Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Siapa yang pernah kena chicken pox? 



    Tahu tidak salah satu rawatan kayap ialah ubat antiviral beberapa jam selepas gelembung timbul? Supaya antiviral tadi boleh: elak komplikasi, kurangkan tempoh jangkitan dan hadkan jangkitan dari menjadi teruk. Fungsi lebih kurang Garlic Complex kan.

    Macam mana cara untuk pastikan virus tadi tidak aktif?

    Tahu tidak chicken pox atau cacar air ada kaitan dengan KAYAP?
    Virus yang menyerang semasa terkena chickenpox adalah virus Herpes; virus sama untuk kayap. Kira macam family lah gitu.
    Kayap ni penyakit kulit dan saraf oleh virus Varicella Zoster (VZV).

    Bila kita kena chickenpox dan sembuh, virus chickenpox tadi sebenarnya tidak hilang pun dari badan. Virus tu 'tidur' di pusat saraf kita bila chicken pox sembuh. Bila-bila masa sistem imun (pertahanan badan yang lawan virus/bakteria/kuman) jadi rendah, virus tadi 'bangun' dan aktif. Ia serang urat saraf dan keradangan berlaku.


    Adakah saya terkena kayap?
    Kayap akan menyerang urat saraf dahulu. Jadi antara tanda awal jika terkena kayap ialah:
    Rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang diserang oleh virus kayap.
    Demam, letih dan sakit kepala timbul.
    Tompok-tompok merah keluar. Menyakitkan!
    Timbul gelebung-gelembung air yang kecil
    Warna air dalam gelembung tu akan bertukar warna dari kekuningan menjadi keruh.
    Gelembung akan kering dan luruh dalam 1-2 minggu yang berikutnya.

    Jadi siapa yang boleh kena kayap?
    Orang tua sebab sistem imun makin rendah bila umur meningkat
    Orang yang lemah sistem imun terutama sekali bagi yang terkena AIDS atau rendaah imun disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan.

    Risiko jika terkena kayap:
    Lumpuh wajah atau facial palsy kalau kena di bahagian muka.
    Boleh buta kalau virus serang dekat mata.
    Keradangan organ dalaman (otak, jantung, paru-paru, usus dsb.)
    Post herpetic neuralgia (kesan jangka masa panjang selepas sembuh daripada kayap contohnya sakit di bahagian urat saraf untuk jangka masa yang lama).

    TINGKATKAN SISTEM IMUN.

    Kalau kita google makanan yang bantu tingkatkan sistem imun kita banyak sebenarnya. Gambar yang saya masukkan ni salah satu daripada gugel imej. Bukan senang dapat real food yang 100% nutrisi dalamnya masih terpelihara kan. Sebab tu saya dengan family mula amalkan suplemen atau makanan tambahan atau vitamin.




    Ambil la makanan tambahan sebab raw and real food tidak menjamin sistem imun kita kuat.
    🎃Nutriferon mengandungi interferon semulajadi. Interferon ni macam 'alarm'. Interferon akan bagi amaran pada sistem pertahanan kita sel darah putih untuk lawan virus bakteria dan kuman (bendasing yang masuk dalam badan-tidak bagus). Tanpa inteferon cemana askar kita defend badan kita kan?
    🌽Sustained Release Vita C Plus atau orang panggil vitamin c Shaklee ni direkomen sebagai vitamin yang akan tingkatkan sistem imun kita. Bantu penghasilan sel pertahanan badan. Kiranya askar kita jadi banyak banyak dan banyak supaya dapat melawan virus/kuman/bakteria.
    🍥Garlic Complex, kita sedia maklum bawang putih bagus sebagai antibiotik semulajadi. Ia juga bertindak sebagai antivirus. Kalau vitamin c tadi memperbanyakkan sel pertahanan, Garlic Complex pula bagi mempercepatkan sel pertahanan bertindak. Laju lah lagi askar kita bergerak. Zappp sepantas kilat!

    #info

    Dapatkan di sini SET KAYAP


    Saya konsikan beberapa testimoni kayap ya semoga bermanfaat:








    Kayap ni mungkin orang anggap macam penyakit kulit yang macam ruam atau chicken pox saja padahal hakikatnya boleh jadi lebih serius.

    Kalau mahu dapatkan lebih info atau ada pertanyaan pasal produk vitamin berkaitan kayap boleh hubungi saya.


    Semoga bermanfaat sharing saya ni.

    #nijasukasharing

    Nija
    Nowamommy
    IG: nowamommy & nowamommy_vits
    0138748191









    Continue Reading

    Kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Segala persiapan raya pun mula “done” semuanya. Namun jangan dilupakan kulit raya.


    Bila berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, antara pertanyaan yang kita akan dapat “makin Cantik kau sekarang. Guna apa? Makan apa?”

    So kali ni Momster Cantik share 5 tips yang boleh kita buat untuk dapat kulit glowing masa raya nanti.

    🌸 Tips pertama: minum air kosong secukupnya

    Air kosong offer banyak sangat manfaat bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan kulit.

    Air membantu berikan kelembapan pada kulit dan mengelakkan tanda penuaan timbul sebelum waktunya. Tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus akan lebih kelihatan apabila kulit kering dan tidak bermaya.

    MomsterCantik dulu seorang yang tidak pandai minum air kosong dan kulit masa remaja agak bermasalah. Satu hari terfikir untuk lihat perubahan kulit dengan buat 2 weeks challenge. Selama dua minggu tu MomsterCantik cuba pastikan meminum air kosong mengikut keperluan harian dan kesannya memang menakjubkan.

    Kulit MomsterCantik kelihatan lebih fresh, moist dan tona kulit lebih cerah berbanding sebelum challenge. Sejak dari situ MomsterCantik memang suka minum air kosong hehe

    Ohya MomsterCantik ada share pasal ni juga di YouTube Channel Momster Cantik. Boleh klik play video YouTube di bawah ni sampai habis:





    🌸 Tips kedua: Lindungi diri dari cahaya matahari

    Antara spoiler yang boleh menyebabkan kulit tidak glowing masa raya ialah sunburn. Sunburn tidak dapat hilang sekelip mata ya. It takes time. Dan siapa yang mahu beraya dalam keadaan kulit habis terbakar dan berbelang-belangkan?

    Sepanjang seminggu lebih ni elakkan dari terdedah pada cahaya matahari terlalu lama apa lagi bahagian muka.

    Namun jika tuntutan kerja, pastikan kulit muka dilindungi dengan pelindung UV. Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan sunburn pada lapisan atas kulit, malah boleh bertindak trigger kanser kulit! 

    Sekarang ni banyak di pasaran pelindung UV. Malah ada moisturiser (pelembap) yang turut mengandungi pelindung UV dalam botol yang sama contohnya Age Defense Moisturiser SPF50

    Spf banyak jenis kan; ada Spf10, spf20 dan seterusnya (spf ni ukuran Berapa lama kulit dilindungi apabila terdedah pada cahaya matahari) namun pakar kulit mengesyorkan untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun,  Spf50 yang paling sesuai. Sebab itu MomsterCantik pilih Age Defense Moisturiser-SPF50 sebab pelembap yang bertindak sebagai pelindung UV Spf50.

    🌸 Tips ketiga: Skrub kulit muka

    Kita selalu dengar exfoliation. Exfoliation ni penting untuk pastikan lapisan kulit mati disingkirkan dari kulit muka kita.

    Kulit kita sentiasa diperbaharui dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang lama akan menjadi sel kulit mati yang tidak sepatutnya stay lama pada lapisan kulit muka.

    Bila kulit mati ada untuk jangka masa lama dan tidak disingkirkan, kulit akan kelihatan kusam, tona kulit tidak sekata dan tidak glowing. Fakta yang menarik ialah kulit ni akan glowing dengan sel kulit baru yang sihat ya. Bayangkan glowing dari sel baru tu terlindung kerana lapisan kulit mati tadi. Sayangkan?

    Oleh itu, salah satu cara kita singkirkan sel kulit mati ni dengan skrub. Di pasaran banyak sangat produk skrub mengikut kesesuaian kulit (bahan yang digunakan). Masuk drugstores umpamanya tentu buat kita rambang mata. MomsterCantik suka skrub dengan serbuk kopi biasa.


    Skrub dengan serbuk kopi. Kulit bersih, glowing dan balackhead whiteheads hilang!


    Skrub selain daripada singkirkan kulit mati, skrub juga bantu keluarkan blackheads dan whiteheads. Namun harus diingat, skrub tidak boleh dibuat setiap hari nanti menyebabkan iritasi. Disyorkan buat 2-3 kali seminggu. Untuk kulit sensitif atau kulit yang sangat kering boleh buat sekali seminggu.

    🌸 Tips keempat: gunakan mask

    Selalu orang malas untuk gunakan mask sebab kekangan masa.

    Mask sangat baik untuk membantu memelihara kelembapan pada kulit dan banyak lagi manfaat mengikut bahan yang digunakan. Mask yang banyak di pasaran antaranya untuk melembap, merawat kedutan dan garisan halus, mengecutkan jerawat dan banyak lagi.

    Ada juga yang rajin buat mask sendiri dan gunakan bahan alami. MomsterCantik la tu hehe


    Ni mask dari Naruko. Boleh cari di Watsons berhampiran. Harga Kalau tidak silap RM6.90 satu.


    Kalau malas MomsterCantik beli mask dari drugstore dan guna sambil relax tengok tv wallaaa apa lagi weekend memang best mask session tu. Kalau rajin, MomsterCantik suka gunakan gabungan vitamin C & ESP  Kalau guna bahan alami, MomsterCantik akan gunakan mask yogurt campur serbuk kunyit dan madu.

    🌸 Tips kelima: lengkapkan dengan minuman kolagen

    Ada lagi cara singkat untuk dapat kesan yang pantas tau; kan raya lagi kurang seminggu so mestilah Kalau ada pilihan yang kesan pantas dan terbukti berkesan kita WAJIB cuba kan.

    Banyak minuman kolagen di pasaran dan yang paling MomsterCantik rekomen untuk korang try ialah Shaklee Collagen Powder  Kolagen Shaklee ni bukan setakat mengandungi kolagen sahaja malah lebih dari itu!

    Siap ada ujian klinikal yang mana keputusan ujian tu memang terbukti kulit mengalami perubahan yang positif selepas gunakan kolagen Shaklee.



    MomsterCantik dah cuba dan suka MomsterCantik share masa pengambilan tiga sachet pertama, MomsterCantik dah dapat Shaklee Effect yang best!

    Paling MomsterCantik impress dengan hanya tiga sachet pertama, MomsterCantik boleh rasa kelembapan pada kulit tu meningkat. Bangun tidur kulit kelihatan fresh dan lembap ala-ala basah namun bukan berminyak ya. Kemudian perasan juga liang pori mengecil.

    Untuk yang berminat untuk cuba Shaklee Collagen Powder ni bolehlah buat pembelian secara online dengan klik beli sekarang di bawah ni:

    BELI ONLINE SEKARANG

    Atau boleh contact MomsterCantik untuk maklumat lanjut:

    HUBUNGI MOMSTERCANTIK SEKARANG

    Dengar-dengar ada promo sepanjang bulan Jun 2018 ni tapi while stock lasts katanya. 

    Baca juga: Set Pantang untuk mereka yang berpantang sendiri

    Nah 5 tips ini nampak simple tapi selalu di abaikan terutama sekali part mask dan skrub tu. Semoga tips ni semua bermanfaat dan selamat menikmati kulit glowing raya nanti. 

    Luv,
    Nija
    Si #momstercantik suka share Tips Cantik!
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top