8 keadaan kulit muka sihat dan cantik

5:55 pm





Saya pernah breakout dan saya pernah kulit licin tanpa sebarang jerawat. Kulit yang kusam juga saya pernah alami. Pori pada kulit muka saya juga agak besar. Keadaan kulit kita sebenarnya bergantung pada jenis kulit kita.

Tahun lepas bulan Oktober/November kalau tidak silap, Shaklee ada buat free checkup untuk skin analysis buat ahli Shaklee dan bukan ahli Shaklee. Kira macam open day gitulah.

What makes me so excited ialah waktu saya baru ‘sembuh’ dari breakout which totally my skin dirawat secara natural remedies dan mesin yang digunakan memang canggih. So lepas saya dan suami bawa anak-anak pergi Zoo (AN insisted tengok tiger hehe), kami terus ke Shaklee branch untuk buat skin analysis.

Sampai tu, saya kena isi satu borang untuk details dan actually that form ada poin apa yang akan dianalisis oleh mesin tu. Saya berjaya pujuk suami join check kulit juga ehhh choppp! Suami sendiri mahu haha!

So dipendekkan cerita, ini result saya:




Sayangnya I forgot to ask my husband snap my picture during the skin check huhu
But here is my husband picture instead haha!




Ohhh the beautiful lady yang handle mesin tu salah seorang Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia. Kulit dia sihat, cantik dan glowing sangat.

Apa maksud setiap analisa dalam borang tu?

Oil content
Ini rata-rata tahu, kandungan minyak dalam kulit kita. Ada macam-macam jenis kulit kan; normal, berminyak, kering, kombinasi dan sensitif. Orang yang kulit jenis berminyak, kandungan minyak dalam kulit memang tinggi.

Moisture content
Kulit kita perlukan kelembapan. Orang kulit kering selalunya kelembapan kulit adalah rendah. Bila kelembapan rendah, kulit cepat nampak tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan. Dengan skin analysis ni, kita boleh tahu sama ada kulit kita tu ada lembapan yang normal atau rendah.

Texture
Texture maksudnya di sini sama ada kulit kita ni licin atau tidak. Contoh kalau kulit ada parut berlubang tu tekstur kulit tidak okay.

Complexion
Complexion maksudnya tona kulit. Bila tona kulit tidak sekata dan kulit kusam, complexion kulit jadi tidak cantik. Kata pakar nutrisi, orang yang complexion-nya bagus usually lapisan dalam kulit cukup nutrisi dan pengaliran darah lancar.

Elasticity
Bila sebut kolagen memang akan kita kaitkan dengan keanjalan kulit. Keanjalan akan mula menurun bila kandungan kolagen dalam badan kita berkurang. Walaupun badan kita boleh hasilkan kolagen namun semakin berusia, semakin menurun kadar penghasilan kolagen dalam badan. Elasticity dalam skin analysis ni akan periksa tahap keanjalan kulit.

Pigment
Paling senang untuk faham pigmen ni jeragat. Selalunya kekurangan melanin buat jeragat timbul. Dan antara sebab kulit mula ada pigment ialah kulit terdedah pada cahaya matahari.




Inflammation
Inflamasi atau keradangan ni selalunya ada pada mereka yang berjerawat. Kulit yang mudah tumbuh jerawat akan keradangan. Tanda ketara keradangan seperti bengkak dan kemerahan. Nahhh kulit yang sensitif pun tahap keradangan tinggi juga banding kulit normal.

Pores
Kita semua ada pori cuma yang membezakan adalah saiz pori tu sendiri. Orang yang kulit berminyak selalunya saiz pori adalah besar. Bila saiz besar, mudak tersumbat bila kulit tidak dibersihkan sepenuhnya. Bila tersumbat, boleh undang pertumbuhan jerawat. Kulit prone to acne selalunya saiz pori agak besar.





Keadaan kulit saya ok atau tidak?

Lepas dah buat skor untuk kulit tu kan, dapatlah konsultasi special dan PERCUMA! Mengikut kata pakar nutrisi, dari result saya tu boleh nampak keadaan kulit saya jenis normal. Semua normal kecuali pores agak besar di bahagian pipi dekat bahagian hidung. So kalau saya jadi malas atau culas jaga muka memang mudah jerawat datang sebab pori tersumbat dan kulit mati berkumpul while bakteria suka untuk hidup serta lagi buat buat pore increase in size. Bila bakteria berkumpul hah tudiaaa keradangan boleh jadi. Lagi mudarat jerawat nanti.

Yang paling dipuji oleh pakar nutrisi ialah complexion kulit muka saya hiks!
No wonder saya rasa bila ambil gambar tiada kusam dah hehe
Dan satu yang saya perasan macam sekarang ni bila apply foundation nipis pun kulit dah senang blend dan sekata. No need more layer untuk hide tona kulit yang tidak sekata.

Saranan pakar nutrisi pada saya: jaga pemakanan, exercise dan lebihkan protein, boleh mula ambil suplemen kolagen untuk perbaiki pores (kecilkan saiz pori) dan teruskan konsisten dengan vitamin C dan vitamin E. Konsisten dengan skincare yang sesuai dengan kulit.

Apa yang boleh kita buat untuk improve keadaan kulit?

Kenali kulit kita
ini benda paling basic sebab kalau kita kenal jenis kulit kita, kita lebih mudah cari cara untuk bantu kulit kita lebih sihat dan cantik. Kena tahu juga apa masalah kulit kita.

Oil content
untuk orang yang kulit berminyak, mesti jaga oil content. Guna skincare yang sesuai untuk kulit berminyak. Jangan cari skincare sebab terpengaruh oleh iklan ataupun nampak kawan kulit cantik terus assume apa yang dia pakai kau pun sesuai pakai. Ahhh jangan banyak sangat makan makanan berminyak hehe

Moisture content
untuk kulit yang kering, mesti gunakan skincare yang ada bahan yang bantu tingkatkan kelembapan. Untuk yang kulit berminyak jangan sangka kulitmu tidak perlukan pelembap! Kalau saya, pilih pelembap yang lebih kepada purifying to normal sebab hydrating lebih sesuai untuk kulit kering.

Texture
Tektur kulit akan better bila parut berlubang berkurang atau hilang terus. Parut berlubang ni perlukan protein jenis kolagen untuk buat parut tadi ‘diisi’ dan tekstur kulit pun lebih licin dan halus. Selain kolagen, vitamin C juga penting sebab vitamin C bantu penghasilan kolagen. Boleh lebihkan vitamin C dalam diet harian sama ada dari real food atau suplemen. Saya pili vitamin C Shaklee.

Complexion
Untuk tona kulit yang lebih sekata, saya sangat suggest guna sunscreen uv protection setiap hari bila kerja atau aktiviti menuntut keluar terdedah pada cahaya matahari. Minum banyak air juga membantu kalau ikut pengalaman saya. Macam saya cakap awal tadi, pakar nutrisi ada inform yang kulit yang complexion nya bagus bila mana nutrisi cukup dan aliran darah lancar. So mesti cukupkan nutrisi dan bersenam untuk bantu pengaliran darah yang lancar.

Elasticity
Untuk bantu kulit tetap anjal, kolagen dalam badan mesti cukup. Memang kulit kita hasilkan kolegan tapi berita buruknya semakin kita tua semakin berkurang penghasilan kolagen.

Pigment
Pigmentasi boleh dielak untuk terjadi lebih awal dengan gunakan sunscreen atau sunblock bila keluar rumah. Hormon yang tidak stabil pun boleh timbulkan pigmen. So bolehlah mula amalkan omega-6 untuk hormon stabil dan makan suplemen yang boleh ‘act’ sebagai pelindung uv yang boleh dimakan hehe.

Inflammation
Untuk inflamasi bagi saya jaga makan sebab makanan boleh trigger keradangan contohnya makan banyak gluten.

Pores
Untuk pores, banyak benda kita boleh ikhtiar. Saya sendiri dulu lagi besar pori berbanding sekarang. Tapi saya perasan sejak saya breakout tu saya paksa diri untuk rajin bersihkan kulit muka sebersihnya dan guna toner.

Ohya sebelum terlupa, saya ada share (link: petua kecilkan pores dalam facebook. Boleh baca sebab banyak saya share petua dalam sharing tu. Rugi tidak cuba!

Sebelum saya tutup sharing kali ni saya suka juga untuk share apa yang saya amalkan untuk bantu kulit lebih sihat dan cantik:




1. Saya banyak minum air (bukan air manis atau bergas)
2. Saya mesti banyak makan sayur hijau
3. Saya disiplinkan diri cuci muka, guna serum, guna toner, apply pelembap dan cream. Juga tidak lupa apply pelembap yang ada SPF.
4. Saya telan suplemen yang juga bagi manfaat kesihatan untuk kulit selain kesihatan badan
5. Saya mahu konsisten bersenan (doakan saya hehe masih culas ni harapnya 2018 lebih disiplin)

Phewwww settle pun sharing kali ni. Saya tiba-tiba teringat sesi skin check dan analysis tempoh hari tu sayang kalau tidak saya abadikan dalam blog hehe
So here it is saya dah share dan bolehlah dibaca kemudian hari.

Semoga bermanfaat untuk pembaca yang singgah :)

Luv,
Nija si Momster Cantik
yang suka banget cantik hehe

You Might Also Like

0 comments