Kesan cahaya matahari pada kulit dan cara lindungi kulit muka
10:21 am
Minggu ni suami busy dengan sukan sekolah. Saya sebagai tipikal isteri yang suka banyak pesan (read: bebel) semestinya pesan pada Suami jangan lupa makan vitamin E, jangan lupa guna moisturiser YOUTH sebab ada SPF50, jangan lupa minum air Kalau panas.
Lepas tu terfikir pula cahaya matahari ni bukan setakat boleh buat sunburn tapi ada dua lagi kesan yang tidak best dan akan ambil masa bertahun juga untuk nampak. Sunburn akan membuat keradangan berlaku.
Selain sunburn, penuaan pun boleh berlaku disebabkan cahaya matahari yang kerap ‘jumpa’ kulit kita. Cahaya matahari bawa sinaran UV atau uv light. UV ni pula ada dua jenis iaitu UVA dan UVB.
Mudah untuk kita faham, UVA ni selalu akan affect lapisan kulit luar tetapkan UVB akan bagi kesan pada lapisan kulit dalam kita. Selalunya kanser kulit disebabkan UVB.
UV secara umum akan rosakkan serat dalam kulit iaitu elastin. Bila elastin rosak, kulit jadi ‘jatuh’ dan merenggang dan kemudian susah untuk kembali ke bentuk asal. UVB rays rosakkan elastin, perlahankan penghasilan kolagen. Kesan yang bertahun akan nampak ialah kulit jadi sagging, berkedut & ada sunspot.
Kerosakkan dari cahaya matahari juga boleh menyumbang kepada aktiviti sel yang abnormal dan pertumbuhan sel yang kemudian nya boleh menjadi kanser.
Simptom kanser ni boleh dikurangkanatau di hilang kan apabila dirawat dari awal.
Cara lindungi kulit dari kesan buruk UV
So apa cara yang boleh kita buat untuk kurangkan kesan UV tu pada kulit kita? Sebab kita tidak boleh simply cakap elakkan cahaya matahari sebab ada orang komitmen dia mesti bekerja bawah cahaya matahari. Oleh itu, istilah yang betul ialah kita kurangkan effect UV.
🔥 skincare
Krim atau lotion sunscreen selalunya tekstur berat dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelembap untuk kegunaan harian. So option terbaik carilah krim pelembap yang mempunyai SPF. Pelembap seperti ini akan bantu kulit kekal hidrat dan terlindung dari sinaran UVB.
🔥 Habit
Kalau keluar rumah please pilih pakaian, kosmetik dan lenses yang ada uv protection.
Paling senang gunalah sunglasses yang UV protection juga ok.
Ohya seboleh-bolehnya elakkan berada bawah cahaya matahari di antara 10pagi ke 2petang. Pada waktu ni cahaya sangat terik dan panas.
Untuk yang selalu terdedah pada cahaya matahari, buatlah pemeriksaan kulit sendiri untuk kenalpasti perubahan pada kulit.
🔥 Diet
Makanan yang mengandungi antioksidan mengurangkan keradangan dan radikal bebas. Maksudnya ada perlindungan dari cahaya matahari.
Sayuran lobak, ubi manis, brokoli mengandungi beta karotena (antioksidan yang ada property sunscreen)
Tomato, tembikai, betik pula ada lycopene bantu kurangkan kemerahan pada kulit dan neutralkan radikal bebas
Sayuran hijau seperti kale dan bayam juga teh hijau bagus untuk lindungi kulit
Selain dari pemakanan, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi antioksidan juga membantu seperti vitamin C, Vitamin E dan vitamin A.
Akhir sekali saya mahu share 3 benda yang saya amalkan dan WAJIB ada dalam handbag untuk refresh kulit dari kepanasan cahaya matahari pabila berada di luar rumah.
🌸YOUTH Age Defense Moisturiser- SPF50
Ini Moisturiser yang saya guna sekarang. Serious jimat walaupun orang kata bit pricey. Kenapa saya kata jimat sebab guna sikit, picit sebesar saiz kacang hijau pun dah cukup.
Dalam banyak Moisturiser yang saya pernah cuba, ini buat saya teruja untuk cuba sebab ada SPF50. Tahu tidak di negara pengeluar iaitu US, Moisturiser ni dijual dengan SPF30? Shaklee decide buat SPF50 khas untuk Malaysia sebab ambil kira cuaca kita yang sepanjang tahun panas.
🌸Vita E Complex
Macam saya, saya amalkan vitamin antioksidan dan salah satunya ialah Vita-E Complex brand Shaklee. Saya makan sejak tahun Disember 2016 dan sang happy dengan kulit saya. Selain membantu kurangkan kesan radikal bebas (dari stress, cahaya matahari dan sebagainya), Vita E Complex juga bantu sekatakan tona kulit dan pudarkan parut jerawat.
🌸Clinele Pure Swiss Thermal Spring Water 50ml
Yang ini boleh dapatkan di Watsons. Harga lupa sudah hehe tapi murah sikit dari Bioever Miracle water. Macam face mist. Kalau sembur masa muka rasa panas lepas berjemur sumpah nikmat sejuk rasa tau hehe
Ok boleh tengok juga saya sharing ni dalam bentuk video hehe sekali bolehlah subscribe YouTube channel Momster Cantik 😉
Terima kasih sudi baca dan semoga bermanfaat.
Yang obses jaga kulit
Nija
Momster Cantik
0 comments