Cara pilih skincare mengikut umur
4:00 pm
Semakin berusia, perubahan kulit muka ketara apabila kulit semakin kering, menipis dan lebih sensitif.
Langkah utama dalam pemilihan produk penjagaan wajah adalah dengan memahami keperluan kulit seiring usia.
Produk penjagaan kulit muka atau skincare yang kita gunakan pada umur 20an mungkin tidak lagi sesuai pabila kita masuk ke usia 3series. Skincare ketika umur 30an mungkin tidak lagi sesuai untuk umur 40an dan 50an.
ANDA & KULIT DI USIA 20an
Matlamat: mengekalkan keremajaan
Masalah utama: selalunya jerawat
Jerawat yang timbul dari dahi ke bahagian pipi sampai ke bahagian jawline selalunya disebabkan perubahan hormon.
Jangan gunakan pencuci yang buat kulit rasa kering, tegang dan gatal. Pencuci sebegini sebenarnya hapuskan minyak semula jadi pada kulit. Kulit kita perlukan minyak itu tau. Tak boleh nyahkan terus. Untuk kulit berminyak gunakan pencuci dengan salicylic acid atau benzoyl peroxide. Untuk kulit kering boleh cari pencuci yang creamy.
Please cari pelembap yang mengandungi pelindung berspektrum luas (UVA/UVB) dan SPF. Untuk kulit berjerawat juga pelembap mesti guna. Mitos bila kata pelembap hanya untuk kulit kering.
Tengok pada ingredients, zinc oxide dan titanium dioxide antara bahan yang disarankan.
Untuk masalah jerawat boleh gunakan krim spot treatment yang kandungan salicylic acid atau benzoyl peroxide.
Jika anda orang yang kerap minum minuman beralkohol, merokok dan kerap terdedah pada cahaya matahari, dicadangkan mulai gunakan serum yang mengandungi vitamin C untuk melawan radikal bebas yang terkumpul akibat gaya hidup tadi.
Akhir sekali untuk malam hari, gunakan pelembap yang ringan.
ANDA & KULIT DI USIA 30an
Matlamat: mencegah kedutan dan garisan halus
Masalah: garis halus (fine lines) dan kedutan (wrinkles) muncul serta tona kulit tidak sekata. Brown spots (jeragat) mula develop
Pada usia begini kulit mulai kusam disebabkan penghasilan dan pembaikkan sel menjadi lambat. Penting untuk masukkan langkah exfoliation dalam regimen penjagaan kulit. Selain itu kita akan perasan juga lingkaran hitam bawah mata atau dark circles juga kulit menjadi kendur di bahagian bawah mata.
Cari cleanser yang mengandungi bahan yang meningkatkan penghasilan dan pembaikkan sel kulit. Jangan lupa gunakan skrub yang lembut beberapa kali dalam seminggu atau cleaning brush
Gunakan pelembap yang mengandungi pelindung UV yang berspektrum luas. Gunakan serum yang mempunyai kandungan vitamin C untuk lindungi kulit daripada pencemaran serta sinaran UV dari dalam.
Yang saya baca, lagi baik pilih peratusan kandungan vitamin C (L-ascorbic acid) sekurang-kurangnya 15-20%.
Untuk malam hari
Fokus utama sebelum tidur mestilah krim atau rawatan sebelah malam tu membaikpulih kulit. Gunakan krim malam yang bantu penghasilan kolagen dan elastin.
Ohya boleh juga mula gunakan krim mata pada usia sebegini dan sebaiknya pilih bahan aktif mengikut keperluan kulit seperti niacinamide (anti-kemerahan), kafein (anti-keradangan), atau retinol (penghasilan kolagen),
ANDA & KULIT DI USIA 40an
Matlamat: Mengurangkan tanda penuaan
Masalah: kedutan dan tanda penuaan mulai ketara
Kulit mula kehilangan tona dan tekstur.
Untuk yang berkulit gelap, mula akan kelihatan garisan halus, kedutan dan tanda penuaan lain pada dekad ini.
Tetapi bagi kulit cerah, hiperpigmentasi dan kerosakkan akibat cahaya matahari semakin ketara.
Selain itu, mereka yang berumur 40an akan bermasalah dari segi hormon contohnya jerawat dan kekeringan kulit pramenopos.
Untuk siang hari
Gunakan pencuci yang bersifat lembut.
Untuk memperbaiki dan melindungi kulit, masukkan serum dalam rutin penjagaan kulit. Look for serum yang kaya dengan antioksidan (vitamin c dan E). Jangan lupa lindungi kulit dari kerosakkan uv dengan pelembap yang mengandungi Pelindung berspektrum luas SPF 50.
Untuk malam hari
Dua bahan yang selalu disarankan untuk kembalikan keremajaan kulit bila usia meningkat; retinol dan peptida. Peptida bantu hasilkan kolagen manakala retinol bantu tingkatkan tekstur kulit. Selalunya serum ada dua bahan ni sekali.
Gunakan pelembap atau krim malam yang mengandungi glycerin atau hyaluronic acid untuk kekalkan kelembapan yang kulit kita perlu.
ANDA & KULIT DI USIA 50an
Matlamat: Melembap dan merawat kulit
Masalah: kulit menipis dan kendur. Lemak yang berkurang buatkan muka kelihatan kedalam atau seakan tenggelam, garisan halus dan kedutan lebih dalam dan hiperpigmentasi meningkat. Kulit kering dan bersisik.
Tahap estrogen buat kulit lebih kering dan kurang anjal sementara pigmen pun ada.
Cari cleanser dengan glycolic acid untuk pembaharuan sel kulit
Pada umur sebegini, gaya hidup memainkan peranan. Mereka yang jalan I hidup tanpa rokok, stress, alkohol dan kurang terdedah pada matahari akan mempengaruhi keadaan kulit pada usia 50an.
Gunakan cleanser yang bantu melembapkan dan elak cleanser menyebabkan iritasi
Untuk kegunaan pada siang hari, boleh cari serum yang kaya dengan peptida untuk bantu penghasilan kolagen. Dan juga kandungan antioksidan (c, e, resveratrol atau green tea) untuk lawan radikal bebas atau hyaluronic acid untuk kekalkan kelembapan. Jika guna serum yang ada retinol, WAJIB guna pelembap yang ada perlindungan UV ya!
Pelembap juga pastikan sesuai untuk kulit usia 50an untuk kurangkan kedutan dan kelembapan tinggi untuk elak kulit yang kering dan bersisik.
Untuk sebelah malam, dua misi penting iaitu melembap dan membaikpulih. Cari dan gunakan krim malam mengandungi bahan yang bantu membaikpulih kulit semasa tidur.
Gunakan serum yang mengandungi retinol sebelum pelembap. Retinol digalakkan guna pada malam kerana terdedah pada sinaran uv boleh ganggu fungsinya.
Jadi kesimpulan yang Momster Cantik ni boleh buat adalah kita kena faham kulit kita pada usia kita. Contohnya umur 25 tahun kita tidak perlu regimen penjagaan wajah yang complicated sebab kita cuma mahu maintain sahaja keadaan kulit. Semakin berumur, tujuan kita guna Skincare lebih kepada merawat atau treatment.
Sebelum terlupa ada baca sharing saya berkenaan CARA PILIH SKINCARE?
Next sharing pula saya akan share produk skincare secara detail mengikut umur. Biar lebih kenal dan faham keperluan kulit kita. Saya mula dengan umur 20an atau 50an dulu?
❤️
Nija
Momster Cantik Suka Cantik
1 comments
Akak dah 40-an, so pigmentation dah start jadi penduduk tetap kat muka. And eye-bags pun susah nak hilang sbb jarang dpt cukup tidur. Tapi akak still berusaha... :D
ReplyDelete