Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Salams.


    Nikah muda atau lebih tepat lagi nikah di usia muda. Nikah muda ni bagus. Tapi semestinya kena ambil peduli beberapa perkara juga. Kalau tidak mampu, in the future  memang merana juga. Kemampuan bukan dari segi kewangan sahaja tau. Malah banyak benda lagi masuk dalam golongan berkemampuan ni.

    Kalau ditanya pada diri aku ni, memang aku ini banyak sopak sana sini. Tapi berkeras juga nikah. Sebenarnya berkeras ataupun tidak bukanlah hal pokok. Aku percaya ini takdir aku. Jodoh aku sudah sampai. Alhamdulillah. Setakat ini aku tidak pernah merasa menyesal ambil keputusan ni dulu. Aku sentiasa berdoa semoga keputusan ini terbaik dan diredhai Allah SWT.

    Aku nikah di usia 21 tahun dan bertunang zaman matrik. Masa mula-mula suami yang dulunya boyfriend bawa tunang memang mak aku tolak mentah-mentah. Tiga kali mak aku tolak. Kali keempat Alhamdulillah terbuka hati mak. Tapi aku tidak pernah salahkan mak sebab aku cukup tahu mak punya alasan tersendiri. Alasan yang paling kukuh sebab usia yang terlalu muda dan aku belum matang.

    Aku akui aku memang belum matang. Tapi manusia boleh belajar, maju dan berubah kan. Melalui pernikahan, aku belajar banyak benda. Salah satunya kematangan. Aku lebih terurus. Aku kurang pentingkan diri sendiri. Aku sensitif dengan hal-hal sekeliling. Tapi aku masih ada sifat manja dan keanak-anakkan tapi sekarang lebih manja dengan suamilah.

    Perbezaan usia bukan satu penghalang. Buktinya antara aku dan suamiku usia kami jarak sepuluh tahun. yes TEN years! Dulu sebelum kahwin, mak aku selalu nasihat cari suami cari yang lebih berusia sebab kena tegas handle keras kepala dan sikap manja aku. Aku jawablah "Ya lah. Nanti cari jarak umur sepuluh tahun!" hah kan jadi satu doa :)

    Alhamdulillah November nanti genap usia perkahwinan yang kedua and hey this tiny creature little caliph will be our anniversary gift in shaa Allah... Aamiin...

    Suami selalu nasihat dan ingatkan yang seorang penceramah ada sebut lima tahun pertama pasangan suami isteri selalunya belum cukup stabil dari segi kewangan dan perhubungan. Dan aku sangat setuju benda tu. Apatah lagi buat masa ni hanya suami yang bekerja sementara aku masih belajar (sekarang ni cuti sementara waktu untuk menjaga kandungan). So, kita dan pasangan yang kena tahu corakkan dan bina ikatan ini perlahan-lahan berbekalkan kasih sayang dan kerjasama, tolak ansur dan banyak lagi nilai.

    Bagi yang punya kekangan untuk nikah muda, bersabarlah. Sesungguhnya Allah punya perancangan yang lebih indah. Cepat atau lambat yang penting nikah. Tuntutan agama. Sunnah Rasul kita tu :)



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.

    Not much I could say about first trimester sebab berperang dengan perasaan lagi banyak. Hahaha yes so I missed out banyak moment masa first trimester. I started to accept my pregnancy pun rasanya penghujung first trimester. When i did pregnancy test pun saya lupa. When I revealed my pregnancy dengan kawan-kawan rapat pun lupa. Lupa maksudnya the exact date. Tapi I remembered my mom told my other mom (yes I have two beautiful mothers given by Allah SWT) about my pregnancy after I registered my pregnancy in KKIA (Klinik Ibu dan Anak). Masa tu tidak silap eleven or twelve weeks.


    When I agreed to register, that was the moment I accepted my pregnancy sepenuh hati. Without any doubt and questions dengan rela hati bawa husband confirmkan pregnancy then register terus. Masa register tu tengok environment clinic memang rasa “eh nanti aku boyot begitu la..” sebab apa satu clinic penuh dengan wanita-wanita bawa perut dan babies.


    I was shocked sebab kena lalui macam-macam test. Ya lah kan past pregnancies tidak sempat pun  register so memang belum ada peluang jalani test yang macam-macam. The awkward moment was i needed to bring my urine into the nurse room. Then kena cucuk ambil darah. Bukan sikit tapi banyak. Bab darah tidak banyak masalah pun sebab memang tidak takut darah pun.


    One of the magic moment was I felt the first movement of my baby on its 12th weeks. I know I know too fast. Some of my friend and my family members pun cakap “awalnya. Perasaan mungkin sebab excited mau dapat baby” yaaa whatever! For God sake, I felt it. The quickening as most of mother-to-be called that movement.


    Then end of my first trimester pulak my hubby went to Tamparuli for a camp. A bit lonely sebab bukan biasa tidur tiada hubby disebelah. Then on Saturday kalau tidak silap, berbaring on the sofa while watching Kuch Kuch Hota Hai hehe. Bila mengiring sebelah kanan, eh eh eh tiba-tiba ketawa sendiri sebab geli. The first word yang terlintas “somersault”. Alhamdulillah ini rasanya bila anak dalam kandungan buat somersault *senyum bahagia*

    Ohya, we did an ultrasound scanning for the first time and...


    Aww so tiny my little caliph *nangis*
    Kehamilan dulu hanya sempat nampak kantung bila buat scanning. Saya boleh pula tanya doktor tu "ada? ada baby?"
    Then the doctor replied "There your baby. Besar sudah"
    and my husband added "eh eh dia gerak dia gerak kaki. Besar sudah"
    while me *nangis*

    Semoga membesar dengan sihat dan sempurna dengan izin Allah SWT... aamiin

    Alahan? Morning sickness? Ah not really. Satu benda ni yang aku rasa bersyukur yang amat. Allah permudahkan tanpa ada alahan teruk. Pening tu ada. Alahan dengan bau nasi yang baru masak tu. Wap dia Ya Rabbi berlari masuk bilik when my mom masak nasi haha. Siap my mom asked “bau ya beras jenis tu? Nanti cari jenis lainlah!” Actually bukan sebab jenis itu or any jenis tapi wap nasi tu buat rasa mual that is why sepanjang first and awal second trimester aku tidak makan nasi panas walaupun aku peminat tegar makan nasi panas-panas!


    Yours truly,

    Neeja.
    Continue Reading

    Salams.

    Anakku,
    hari ini dengan izin Allah kau sudah enam bulan di rahim ibu. Rupanya sudah enam bulan. Betapa ibu tidak sangka sudah sejauh ini kasih sayang antara kita terjalin. Kau ada abang dan juga kakak. Kandungan ibu dulu telah menemui Allah seawal lapan dan duabelas minggu.. Allah pinjamkan sekejap. Sebab itu ibu tidak pernah menyimpan harapan setinggi yang dulu. Sebab ibu takut pinjaman Allah akan sekejap juga kali ini. 

    Anakku,
    Enam bulan kita bersama banyak yang kita lalui. Penolakkan dan keengganan ibu menerima hadirmu dulu. Ibu minta maaf ibu bukan tidak sayang tapi pengalaman lau benar-benar menimbulkan perasaan seakan takut. Tapi betul kata abimu, sejauh mana ibu menolak kalau Allah sudah tetapkan kau ada maka membesarlah kau dalam rahim ibu. Ibu hidup atas ihsan Allah di muka bumi ini maka siapa ibu untuk menolak mahupun mempersoalkan?

    Anakku,
    ketika kau lima bulan dalam rahim ibu, ibu pernah Allah tarik nikmat berjalan. Sesungguhnya ketika itu hanya tangisan yang jadi bahasa tubuh ibu. Ibu tidak tahu mana silapnya. Ketika itu baru ibu tahu betapa pengorbanan untuk menjadi seorang ibu itu satu hal yang besar sebab itu Allah perintahkan syurga itu dibawah kaki ibu bagi anak lelaki dan perempuan (apabila bernikah syurga itu ada pada redha suami bagi seorang wanita). Ketika itu baru ibu rasa tertampar kerana ibu sangkakan ibu terlalu beruntung tiada kepayahan di awal kehamilan seperti morning sickness dan alahan teruk seperti wanita lain. Rupanya Allah bagi kemudahan di awalnya tetapi dugaan di pertengahannya. 

    Untuk di pengakhiran kandungan ibu hanya berserah. Kalau Allah berkehendak untuk memberi kasih sayang melalui ujian lagi ibu akan redha, in shaa Allah. Ketika ibu seakan tidak punya kaki, abimu menjadi 'kaki' ibu. Dengan sabar abimu papah, angkat malah mandikan ibu. Abimu suapkan ibu. Sehingga menitis airmata ibu melihat abimu beberapa hari tidak ada selera makan. Mukanya pada pandangan mata ibu cengkung walaupun baru beberapa hari. Tidurnya tidak lena kerana tengah malam ibu kejutkan bila mahu buang air kecil malah abimu terpaksa bangun betulkan posisi kaki ibu agar ibu selesa tidur. Ketika abimu tidur yang sekejap, ibu renung wajahnya. Kepayahannya memang ibu nampak. Namun kasih sayangnya lebih kelihatan pada ibu. 

    Anakku,
    setelah bermacam ikhtiar dari kedua-dua belah keluarga, alhamdulillah dengan izin Allah ibu berjalan semula perlahan-lahan sehingga Allah beri ibu peluang untuk duduki last paper untuk final year ibu. Kalau tidak ibu sudah berkira-kira untuk tangguhkan dan kemudian besar terpaksa duduki exam tersebut tahun hadapan.

    Anakku,
    bukan tujuan ibu untuk buat kau rasa terbeban tapi sekadar ibu mahu berkongsi betapa nikmat Allah itu boleh jadi sekejap datang sekejap pergi dan Allah ajarkan ibu lebih memupuk rasa bersyukur padaNya. Selain itu juga, ibu mohon apabila kau besar kelak jika panjang jodoh dan umur kita di dunia ini hormatilah abimu, sayangilah dia melebihi doa-doanya buatmu disetiap solatnya. Ibu mahu kau tahu kasih sayang abimu terlalu besar. Sebelum adanya kau dulu malah adik beradikmu yang lain, abimu selalu memohon pada Allah agar dikurniakan zuriat. Abimu pernah suarakan mahu menghantar anak lelakinya ke tahfiz mulanya ibu kurang setuju sebab ibu kan alasan nanti rindu anak. Tapi bila ibu tengok ada anak yang imamkan solat jenazah ibunya, hati ibu tersentuh. Semoga anak-anak kami nanti mendoakan kami walaupun kami sudah tiada lagi.

    Anakku,
    besar hati ibu agar anak ibu ingat dan yakin pada pencipta kita iaitu Allah Taala. Ibumu bukanlah wanita yang sempurna. Ibumu punya cacat cela sebagai muslimah. Maka dengan itu, ibu berharap anak-anak ibu yang ibu kandung, yang ibu susukan doakan ibu nanti. 

    Anakku,
    Kau sudah 6 bulan hari ini. Hanya Allah tahu betapa setiap gerakkan dan kaki kecilmu ibu rasakan tendangan rasa sebak dan bersyukur. Dalam diri ibu ada dua nyawa. Dua degupan jantung. Ada harapan dan ada kasih sayang. Membesarlah dengan sihat. Ibu mungkin tidak mampu jadi ibu yang terbaik selama kau dalan rahim ibu tapi ibu akan cuba berikan yang terbaik semampu ibu. In shaa Allah kau bakal jadi hadiah birthday ibu dan second year anniversary ibu dan abi. Dan sesungguhnya kami berdua tidak sabar mencium bau syurga :')

    Ibu mencintaimu kerana Allah Taala. Abimu juga mencintaimu kerana Allah Taala.


    Thank you Allah.



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading

    Salams.


    photo credit: Google image

    Alhamdulillah baby dengan izin Allah masuk 24 weeks. Subuh tadi tengok bola dengan suami dia boleh gerak-gerak tendang-tendang. Geli tapi bahagia. Dia macam tahu hari ni dia sudah 6 bulan.

    I am considering myself as first time mommy-to-be walaupun ini kandungan ketiga. So, pengalaman memang masih zero about preparation and baby stuff. Mula-mula memang blur habis pasal barang-barang bayi yang penting. Selalu tengok kawan-kawan blogger punya instagram and blog saya jadi excited bila tengok carrier, stroller, rompers and headbands. But, itu semua bukan yang paling penting.

    I asked my mom and according to her newborn ni cepat besar so tidak perlu beli baju-baju yang comel or denim alah we should know kan what type or else nanti boleh pakai sekejap saja. Bukanlah tidak boleh belikan your son or daughter baju comel but for newborn sayang nanti. Anak sudah besar sikit nanti 3 months above terpulanglah pada parents hiaskan anak macamana sekalipun kan.

    Satu yang saya kena berterima kasih dengan teknologi is everything just di hujung jari. You want the checklist for newborn or confinement set for mommy all you can get through internet. In my case, awal 2nd trimester dulu memang saya ada problem which limiting my movement so the only way to get the info about baby stuff is browsing the internet selain daripada bertanya dengan my moms and sister.

    Berdasarkan pembacaan dari blogger and few websites, ramai yang suggest beli barang baby bila masuk bulan ketujuh which is the beginning of 3rd trimester. But ada juga mommy yang cari seawal bulan ke-5 sebab risau baby pramatang. And ada juga yang disebabkan excited 3 months beli sikit-sikit sebab tidak tahan dengan kecomelan barang baby.

    Saya discuss dengan husband and we both agree to start beli barang baby bila masuk 7th month nanti. The main reason saya ambil keputusan tu sebab saya ada pengalaman miscarriage dua kali and saya jadi takut untuk too excited which my first pregnancy I bought few rompers awal-awal pregnancy then my mom ada tegur.

    Then end of my 5th month, saya start cari checklist baby punya barang-barang. Masuk enam bulan pula saya survey harga and brand. Memandangkan saya masih study and only husband yang berkerja, I have decided cari and banding harga betul-betul. Saya tidak mahu membebankan suami and elak pembaziran. Every mom wants the best for her child but kena fikir masa depan juga. Beli mahal-mahal then kemudian hari benda pakai sekejap kan membazir. Better beli harga berpatutan and selebihnya boleh menabung. untuk masa depan juga kan . But bagi ibubapa yang berkemampuan, saya tidak larang pun invest untuk anak. Cuma dari kemampuan itu kita berbeza *peace*

    Setakat ni, saya survey online (instagram and Lazada) untuk tengok brand and range harga. Saya ada list merangkumi barang baby and keperluan untuk berpantang. Next post I would like to share the list mana tau boleh tengok kemudian hari *wink*


    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.


    Sebelum saya buat pregnancy test, naluri saya dapat rasa yang saya pregnant. How? Alhamdulillah rezeki Allah, He gives me past experience which is twice pregnancies last year. Hence, I could figure out some of the signs but ya kita tidak boleh nafikan setiap kehamilan itu berbeza tetapi ada kemungkinan juga ada persamaan walaupun sedikit.

    As for me, first pregnancy I loved to sleep a lot! Like a lot! Ditambah dengan aktiviti harian yang sibuk dengan lectures and labs. Balik rumah ampai (letak in Sabahan btw) kepala terus tidur. Sampai husband tegur suka betul tidur hehe... And of course lewat period. Dalam dua tiga hari lepas sepatutnya period check memang positive.

    Then second pregnancy, masa tu raya tahun lepas. Tengah beraya rumah mak saudara suami boleh pulak rasa meja terbalik siap jerit “eh eh!” Sudahlah meja penuh makanan. Tapi khayalan semata-mata. Terkejut suami yang tengah makan rendang. Then saya demam and and mother in law brought nenas tiba-tiba rasa takut tengok nenas. Mungkin sebab kepala nenas tu tegak macam robot. Eh? Bila mother in law potong nenas boleh pulak rasa mual. Then she said “sah memang budak ni berisi”

    Ohya, my first and second pregnancy also detected by mak cik tukang urut. Saya berurut sebab saya student marine so memang kerap dive and pergi laut. Bila berurut angin sana sini. But, both my babies (1st and 2nd pregnancies) akhirnya Allah ambil setelah dipinjamkan 8weeks and 12 weeks. Alhamdulillah saya dah redha *senyum sayu ingat anak-anak*

    Now Allah bagi peluang rasa nikmat pregnant lagi *senyum manis*
    Macam yang saya cakap dulu, sebelum lewat period saya terlalu busy. So memang tidak dapat detect langsung diri berisi. First sign was lewat period.

    Lagi menguatkan lagi naluri ialah saya mengalami fenomena khayalan macam second pregnancy. Saya baru lepas dive dengan kawan. Then kitaorang mandi sebab kena bersihkan air masin kan. Saya gantung wet suit which is for diver then suddenly saya boleh jerit sebab saya nampak wet suit tu jatuh ke lantai. Padahal tidak pun. Masih tergantung lagi -,-‘ Start dari sana perasaan memang kucar kacir la.

    Apa lagi ya? Ohya, saya kerap makan tengah malam dan suami terpengaruh. When my mom bangun subuh mesti terjumpa kesan ada masak untuk supper hehe.

    Then my mom pernah tegur “banyak makan. Untuk dua orang?” I was like pppaaaappppp!

    Keletihan jangan cakap la. Sampai diri tidak berseri langsung. Pergi lecture boleh dengan muka masam dan tanpa compact powder sekalipun. Eyeliner, lipbalm, eyeshadow, blusher and mascara jaaauhhhhhh sekali.


    Apa pun I am so grateful to have my little caliph in my rahim. Thank you Allah *senyum syukur*



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.

    Alhamdulillah ada kerajinan untuk menunaikan janji. Kali ini aku akan kongsi bagaimana aku mengetahui aku pregnant dan bagaimana reaksi aku dan suami.

    Aku seorang pelajar tahun akhir yang mana ikut perkiraan akan graduate hujung tahun ini. So, untuk tahun ni aku nekad untuk menghabiskan pengajianku dan graduate bersama-sama coursemates. Aku lupakan seketika naluri untuk punya anak sendiri selepas kecewa dengan kandungan sebelum ini. Kecewa bukan tidak dapat menerima kenyataan tetapi aku aku ini manusia biasa yang dikurniakan perasaan dan emosi. Untuk tidak memikirkan kesedihan akibat miscarriage, aku nekad sibukkan diri dan fokus pada study. Hal miscarriage akan aku ceritakan kemudian.

    Hal anak telah aku suarakan pada suami. Dan suami menyokong apa jua keputusan aku. Aku katakan pada suami biarlah aku dapatkan skrol ijazah sarjana muda dahulu barulah kita fikirkan soal anak. Tapi siapa menyangka, disebalik perancangan kami rupanya Allah SWT mengaturkan sesuatu yang lebih besar dan tersusun sempurna.

    Kesibukkan selepas majlis perkahwinan kakak membuatkanku lupa soal period. Ditambah lagi sibuk untuk final year project dan menyertai seminar antarabangsa anjuran universiti. Kesibukkan melampau sehingga sampai satu tahap aku menangis sebab tidak dapat join adik beradik yang lain celebrating my mom's birthday.

    20 Februari mengikut perkiraan sepatutnya periodku datang. Tetapi aku terlupa dan leka dengan kesibukkan sebagai pelajar tahun akhir. Selang beberapa hari aku mula perasan tapi aku sedapkan hati sejak miscarriage hari tu cycle period aku sedikit terganggu.

    Hari berganti hari minggu berganti minngu, aku semakin takut dan bimbang. Serious aku katakan aku belum bersedia. Aku mahu convo tahun ni. Untuk convo, aku wajib menjalani latihan industri atau internship. Memandangkan tempat internship yang aku pilih hampir semua melibatkan fieldwork dan dive, pregnancy memungkinkan aku tidak dapat menjalani internship. 

    Satu hari, aku dan kawan-kawan pergi Starbucks. Tempat yang selalu kami jadikan tempat untuk kami buat assigment. terdetik dihati aku untuk beli pregnancy test. Aku beli brand 'Closure' kalau tidak silap. 

    Esok pagi, aku terfikir untuk test tapi aku takut. Takut untuk nampak double line. Naluri aku sebenarnya dapat rasa ada nyawa baru di dalam tapi mindaku menidakkan. Petang tu pulang dari lecture, aku nekad untuk test. sengaja buat lewat petang konon-konon biar single line sebab selalunya double line boleh dapat bila awal pagi (nampak tidak betapa tidak bersedianya hadapi kenyataan).

    Apa jadi? double line naik laju! Selaju airmataku. Airmata kesedihan bukan kegembiraan. Allah, bila kenang balik betapa berdosanya aku. Menidakkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Aku masuk bilik then letak pregnancy test tu dalam drawer. Aku menangis semahunya atas katil. Tidak lama lepas tu suami balik kerja.

    Aku ingat lagi aku katakan pada suami "Bi, tengok dalam drawer". Suami tanpa bertanya terus tengok apa yang ada dalam drawer. Aku dengar suami ucap "Alhamdulillah". Aku terus menangis tapi tidak mahu pandang muka suami. 

    Suami yang Allah kurniakan padaku sungguh penyabar dan matang berbanding aku. Suami pujuk aku. Dia katakan kenapa perlu menangis? Aku jawab sebab aku belum bersedia. Astaghfirullah bodohnya aku. Selepas itu aku lupa apa lagi isi perbualan kami tetapi ada satu  aku masih ingat suami katakan padaku:

    "Kalau ini rezeki, tolak macamana pun belum bersedia sekalipun dia tetap ada. jalani hidup seperti biasa. Aktif seperti biasa. Kalau mahu dive, dive saja. Bi tiada halangan. Tengok dulu betapa kita jaga kandungan yang dulu terlalu banyak bedrest tapi kalau Allah tentukan belum rezeki akhirnya dia kembali pada Allah..."

    Tidak aku nafikan selepas itu memang aku teruskan hidupku seperti biasa. Aku siap terjun laut dari jetty dengan coursemate, diving di lautan, diving dalam tank bersihkan tank di institut tempat aku belajar dan aku berjalan sana sini tanpa rehat. Aku belum bersedia untuk buat confirmation dengan doktor. Next aku ingin kongsikan tanda-tanda kehamilan yang aku alami sebelum buat pregnancy test.


    Am I pregnant? Yes!

    P/s: Pregnancy kali ni aku lebih selesa berdiam and tidak hebahkan seperti mana kesilapan pregnancy sebelumnya (I uploaded a picture showing something that I peeing on it). Dan suami juga melarang.  Ikutkan kepala budak-budak aku ni memang kadang-kadang buat dulu baru fikir tapi Alhamdulillah kali ni lebih matang :)

    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading

    Salams.




    Blog ini adalah khas untuk merakamkan detik-detik penantian kelahiran baby kami ke dunia ini. Sebelum ini aku mempunyai blog peribadi. Bukan satu malah tiga barangkali. Aku tidak mampu bertahan dan stay, mungkin jenis aku sedari dulu lebih gemar menyimpan dalam hati sendiri tanpa meluahkan pada sesiapa pada apapun medium.

    NOT SO PINK. WHY??

    Since I was small, I liked pink so much or typical girl who been exposed to 'fact' that girl should like pink more than other colours?Then I found a blog which the author is a pink addict. I was like "omg this lady really liked a.k.a addicted to pink!" Her clothes, gadget, her house (curtain etc) and even her blog are using pink hues. Then I realize me myself which I claimed the so-called- pink-lover is not so pink! My clothes and tudungs are mostly green, blue, black, orange and other colours. My gadgets like handphone and laptop yes pink. My pencil case pink and only two pencils are pink. Nehhh I am Not So Pink lah in that case. I am only like to see pink hues I guess.

    So here is my blog. As a companion when husband is working and while having rest during my pregnancy before I start my internship next year. In Shaa Allah *smile*


    Yours truly,
    Neeja
    Continue Reading
    Newer
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top