Salams and hi

Sejak saya jadi work at home mother (WAHM), ramai yang tanya susah jadi surirumah? Susah handle anak-anak di rumah? bolehkah kerja dan jaga anak dalam satu masa?

Jawapan saya: TIDAK. MENCABAR. BOLEH!

So kali ni saya share sedikit tips cemana urus masa bila kita officially wahm. Mungkin pengalaman saya masih terlalu sedikit berbanding yang anak 4-5-6 tapi boleh run bisnes. Tapi saya excited untuk share sebab ada yang bertanya dan request untuk saya share.



Sebenarnyalah kan urus anak dan at the same time buat biz atau kerja dari rumah ni bukan senang bukan juga susah. Perkataan yang sesuai bagi ialah MENCABAR. Makanya untuk atasi cabaran tu kita perlu:
1) Kekuatan emosi
2) Tools

Kekuatan emosi kena selaras dengan perbuatan lah. Kalau lemah, habis collapse semuanya. Trust me!
Tools pula peralatan yang memudahkan mengurus pasangan dan anak-anak.


1. To-do List

To-do list ni senarai kerja yang kita kena buat untuk sepanjang hari. Bila bekerja dari rumah WAJIB untuk ada to-do list harian. To-do list harian ni yang akan bantu WAHM mengurus masa dengan teratur sekali.

Apa yang harus ada dalam to-do list?
-Kerja yang harus dibuat
-Bila kena siap
-Berapa tempoh masa untuk satu kerja tu dibuat 
-nota untuk tulis info tambahan (contohnya: task ialah Pos barang jualan. Dalam nota ada tertulis Kadar caj runner)

Bila kena buat to-do list?
Pengalaman saya ada dua masa yang best bila buat to-do list: sebelum tidur dan subuh lepas solat subuh. Dua waktu ni adalah waktu best sebab masa ni minda kita dalam keadaan tenang dan boleh fokus pada kerja harian yang kena kita senaraikan. Masa ni rata-rata anak kecil sudah tidur atau belum bangun lagi so bolehlah fokus kita 100% pada list.



2. Ada tools yang membantu (smartphone, laptop, alat/benda alihkan perhatian anak contoh buku, toys, snacks, vitamin harian, pencuci serbaguna bagi yang ada baby kecil).

Sebagai WAHM penting untuk ada tools membantu lancarkan lagi kerja harian kita. Antara tools WAJIB ada ialah smartphone. Dah namanya bekerja dari rumah, online bisnes pula tu sebab tu smartphone ni kena ada. Smartphone ni pengganti komputer riba (laptop) sebab saiz yang kecil dan ringan. Memang convenient la untuk mak-mak jalankan biz sambil jaga anak-anak.

Selain tu, WAJIB ada juga alat atau benda yang boleh alihkan perhatian anak-anak contohnya buku, toys dan snacks. Buku ni bukan buku ilmiah yang macam kena baca masuk universiti tau! Pilih buku yang ringan untuk difahami dan ada gambar-gambar menarik untuk anak-anak lebih tumpukan mata dan otak dia. Sambil reply whatsapp customer bolehlah sambil tunjuk gambar kereta warna merah dalam buku tu 😊 sama juga konsepnya toys dan snek (snek sihatlah paling bagus ya bukan benda manis). Benda-benda ni boleh alihkan perhatian anak-anak tatkala kita kena bersoal jawab dengan prospek atau customer secara online (whatsapp, messenger, dm etc).

AN dan NA saya tengah tenangkan dengan alih perhatian dan fokus pada buku. Buku yang berwarna dan gambar besar dan menarik dapat tarik perhatian budak kecil. Buku tu saya beli online dengan harga RM5 saja. Berbaloi hehe

Menikmati snek petang sambil saya reply mesej customer.

Vitamin harian ni WAJIB wahm ada sebab bila bekerja dari rumah kita tend untuk guna tenaga lebih dari biasa. Senang cerita; buat dia kerja serentak (surirumah dan peniaga). So tanggungjawab tu besar untuk pastikan keluarga terjaga dan pada masa yang sama bisnes pun jalan. Vitamin ni bantu kita kekal sihat bertenaga untuk multitasking. Bayangkan eh kalau pasangan atau anak sakit, kita ada untuk jaga diorang. Kalau kita sakit siapa yang kena run semua kerja rumah dan bisnes kita? Untuk Saya sendiri, saya wajib makan multivitamin dan ostematrix. Multivitamin ni vitamin WAJIB yang badan kita perkukan hari-hari macam vitamin A, B, C, D, E, K dan mineral lain. Ostematrix pula pil kalsium yang bantu saya relaxkan muscle selepas seharian jaga rumah jaga bisnes 😊

ni yang bantu saya dapat tidur lebih lena dan elak kejang-kejang selepas seharian urus anak-anak.

Bila bekerja dari rumah dan tiada maid memang mencabar. Apa lagi ada anak kecil yang merangkak satu rumah dan jenis suka masuk mulut apa juga benda yang diorang jumpa! Kena pastikan sentiasa persekitaran rumah bersih dan tiada benda-benda yang boleh buat anak sakit. Benda paling asas pada sayalah kena ada pencuci serbaguna yang selamat untuk anak kecil. Saya pilih Basic H sebab serbaguna (pencuci lantai boleh, cuci cermin tingkap boleh, untuk rendaman toys anak pun boleh). Apa lagi AN hari tu kena rotavirus, habis semua lantai saya mop hari-hari masa tempoh recovering dia. Toys pun saya rendam dalam air larutan Basic H.

pentng untuk pastikan lantai sentiasa bersih apatah lagi NA rajin kutip benda atas lantai.



3. Tegas Terhadap diri sendiri (buat task di fb/ig terus-fokus-jangan terpesong-bazir masa).

Satu cabaran yang saya rasa boleh rosakkan plan kita sebagai wahm ialah sikap tidak tegas pada diri sendiri. Bayangkan buka Facebook sepatutnya untuk reply komen prospek, tapi melarat skrol newsfeed melarat ke baca page hiburan dan sebagainya. Benda yang sepatutnya ambil masa kurang 5minit boleh jadi 30minit! 

Bila saya sedar benda tu, saya adjust masa untuk setiap kali sesi buka facebook dan saya mesti ada misi masa buka fb tu. Contoh: misi untuk reply komen prospek dalam masa 5minit. Buka ja fb terus masuk pada post yang ada komen prospek-reply-then keluar dari fb. Kuncinya: FOKUS pada misi asal. Atau begini: misi like komen post kawan-kawan fb dalam masa 10 minit. Buka newsfeed, like komen 10 post terawal muncul pada newsfeed. Habis 10minit keluar dari fb.

Sama juga untuk task di blog misalnya kena buat post sharing pasal TANTRUM ANAK. Anggaran masa untuk siapkan 1jam. So plan sesiap apa Isi yang akan ditaip, gambar sudah ready dan masa mula pukul berapa. Dengan begitu, kita tidak bazir masa buka portal hiburan hehe!



4. Libatkan anak-anak (masak, bawa online coaching, majlis ilmu).

Anak-anak ni jiwa mereka halus dan sensitif. Percayalah disebalik usaha kita bekerja dari rumah sambil besarkan anak-anak depan mata, anak sebenarnya memerhati apa juga yang kita buat. Dalam memastikan bisnes kita berkembang dan mampu buat duit, fokus utama kita sebenarnya besarkan anak-anak. Sebab itu bagi saya sendiri penting untuk kita libatkan anak-anak dalam banyak aktiviti kita. Contohnya libatkan anak-anak masa kita memasak. Bila potong sayur, tunjukkan anak sayur tu nama apa, warna apa then bawa dia sembang atau bawa dia cuci sayur sekali. Biar dia nampak lebih dekat dan rasa tekstur sayur tu cemana. Untuk anak kecil benda ni bantu develop motor skil dan sensor diorang tau!


Selain aktiviti di rumah, saya juga suka libatkan anak dalam aktiviti bisnes saya. Contoh nya bawa anak masa coaching dengan mentor atau coaching anak didik bisnes. Saya juga suka bawa anak-anak pergi talk atau seminar (jika dibenarkan la, ikut situasi dan keperluan majlis). Sebab apa? Sebab saya mahu anak-anak saya nampak Apa yang ibu mereka buat. Mungkin anak-anak ni masih kecil untuk faham tapi saya yakin anak-anak kecil ni mampu simpan dalam memori mereka pengalaman sebegini. Kelak nanti mereka faham Apa yang ibu buat selama jadi wahm 😊


5. Reward anak-anak/family time (hujung minggu bawa pegi playground, family gathering, pandang anak more than phone).

Selalunya saya dan suami memang plan bawa anak-anak berjalan atau plan buat aktiviti tertentu masa hujung minggu. Sebagai reward untuk anak-anak untuk sabar dan stay di rumah masa weekdays sebab parents mereka bekerja. 

Saya teringat pesan mentor bisnes saya; dalam pada kita sibuk reply customers buat marketing itu ini Jangan lupa ada mata memerhati. Mata siapa? Mata anak-anak. Anak-anak belum faham sepenuhnya tapi mereka suka memerhati. Sebab itu bila kita bekerja dari rumah Bila mana kita bekerja sungguh-sungguh at the end of the day, semua untuk keluarga. Sebab itu selepas berhempas pulas cari sales, reward anak-anak atas kerjasama dan behave nya mereka masa kita bekerja 😊

Benda paling simple: bawa anak-anak main di playground untuk mereka bersosial dan jumpa kawan sebaya. Bantu untuk perkembangan juga tau!




6. Sokongan (suami, family).
Bekerja dari rumah bukan bermaksud jadi wonder woman atau superwoman yang boleh bekerja secara INDIVIDU. Kita ni still ada kelemahan dan perlukan bantuan orang sekeliling kita. Dalam mengurus rumah tangga dan bisnes kena ada sistem sokongan.



Contohnya saya terima order dari customer dan saya tidak dapat keluar untuk restock produk dari branch, suami akan pergi branch dan buat restock atau saya ada kekangan untuk buat delivery, suami yang akan buat sesi COD atau pergi poslaju then poskan barangan customer. 

Contoh lain; kita kena attend seminar yang tidak boleh bawa anak kecil, kita minta bantuan mak ayah atau adik beradik jaga anak kecil untuk 3jam kita attend seminar tu.

Contoh lagi; customer mahu COD tapi kawasan customer tu jauh dari kita, kita pass pada rakan niaga (biz partner) yang berdekatan.

Dalam hidup ni jangan ego untuk rasa kita boleh buat semua. TAPI kena ingat juga bukan semua benda kita kena minta bantuan. Nanti orang menyampah hehe

Semoga bermanfaat dan Saya doakan kita yang wahm ni dapat membantu keluarga dan memberi manfaat pada orang lain terutama sekali orang sekeliling kita. Bila mana kita tidak dapat memberi manfaat pada orang lain, maka kita juga stop dari mendapat manfaat 😊

Salam sharing untuk express sayang bukan impress korang,
NIJA
Mak anak dua & WAHM.




You Might Also Like

4 comments

  1. Takde to-do-list memang ke lautlah jawabnya..

    ReplyDelete
  2. waaah....housewife worker pula sis nie....syukur dpt tgk ank2 membesar dpn mata kan...

    ReplyDelete
  3. wah..nice tips sis..yang penting jadi wahm ni memang perlu ada displin diri sebab selain jadi ibu, kita juga jadi bos dan pekerja pada masa yang sama.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya tips awak...boleh guna nih..

    ReplyDelete