Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Entri yang lepas MomsterCantik share apa itu simpul biawak atau tarik mengkarung, punca terjadinya kekejangan pada kaki terutama sekali betis wanita yang sedang hamil serta apa yang perlu dilakukan jika diserang simpul biawak.




    Saya senaraikan semula ya cara pencegahan simpul biawak:
    1. Elakkan berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 
    2. Jangan lupa buat renggangan otot kaki pada siang hari dan juga sebelum tidur.
    3. Sentiasa gerakkan sendi-sendi kaki dan jari supaya membantu pengaliran darah lancar.
    4. Munumlah air secukupnya.
    5. Makanan seimbang dan garam mineral. Garam mineral penting untuk mencegah kejang otot.


    Saya ada terbaca juga ada ahli yang arif dalam kesihatan beritahu salah satu cara untuk mencegah kekejangan ni daripada berlaku ialah dengan memastikan garam mineral dalam badan cukup. Juga memastikan aliran darah lancar.

    So kali ni saya akan share makanan tambahan yang kita boleh ambil selain daripada makanan harian kita. Pastikan makanan tambahan ni selamat dan sesuai untuk ibu hamil. 

    🌸 Ostematrix (120 biji)
    Merupakan sumber kalsium dalam bentuk tablet atau sering juga dipanggil pil kalsium. Ostematrix bukan setakat kalsium sahaja malah mengandungi vitamin D dan magnesium.




    Dengan adanya unsur mineral dalam Ostematrix sangat membantu keseimbangan garam mineral dalam badan dan dapat mencegah kekejangan otot.

    🌸 B Complex (120 biji)
    Kesemua 8 jenis vitamin B ada di dalam setiap tablet B Complex ni. Vitamin B sangat digalakkan ambil kerana membantu penghasilan sel darah merah, melancarkan peredaran darah dan membantu legakan stress serta membantu fungsi saraf.



    Kurangnya pengaliran darah ke kaki disebabkan di tekan oleh rahim yang semakin membesar boleh menyebabkan simpul biawak menyerang. Sebab itu kita perlukan B Complex semasa mengandung.

    🌸 Apa kata mereka yang amalkan semasa mengandung?

    Baru tiga hari amalkan ostematrix sudah nampak kesan dan tiada lagi serangan cramp
    Dulu setiap hari kena simpul biawak, lepas makan ostematrix tiada lagi rasa sakit simpul biawak

    ikhtiar hamil dengan suplimen

    🌸 Harga 
    Ostematrix (120 biji) RM61.25 
    B Complex (120 biji) RM58.75


    Bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix dan B Complex ni?

    Ada dua cara untuk mendapatkan kedua-dua makanan tambahan ni iaitu:

    Boleh order melalui whatsapp

    Atau

    Membuat pembelian sendiri secara online


    Syukur alhamdulillah sepanjang mengandungkan anak kedua saya, NA; saya memang bebas dari kekejangan mahupun simpul biawak yang sakit tu. Sebab tu saya happy untuk share pada Mommy-to-be di luar sana.

    Enjoy pregnancy tau,
    Nija
    Momster Cantik yang suka share tips.         
    Boleh order melalui whatsapp
    Continue Reading
    Saya teringat dulu semasa kandungan pertama saya memasuki trimester kedua, ada kenalan yang sudah beberapa kali mengandung kata “berjaga-jaga dengan simpul biawak bila perut makin membesar”.

    Simpul biawak atau simpul mengkarung atau juga tarik mengkarung rupanya memang selalu terjadi dan dirasai oleh wanita hamil.

    Keadaan ini sebenarnya adalah kekejangan yang dirasai di bahagian kaki dan betis; bahagian ini yang paling kerap terkena kekejangan.

    🌸Punca
    Apabila kandungan semakin membesar, bermaksud rahim juga mengembang untuk menyokong bayi yang membesar di dalam. Keadaan ini menambah beban pada bahagian kaki dan seterusnya lenguh.

    Tekanan rahim yang membesar juga menekan saluran darah dan mengganggu aliran darah ke bahagian kaki.
    Tekanan pada bahagian kaki ni membuang kekejangan dan terjadilah simpul biawak.

    🌸Apa yang perlu dilakukan bila kekejangan?
    1. Tuam ais masa kejang
    2. Urut betis perlahan untuk bantu aliran darah lancar di bahagian betis
    3. Berdiri di atas lantai dan angkat tumit untuk renggangkan otot betis dan hentikan cramp. Jangan lupa berpaut pada sesuatu supaya balance. Kang jatuh pula nanti kan.


    🌸Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan?
    1. Tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 
    2. Membuat renggangan otot kaki pada siang hari dan juga sebelum tidur.
    3. Gerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
    4. Please mommies, minum air secukupnya. Bukan air manis ya!
    5. Makanan seimbang dengan adanya karbohidrat, air dan garam mineral. Garam mineral penting untuk cegah kejang otot.
    Cinta pertama dengan shaklee

    Next entri MomsterCantik share lagi cara MomsterCantik elak cramp pada kaki ni masa mengandung okay 😊

    Nija
    Momster Cantik yang suka share tips
    Continue Reading
    Masalah hb rendah ni memang tidak lari dari perempuan mengandung. Hb atau hemoglobin ialah protein yang kaya dengan zat besi yang ada dalam sel darah merah kita. Hb berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Disebabkan itu pentingnya kita memastikan hemoglobin dalam darah pada tahap normal supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik.


    🌸Kesan hb rendah
    Antara kesan hb rendah ialah rasa lemah, keletihan, sakit kepala dan pening, sesak nafas, selera makan berkurang dan degupan jantung jadi laju. Kalau dibiarkan boleh jadi anemia.

    🌸Punca hb rendah
    Kurang nutrisi
    Penyerapan zat besi terganggu 
    Kehilangan darah
    Penurunan penghasilan sel darah merah
    Penghancuran sel darah merah

    🌸Cara naikkan bacaan hb
    Sumber makanan yang kaya dengan zat besi
    Sayuran hijau terutama sekali bayam, asparagus, hati ayam, telur, tiram, epal, delima, aprikot, tembikai, prun, biji labu, kurma, kacang almond, kismis

    Tingkatkan pengambilan vit C
    Vitamin C sangat membantu penyerapan zat besi. Sebab itu sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C bersama makanan yang tinggi zat besi
    Buah oren, lemon, strawberi, betik, brokoli, grapefruit dan tomato

    Tingkatkan asid folik dalam menu makanan
    Salah satu jenis vitamin B, asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila asid folik kurang, tahap hemoglobin juga menurun.
    Sayuran hijau, kacang tanah, pisang, brokoli dan hati ayam, beetroot

    Elakkan iron-blocker
    Ada makanan yang menghalang badan menyerap zat besi apatah lagi bila hemoglobin rendah. Antaranya kopi, teh, minuman kola, wain dan bir.

    Senaman
    Apabila bersenam, badan akan hasilkan lebih banyak hemoglobin kerana meningkatnya keperluan oksigen pada badan.

    🌸Makanan tambahan untuk ibu mengandung naikkan hb
    Selain daripada makanan dalam diet harian kita, Ibu mengandung juga sangat disarankan mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan badan dan tumbesaran bayi yang dikandung. Momster Cantik personally recommend untuk cuba amalkan Set anemia Shaklee ni sebab saya dah ada pengalaman hb naik pada tahap normal apabila mengamalkan Set ni semasa mengandungkan NA.


    Set 4 sekawan untuk Ibu mengandung naikkan hb

    ☘️Vita-lea Iron Formula
    Multivitamin yang mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral yang badan kita perlukan.
    Satu botol ni ada 120 biji

    ☘️B complex
    Vitamin B yang lengkap mengandungi asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 untuk penghasilan sel darah merah.
    Satu botol ada 120 biji

    ☘️Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C sangat menyokong penyerapan zat besi oleh badan kita. Tidak guna ambil zat besi banyak Kalau vitamin C tidak cukup untuk menyokong penyerapan.
    Satu botol ada 180 biji

    ☘️ESP
    Hemoglobin ni adalah protein. Oleh itu antara cara untuk menambah lagi penghasilan hemoglobin ialah cukupkan protein. ESP ni ialah minuman protein yang kaya dengan protein dna kalsium.

    Jom saya tunjuk antara mereka yang dah dapat bacaan hb yang Cantik semasa mengandung dan selepas amalkan Shaklee (vitamin naikkan hb):


    Yeah hb naik lagi di minggu ke34

    Wahhh dari 11.1 ke 12.3 tu memang happy sangat bacaan hb normal macam tu

    Tu dia hb dari 9.7 ke 10.1 ke 10.5 ke 11 nampak ketara hb naik bila amalkan Set anemia Shaklee


    Harga satu Set naikkan hb ni ialah RM411.25
    Boleh dapat murah?
    BOLEH. Whatsapp Momster Cantik sekarang.

    Cara mendapatkan vitamin naikkan hb ni:

    Order secara online 

    Whatsapp untuk order

    Apa yang anda akan dapat apabila beli set ni dari Momster Cantik ialah:
    Konsultasi sebelum (cadangan info setiap vitamin dalam Set ni), konsultasi selepas pembelian (cara makan dan tips kesihatan semasa mengandung).

    Momster Cantik yang pernah give up makan hati ayam walaupun muak dulu kini dah tahu rahsia untuk naikkan hb. Sebab tu masa pregnant anak kedua, tidak perlu makan hati ayam dah. Legaaa

    Nija
    MomsterCantik
    Ex-makyong ada masalah hb dulu






    Continue Reading
    Disahkan mengandung dalam masa yang sama bekerja mungkin agak membimbangkan kerana faktor kesihatan.  Kesibukan dengan tugas boleh mengakibatkan Ibu mengandung susah untuk makan.


    Apabila tiada masa untuk makan, badan Ibu hamil akan kekurangan nutrisi dan boleh mengganggu tumbesaran bayi yang dikandung.

    Selain itu, bekerja semasa hamil juga menyebabkan keletihan yang lebih dari biasa. Apatah lagi jika morning sickness ketika di ofis seakan menghalang wanita mengandung untuk proaktif dan produktif.

    Namun jangan risau, Momster Cantik akan berkongsi tips mengatasi cabaran kehamilan semasa bekerja juga cadangan vitamin kehamilan. Momster Cantik dulu pun merasa juga bekerja semasa mengandungkan NA 😉

    Antara cara kita memastikan diri boleh bekerja dengan selesa semasa hamil ialah:

    🌸Jika bekerja lebih kepada duduk di bangku pejabat, letak bantal di belakang untuk alas pinggang dan bahagian belakang. Naikkan kaki ke atas (guna bangku atau kotak di bawah meja) supaya tekanan di bahagian kaki berkurang
    🌸Gunakan kasut yang selesa dan stoking yang tidak sendat. Sekarang ni banyak kasut yang khas untuk wanita hamil dijual kan
    🌸 Pakai pakaian yang longgar dan selesa memandangkan saiz badan akan bertambah dari sebelum ni
    🌸 Tidak berdiri terlalu lama dan duduk untuk jangka masa yang panjang. Buat sedikit senaman renggangan
    🌸 sediakan botol air atau jag berisi air kosong juga snek jangan lupa
    🌸Makan makanan yang bernutrisi. Elakkan minuman kafein secara berterusan. Kafein ganggu penyerapan nutrisi tau
    🌸 kurangkan stress sebab stress tidak baik untuk diri dan baby ya
    🌸 jangan malu atau ego minta bantuan dan terima bantuan orang sekeliling

    Hah banyak Momster Cantik list down cara kan pastikan diri selesa bekerja semasa hamil. Berikut Momster Cantik share pula vitamin kehamilan yang recommended untuk mereka yang bekerja.

    Momster Cantik dulu amalkan Set kehamilan Shaklee ni. Dalam Dan suka untuk saya share manfaat set ni masa saya amalkan ialah:

    ✅ rasa bertenaga
    ✅ morning sickness berkurang
    ✅ penambahan berat badan yang terkawal
    ✅ tekanan darah terkawal dan bacaan gula semasa hamil juga terkawal
    ✅ masalah kulit breakout semasa awal kehamilan juga mudah untuk di atasi
    ✅ bacaan Hb yang normal
    ✅ tiada langsung masalah sembelit
    ✅ cramp dan sakit belakang sangat jarang

    So inilah dia vitamin kehamilan yang Momster Cantik highly recommend untuk korang:


    🌸Vita-Lea Iron Formula
    🌸B complex
    🌸Sustained Release Vita C Plus
    🌸ESP
    🌸Omega Guard
    🌸Ostematrix 

    Boleh baca lebih lanjut pasal vitamin mengandung ni sini ya 👉🏻 
    vitamin semasa hamil yang saya perlukan

    Harga satu set
    RM608.75

    Boleh beli secara berasingan atau loose?
    BOLEH.

    Mahu beli dengan harga lebih MURAH?
    Whatsapp sekarang.

    Cara dapatkan suplimen ni:
    ✅Boleh buat pembelian online sendiri

    BELI ONLINE SET KEHAMILAN SECARA SEKARANG

    ✅order melalui whatsapp

    WHATSAPP SEKARANG UNTUK ORDER

    Kelebihan order online atau whatsapp, akan diberikan konsultasi dan info best pasal kehamilan.

    kulit lembut bayi

    Masalah perut buncit

    Serius walaupun penat bukan kepalang masa mengandungkan NA sebab masih bekerja waktu tu, saya bersyukur sangat jumpa set vitamin Shaklee ni. Saya enjoy sangat masa tu. 

    Untuk mommies semua, jangan risau jika mengandung dan pada masa yang sama bekerja. Walaupun agak mencabar tapi dengan tips yang Momster Cantik bagi ni hopefully dapat membantu banyak 😊

    Bekas makyong yang bekerja di ofis 
    Nija
    Momster Cantik

    Continue Reading
    Minggu ni suami busy dengan sukan sekolah. Saya sebagai tipikal isteri yang suka banyak pesan (read: bebel) semestinya pesan pada Suami jangan lupa makan vitamin E, jangan lupa guna moisturiser YOUTH sebab ada SPF50, jangan lupa minum air Kalau panas.





    Lepas tu terfikir pula cahaya matahari ni bukan setakat boleh buat sunburn tapi ada dua lagi kesan yang tidak best dan akan ambil masa bertahun juga untuk nampak. Sunburn akan membuat keradangan berlaku.

    Selain sunburn, penuaan pun boleh berlaku disebabkan cahaya matahari yang kerap ‘jumpa’ kulit kita. Cahaya matahari bawa sinaran UV atau uv light. UV ni pula ada dua jenis iaitu UVA dan UVB. 

    Mudah untuk kita faham, UVA ni selalu akan affect lapisan kulit luar tetapkan UVB akan bagi kesan pada lapisan kulit dalam kita. Selalunya kanser kulit disebabkan UVB.

    UV secara umum akan rosakkan serat dalam kulit iaitu elastin. Bila elastin rosak, kulit jadi ‘jatuh’ dan merenggang dan kemudian susah untuk kembali ke bentuk asal. UVB rays rosakkan elastin, perlahankan penghasilan kolagen. Kesan yang bertahun akan nampak ialah kulit jadi sagging, berkedut & ada sunspot.

    Kerosakkan dari cahaya matahari juga boleh menyumbang kepada aktiviti sel yang abnormal dan pertumbuhan sel yang kemudian nya boleh menjadi kanser.
    Simptom kanser ni boleh dikurangkanatau di hilang kan apabila dirawat dari awal.

    Cara lindungi kulit dari kesan buruk UV
    So apa cara yang boleh kita buat untuk kurangkan kesan UV tu pada kulit kita? Sebab kita tidak boleh simply cakap elakkan cahaya matahari sebab ada orang komitmen dia mesti bekerja bawah cahaya matahari. Oleh itu, istilah yang betul ialah kita kurangkan effect UV.

    🔥 skincare
    Krim atau lotion sunscreen selalunya tekstur berat dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelembap untuk kegunaan harian. So option terbaik carilah  krim pelembap yang mempunyai SPF. Pelembap seperti ini akan bantu kulit kekal hidrat dan terlindung dari sinaran UVB.

    🔥 Habit
    Kalau keluar rumah please pilih  pakaian, kosmetik dan lenses yang ada uv protection.
    Paling senang gunalah sunglasses yang UV protection juga ok.

    Ohya seboleh-bolehnya elakkan berada bawah cahaya matahari di antara 10pagi ke 2petang. Pada waktu ni cahaya sangat terik dan panas.

    Untuk yang selalu terdedah pada cahaya matahari, buatlah pemeriksaan kulit sendiri untuk kenalpasti perubahan pada kulit.


    🔥 Diet 
    Makanan yang mengandungi antioksidan mengurangkan keradangan dan radikal bebas. Maksudnya ada perlindungan dari cahaya matahari.

    Sayuran lobak, ubi manis, brokoli mengandungi beta karotena (antioksidan yang ada property sunscreen)

    Tomato, tembikai, betik pula ada lycopene bantu kurangkan kemerahan pada kulit dan neutralkan radikal bebas

    Sayuran hijau seperti kale dan bayam juga teh hijau bagus untuk lindungi kulit

    Selain dari pemakanan, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi antioksidan juga membantu seperti vitamin C, Vitamin E dan vitamin A.

    Akhir sekali saya mahu share 3 benda yang saya amalkan dan WAJIB ada dalam handbag untuk refresh kulit dari kepanasan cahaya matahari pabila berada di luar rumah.





    🌸YOUTH Age Defense Moisturiser- SPF50
    Ini Moisturiser yang saya guna sekarang. Serious jimat walaupun orang kata bit pricey. Kenapa saya kata jimat sebab guna sikit, picit sebesar saiz kacang hijau pun dah cukup.

    Dalam banyak Moisturiser yang saya pernah cuba, ini buat saya teruja untuk cuba sebab ada SPF50. Tahu tidak di negara pengeluar iaitu US, Moisturiser ni dijual dengan SPF30? Shaklee decide buat SPF50 khas untuk Malaysia sebab ambil kira cuaca kita yang sepanjang tahun panas.

    🌸Vita E Complex
    Macam saya, saya amalkan vitamin antioksidan dan salah satunya ialah Vita-E Complex brand Shaklee. Saya makan sejak tahun Disember 2016 dan sang happy dengan kulit saya. Selain membantu kurangkan kesan radikal bebas (dari stress, cahaya matahari dan sebagainya), Vita E Complex juga bantu sekatakan tona kulit dan pudarkan parut jerawat.

    🌸Clinele Pure Swiss Thermal Spring Water 50ml
    Yang ini boleh dapatkan di Watsons. Harga lupa sudah hehe tapi murah sikit dari Bioever Miracle water. Macam face mist. Kalau sembur masa muka rasa panas lepas berjemur sumpah nikmat sejuk rasa tau hehe

    Ok boleh tengok juga saya sharing ni dalam bentuk video hehe sekali bolehlah subscribe YouTube channel Momster Cantik 😉





    bisnes dari rumah

    Terima kasih sudi baca dan semoga bermanfaat.

    Yang obses jaga kulit
    Nija
    Momster Cantik
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top