Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Salams.



    Have you ever heard people mention about unconditional love? Unconditional love or in malay we call cinta tanpa syarat (correct me if I'm wrong). 

    Dulu I thought cinta tanpa syarat is when you love someone and that someone does not love you but you think it is fine as long as he/she is happy but later on I realize it is called cinta tidak mengharapkan balasan. 

    Then I found another theory: to love someone is to accept his/her good and bad side. Of course from novel. Some people say novel is not real. But I do believe novelist nowadays develop a realistic plot sebab saya pernah bercita-cita and berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Writing is still my hobby :)

    When I met my husband, I learnt that to love someone is to accept and support him/her masa jatuh bangun dia. How grateful I am Allah SWT brought him into my life to learn many things.

    Then when I got pregnant, I learn another term: cinta itu buta or love is blind. why? It is simple. The baby in my womb hasn't meet me face to face. To love something that you do not have any idea what will he/she looks like (of course 3D/4D scan can shows a little bit of his/her image) macam benda yang mustahil tapi mencintai anak dalam kandungan tidak boleh dinafikan. Kau tidak nampak anak tu tapi ada kasih dan sayang buat dia. Hah something like that.

    Last night, hubby and I spent time watching tv. Kan astro bagi free siaran. So kami manfaatkan since hubby and I are rarely watching tv nowadays. We watched until 3 a.m if Im not mistaken. Then as usual, I like to recall some memories or events in my life sampailah tertidur. Everynight routine. 

    I realize one thing (naifnya aku selama ni). Unconditional love is a broad term to discuss. It is a combination of so many aspects. Cinta tanpa harapkan balasan? Nahhhh. Accepting good and bad side? Nahhhh. Unconditional love is pure and hard to describe into simple words. The only thing I can say is love is habluminallah and habluminannas.


    What say you?

    P/S: Mind my grammar. Learning process :)


    Till then.
    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salam.


    I am a certified PADI openwater diver hence this steps in this entry based on my personal experience.


    1st step: Survey agensi/syarikat yang offer diving course

    Dive ni bukan suka-suka masuk laut then rasa selesa dengan laut okay you are now a diver tau. Dive kena ada lesen. Laut dihuni oleh hidupan laut dan ada masa keadaan laut tidak membolehkan sebarang underwater aktivities sebab itu aspek keselamatan dan skills mesti dipelajari. So, the first step before exploring the underwater world is to know the correct place that offers teaching scuba diving session.

    Di Sabah banyak agensi/syarikat yang offer scuba diving session (pastikan agensi tu certified). Paling senang pergi Jesselton Point dekat pelabuhan Kota Kinabalu sebab di sana tempat berkumpul agensi/organisasi yang mengajar scuba diving, provide leisure dive ikut  pakej tertentu sambil boleh melawat pulau-pulau terdekat contohnya gugusan pulau di Tunku Abdul Rahman Park.

    Waktu saya dulu, senang untuk cari agensi yang berdaftar dengan PADI sebab saya memang pelajar jurusan Marine Science and seniors banyak share pengalaman dan contact person. Setiap sesi mestilah berkumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang. Kumpulan saya lima orang and semua pelajar perempuan.

    Bila sudah confirm dengan siapa buat diving course and ahli kumpulan cukup, terus dapatkan contact number agensi tu.

    2nd step: Make payment

    Bila sudah berhubung dengan wakil agensi which selalunya divemaster or instructor, bolehlah discuss fee dengan book tarikh. Bukan senang-senang ikut suka diri sendiri ya tetapkan tarikh. Kena consider availability instructor kita juga sebab ada yang part timer dan ada juga slot yang sudah penuh untuk satu bulan tu. So memang kena tunggu. Macam group kami kena tunggu almost berminggu juga sebab slot kami betul-betul hujung bulan. Confirm date then bolehlah buat payment :)

    3rd step: Attend theory class

    Diving course usually melibatkan theory class and practical. Theory class lebih kepada teori-teori scuba diving and ada test! Masa saya dan budak-budak kelas ambil course ni memang tidak hairan sebab sudah terbiasa dengan kuliah. Masa group kami, theory class cuma makan masa sehari and dalam class room.

    Masa theory class setiap seorang akan diberikan diving course kit yang basically ada buku, dive log book, Recreational dive planner and table untuk kita rancang dive session kita. Buku tu ada basic tips, panduan, do's and dont's and skills berkenaan dive. Recreational dive planner pula panduan untuk guna table yang sebelah kiri tu while dive log book pula untuk kita catatkan dive session kita, penting untuk diver tu.

    What you get basically.

    4th step: Into the "underwater world"

    Selesai theory class and lulus semua test, bolehlah rasa excited masuk laut. Practical session ada yang dua hari and ada yang lebih dua hari. Bergantung pada instructor and agency. Instructor kami memang inform awal-awal most of diving practical kami memang buat di Pulau Sapi.

    Persediaan sebelum dive and explore underwater world, pagi tu memang bangun awal sebab excited kan. pakai siap-siap swimming suit atau baju renang. Kena beli? Saya dan kawan-kawan memang ada baju renang sebab course kami ada swimming class which is masuk CGPA. Tapi kalau tiada baju renang pun boleh tukar dive suit nanti. Even saya dengan kawan-kawan pakai two layers (swimming suit + diving suit). Mula-mula masuk laut memang tidak rasa sejuk tapi bila menjelang petang sejuk memang terasa (fyi practical session memang ada sesi petang).

    Sampai Jesselton Point, jumpa instructor and divemaster lain. Untuk pengetahuan, instructor and divemaster memang ramai which boleh jaga kita berlima atau berenam. Kalau tidak silap masa saya ambil lesen dulu, ada dalam lima ke enam orang. Then kita akan dibawa dengan boat pergi pulau dulu so bolehlah mana-mana yang mahu pergi tandas atau tukar dive suit bersiap sedia.

    Masa dalam boat, ada divemaster/instructor bagi briefing and kenalkan dive gear lagi sekali. Sebelum ni dalam theory class tengok dalam video dan buku saja. Kali ni kira live lah! Lepas kenal semua dive gear, then mula pakai dive gear then kena masuk air dulu supaya badan kita selesa and tidaklah terkejut dengan air laut. Jangan risau ada life jacket and beberapa orang divemaster masuk air dulu so kita tidaklah takut sebab divemaster ni semua bersedia dalam air in case kita panic and rasa tidak selesa bila masuk air.

    Pengalaman saya dulu, satu hari ada dua sessions. Sesi pagi dan sesi petang. So untuk dua hari practical ada empat sesi kiranya. Kalau berjaya buat semua kemahiran and ikut precautions dalam masa yang pendek bolehlah leisure dive lama sikit.

    Hari pertama dua-dua sesi untuk confined water dive. Confined water dive selalunya buat dalam pool atau air laut yang cetek. Masa confined water dive, basic skills akan diajar contohnya pakai dive gear dalam atau permukaan air (mask, BCD, tank and fins), sharing air dengan buddy, buddy system, equalization and so on.

    Masuk hari kedua, dive session akan pergi air dalam untuk praktikan skills and knowledge kita (underwater dive) sambil-sambil tu boleh leisure dive. Then last session petang hari kedua bolehlah diisi dengan leisure dive buat kita relax sambil enjoy underwater world :)

    Hari kedua divemaster and instructor kami bawa pergi Pulau Gaya. Pulau Sapi dan Pulau Gaya memang buat rasa kagum sebab cantik sangat. Tapi sebenarnya belum explore lagi pulau-pulau lain. Sekarang sudah explore beberapa pulau Alhamdulillah :)


    Lepas habiskan dua hari dalam laut, kami diberi temporary card sementara tunggu yang permanent (warna putih). Almost two months later, dapatlah permanent license (kad warna biru).


    Sekarang ni sudah setahun lebih jadi certified openwater diver. Kira setahun jagung lagi ni, kena belajar banyak benda lagi and dive banyak pulau.

    Saya petik kata-kata Prof Kushairi, pakar ekologi marin dalam satu dokumentari berkenaan selam skuba:
    "Kita golongan penyelam skuba ni adalah golongan terpilih kerana mempunyai kelebihan menyelami dasar laut. Kita patut bersyukur."



    Till then.
    Yours truly,
    Neeja. 
    Continue Reading
    Salams.

    Checklist, perlukah?
    Yes! memang perlu untuk elak pembaziran dan sangat-sangat penting for parents yang pertama kali akan sambut kelahiran anak pertama. Checklist ni boleh tolong kita supaya tidak lari budget. Maklum sajalah ekonomi dan taraf hidup sekarang bukan macam dulu. Tapi tapi kalau parents yang memang jenis tidak kisah keluar duit walau berapa nilai sekalipun saya tidak halang siapa-siapa pun tidak halang :)

    Bagi saya sendiri, checklist ni bantu saya track perbelanjaan supaya tidak membazir. Kesian dengan suami nanti. And checklist ni pun saya jadi lebih matang. Sindrom mak-mak betul :')

    So, sambungan untuk entri INI saya masukkan checklist yang saya compiled dari ramai blogger and tanya pendapat orang sekeliling like my mom and sister.



    1. Baju siang
    2. Baju malam
    3. Rompers
    4. Mittens & Booties
    5. Bonnet
    6. Bedung
    7. Bib/sapu tangan
    8. Barut
    9. Towel
    10.Blanket


    1. Lampin kain/cloth diaper
    2. Lampin pakai buang
    3. Wet tissue
    4. Changing mat
    5. Nappy liners
    6. Plastic tie pants



    1. Bath tub
    2. Tuala mandi
    3. Mandian bayi -top to toe
    4. Bedak bayi
    5. Losyen bayi
    6. Minyak telon/yu yee
    7. Pemotong kuku
    8. Thermometer
    9. Cotton buds
    10. Cotton Ball
    11. Nasal Aspirator
    12. Sikat / Brush
    13. Termometer
    14. Vicks
    15. Detergents
    16. Methylated Spirit – alcohol 70% 
    17. Nappy cream



    1. Katil bayi / Baby Cot
    2. set Tilam
    3. Travel baby cot
    4. Mattress Protector
    5. Mosquito Net/kelambu



    1. Breast Pump
    2. Milk Storage
    3. Cooler bag berserta ice pack
    5. Steriliser & warmer
    7. Botol Susu and puting susu
    8. Bottle cleanser and brush
    9.Nipple Cream
    10.Nursing Pad
    11.Nursing Pillow
    12.Nursing Bra
    13.Termos
    14. Nursing Cover
    15. Drying Rack
    16. Warmer Bag



    1. Stroller
    2. Car seat
    3. Baby Carrier
    4. Travel bag



    1. Penyangkut Baju Berklip
    2. Bakul pakaian baby
    3. Bakul Toiletteries
    4. Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
    5. Budget untuk kos bersalin di hospital
    6. Budget untuk Majlis Aqiqah / Kenduri Kesyukuran


    Checklist ni saya potong ikut keperluan. Ini checklist awal. Trust me, kalau kita kena ketatkan lagi budget akan ada lagi yang kita potong macam saya. Checklist ni saya catat dalam buku masa kandungan enam bulan lebih dan saya sekarang masuk bulan kelapan so memang sudah melalui beberapa peringkat perbincangan dengan suami. Benda begini pun perlu perbincangan tau sebab melibatkan duit dan masa depan. 

    Sejak khawin saya berpegang pada prinsip hidup dibawah kemampuan. Itulah salah satu hikmah perkhawinan, mengajar kita lebih matang dan terurus :)



    Till then,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.

    Alhamdulillah, all praises to Allah aku kini di trimester ketiga which is the last trimester for any pregnancy. Bila hitung rupanya agak lama body aku tampung dua nyawa :')

    So, today I decided to compiled most of my experience during my second trimester. Second trimester started at week 13 and ended at week 27.

    Mommy's 

    Of course badan aku makin 'kembang'. Terutama sekali part perut sebab ada baby dalam tu kan. Tapi ada juga beberapa kali aku mengadu dengan suami kenapa perut aku lambat besar. Aku rasa sama saja masa mengandung dengan tidak. Nampak tidak hakikatnya aku memang gemuk sebelum pregnant *lap air mata*. Bukan setakat dengan suami, dengan kawan-kawan rapat pun aku mengadu *lap air mata lagi*. Then I found few blogs which stated that first baby selalunya baby bump  memang kecil sampailah masuk trimester ketiga nanti. Jadi maksudnya trimester ketiga perut makin boyot la kan. Okay aku tunggu.

    Berat badan pulak macam yoyo sekejap naik mendadak sekejap naik sikit sekejap turun sikit. Tapi aku yakin rumahlah syurga untuk aku makan itu ini hehe.

    Skin pula memang alhamdulillah semakin okay. Masa first trimester my skin was so bad (read: worst!). Dull complexion, pimples, combination of dry and oily skin plus too rajin (read: gatal tangan) kacau jerawat sampai luka dan akibatnya kesan jerawat kehitam-hitaman di muka and that time I was so ashamed to go out and meet people. I chose to stay at home. Second trimester offered me with much better complexion, pimple scars were gone. The most I ever wanted even before pregnancy: kulit yang lembap and second trimester had blessed me with that kind of skin. I am happy girl! 

    Masa trimester ni juga aku mula rasa sakit belakang, sakit tulang pinggul dan malam memang insomnia! Aku pernah nangis senyap-senyap sebab jealous tengok husband nyenyak tidur. over kan. Memang bangun pagi mata bengkak apa tidak nangis tambah kurang tidur (bila ingat balik kebudak-budakkan sungguh!) Baring kena mengiring sebelah kanan tapi bila teringat doctor pesan better mengiring sebelah kiri sebab kanan ada largest vein nanti baby tidak dapat enough oxygen memang kena paksa diri mengiring kiri.

    Biggest challenges during second trimester pernah saya cerita di SINI. 

    Sepanjang pregnancy ni (first and second trimester) aku sangat suka minum air putih or air masak. Sehari paling kurang masuk dalam badan aku 1.5L. Aku siap bawa bekal air setiap kali pergi kuliah. Dulu aku jenis pelupa. So bawa botol air ni memang tidak lah kan. Tapi sejak pregnant, air putih jadi satu kemestian. So mahu tidak mahu kena bawa and ingat. No excuses untuk terlupa sebab sekejap-sekejap tercari air. Yang paling lucu, aku pernah cakap dengan husband air putih ni lah paling heaven dari mana-mana air berperisa.

    Botol peneman setia.


    Second trimester also forced me to telan air gula. Most mommy-to-be I guess know this thing. First experience that I won't forget forever! Sebelum ambil air gula tu, I asked my sister how is it look like and of course the taste. As predicted my sister which delivered her baby on march this year said "manislah! Kan air gula." Okay then I told myself  "ala relax sudah. Bukan tidak biasa minum air manis-manis sebelum pregnant dulu".

    Surprisingly, indah khabar dari rupa! Sangat manis sampai tekak rasa gatal. Keluar dari bilik nurse, muka aku merah padam tahan rasa. Suami tanya okay? Aku angguk. "Kalau B pun no problem tu" hubby added. I was like "nurse, take my husband to the room and let him taste it" Tapi tidaklah aku ckap begitu haha. Aku mati-mati mengadu dengan suami "manis tau" sambil buat muka kesian.


    Baby's

    Alhamdulillah little caliph sihat and kicking actively *senyum*
    Ada masa baby tendang kuat-kuat. Ada masa dia pilih diam-diam sampai ibu risau. Bila risau mulalah google itu ini cari penerangan. Lumrah akan fikir bukan-bukan. Nauzubillah! Rupanya doctor cakap baby usually rest or sleep selain gerak-gerak tendang-tendang. "Human kan. Even kita pun kadang-kadang bila banyak gerak mesti lepas tu rehat."

    I did  ultrasound scanning masa 5 bulan (20 week). Yang paling best sonorapher siap bawa kita kira jari baby. Tengok organ baby. Tengok jantina baby. Tengok tulang belakang baby. Basically perkembangan baby. Baby tidak bagi ibu dengan abi tengok muka dia. Dia tutup dengan lengan dia. Boleh tengok dari tepi saja. Tengok dari tepi macam ikut hidung abi dia hehe. Pipi macam ibu lah! Tapi apa pun syukur pada Allah SWT. Yang penting baby sihat dan sempurna fizikal sudah cukup gembirakan kami. And tidak dinafikan ibu baby ni nangis masa tengok baby gerak-gerak, hisap jari, lambai-lambai. Terima kasih Allah :')


    p/s: Masa taip ni, ada tiny legs kicking. Haip macam tau kan ibu update pasal dia hehe. Membesar dengan sihat, anak!



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Salams.

    HIKMAH....
    What is hikmah?
    It literally means wisdom. Which I think would provide purification to all aspects of our lives.


    When I was down after went through twice miscarriage events, my husband and family members helped me to bring back my strength. My husband and I almost everyday bermuhasabah. I know it sounds a bit pressure to discuss the same thing plus it was a tragic events. But muhasabah really helped us to accept our lost.

    Through our muhasabah sessions, we figured out some eh wait... a lot to be exact... a lot of hikmah.
    The following are the hikmahs that still fresh in my mind:

    1) Lost means Allah SWT loves our babies more than us.
    2) When Allah SWT take back something means He wanted to give something that worth more than before.
    3) Lost teaches us that everything beyond our control. How good we are to protect something that we think ours do not guarantee anything.
    4) All around us, even the universe even this dunya all I mean ALL belong to Allah SWT.
    5) Lost does not mean that our life or our world stops.
    6) Lost is a test from Allah SWT. He wanted to test us. He wanted us to turn back to HIM.
    7) Lost which is a type of test means greater love from Allah SWT. He misses our dependency towards HIM. Muslims always believe "ujian itu tanda Allah SWT sayang..."
    8) Maybe my husband and I do not fully ready to have our own child. Only Allah SWT knows our limit.
    9) Maybe my husband and I are not the best parents at that moment to our previous children. That is why Allah SWT ambil balik bayi kami.
    10) Among all: satu hikmah yang buat aku sebak setiap kali kenang anak-anak kami. Mungkin anak-anak kami tidak kuat untuk hadapi dunia. Kita sedia maklum dunia sekarang. Mungkin saja mereka minta dengan Allah agar mereka kekal di dalam syurga Allah SWT. *taip poin ini pun airmata memang tidak tertahan*

    One of my post on my instagram account which referred to my first pregnancy.


    Walau apa pun, kami suami isteri bersyukur kerana antara orang yang terpilih untuk menghadapi kehilangan ini. Dalam gembira menanti anak yang aku kandungkan sekarang ini (semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT), selalu terdetik di hati mengenangkan anak-anak yang kembali pada Allah SWT. Aku tahu aku jahil, dalam kejahilan aku minta ihsan dan belas kasihan Allah SWT agar di dunia satu lagi nanti kami dipertemukan dengan zuriat kami. Aku minta dengan dengan Allah sampaikan salam rindu salam kasih sayang buat mereka dari ibu yang sempat mengandungkan mereka walau sekejap. Hati ibu kan... sekalipun tidak pernah berjumpa kasihnya ibu tidak terungkap....

    p/s: Masih segar first pregnancy suami sempat bancuhkan susu coklat untuk aku dan baby walaupun waktu itu bleeding. kuatnya kau wahai suami. Tenangkan isteri yang menangis sambil minum susu.
    Second pregnancy pula tabahnya kau suami ukir senyuman redha tatkala doktor informed bayi kita sudah tiada.

    After all, those things make us strong than before.

    Terima kasih Allah :')


    Yours truly,
    Neeja.

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Review Vita-Lea dan Macam Mana Saya Pilih Multivitamin
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top