YOUTH Shaklee Skincare Selamat dan Terbaik di Malaysia
3:59 pm
Tahun lepas bila saya dapat tahu skincare Nutriwhite dihentikan jualan secara global terus terang sedih sebab Nutriwhite adalah produk skincare yang sangat baik dan sesuai untuk kulit orang Asia. Saya sendiri pengguna Nutriwhite yang gembira dengan hasil konsisten menggunakannya. Bayangkan betapa sedihnya saya.
Apalah skincare yang akan saya guna lepas ni?
Rupa-rupanya Shaklee bawa masuk rangkaian skincare yang lagi hebat. Bayangkanlah Nutriwhite pun sudah bagus, skincare yang baru ni mesti lagi bagus kan. Akhirnya bulan Mac Shaklee lancarkan skincare baru yang diberi nama YOUTH.
Jom berkenalan dengan YOUTH. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan hehe
YOUTH SKINCARE
Saya berpendapat Shaklee punya concerns tentu sekali pada penuaan kulit wajah zaman sekarang ni yang disebabkan faktor luaran seperti stress, pencemaran dan pendedahan kepada sinaran UV. Faktor sebegini menyumbang pada pengumpulan radikal bebas yang rosakkan sel kulit dan kerosakkan pada sel kulit menyebabkan tanda penuaan timbul dan kulit wajah kelihatan berusia.
Kelebihan YOUTHTM berbanding produk penjagaan wajah lain
YOUTH mengandungi Youth Complex. Youth Complex ni menggabungkan antipenuaan sains dan semulajadi. Dengan bantuan teknologi terkini dan bahan botanikal yang terbaik, membuatkan YOUTH dihadapan berbanding produk skincare yang lain. Apa lagi hasil dari ujian klinikal mendapati hasil 100% kesan positif! YOUTH menjadi kejayaan yang manis (breakthrough) dalam bidang skincare apabila menjadi skincare yang natural tetapi memberi kesan yang pantas; sepantas 7hari kita dah boleh nampak kesan positif pada kulit muka!
Bahan-bahan YOUTHTM
YOUTH menggunakan The Power of Botanicals. Dengan 8 paten dan paten-pending, setiap produk dalam rangkaian YOUTH diformulasi secara spesifik untuk mengatasi pelbagai kesan penuaan. Setiap satu bahan dalam YOUTH ada fungsi tersendiri untuk tackle masalah tanda penuaan awal.
Apple Stem Cell
Kajian mendapati Apple stem cell mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. Ia juga bantu mengekalkan dan membaiki tisu kulit agar kulit kelihatan lebih berseri dan lembut.
Schisandra chinensis
Ia membantu keremajaan struktur kulit dengan cara menyuburkan kulit dengan vitamin-vitamin dan antioksidan.
Lotus Japonicus
Youth Complex (patent-pending) yang mengandungi Lotus japonicus mengaktifkan protein untuk menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Paduan Lotus japonicus dengan ekstrak buah Schisandra chinensis yang secara struktural membantu berikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit.
Anggur muscadine
Gabungan polifenol di dalam anggur muscadine melindungi dan membaiki DNA selular dalam kulit sambil menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
Vital Repair®+ Complex
Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.
Jaminan YOUTHTM
Produk penjagaan wajah YOUTH menawarkan produk yang telah diuji secara klinikal yang dihasilkan dengan keharmonian alam semulajadi. YOUTHTM bebas dari 1500 bahan kimia merbahaya dan bahan yang diragui yang akan membahayakan diri kita dan persekitaran kita. Janji YOUTH; bukan sahaja kesihatan kulit meningkat secara dramatik, malah jaminan kulit akan lebih muda 100%!
Langkah penjagaan kulit YOUTHTM
Dalam regimen penjagaan wajah YOUTH terdapat 6 produk yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan kulit mengikut langkah penjagaan wajah yang sepatutnya iaitu:
Luminous Gel Oil Cleanser
YOUTH® Activating Serum
Age Defense Moisturizer - SPF50
Advanced Renewal Night cream
Radiance C+E
Testimoni awal YOUTH
Jomlah saya tunjuk testimoni pengguna awal YOUTH yang dari US. Kenapa US? Sebab sana launching dulu so orang US guna dulu lah kan hehe
Rata-rata pengguna awal tu ketara sangat perubahan pada kedutan dan pigmentasi. Kedutan antara igauan para wanita kan. Bila ada skincare yang boleh hilangkan kedutan maksudnya skincare tu just WOW!
Perasan tidak jeragat wanita ni berkurang dan kulit lebih cerah lepas gunakan YOUTH |
ketara kan kedutan tu makin sedikit di bahagian smiling lines selepas guna YOUTH |
Hahhh orang lelaki pun boleh guna YOUTH |
Review awal Momster Cantik Berkenaan YOUTH
Januari lepas, saya ada attend kelas introduction YOUTH ni di branch Shaklee Kota Kinabalu. Selain info pengenalan tentang YOUTH, dapatlah juga saya try YOUTH. Boleh rasa tekstur, bau dan tengok sendiri rupa YOUTH secara face-to-bottle hehe
Memandangkan saya dulu pengguna tegar Nutriwhite, saya boleh kata YOUTH ni jauh lebih bagus. Dari segi apa? Mari saya senaraikan:
1. Packaging
Warna packaging yang sangat minimalis. Masih mengekalkan warna putih seperti Nutriwhite dulu. Tetapi perbezaan ketara ialah YOUTH mengurangkan penggunaan penutup yang berasingan dari botol/tiub YOUTH. Nutriwhite punya regimen semua penutup botol terpisah dari botol/tiub.
2. Claim-jenis kulit
Saya ingat lagi masa mula-mula guna Nutriwhite dulu saya agak risau tidak sesuai dengan kulit sebab Nutriwhite diformulasi khas untuk mereka yang berkulit normal. Tetapi YOUTH dihasilkan sesuai untuk SEMUA jenis kulit. Yeppp you hear me right hehe
3. Kuantiti
Paling ketara pada saya ialah cleanser YOUTH kecil berbanding cleanser Nutriwhite. Saya sangat suka pada cleanser Nutriwhite dulu sebab kuantiti yang banyak dan lama digunakan. Tapi sebab kandungan anggur muscadine di dalam cleanser YOUTH saya jadi teruja walaupun kuantiti sedikit hehe
Toner YOUTH lebih banyak dari toner Nutriwhite, serum dan night cream YOUTH sama sahaja kuantitinya dengan Nutriwhite.
4. Bau
Dari segi bau, saya sebenarnya terkejut sebab bau YOUTH sangat wangi tetapi dikatakan skincare yang natural. Rupanya bau-bauan YOUTH bukan dari pewangi sintetik tetapi wangian asli dari bahan botanikal. Nutriwhite dulu bau tidak wangi seperti YOUTH.
5. Tekstur
Tektur cleanser YOUTH seperti gel manakala Nutriwhite dulu creamy. Serum YOUTH sangat mudah menyerap. Night cream juga agak light teksturnya, toner YOUTH juga lebih ringan dan bagi radiance C+E tekstur agak oily tetapi mudah menyerap. Saya pada mulanya agak bimbang bila rasa Radiance C+E tu bit oily sebab dulu kulit saya oily hehe tapi bila massage pada kulit eh… rupanya senang pula absorbed dalam kulit.
Harga
Set Rawatan Intensif dan Pemulihan (Intensive Treatment & Repair Set)
Set lengkap mengandungi 6 produk iaitu Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, YOUTH Activating Serum, Age Defense Moisturiser-SPF50, Advanced Renewal Night Cream dan Radiance C+E. Set lengkap ni membantu menangani tanda-tanda penuaan, mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam penuaan serta pigmentasi, memperbaiki kerosakan disebabkan oleh matahari, meningkatkan kecerahan dan seri wajah.
Harga retail set lengkap YOUTH: RM1338.25
Good news untuk bulan Mac ini:
Dengan pembelian set Rawatan Intensif dan Pemulihan, banyak offer best. Saya senaraikan ya:
Free membership
Free Radiance C+E yang bernilai lebih dari RM400
Free beauty bag YOUTH bernilai lebih dari RM50
Cash bonus RM48
Jimat 20% dari harga retail
Free Postage
Ok kalau mahu grab promo ni cepat klik gambar di bawah ni untuk pembelian secara online
Set Permulaan (starter set)
Set permulaan pula mengandungi 4 produk iaitu Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, Youth Activating Serum, Age Defense Moisturiser-SPF50, Advanced Renewal Night Cream dan Radinace C+E. Set permulaan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masalah kulit dan hanya inginkan regimen penjagaan wajah asas yang mudah dan ringkas untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit untuk mengekalkan keremajaan.
Harga retail set asas YOUTH: RM901.00
Untuk dapatkan harga yang lebih murah, saya suggest korang mendaftar sebagai ahli. Once daftar, korang entitle dah harga ahli dan next purchase of course enjoy harga murah juga. How? Klik gambar daftar sekarang tu:
Cara untuk beli YOUTH
Ok mesti ada yang terfikir untuk cuba YOUTH kan? Actually Mac ni YOUTH adalah official launching untuk YOUTH dalam pasaran Malaysia. Maksudnya set YOUTH is available untuk dibeli yeyyy! Untuk permulaan, hanya set lengkap (full set) dan set permulaan (starter set) yang akan dijual. Untuk belian secara loose item belum ada official date.
Dalam full set ada kesemua item yang saya tunjuk dalam bahagian langkah penjagaan kulit YOUTH. Specialnya untuk Mac Radiance C+E tu akan diberikan secara percuma! Yes FREE!
Starter set cuma ada 4 item iaitu cleanser, toner, moisturiser dan night cream (tanpa serum dan Radiance C+E).
Ada dua cara untuk dapatkan YOUTH; belian secara terus dengan kad kredit atau kad debit atau boleh contact Momster Cantik untuk order.
Ohya kalau berminat dapatkan suplemen untuk kulit sihat dan cantik boleh juga dapatkan dari Momster Cantik tau. Janji saya ini suplemen yang berdaftar dengan KKM, halal dan bersifat natural-based yang ada ujian klinikal.
Untuk sesi sharing seterusnya saya akan share testimonial pengguna terawal di Malaysia which sangat mengujakan hasilnya! Momster Cantik kalau dah guna YOUTH nanti mesti jadi double cantik hehe
Jom beYOUTHful,
Nija
Momster Cantik yang suka bab cantik
1 comments
Dulu akak ingat Shaklee cuma keluarkan produk kesihatan ja, lepas dah baca posting rakan2 bloggers baru tau yg Shaklee pun ada produk skincare. :D
ReplyDelete