Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Tahun ni tahun ke 4 dah rupanya MomsterCantik berpuasa dalam keadaan menyusukan anak.


    Berpuasa dan menyusukan anak pada masa yang sama sememangnya mencabar. Apa tidaknya, ibu menyusu kena pastikan kalori yang di ambil semasa bersahur mencukupi untuk pastikan anak dapat menyusu seperti biasa.

    Namun ada 3 cabaran utama yang sering di hadapi oleh Ibu menyusu bila ingin berpuasa dalam bulan ramadan.

    🔥Rasa lapar
    Ibu yang menyusukan anak sememangnya kerap merasa lapar apatah lagi selepa menyusukan anak. Jika keadaan ni biasa berlaku ketika hari biasa yang di boleh kan makan, apatah lagi ketika waktu berpuasa kan.

    Dalam keadaan yang teruk, ada Ibu menyusu yang menggeletar kelaparan. Harus diingat Ibu menyusu ada kelonggaran dan kemudahan untuk tidak berpuasa jika bimbang akan kesihatan diri atau anak (jika puasa memudaratkan diri dan anak yang disusukan).

    Cara atasi rasa lapar semasa berpuasa?
    Jangan skip sahur. Dengan sahur badan kita akan ada bekalan makanan untuk seharian berpuasa.

    Bersahurlah dengan makanan yang betul; makanan yang bernutrisi dan mengandungi kalori yang sesuai untuk Ibu yang menyusukan. 

    🔥 Keletihan
    Keletihan semasa berpuasa akan lebih terasa apabila tidak bersahur dan tidak mendapat rehat yang cukup.

    Makanan yang di ambil ketika bersahur akan menjadi tenaga pada siang hari. Jika tidak dapat sumber tenaga kita yang cukup (makanan semasa bersahur), ibu pastinya keletihan. Faktor rehat yang kurang juga membuatkan Ibu menyusu juga keletihan. 

    Cara atasi masalah keletihan?
    Jangan skip sahur
    Masuk tidur awal untuk pastikan rehat cukup sebelum bangun untuk sediakan juadah sahur pula.
    Siang hari kurangkan aktiviti luar yang memerlukan tenaga yang banyak atau terdedah pada cuaca panas.

    🔥Air susu berkurang
    Disebabkan pengambilan kalori yang kurang dan kurang minum air semasa berpuasa, ramai Ibu menyusu yang mengadu air susu drop atau berkurang.

    Kesannya anak meragam kerana tidak puas menyusu dan lebih kerap mengempeng bagi anak yang direct feeding/latch.

    Harus kita tahu penghasilan air susu memerlukan protein, kalsium, air dan sumber nutrisi lain. Sebab itu kita perlukan memakan makanan yang bernutrisi semasa sahur.

    Cara atasi masalah Air susu merundum?
    Pastikan ambil protein semasa sahur. Protein ada dalam ikan, telur, ayam dan daging. Pengambilan Air yang cukup jangan dilupa. Lebihkan air kosong bukan air manis. Boleh juga meminum susu untuk sumber kalsium.

    Saya ingat lagi tahun lepas, ada juga beberapa kali saya kena berbuka apabila NA menangis meragam sebab tidak puas menyusu. NA juga mengempeng lebih lama disebabkan mahu lebih air susu. Saya pula menggeletar kelaparan dan gastrik menyerang.

    Keadaan ni yang saya ambil peduli berpuasa tahun ni. Jadi saya memang dah ready sebelum bulan ramadhan untuk pastikan saya dapat berpuasa dan NA pula still boleh menyusu dengan gembira.

    Selain tidak skip sahur, saya pastikan ada protein dalam menu sahur. Protein ni bagus sebab bantu bagi tenaga dan rasa kenyang. Selain tu, saya minum air kosong dengan banyak semasa sahur. Sejak malam 1ramadan, saya masuk tidur awal sekitar jam11 (sebelum ni selalu tidur lewat).

    Selain tu, saya amalkan vitamin harian saya (Ibu menyusu memang perlukan makanan tambahan ya) juga saya bancuh susu segar bersama kurma dan tambah serbuk protein dalam bancuhan tu. Saya rasa minuman ni juga bantu saya kekal bertenaga dan rasa kenyang yang lama.



    Dalam vlog Saya pernah share pasal kebaikan ESP iaitu serbuk protein untuk Ibu breastfeeding dan sebagai energy booster.


    Ini pula resepi bancuhan susu segar bersama kurma dan Mealshakes. Saya rasa lebih tertenaga semasa berpuasa tahun ni.

    Boleh baca lanjut di post
    RESEPI SAHUR UNTUK IBU MENYUSU

    Kita tentu sekali mahukan puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni kan? Apa lagi jika Ibu menyusu atau wanita yang hamil. Dalam keadaan ada kemudahan dan kelonggaran, rasa semangat berpuasa tu ada. Tapi risiko juga tetap ada pada kesihatan Ibu dan anak. Sebab tu plan sebaiknya makanan dan waktu rehat 😉

    Ibu menyusu
    Nija
    #momstercantik

    Continue Reading


    KENAPA SUAMI MARAH 2% GAJI UNTUK ISTERI?


    Semalam abi AN & NA panggil masa dia tengok berita TV3 (syiok sudah buletin utama kan hehe). Sama-samalah kami tengok pasal KWSP surirumah.


    🌸2% dari gaji suami + RM50 dari kerajaan untuk KWSP surirumah🌸



    Boleh baca berita ni di Mstar Online

    Kalau difikir-fikir ngam lah kan:

    Kalau kita kerja makan gaji dan carum KWSP:

    Ada yang di potong dari gaji kita (hasil kita bekerja)

    Ada yang majikan carum


    So untuk idea ni;

    2% dari gaji suami tu hasil kita berkhidmat sebagai surirumah

    RM50 tu pula caruman kerajaan yang bertindak macam majikan


    Tapi sepanjang hari ni hot juga lah topik ni. Sebab apa?


    Ada golongan suami yang MARAH & TIDAK PUAS HATI. Marah diminta 2% dari gaji untuk isteri sendiri.

    Iya isteri sendiri. Bukan isteri orang lain.


    Isteri yang tidak keluar bekerja.

    Isteri yang duduk di rumah jaga anak kau.

    Isteri yang decide berkorban cita-cita untuk kau.

    Isteri yang jimatkan belanja dengan masak berbanding kau makan luar.

    Isteri yang sambut kau balik dan hiburkan kau.

    Paling penting ISTERI KAU. Bukan isteri orang lain.


    Lucu juga baca luahan konon PH ni pun satu, PH yang janji RM50 apasal babitkan suami pula?

    -kerajaan kan memang bagi RM50. Maksudnya ditepati la. Babitkan suami sebab isteri kau surirumah. Takkan suami orang carum untuk isteri kau? 


    Yang lagi lucu katanya

    Macam mana kalau ada 2-3 suri rumah? Katanya nanti ada abam-abam poligami buat BERSIH 10.0

    -yang kau berpoligami maksudnya MAMPU. Takkan 2% untuk isteri-isterimu pun berkira. Kalau berkira jangan poligami.


    Yang acah-acah Suami mithali kononnya dia rasa tiada siapa yang berkira mau bagi isteri. Setakat 2% lebih pun boleh tapi kerajaan yang janji apa cerita ambil gaji suami?

    -kata tidak berkira tapi tengah berkira komen kau ni bang 🤔


    Yang satu lagi kata penat-penat kumpul puluh ribu dari bujang lepas tu kenapa kena libatkan suami? Dia kata kerajaan gila!

    -kau yang gila! Penat isteri kau urus rumahtangga kau kira atau tidak? Kalau takut share duit sama isteri jangan kahwin yaa


    Yang ni hah 👉🏻 “Saya nak tanya... apa pasal nak kacau duit suami? Yang janji PH bukan Suami punya manifesto. Katanya hari2 suami bgi duit Kat isteri beli barang dapur, susu anak lagi... potong duit kerajaan sudah lah”

    -jap kau mention barang dapur, susu anak habis DUIT NAFKAH isterimu? Maksudnya kau bagi atau tidak ni?


    Berapa ramai isteri yang saya tahu suaminya tidak bagi duit nafkah. Hanya duit belanja rumah dan keperluan anak. Kesian tau.


    Suami-Suami kamu tahu tidak nafkah isterimu bukan kasih sayang saja? Tapi dari segi material juga. Cumanya ada isteri yang tidak Kisah tiada baju baru, kasut baru, beg baru tapi jangan guna kelemahan itu alasan tidak bagi isteri duit untuk simpanan.


    Itu jahat namanya!


    Para isteri,

    Kamu punya pendapat cemana?

    #momstercantik ni surirumah juga dan pendapat peribadi bagus lah kan. 


    Macam appreciation Suami untuk kita. Sebagai saving untuk masa tua kita. Suami ada simpanan masa tua, habis kita takkan hanya menumpang?


    Kau bayanglah Kalau duit pencen/kwsp tu suami sudi share masa tua nanti okay lah. Kau dapat Suami yang kedekut taik hidung masin, tinggal kenangan la kau setia puluh tahun jadi surirumah. Atau tengah-tengah tua suami kau decide poligami habis kau rasa semua isteri muda sanggup tidak minta apa-apa? Rupanya kau dapat sikit dia dapat banyak.


    Dan pendapat saya juga dengan adanya idea sebegini yang saya harap dilaksanakanlah, isteri yang selama ni tidak pernah dapat nafkah ini masanya kamu dapat sesuatu dari Suami setiap bulan.


    Suami Kalau dia sayang, mesti dia tidak berkira. Biarpun gaji dia sikit mesti dia berlapang dada sebab isteri sendiri kan. Partner dia till Jannah ❤️


    Kalau betul gaji pun sikit dan hanya untuk perbelanjaan dapur dan keperluan anak-anak, mungkin ini masanya cari side income yang halal dan sesuai 😉


    Kalau Suami kamu bebel pasal isu ni sendiri mau faham 🤭


    Akhir kalam, soalan saya pada golongan Suami sebegini:


    KENAPA MARAH 2% UNTUK ISTERI?


    Coretan seorang surirumah

    ❤️


    #nijasukasharing

    #nijabagitips


    Post asal saya post di akaun Facebook saya dan rata-rata setuju caruman 2% dari gaji suami





    Jaundis bayi

    Selamat berkongsi rasa,

    MomsterCantik 

    Continue Reading

    Ibu yang menyusukan anak istimewa seperti wanita yang hamil kerana ada kelonggaran dan kemudahan untuk tidak berpuasa.

    Namun sekiranya mampu, bertenaga dan tidak memudaratkan Ibu dan anak, boleh saja untuk berpuasa. Tetapi mesti fikir menu sahur apa yang sesuai terutama sekali Ibu menyusu perlukan kalori lebih untuk diberikan pada anak melalui air susu.

    So kali ni MomsterCantik berkongsi satu menu sahur yang membantu Ibu menyusu kekal bertenaga, air susu pun meriah dan BESTnya tidak sembelit walaupun berpuasa.


    3 bahan saja tapi hasil memang sedap tau resepi ni.


    Susu Kurma Homemade
    🌸 Bahan-bahan (hidangan untuk seorang)
    1 Cawan Susu segar
    3-5 biji Kurma (direndam semalaman)
    2 susu makan Mealshakes

    🌸 Cara-cara 
    1.Masukkan susu segar, kurma yang telah direndam dan Mealshakes ke dalam blender dan mula blender supaya di satu kan secara sebati.

    2.Tuangkan dalam gelas dan boleh sedia di minum. Boleh juga masukkan kiub ais dan blend sekali jika mahu dijadikan smoothie. 

    3.Sebelum minum niatkan supaya dapat membantu berikan tenaga, tahan lapar dan meriahkan air susu untuk anak.


    Nampak tidak buih-buih tu? So creamy so yummy tau susu kurma Mealshakes ni. Ala-ala ais krim kurma pun ya.


    MUDAHkan?

    Ingat lagi masa ramadan pertama tu, MomsterCantik langsung tidak rasa penat walhal menyapu rumah beberapa kali sebab NA & AN makan bersepah lepas tu AN pula insisted main jadi tiger la jadi singa la hehe petang pula kena masak untuk sungkai (iftar).




    Tidak perlu makan nasi masa sahur?
    Eh kena makan juga. Sebab bagi MomsterCantik nasi kena makan tapi kuantiti terkawal. Minum susu kurma Mealshakes ni selepas makan nasi. Sementara tunggu imsak tu bolehlah teguk bagi habis segelas.

    Resepi lain:
    🌺 Susu Kurma ESP
    Susu Kurma versi ni sama macam Resepi susu Kurma Mealshakes. Just gantikan Mealshakes dengan ESP.

    set asas berpantang Shaklee

    MomsterCantik prefer blend dengan Mealshakes (boleh juga blend campur ESP bersama Mealshakes untuk resepi di atas) kerana Mealshakes lebih creamy.

    Psstt Mealshakes ada promo sampai hujung bulan ni! Boleh contact MomsterCantik Untuk maklumat lanjut ya.

    Luv,
    Nija
    MomsterCantik semangat berpuasa


    Continue Reading

    Beberapa minggu lagi kita akan meraikan hari Raya aidilfitri. Selain kuih raya dan duit raya, ibu  bapa mesti tidak lari dari fikir baju raya anak-anak kan? Hah kasut raya lagi!




    Baju raya anak pula merangkumi baju kurung untuk anak perempuan, baju melayu untuk anak lelaki, baju dress/t-shirt, seluar jeans atau skirt. Ya lah kan takkan dah kalau beraya sampai ke malam anak masih guna baju kurung/melayu yang mungkin dah kena tumpahan air minum atau kotor dengan kuah rendang? Sebab tu kena ada baju persalinan yang selalunya orang prefer t-shirt apatah lagi kalau cuaca panas.


    Bila fikir kena beli sekaligus memang rasa manalah nak cari duit kan? Sebab tu kena fikir cara untuk beli baju raya dengan cara jimat dan tidak membazir. So Jom MomsterCantik share 5 cara:


    🌸Beli awal

    Kenapa awal? Ada banyak masa. Boleh beli sikit-sikit dulu. Ada duit sikit dah boleh beli sehelai dua atau sepasang dulu. Tanpa sedar lengkap baju raya.



    Ni adalah resit tarikh sebelum raya lagi. Waktu ni saya dan Suami sudah mula beli sikit demi sikit baju anak-anak.


    Tidak membazir? Tidak juga sebab selalunya bila dalam keadaan seperti ni kita boleh berfikir ikut bajet yang ada masa mahu beli tu. Kalau beli dalam masa yang singkat, ada possibility kita akan kaut apa saja depan mata sebab masa dah suntuk.


    🌸Beli masa promo

    Selalunya akan ada waktu promosi sempena festival atau perayaan atau sambutan tertentu. Ini cara sangat selalu orang guna untuk shopping apa pun. So why not apply untuk beli baju raya anak.


    Contoh paling saya ingat 4day special yang Padini buat beberapa minggu lepas. Memang di tunggu-tunggu dan memang ramai sangat orang.


    Selain tu boleh juga tengok any spesific brand untuk budak-budak seperti Poney. Poney pun rajin buat sale.



    Kredit: FB Padini

    Hari tu saya tidak sempat beli any baju untuk AN & NA sebab que di kaunter panjang sangat (padahal dah pegang dua helai baju anak-anak). Terus cancel niat 😅



    Kredit gambar: FB Poney

    Hari tu nampak di fb Poney buat jualan gudang. Sedih tengok sebab Kat Sabah tiada huhu Saya personally suka material Poney. Berkualiti.


    Dari segi kasut pun, baik Beli masa ada promo.



    Contoh kasut ni harga asal RM59.90. Disebabkan ada promo dan one last piece dapatlah pada harga promo RM49. Jimat juga RM10.90 kan hehe



    Tidak membazir? Semestinya tidak sebab masa promo ni selalunya harga akan turun. Dan dengan keadaan bajet yang kita ada masa mahu beli tu, kita akan ada lebihan duit atau mungkin juga sesuai dengan bajet kita waktu tu. So mana yang ada lebihan boleh beli benda lain atau simpan dalam tabungan anak. Ting!


    🌸Beli combo

    Selalunya pakaian yang dijual secara combo ni boleh dapat beberapa helai atau boleh dapat sepasang baju dan seluar/skirt. Antara jualan combo yang popular beli 3 pada harga dua, harga RMxx untuk baju dan seluar, RMxx satu set yang mengandungi beberapa helai baju atau seluar.



    Tag ni mudah faham kan. Tak silap tag ni baju. Maksudnya Kalau beli dua baju ni harga RM50 sahaja. Boleh pilih warna yang berlainan sebab baju ni ada beberapa warna yang berbeza.



    Yang tag seperti ni pula kita kena tahu harga asal setiap item. Kalau tidak silap ni tag legging. Legging ni harga Kalau kita beli satu RM19.90. Kalau beli 3, kita hanya perlu bayar pada harga 2 helai. Atau satu lagi cara untuk faham: beli 2 percuma satu. Jimat lah RM19.90 korang hehe



    Yang ni pun mudah faham kan. Beli 3 harga RM50. Kalau harga biasa RM19.90X3 = RM59.70. So jimat lah RM9.70 korang hehe



    Tidak membazir? Tidak sebab belian combo boleh dapat lebih sehelai pada harga lebih murah. Agak leceh juga Kalau baju harga lain, seluar harga lain. Kalau bajet agak tight, tentu sekali sambil ambil sambil kira total. Kalau dah dijadikan combo contohnya harga sekali baju dan seluar tentu sekali lebih murah dan memudahkan kita sebagai parents atur kewangan.


    🌸Beli secara sharing

    Belian secara sharing jimatkan kos pengeposan (postage fee)-boleh dapat pakaian yang diinginkan dalam combo tanpa perlu belanja harga the whole combo



    Ni contoh buat pembelian secara sharing. Manfaat besar bila kita buat sharing is dapat jimatkan kos postage.



    Tidak membazir? Nama juga belian sharing maksudnya kita hanya akan beli mana yang kita mahu dan sesuai dengan bajet kita waktu tu. Begitu juga dengan kawan-kawan kita buat belian sharing tu. Masing-masing ada pilihan mengikut bajet cuma disatukan untuk penjimatan kos pos. Lagipun tidak membazirlah bayar kos pengeposan kan hehe


    tips atasi gastrik


    🌸Beli dengan side income

    Selalunya gaji kerja hakiki lebih pada utilities dan keperluan rumah. Habis tu dekat raya ni cemana dengan baju raya anak-anak? Takkan buat loan? Tambah beban nanti. Sementara sempat ni kan, why not ada side income yang boleh beli baju raya anak tanpa guna duit gaji. Dengan macam tu, kita akan rasa tidak terbeban berbelanja.


    Side income? Cemana cari? banyak jenis side income zaman sekarang. Ada yang buat bisnes ada yang buat extra kerja. Orang kata masa bulan ramadhan ni lah rezeki banyak sangat sebab peluang biz sangat besar sebenarnya.


    Macam saya sendiri buat kerja dari rumah atau wahm. Pendapatan saya juga saya spent pada keperluan anak-anak. The best feeling ever bila kita ni surirumah pun mampu belikan barang-barang anak.


    Ok settle sharing 5 cara jimat kita beli baju raya anak tanpa kita buat pembaziran. Hopefully kita dapat berbelanja dengan bijak dan beringatlah kan 😊


    Luv,

    Nija

    Si #momstercantik 

    Continue Reading
    Kemuliaan ramadan memang dinanti-nantikan oleh seluruh Umar Islam. Orang berebut untuk dapat extra pahala, extra rezeki dan extra perubahan dalam bulan puasa. 

    Berpuasa adalah satu bentuk ibadah  dan paling signifikan dalam bulan ramadhan. Namun tidak semua mampu berpuasa tanpa cabaran kesihatan sampai ada yang kata “saya ada penyakit susah untuk berpuasa”


    Apa 5 penyakit yang selalu menghantui mereka yang mahu berpuasa? Dan Bagaimana pula cara untuk mengatasi setiap satu masalah dan cabaran semasa berpuasa?

    🌸Letih
    Tidak cukup tidur, nutrisi dan elektrolit yang kurang semasa berpuasa menyebabkan tenaga berkurang dan keletihan.

    Apa yang perlu kita buat?
    Dapatkan rehat yang cukup dan masuk tidur awal untuk mendapat kualiti dan masa tidur yang cukup.
    Kekal hidrasi dengan mengambil minuman isotonik seperti Perfomance Drink Perisa Orange.
    Pastikan rancang diet dengan ambil kira makanan yang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lama seperti protein. Boleh dapatkan protein segera dengan meminum ESP isolate Mix powder.
    Pengambilan Coenzyme Q10 juga disarankan semasa sahur sebagai penggalak tenaga.

    🌸Dehidrasi
    Badan kita akan kehilangan elektrolit secara natural melalui pernafasan, perpeluhan dan perkumuhan. Jika badan kita kehilangan elektrolit secara berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi apalagi jika kita terlalu terdedah pada suhu yang tinggi, tidak cukup bendalir sebelum memulakan puasa dan aktiviti fizikal yang memerlukan pergerakan yang banyak. Dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala dan jika dibiarkan merbahaya pada kesihatan.

    Elakkan dehidrasi dengan:
    Pastikan berada dalam keadaan suhu yang tidak panas. Jika bekerja terdedah pada matahari, sesekali cari tempat berteduh
    Ambil minuman isotonik semasa sahur dan semasa berbuka. Minuman isotonik membantu menambah bendalir dalam tubuh. Pilih minuman isotonik yang tidak berkarbonat dan kurang gula.

    🌸Penambahan berat badan yang tidak diingini
    Masa puasa akan ada kemungkinan penambahan berat badan secara tiba-tiba bagi sesetengah orang. Maklumlah bulan puasa ni banyak pilihan makanan sebab tu sangat terdedah pada terlebih makan atau pengambilan makanan berlemak yang sedap.

    Apa cara?
    Makan dalam kuantiti terkawal
    Mengawal diri apabila berkunjung ke bazar ramadan. Beli yang perlu dan bukan ikut nafsu.
    Ambil makanan semasa sahur yang memenuhi keperluan nutrisi seperti protein, fiber dan kalsium. Pengambilan karbohidrat pula secara terkawal.


    🌸Sembelit
    Semasa berpuasa, sembelit boleh kita alami. Ini disebabkan kekurangan cecair dan serat dalam diet kita semasa berpuasa. 

    Apa yang perlu kita buat:
    Pastikan badan hidrat dengan air semasa sahur dan berbuka (iftar).
    Semasa sahur dan selepas berbuka makanlah buah dan sayur yang banyak.
    Boleh juga mengambil makanan tambahan yang mengandungi daun senna kerana daun senna digunakan secara tradisional sebagai natural laxative.

    🌸Pedih Ulu hati
    Semasa berpuasa, asid perut akan berkurang tetapi pedih ulu hati boleh berlaku. Sebagai contoh, makanan yang kita ambil semasa sahur boleh menyebabkan signal semulajadi ke otak untuk tingkatkan penghasilan asid di dalam perut.

    Kawal pedih ulu hati dengan:
    Makan secara berpada-pada
    Elakkan makanan berminyak dan pedas
    Kurangkan pengambilan kafein
    Ambil protein tumbuhan
    Ambil makanan yang bantu legakan ketidakselesaan usus seperti pudina dan halia

     Selain pengambilan makanan yang betul, ikhtiar dengan makanan tambahan juga disarankan. Antara makanan tambahan yang sesuai:

    🌺 ESP Isolate Mix Powder


    Bantu memperkuatkan perut dan otot esofagus.
    Juga bagus sebagai tenaga segera dengan membancuh bersama mealshakes dan Perfomance

    🌺Cinch Shake Mix

    Minuman protein serat dan kalsium yang membantu mengawal berat badan bertindak sebagai meal replacer

    🌺 Mealshakes


    Kaya dengan serat bantu elak sembelit
    Menyediakan 19 vitamin perlu dan mineral bagi penuh I keperluan nutrisi harian

    🌺 Perfomance Drink


    Minuman penghilang dahaga yang menghidrat dan mengandungi teknologi OPTI-LYTE untuk menyediakan sumber tenaga dan menyokong hidrasi optimum dengan segera

    🌺 CoQTrol Plus

    Suplemen yang membantu boost tenaga kerana kandungan Coenzyme Q10, resveratrol dan Tocopherol.

    🌺 Peppermint-ginger plus
    untuk legakan ketidakselesaan sistem pencernaan



    Boleh dapatkan makanan tambahan seperti yang di atas ni dengan menghubungi MomsterCantik (klik hubungi MomsterCantik sekarang):

    HUBUNGI MOMSTERCANTIK SEKARANG


    Ohya boleh juga buat pembelian secara online menggunakan kad kredit atau kad debit. Hubungi MomsterCantik untuk MomsterCantik bantu step by step ya.


    Semoga bulan puasa tahun ni kita lebih sihat dan cergas agar boleh beribadah dan kaut pahala yang lebih. 

    Luv,
    Nija
    Si MomsterCantik berpuasa sambil menyusukan anak

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top