Beraya Dengan Baby Boy atau Baby Girl yang Mencabar?

3:00 am




Setiap pasangan mesti ada expectation kan untuk setiap pregnancy. Macam saya dulu masa pregnant-kan AN, saya memang harap untuk dapat baby boy while my husband wanted a baby girl. Kenapa? Sebab saya suka bila big brother boleh protect dan jaga adik dia bila dah besar nanti. Bukanlah maksud saya kakak tidak boleh jaga adik dia in the future, tapi fitrah kan lelaki melindungi perempuan. Sebab kudrat lelaki lebih gagah selalunya.

Bila buat detail scan-PISTOL bak kata sonographer hehe
Then bila pregnant-NA pula saya dapat rasa baby girl. Bila scan masa monthly review memang tanya sonographer/doktor. Manatau baby dah boleh tunjuk jantina dia hehe! Ternyata firasat seorang ibu tidak salah! So bila ada anak sepasang ni best ke idok? Apa lagi bila part raya... raya kan sebulan so masih berkisar pasal raya lah kan hehe!

Pendapat saya sendiri, tahun pertama beraya dengan baby boy (AN belum sampai setahun) serius kitaorang tidak sedondon langsung haha! Semangat untuk sedondon macam tidak hiphip horayy sangat. It was like asalkan beraya punya semangat. Bayangkan saya guna jubah warna mustard, suami guna kurta coklat dan AN guna romper baju melayu warna royal blue! Bila dah habis raya, skrol balik gambar raya tiba-tiba saya nangis sebab menyesal tidak sedondon. Mungkin juga faktor ekonomi masa tu huhu.

Tahun kedua beraya dengan anak, NA dah lahir. Kitaorang pilih tema kuning. Again tidak sedondon sangat pun. Walaupun waktu tu saya masih dalam pantang, ada juga gambar raya pertama. Saya guna baju warna mustard (salah beli suppose kuning), suami dan AN guna baju melayu cekak musang warna kuning dan NA guna romper kuning. Spoil betul diriku haha!

Tapi tahun ni alhamdulillah memang dua bulan sebelum raya, saya dah semangat beli kain. Kain pula yang warna plain. Untuk suami dan AN baju melayu teluk belanga, saya dan NA baju kurung moden dihiasi bunga di hujung lengan baju (saya jahit sendiri wiwiwiwi). Saya kata pada suami dah beberapa tahun kita hentam kromo pilih baju raya. Satu iya faktor ekonomi juga salah sendiri yang last minit baru cari baju.

Bukan saya kata bila tidak sendondon raya jadi tidak best. Nanti ada yang kata saya belakangkan mereka yang tidak ada kemampuan beraya sedondon. I have been there ya. Dah pernah rasa keadaan ekonomi tidak memungkinkan raya sedondon dan kena redha keadaan yang ala kadar. Alhamdulillah sebenarnya dengan kenangan yang ala kadar tu jadi pemangkin semangat untuk lebih baik tahun akan datang (jika diberikan umur panjang).

🔥Ok berbalik pada isu sebenar: mana lagi mencabar bila pilih baju raya baby boy atau girl? 

To be honest bagi saya dulu bestlah beraya dengan baby girl sebab ibu boleh matching outfit raya dengan baby girl. Tapi kalau jenis yang tidak ambil Kisah pasal outfit raya mungkin tidak ada beza sangat pun baby boy or baby girl.

Pengalaman saya baby boy zaman sekarang pun dah banyak pilihan fesyen baju. Baby girl of course banyak aksesori contohnya headband atau turban atau pengikat rambut yang fancy. Baju pula dress bercorak atau berbunga. Motif kartun pun berlambak. Apa lagi kasut. Yang berbunga, yang ada riben banyak!

Baby boy boleh ada aksesori topi. Bandana bibs pun comel juga digayakan sekali apatah lagi ada keperluan berbandana (untuk pastikan baju anak tidak basah oleh air liur). Kasut baby boy zaman sekarang pun best best apa! Kalau dulu warna hitam or biru sealunya. Design pula yang tipikal punya. Sekarang design dan motif dah banyak. Warna lagilah pelbagai. Saya paling suka baby boy guna kasut yang motif adiwira contoh superman, batman dan sebagainya. So cuteee!

🔥 Mana lagi mencabar bila berhari raya dan attend rumah terbuka?

Cabaran bila beraya dengan baby girl bila si baby girl mula tarik headband atau turban. Macam NA keterujaan saya bagi cantik cantik dengan aksesori headband dicantas bila NA tidak bertahan walaupun 5 minit dengan headband atas kepala huhu

Selain tu kalau bagi baby girl pakai emas sebagai perhiasan contohnya rantai, gelang dan cincin kita sebagai ibu ni kena extra alert risau putus dan tertanggal lalu hilang di mana-mana. Selain tu risau juga kalau baby telan. Kan ada baru-baru ni viral baby kecil tertelan cincin which antara pilihan untuk keluarkan cincin tu adalah melalui pembedahan. Syukur cincin tu keluar melalui najis baby. Peristiwa tu lagi membuka mata pada ibu bapa supaya consider pemakaian emas pada bagi kecil.

Selain tu cabaran juga bila kita sebagai ibu ni sangat suka gayakan anak dress kembang kembang but end up dress tu boleh pula koyak sebab terkena bucu tajam atau paku contohnya. Sebab tu baju NA saya lebihkan seluar legging dan t-shirt berbanding dress dan skirt. Lagi satu saya cukup kenal dengan perangai saya. Saya sendiri cepat rimas bila tengok baju yang kembang atau meleret. So untuk bantu NA selesa dan memudahkan saya, option dress kembang dan skirt saya tolak tepi untuk raya kali ni kecuali raya pertama NA kena guna baju kurung macam saya hehe

Untuk baby boy? Not much sangat sebab aksesori kurang. Cuma baby tidak Kira boy or girl ada tendency untuk cranky Kalau ada benda yang buat baby tidak selesa contohnya diaper penuh dan mula rasa basah, buang air besar, lapar menyusu atau juga mungkin suasana satu satu tempat tu buat baby tidak selesa contohya terlalu ramai orang atau bising. Sebab itu penting untuk ada plans bila bawa baby beraya ni. Or else you have to pulang awal lah kan hehe!

Ohya satu lagi cabaran besar bila beraya dengan baby... tidak Kira baby boy atau baby girl ialah TUDUNG IBU SENGET DAN COMOT SEBAB ANAK 😂

Walaupun agak mencabar bila ada baby tapi trust me pengalaman ni yang akan kita kenang bila baby kita dah besar. Sebab itu saya abadikan kenangan di blog ni. Ada rezeki boleh suruh anak baca. Hehe

Ok itu saja sharing kali ni. Semoga cabaran sebegini akan buat kita para ibu ni lagi kuat dan yakin menghadapi cabaran hidup yang lagi besar 💪🏻

Salam sharing sebab sayang, bukan nak impress orang 😘
Nija
Mak anak dua yang yakin diri cantik haha!

You Might Also Like

0 comments