Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact


    September lepas, saya sempat buat skin analysis. Eh jappp saya dah pernah cerita kan? Hasil skin check tu pores saya agak besar (dulu masa belajar lagi besar huhu). 

    So kali ni saya share beberapa petua untuk kecilkan pores. Ada yang saya dapat dari orang yang saya kenal, ada yang dari nutritionist, ada dari amalan turun temurun dan ada yang saya jumpa dari internet. So saya compilekan dalam post ni ya.

    Saya ada share di FB juga sebelum ni. Boleh baca sini PETUA KECILKAN PORES DI FB

    Ohya sebelum saya share petua, WAJIB untuk kita tahu basic info pasal pores. Barulah senang kita cari jalan untuk atasi masalah pores yang besar kan 😊

    Pores ni liang bulu atau rerambut di kulit. Antara fungsi pores ni untuk keluar kan peluh dan minyak yang berlebihan dari kita punya muka. Kita perlukan pores. So kita tidak boleh hilangkan pores tapi kecilkan boleh.

    Bila liang ni tersumbat oleh kotoran atau minyak, pores ni boleh membesar.
    Pores membesar juga bila kita picit blackheads atau jerawat. Jalan paling berkesan kecilkan pores secara natural ialah pastikan pores kita bersih. 

    Bila kulit hasilkan/keluarkan banyak sangat minyak lepas tu bercampur pula dengan sel kulit mati dan kotoran, pores tersumbat .

    Jadi bila tersumbat, minyak tu jadi tidak bebas mengalir/bergerak dan menyebabkan pori tu membesar.
    Walaupun pore yang membesar macam bagi extra space untuk minyak tu keluar kan tapi minyak tu masih terperangkap (terutama sekali di bahagian hidung) oleh kulit mati.

    Bila ini jadi, minyak + kulit mati di hujung liang pori yang tersumbat tu terdedah pada udara, pengoksidaan terjadi (hah ambik keluar istilah sains kihkihkih). Tu yang terhasilnya blackhead.


    Petua kurangkan saiz pores

    Guna teknik steaming. Petua ni dulu saya dapat dari cikgu sains saya. Cikgu share petua ni sebab kami tanya macam mana kulit cikgu halus pori kecik hehe tq cikgu!




    Steam sangat disarankan untuk buka pores supaya kita boleh bersihkan pores.
    Haba daripada steam akan naikkan suhu kulit, lembutkan minyak yang sudah keras dalam pore supaya senang di keluarkan masa deep cleaning.

    Kalau perasan spa selalu guna steam sebagai salah satu step dalam treatment untuk pores yang besar sebelum facial.

    Caranya:
    Sediakan air panas. Boleh tambah herba atau essential oil. Boleh juga masukkan buah oren atau lemon.

    Dekatkan muka pada steam. Buat selama 10-15min.
    Steam akan bagi oksigen dan lembapkan muka. Kelembapan dan oksigen daripada steam akan bantu buka pores untuk pembersihan nanti.

    Lepas steaming, cuci muka dengan air suam. Ini untuk cuci minyak atau kotoran yang keluar daripada pores masa steam bath tadi.

    Lap muka dengan towel kering dan bersih. 
    Lepas dah kering please jangan guna sebarang lotion atau oily products pada kulit lepas steam bath sebab boleh sumbat pores lagi. Sia-sia buat steaming tadi kan kalau tersumbat lagi.
    .
    .

    Guna toner yang natural untuk deep clean. Toner boleh pergi jauh dalam pori dan bersihkan minyak, kotoran dan sel kulit mati.


    Saya guna cuka epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) ni seimbangkan pH kulit kita secara semulajadi. Ada sifat anti-mikrobial dan anti-bakteria.

    Ini juga bantu saya masa breakout hari tu. Nanti saya share cemana saya hadapi breakout k 😊

    Caranya:
    Campur ACV dan air dengan ratio 1:1 (1 bahagian ACV, satu bahagian air).
    Celupkan cotton ball dalam campuran ACV+air tadi dan apply ke muka.
    Bilas dengan air.

    ACV boleh kering kan kulit so lepas tu kena apply pelembap. Ohya sedikit berbau tapi don't worry la sekejap ja.
    .
    .

    Scrub gula+lemon
    Bantu exfoliate (mengelupaskan) kulit, hilangkan kotoran dan bantu kecilkan pores.


    Caranya:
    Campur 2sudu gula dan jus lemon yang kita perah dari buah lemon. Apply di skin dan urut perlahan untuk 30saat di muka.
    Cuci dengan air sejuk
    Buat sekali atau duakali seminggu

    Sebelum apply scrub, kena lembapkan muka. Kena ada kelembapan sebelum apply scrub supaya bantu skrub untuk longgar kan sel kulit mati daripada permukaan kulit

    Lepas tu bilas muka dengan air suam dan diikuti air sejuk. Air sejuk akan tutup pores lepas cleansing.
    .
    .

    Ais
    Petua ni ada makcik yang bagitau. Tapi makcik tu sebut guna ais sebelum make up supaya pori muka tidak ketara dan biar make up nampak flawless dan tahan lama.

    Bila baca rupanya ais ni memang bagus kecil kan pori. So Dari sana saya suka guna ais 😊
    Ais juga bagus untuk kurangkan keradangan kulit disebabkan jerawat. 

    Caranya:
    Gosok ais pada kulit selama 10-20saat. Boleh bungkus dengan towel.
    Buat beberapa kali dalam sehari atau cuci muka dengan air sejuk pagi dan petang tapi tidak boleh overdo tau nanti irritate skin.
    .
    .

    Masker Plain yogurt 
    Plain yogurt ni ada probiotics dan lactic bacteria yang bantu kurangkan tindakan bakteria jahat yang sebabkan jerawat. Boleh kurangkan saiz pores. Juga bagus sebagai cleanser yang hilangkan kotoran dalam pores. 


    Kalau tengok gambar kan yogurt saya kekuningan sikit kan? Sebab saya campur Madu 😊 kekadang tu saya campur dengan kunyit lagi hehe

    Caranya:
    Satu sudu besar plain yogurt di sapu pada seluruh muka. Biarkan 20minit gitu lepas tu bilas. Kadang-kadang tu saya campur dengan serbuk protein.
    .
    .






    Masker Putih telur + lemon juice 
    Putih telur memang ramai tahu bantu tegangkan kulit dan keluarkan minyak yang berlebihan dan kawal kulit yang berminyak. Lemon pun banyak manfaat untuk kulit. Lemon juice is used as an astringent to clean the skin and clear conditions like blackheads and clogged pores.

    Caranya:
    Pukul 2putih telur
    Campur setengah biji lemon jus
    Apply pada muka dan biar kan kering
    Boleh buat beberapa kali dalam seminggu












    Guna sunscreen
    Kolagen bantu untuk bantu smaller kan pores dan tambah plumpness pada kulit tapi cahaya matahari akan rosakkan kolagen dan buat pores lagi besar dengan Cara kurangkan keanjalan kulit
    Sebab tu kena guna sunscreeen secara harian.


    Saya juga amalkan #makan sunblock. Hahh ada sunblock yang boleh makan tau. Siapa yang berminat, whatsapp saya ya http://nija.wasap.my/
    .
    .


    Jaga pemakanan. Kurangkan makanan yang berproses (boleh menyebabkan keradangan pada kulit dan sumbat pores).

    Jangan lupa amalkan vitamin C bantu hasilkan kolagen untuk kecil kan parut (ni saya dapat dari nutritionist tau). Kalau amalkan kolagen lagi best. Saya tahu ada kolagen yang best. Ada yang mau tahu?

    Luv,
    Momster Cantik suka share
    supaya semua orang cantik


    Continue Reading



    Momster Cantik kembali lagi untuk sharing tips untuk dapatkan kulit yang berseri. Wanita mana yang tidak suka pada kulit yang berseri? Kali ni saya share tips lebih kepada nutrisi. Lain kali saya share pula tips penjagaan kulit secara luaran.

    Kenapa saya tekankan nutrisi dalam penjagaan kulit?
    Sebab nutrisi bukan sahaja bantu untuk kesihatan kita malah kecantikan juga. Sebab kulit muka kita adalah organ yang berhubung dengan organ dalaman kita. Kulit muka kita juga mempunyai saluran darah untuk terima nutrisi dan oksigen.

    Okay jom tengok apa nutrisi penting untuk kulit berseri.

    Protin untuk Kulit Sihat
    Badan kita diperbuat dari protin dan disebabkan itu, untuk kulit yang sihat berseri, pengambilan protin sangat penting:
    Untuk menyediakan asid amino perlu untuk fungsi kulit yang optimum yang mana badan kita tidak dapat hasilkan.
    Untuk menyokong penghasilan sel kulit yang sihat
    Untuk memperbaiki dan menghasilkan sel dan tisu kulit yang baru
    Untuk menghasilkan hormon dan enzim vital untuk kulit
    Untuk menyokong penghasilan asid amino glutathione yang membantu melindungi sel kulit dari rosak oleh cahaya matahari.

    Tegangkan dengan Kolagen
    Kolagen adalah struktur yang penting untuk kulit. Kolagen maintain-kan elastisiti dan mengelakkan kedutan, parut dan jatuh. Kolagen boleh dihasilkan oleh badan kita.
    Tetapi semakin kita berusia, kolagen punya penghasilan semakin menurun. Keadaan ni dedahkan kita pada risiko kedutan dan kulit yang menggelember. So why not kita perlahankan tanda penuaan dan mula ambil kolagen!
    Kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit
    Supple, kulit tegang
    Mengurangkan the appearance of wrinkles
    Memudarkan parut

    Perlindungan Antioksidan dengan vitamin C
    Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menyokong kesihatan kulit dengan cara meneutralkan radikal bebas. Walaubagaimanapun, tubuh badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C. Justeru mesti dapatkan vitamin C dari diet harian kita. Pengambilan vitamin C secara konsisten dapat:
    Mengurangkan kehadiran kedutan, menyaman kulit kering dan kasar
    Menyokong penghasilan kolagen dan skin regeneration
    Membantu penyembuhan luka
    Melindungi daripada radikal bebas

    Kekalkan Kelembapan kulit dengan GLA
    Kulit yang sihat bergantung pada amount of skin’s lipid particularly, the gamma-linolenic acid (GLA), asid lemak ni memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit dan:
    Mengurangkan kegatalan dan sisik pada kulit
    Mengekalkan kelembapan kulit
    Melawan inflamasi

    Sekarang dari mana kita boleh dapatkan 4 nutrisi tadi tu?
    Protein
    Protein ada dua jenis. Dari protein haiwan dan dari protein tumbuhan. Antara sumber protein ialah ikan salmon, susu, keju, yogurt, telur, soya.

    Kolagen
    Kolagen ni adalah salah satu jenis protein. Penghasilan kolagen juga dibantu oleh kehadiran vitamin C yang cukup dalam badan kita. Berita baiknya badan kita boleh hasilkan kolagen sendiri tetapi semakin umur meningkat, penghasilan kolagen menurun. So bolehlah ambil vitamin C secara konsisten untuk dapat manfaat antioksidan dan kolagen yeahhh!

    Vitamin C
    Disebabkan vitamin C ni tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita, kita mesti mengambil vitamin C dari pemakanan harian kita. Sumber vitamin C sangat banyak. Antaranya buah sitrus, kiwi, mangga, betik, nenas, berries, tembikai, brokoli, kubis bunga, bayam dan tomato.

    GLA
    GLA ni adalah lemak asid Omega-6. Antara sumbernya ialah Evening Primrose Oil (EPO), borage seed oil, spirulina, oat dan barli.

    So Momster Cantik rasa perlu untuk share satu cara pastikan kita dapat 4 nutrisi tu untuk kulit kita dengan lebih mudah. Zaman sekarang orang suka yang mudah kan? Jimat masa dan tentu-tentu memenuhi keperluan dalam badan kita. Paling penting, bukan setakat untuk kulit berseri malah ada manfaat untuk kesihatan badan kita.

    Energizing Soy Protein (ESP)
    ESP adalah serbuk protein soya bukan GMO (non-GMO). Bekalkan sumber protein untuk kulit kita. Dihasilkan dari 30kg soya untuk satu tong (850g).


    Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C yang dihasilkan dari sumber semulajadi dan bukan dari sumber sitrus. Vitamin C ni bekalkan keperluan vitamin C untuk kulit lebih cerah sekata dan elak penuaan pramatang kulit. Satu botol mengandungi 180 biji.



    Collagen Powder
    Serbuk kolagen yang buian setakat kolagen kerana terdapat bahan lain yang menyokong untuk memberikan kulit yang sihat dan berseri. Satu kotak mengandungi 15 sachet.



    GLA Complex
    Asid lemak omega-6 yang dari minyak borage. Kepekatan GLA yang tinggi berbanding EPO. Berikan kulit yang lembap dari dalam dan terpancar dari luar. Satu botol GLA Complex mengandungi 90 softgel capsule.


    Secara ringkasnya, 4 suplemen ni sangat menyokong 4 nutrisi untuk kulit yang cantik, glowing dan semestinya sihat. Untung cuba 4 sekawan ni sebab dah ramai yang cantik berseri kulit tau. Kalau tidak percaya tengok bawah ni:

    jerawat hilang kulit makin sihat dan berseri

    nampak kan pores di muka makin kecil dan kulit glowing

    kulit gebu dan cerah



    Tidak sabar untuk cuba? Oklah Momster Cantik bagi kemudahan untuk laju laju beli berdesup dengan klik gambar beli sekarang ni:

     Beli ESP GLA COLLAGEN VITA C PLUS


    Rasa-rasanya mahu setia dengan 4 sekawan ni dan mahu harga lebih jimat? Momster Cantik alu-alukan join member. Caranya? Klik gambar daftar ahli sekarang ni:




    Sebelum Momster Cantik tutup sesi sharing ni, boleh contact Momster Cantik untuk konsultasi produk lain tau. Mungkin untuk turunkan berat atau vitamin untuk kehamilan dan berpantang mungkin? Ada jugak hahhh cepat contact Momster Cantik:




    Terima kasih sudah baca. Lain kali Momster Cantik share lagi ya!


    Luv,
    Nija
    Momster Cantik suka sebarkan cantik
    Continue Reading



    Perasan tidak masa hamil banyak betul perubahan yang mommies alami?

    Ada yang buat mommies happy dan ada yang buat mommies tertanya-tanya, betul tidak? Saya senaraikan antara persoalan yang mommies selalu alami yang mommies rasa agak mencabar kesihatan semasa hamil:





    Pengalaman saya dulu masa mengandungkan anak pertama, saya pernah alami kejang kaki. Azab! Dan disebabkan rasa sakit tu saya nekad Ambil suplimen kalsium kerana saya tidak lalu minum susu kehamilan.

    Alhamdulillah sepanjang kehamilan kedua, saya nikmati tempoh kehamilan 39 minggu tanpa kekejangan kaki. Antara rahsia saya ialah tidur dalam keadaan kaki saya alaskan dengan bantal supaya kedudukan kaki tinggi dari badan, saya juga gunakan stoking semasa tidur malam dan saya ambil suplimen kalsium saya 😊

    Tahu tidak bila tinggikan kedudukan kaki boleh membantu peredaran darah mommies yang return ke jantung secara berterusan dan aliran darah lebih sihat? Nahh lepas ni amalkan tau bagi yang ada masalah kejang kaki selalu tu ok 😊

    Hahhh lagi satu untuk elak cramp, jangan lupa pastikan kalsium dalam badan cukup. Tidak lalu telan susu boleh cuba suplimen kalsium. Kalsium sangat diketahui membantu fungsi otot yang sihat. So boleh elak cramp dah kan lepas ni?




    Saya cukup bersyukur sebab kedua-dua kehamilan saya dulu kaki saya tidak membengkak. Semasa kehamilan pertama, saya lihat sendiri kaki kakak saya yang juga tengah hamil masa tu membengkak. Kami adik beradik bergurau sesama kami yang kakak tidak dapatlah beraya dengan kasut baru sebab semua saiz di kedai kasut habis!

    Satu info yang saya belajar dari pakar nutrisi; bila mommies yang sarat berdiri untuk tempoh yang lama, graviti akan menarik cecair ke paras lutut. Memang hukum alam gitu kan, graviti akan menarik benda apapun ke bawah. Cecair yang berkumpul di bawah paras lutut akan menyebabkan kaki membengkak.

    So pakar nutrisi ada sebut pengambilan nutrisi yang cukup (protein dan vitamin C terutamanya) masa kita mengandung boleh membantu peredaran darah lancar dan mengelak kaki bengkak. Hmmm saya rasa betullah mommies, saya makan vitamin C dan protein secara konsisten dan bersama suplimen kehamilan yang ada vitamin C dan Protein that's why kehamilan saya kedua pun bebas dari kaki bengkak.





    Kalau kehamilan pertama saya 'terselamat' dari morning sickness tapi tidak untuk kandungan kedua! Di awal kehamilan teruk juga saya kena morning sickness. Waktu tu masih keluar bekerja dan sampai ofis craving dengan kuih muih kampung. Lepas makan terus mual dan muntah. Ditambah dengan migrain uishhh tapi saya suka makan McDonald's punya burger masa selera makan dah okay haha!

    Apa yang saya buat untuk atasi mual ialah saya telan peppermint ginger plus (suplimen yang bahan utamanya ialah pudina dan halia) juga saya paksa diri telan vitamin B Complex sebab saya dapat tahu yang vitamin B boleh bantu kurangkan mual.

    Kenapa kita bila pregnant disarankan makan makanan secara ringan dan kerap? Supaya mudah hadam dan elak gastrik. Masa makan tu kunyah perlahan ok mommies 😊

    Elak makanan berlemak sebab lemak lambat dihadam dan please control makanan yang pedas. Iya saya tahu pedas tu sedap tapi pedas tu boleh undang iritasi pada perut tau masa mengandung. Kita mesti pastikan badan cukup cecair (hidrat) sebab morning sickness yang buat kita muntah boleh buat kita kurang cecair dalam badan (dehidrasi).

    Hah satu info yang saya dapat tahu yang banyak kajian yang mengatakan kurang vitamin B dalam badan antara penyebab morning sickness. No wonder kan saya telan suplimen B Complex morning sickness saya terkawal 😆





    Isu hb rendah semasa hamil rata-rata jadi masalah besar pada mommies kan? Semasa kehamilan pertama, hb saya juga rendah. Selalu pucat dan lepas balik dari kuliah (masa tu masih bergelar pelajar) memang perlukan rehat. Walaupun ada suplimen yang di bekalkan oleh klinik tapi hb masih rendah. Saya disarankan ambil makanan yang tinggi zat besi seperti kerang, hati ayam dan bayam.

    Kemudian masa pregnant yang kedua, saya ambil inisiatif try vitamin kehamilan Shaklee. Badan saya sesuai dan hb naik cantik. Saya juga kurangkan minum kafein dan banyak makan sayur hijau yang berdaun.

    Saya pernah dengar Pakar pemakanan dan pakar nutrisi bagitahu tips mendapatkan sumber zat besi dalam makanan dan habit:
    ✅sayuran hijau berdaun seperti bayam, beetroot
    ✅telur 
    ✅Epal, buah delima, kurma
    ✅buat senaman seperti yoga
    ✅makanan yang ada vitamin C
    ✅Kalau Ambil suplimen pastikan suplimen ada zat besi (iron) bersama vitamin c
    ❌Kafein akan menggangu penyerapan zat besi

    Ohhh saya sertakan sekali risiko jika hb rendah ya untuk rujukan mommies. Yang ini saya baca dalam buku pink orang pregnant tu:

    Apa risiko bila hb kurang (anemia) masa mengandung?
    🔴keguguran
    🔴tumpah darah semasa dan selepas bersalin
    🔴kematian
    🔴tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut
    🔴kelahiran bayi kurang berat badan
    🔴kelahiran tidak cukup bulan
    🔴bayi meninggal dalam kandungan

    Minta dijauhkan ya mommies 😔

    Sebab itu jangan marah bila kena marah nurse pasal hb ni. Ikhtiar dan cari jalan supaya hb naik untuk diri dan baby.

    Ok habis dah 4 cabaran kesihatan semasa hamil. Empat cabaran ni yang biasa kita dengar semasa mengandung. Ada banyak lagi sebenarnya in shaa Allah nanti saya akan share lagi ya.

    Semoga sharing kali ni bermanfaat untuk mommies yang tengah bawa hadiah comel dari syurga dan semoga mommies semua sentiasa sihat dan bersedia melalui pengalaman menjadi ibu pada si kecil nanti, terutamanya yang first time mom 😊

    ❤️,
    #momsterneej yang rindu untuk pregnant lagi tapi belum bersedia tambah baby lagi hihihi
    #nijabagitips #nijasukasharing

    Boleh like dan follow Page saya untuk dapatkan info dan tips kesihatan, kecantikan, parenting, dan sebagainya:
    FB Page: Momster Cantik


    Continue Reading





    Semalam terbaca pasal vitamin C. Kenapa orang perempuan suka makan vitamin C? Orang kata boleh jadi putih makan vitami C. Tapi kalau ikut pengalaman saya, vitamin C mencerahkan bukan memutihkan hehe

    Lalu saya skrol gambar saya ramai-ramai dengan kawan/family dan a’ahhhh baru perasan cerah pula kulit 🤔
    Saya punya kulit agak sawo matang tau dulu. Tapi kerap pula saya kena cakap putih sejak tahun lepas.



    Takut takut orang ingat guna produk pemutih.
    Janganlah orang sangka main injek.

    😫

    Sumpah tiada ok!

    Kalau tanya apa saya makan memang saya mengakulah makan vitamin C.
    Tapi bukan untuk putih. Tidak pernah terlintas pun.

    Niat asal sebab bantu zat besi punya action dalam badan supaya hb normal masa pregnant NA juga kurangkan jerawat masa pregnant NA.

    Tapi sebab rasa serasi, dua tahun lebih dah makan vit c brand Shaklee ni. How time flies kan hehe!

    Dan masa pakar nutrisi bagitau vitamin C sebenarnya boleh cerahkan kulit selain buat kulit kita ada kolagen, saya apalagi... sukalah!

    Told you Nija dan Cantik berpisah tiada!
    Haha!


    Nopeee bukan juga maksud saya cantik tu mesti putih.
    Tapi sebab vit c bantu hasilkan kolagen, kolagen yang buat kulit kita anjal dan sihat jadi kulit cerah tu bonus la juga kan 😉

    Bagi yang belum tahu, vitamin C brand Shaklee ni bukan dari sitrus ya. Tapi dari jagung. So orang gastrik tidak risaulah diserang gastrik. Saya pun ada gastrik, so far belum pernah lagi diserang gastrik makan vitamin C brand Shaklee ni 😊

    macam ni lah vitamin C Shaklee untuk kulit sihat dan cantik


    Satu lagi buat saya amazed dengan vitamin C brand ni ialah satu botol tahan 6bulan! Kalau kira-kira you spend about RM0.57 iyaaaaa 57 sen sajoo untuk sehari.

    Ramai juga kawan-kawan terkejut bila saya sebut harga vitamin C Shaklee ialah RM103.35 sebotol tapi satu botol tu 180 biji. Berbaloi apa! Kebanyakkan vitamin C di pasaran 30 biji 60 biji gitu. So fikirlah mana yang untung 😊

    Ok-lah ok-lah saya tunjuk lagi wanita-wanita yang jadi cerah sebab vitami C Shaklee ni:

    Cerah gebu kulit makan vitamin C Shaklee dengan ESP


    tiada lagi kulit kusam dengan vitamin c dan ESP


    cela dan parut kulit hilang lepas amalkan vitamin Shaklee dan skincare Shaklee


    So rasa mahu beli sendiri guna kad debit atau kad kredit sendiri? Boleh klik ja beli sekarang tu ⤵️

     Beli secara online vitamin C Shaklee


    Eh japppp tapi kan kalau rasa mahu harga yang murah lagi vitamin C Shaklee ni boleh ja Contact saya nanti saya bagi cara beli harga murah selamanya hehe

     beli jimat vitamin Shaklee



    🌸LAGI TIPS
    Hah perasan tidak wanita-wanita cantik dalam testimoni atas tu turut ambil ESP?perasan tidak?

    Ambil dengan ESP Shaklee memang kulit makin gebu! Apa lagi Kalau kulit ada jeragat/pigmentasi... Betul ni!



    Sebab vitamin C Kalau ikutkan tidak stabil untuk fungsi hilangkan pigmentasj. Vitamin C perlukan ‘kawan’ untuk dia pudarkan pigmentasi/jeragat tu. Soya dan liquorice boleh bantu fungsi vitamin C lawan pigmentasi dan cerahkan secara sekata kulit muka kita. ESP Shaklee dari soya non-GMO tau. Sesuailah tu gandingkan dia dengan vitamin C hehe!

    Selain vit C, kena rajin exfoliate kulit juga. Lepas saya breakout tahun lepas, saya makin disiplin jaga kulit muka. Salah satunya, konsisten exfoliate. Saya suka guna scrub yang senang dapat. Dalam blog post saya ada saya bagitau cemana buat scrub guna madu + garam pink Himalayan ⤵️

    baca sini cerita breakout 
    .
    .
    .


    Yeayyy settle abadikan tips kecantikan lagi kali ni. Saya ni suka sangat share bab-bab cantik sebab kalau boleh saya tidak mahu cantik sorang. Benda/pengetahuan yang kita tahu dan tidak sebarkan nanti jadi dosa huhu

    Semoga bermanfaat buat readers yang singgah.

    Salam cantik beramai-ramai,
    Nija
    Momster Cantik.

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top