Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Salams.


    Selama 7 bulan lebih jadi ibu kepada Adam Noah ni pernah juga beberapa kali kena judge. Tidak kira oleh mak yang sudah veteran mahupun mak junior malah yang belum mak pun ada!
    Annoyed atau tidak?Annoyed lah!
    Tell me who does not get annoyed bila kena judge and banding?

    "Berat baby you berapa?-eh ringan tu. baby I dua bulan sudah X kg tau!"
    "eh mana boleh begitu. Saya cakap berdasarkan pengalaman kakak saya yang ada 10 anak, saya belum ada anak lagilah"
    "Kalau ikutkan budak umur begini sudah tahu meniarap ni"

    dan seupamanya...
    Mungkin saya pernah juga being silly tanya kawan-kawan yang ada baby, if I did then please forgive me.

    Tapi ketahuilah bila kita tanya just to get some info it is okay but when it comes to tanya untuk compare and judge it is not okay.
    Motherhood ni bukan race ya. Anak siapa yang sudah pandai ini dia mak yang baik. Big no!
    Motherhood juga tiada manual khusus. Lain orang lain cara didikannya. Lain orang lain environment nya. Sebab itu manusia ni perangai pun ada jenis dan kepelbagaian. Sebab faktor didikan dan persekitaranlah.

    I cannot stand lah orang yang sikit-sikit compare anak dia dengan anak orang. Lebih anak kita patutnya kita syukuri bukan bangga diri. Kurang anak kita sebetulnya kita redhai dan syukur masih punya rezeki dikurniakan zuriat. Orang lain ada yang bertahun ikhtiar, ada yang kering airmata, ada yang doa tidak putus sebab mahukan zuriat.

    Pernah sekali ada hamba Allah tegur sebab saya tidurkan anak sambil ala-ala menari sikit sebab anak suka.
    "Nah habislah kena joget-joget. Jangan biasakan mama"
    Saya memang geram sebab kena tegur dalam keadaan kalut dodoikan anak yang tengah nangis sebab mengantuk.
    Walhal dia tengah pregnant 1st baby! Eh hello you tidak jadi ibu lagi you boleh cakap begitu. Cakap senang, bila ada anak benda yang you tidak expect pun you akan alami. Trust me.
    Macam yang saya cakap, lain orang lain didikan. Lain orang lain caranya. Mana-mana ibu wants the best kan untuk anak masing-masing.

    Isu-isu lain yang SELALU kena judge contohnya breastfeeding and on formula, method bersalin and solid food.
    Lagi sekali saya highlight, tolonglah jangan judge ibu-ibu. Kalau tegur biar berhemah. Tegur konon niat baik tapi kesannya ibu tu terasa hah bukan dapat pahala tapi dapat? *fikir la sendiri

    So conclusion post ini:
    Judge and compare TIDAK BEST!

    Till then,
    Neeja.


    Continue Reading
    Salams.
    Alhamdulillah Adam Noah started his solid food seminggu sebelum 6 bulan. Adam Noah memang meragam habis-habisan bila tengok orang dalam rumah makan since his 5th month. Anything dia akan sumbat dalam mulut dia kalau dapat pada tangan dialah.


    Then satu malam tu lepas menyusu dia main kejap then when husband and I had our dinner, Adam Noah nangis-nangis minta dukung which at that time dukung with his atok. My mom said "dia lapar mungkin" sebab check diaper okay so basically kalau diaper okay, dia meragam if lapar and I was like tidak mungkin sebab baru lepas menyusu. 
    Lepas tu terfikir ada buah pear dalam peti ais. Terus laju tangan buat puree untuk Adam Noah.
    Bagi dia makan ingatkan tidak pandai kunyah, rupanya kunyah macam sudah 1-2 bulan kunyah solid food!
    Selama seminggu tu saya bagi ikut 4 days rule. 4 hari puree buah pear selebihnya apple puree.



    How to urus and simpan puree?
    Macam first time mom yang lain, saya baaannyyakk google and baca blog-blog mommies yang prepare food untuk anak masing-masing. So ilmu dah dapat saya terus apply lah.
    Adam Noah, this is how I prepare solid food for you:
    Basuh dan bersihkan dulu buah/sayur. Untuk permulaan, better bagi baby puree epal, buah pear dan ada beberapa lagi (boleh google sebenarnya). Adam Noah rasa buah pear dulu. Then steam atau rebus. Antara steam dan rebus, steam lagi better. Better dari segi pengekalan nutrient dalam buah/sayur. Bagi ibu-ibu yang ada alat yang boleh steam and blend sayur/buah jadi puree lagi senang. Bagi yang mampulah. Saya buat manual saja. Niat di hati memang mahu benda tu sebab menyenangkan dan tidak memenatkan tapi bila fikir-fikir balik, duit tu boleh belanja apa yang penting dan perlu untuk anak. No worries Adam Noah ibu is gagah demimu.
    After rebus/steam tadi, bolehlah blend. Ada certain sayur/buah yang likat bila blend so saya tambah air rebusan or air panas sikit.
    Lepas blend bolehlah masukkan dalam bekas macam step 1. Jadikan kiub-kiu  senang ambil beberapa ketul yang feeding. Untuk jimat ruang (macam saya), lepas kiub puree tadi keras sikit keluarkan then letak dalam bekas macam step 2. Then label puree apa and tarikh bila puree tu dibuat  macam dalam step 3. Kenapa kena tulis tarikh? Sebab frozen puree ni pun ada tarikh luput. Kalau tidak silap boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja macam expressed breast milk (ebm). Just imagine dalam freezer ada banyak jenis puree apple,pear,pumpkin,potato, carrot, brocolli etc anddd semua tidak letak tarikh. Bagi anak makan rupanya almost 5 month sudah puree tu. Kesian anak. Step 4 tunjuk macam mana saya simpan labelled frozen puree.


    Feeding time- keluarkan beberapa ketul (bergantung banyak mana anak mahu makan. Tapi permulaan bagi dua tiga ketul dulu) then biarkan lembik. Re-heat puree tadi ikut prinsip re-heat ebm okay. Jangan atas api nanti api panas sangat boleh mendidih puree lepas tu 'rosak' semua nutrient.
    Selalunya sebelum bagi Adam Noah makan, saya campur dengan ebm atau fm (Adam Noah campur susu sudah ebm+fm). Kenapa campur susu? Tidak mahu tekstur puree terlalu likat (ada puree still likat even sudah campur air masa blend) kan baby still belajar telan solid food. Imagine selama berbulan telan makanan dalam bentuk cecair (susu ebm or fm), suddenly kena push bagi makanan yang likat susah kunyah risau baby tersedak masa feeding. Bagi first time mom baby tersedak not a small matter ya. Risau Ya Rabbi! So kena pastikan tahap kelikatan makanan yang kita bagi sesuai. Macamana tentukan kelikatan? Trust your naluri keibuan. Kalau tidak percaya naluri anda go ask your mom or mother-in-law or sister yang ada anak.
    Masa feeding, saya sediakan air kosong juga bagi Adam Noah. Andddd kena pandai tackle anak means kena tarik perhatian dia. Macam Adam Noah ni aktif lebih sikit so masa feeding memang terjoget ternyanyi juga ibu dibuatnya. Paling best selain masa menyusukan anak, feeding solid food pun boleh jadi bonding time. Saya amalkan masa bagi makan anak (selain joget dan nyanyi) bagi kata-kata yang positif dan nasihat contohnya:
    "pandainya anak ibu makan. Makan baik-baik biar cepat besar"
    "Anak ibu kena bersyukur ada rezeki hari ni boleh makan. Ada orang di luar sana langsung tiada makanan"
    "Masa makan kena behave okay sebab ini rezeki. Itu tanda kita syukur dan hormat rezeki Allah bagi"
    Ataupun saya selitkan doa-doa/zikir/selawat/lagu nashid.

    Baby terima atau tolak?
    Ada kawan dalam FB yang cakap "bagusnya anak mahu makan sayur/buah", "anak saya makan bubur sahaja", "bagusnya anak enjoy masa feeding, anak saya tidak mahu solid food"
    Well tipulah kalau saya kata Adam Noah terima and enjoy semua solid food yang saya prepare. Baby kan lumrah lah ada yang mahu ada yang tidak. Baby masih dalam proses membesar dan adapt dunia sekeliling. Benda baru memang ada dua kemungkinan. Terima atau tolak.



    Ini yes muka happy and enjoy feeding time sebab apple puree paling dia suka. Saya terfikir mungkin sebab apple antara makanan yang dia rasa mula-mula dulu.


    Ini pula muka terpaksa makan. Puri brokoli tu yang hijau tu. Dia memang kurang gemar. Muka akan kelat bila suapan pertama. Then senyum tiada tau!
    Another sign yang dia reject puree tu ialah makan tidak habis. Pertama kali masak bubur nasi campur carrot dia boleh buat muka macam dalam gambar atas then setiap kali saya suap dia buat ala-ala mahu muntah. So bila dia tunjuk sikap begitu saya discover yang Adam Noah tidak suka bubur nasi sebab carrot puree dia makan habis! So taktik saya bubur nasi tidak boleh apply 4days rule. Dalam seminggu sekali dua sahaja buat bubur nasi.

    Look for these signs...
    Bila sudah jadi ibu/mama/mommy/ummi/mak ni kena jadi alert banyak sikit dari sebelum ini. Bila anak sudah mula makan, kena selalu perhatikan keadaan baby. Kalau:
    1. Najis baby jadi keras
    2. Kulit baby timbul sesuatu bukan disebabkan nyamuk atau apa-apa yang diketahui sebabnya
    3. Kembung perut
    kemungkinan solid food yang kita bagi anak makan tu tidak sesuai untuk bayi kita.
    Sebab itu digalakkan untuk follow 4days rule. Bila mana bagi bayi makanan yang baru pertama kali buatnya, bagi bayi makan benda itu selama 4 hari berturut-turut tanpa campur dengan bahan yang lain (Contohya: hari ini pertama kali Adam Noah rasa apple puree, 3 hari berikutnya saya juga bagi apple puree). Dengan cara ini tindakbalas badan bayi dengan solid food yang kita bagi tu dapat lah dikesan dengan mudah. Just imagine hari ni bagi apple puree, esok banana puree, lusa sweet potato petang tu baby timbul bintik-bintik seluruh badan, dapat kesan tidak makanan yang mana buat allergic tu apple kah? Banana kah? Sweet potato kah?
    Adam Noah dulu pernah timbul bintik-bintik selepas makan puree lobak so I assume lobak yang bertanggungjawab immediately saya stop bagi lobak (after few weeks saya try bagi lobak Alhamdulillah dia sudah boleh terima lobak).
    Pendek kata kena alert lah dengan setiap perubahan pada keadaan anak kita. Nama juga anak kita so kita kena alert la. Jangan pula jiran yang alert kita "tidak sedar" apa-apa sebab ada beberapa lagi tanda anak tidak boleh terima satu-satu solid food tu *boleh google.

    Nota: Saya bukan ikut ketat sangat pun 4days rule. Guna naluri keibuan lah hehe. Contohnya hari ni saya bagi Adam Noah rasa carrot. 3 hari berturut bagi carrot. Notice no sign of allergic. Two weeks later bagi lagi carrot. kali ni tidak bagi berturut sebab tahu dia "serasi" dengan carrot. Same goes to other fruits/vege. Saya guna prinsip ni. But saya tekankan sekali lagi, motherhood bukan competition and no manual for motherhood. Yang terbaik untuk anak kita tidak semestinya baik untuk anak orang lain.
    Please respect *peace*

    Till then,
    Neeja.



    Continue Reading
    Salams.

    I was a make-up addict. Dulu keluar rumah tidak sah kalau tidak "warnakan" wajah. Apatah lagi keluar dengan buah hati *ehem which now is my darling husband.

    After SPM I was so into blusher and lipbalm. And memandangkan that time saya memang didedahkan dengan "family members" alat solek sebab I was a penari kebudayaan. 

    Masuk matrik memang ada my own blusher, eyeshadow, lipgloss  and etc collection. Pernah satu masa dulu masa matrik my classmate said something about BB cream. Ahah BB cream. Eh wait, BB cream tu apa?
    At that time saya malu yang teramat sebab I thought saya hantu barang make-up but BB cream pun tidak tahu. Malu! *bila fikir balik bodoh sungguh malu sebab benda remeh*

    Then masuk U lagilah "aktif" dengan make-ups. As you all know U kan tidak banyak kekangan as long as you datang lectures, hantar assignments and datang exam. Kekangan means here tiada halangan masuk lecture bercantik-cantik.
    Teringat masa 1st year one of my classmate tegur "pandai ko make-up ow kan" *slang sabahan. Ko=kau
    "ko memang pandai make-up kah?"
    Saya jawab "bolehlah Sikit-sikit." Yes I admit kalau bukan jadi penari kebudayaan zaman sekolah menengah dulu memang tidaklah mukaku ini "berwarna". Thanks to our guru tarian yang kami panggil bapak. 

    Masuk 2nd year jadi slow sebab kulit muka tidak terjaga and selalu burn sebab fieldtrip and diving. Ohya saya pernah terbaca seorang blogger pernah tulis yang dia semakin malas kenakan make-up, maybe sebab umur yang ke arah kematangan. Dulu I was like "really?"

    Selepas upgrade diri jadi isteri orang, then bila saya recall only few times saya make-up "penuh" means got blusher, eyeshadow, mascara, eyeliner, lipsticks after applying foundation and compact powder. Only if ada event. Then after that I was expecting my son. Hah lagilah saya sangat malas. Ditambah dengan jerawat yang timbul bak cendawan lepas hujan. Tell me, tidak stress kah bangun pagi ada seketul jerawat timbul?! Saya down sekejap during my 1st and early 2nd trimester sebab kulit muka berjerawat and oily. Saya lebih suka stay at home bila tiada lecture. I even refused to go out with friends.
    Nah with that kind of skin make-up mana lagi sentuh. sebab tu my mascara and liptint last till now.

    Slowly slowly I agree with that blogger. Faktor umur buat kita lebih fokus cari cara untuk pastikan kulit muka kita sihat  berbanding dulu fokus cara buat muka kita nampak cantik.
    This year I am going to hit my 24th birthday, and saya selesa keluar tanpa kenakan make-up. Cukup liptint Tonymoly yang sudah 3 tahun masih berkhidmat itu saya guna as blusher and liptint. Bolehlah asal tidak nampak pucat masa keluar kan.

    Apa yang saya faham is darah muda buat kita rasa kita mahu bercantik. Rasa itu membuak-buak. Terkadang kita rasa make-up will last forever sebagai tool mencantikkan kita. Tapi rupanya saya silap.
    Bila kita telah mendekati kedewasaan dan meninggalkan keremajaan kita faham apa asas pada kecantikan itu. Kecantikan luaran itu bukan make-up semata-mata. Tapi kulit yang sihat dan cantik yang buatkan make-up terletak cantik.

    Tapi ada juga rasanya yang still selesa rely on make-ups. But ya everyone has their own opinion kan.

    After few years active make-up sana sini, I realised that guna make-up ni quite memenatkan juga. I am tired to keluarkan my eyeshadow pallete then my brushes just untuk make-up bila keluar. Sebab tu dulu kalau keluar dengan husband kena make sure siap awal dari husband or else *I bet you know what happen

    Now rasa keringanan di situ bila keluar just cuci muka, apply lint sikit di pipi and lips then sarung tudung siap! Eh lupa I draw my brows juga just to kemaskan sebab kening saya tebal so better kemaskan. Better than cukur kan.

    Cakap pasal brows:

    Got this from my fb newsfeed. Someone shared this and I totally agree with this. 

    Dulu saya memang geram sebab my brows lebat and jahilnya dulu cukur and cabut bulu kening *menyesal* sebab kononnya itu cara kemaskan brows and nampak cantiklah bila kenakan eyeshadow. Sampai cabut/cukur bulu kening senipis-nipisnya tu. Bila tengok balik gambar-gambar lama malu sampai rasa macam alien pun ada *padan muka*
    Alhamdulillah lepas kahwin slowly step by step tinggalkan mana yang salah. Thank God sebab sekarang kita boleh draw and kemaskan brow without cabut/cukur. Yang penting tahu asas and tidak berlebihan (berlebihan maksud saya tebal yang macam kening shin  chan tu yang orang sekarang selalu salah buat). Saya tidak cakap saya draw my brows perfectly sebab saya pun belajar dari kesilapan. Rajin-rajin google and tengok tutorial mesti dapat punya lukis dan kemaskan bulu kening.

    Currently, macam minat pula cuba make-up brand yang dari Turkey tu. Boleh bawa solat kan. And ada satu brand dari Indonesia juga menarik minat saya. Tapi tidak pasti boleh bawa solat atau tidak. I will check on it nanti.
    skincare I am prefer something less chemical anf more to natural. Kalaulah boleh dapat kulit flawless macam kulit baby kan best.

    So basically, make-up and ladies tidak boleh dipisahkan tapi umur memainkan peranan sama ada kita ke arah bersolek atau kurangkan bersolek.


    Till then,
    Neeja.

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top