Cara pilih skincare
10:00 am
Masa mula-mula baligh hehe saya mula guna krim
muka. Waktu tu ada satu skincare yang selalu keluar iklan tv. So saya assume
itu pilihan terbaik. Almaklumlah waktu tu mana ada sangat ‘semua di hujung
jari’.
Sekarang ni mudah tau. Cari skincare anytime
anywhere boleh dapat. Even kalau search di carian google dengan keyword tips
pilih skincare atau skincare terbaik terus confirm panjang list. Cuma kena
bijak memilih sebab tidak semua skincare tu sesuai untuk kita. Tidak semua skincare
tu akan bagi kesan yang kita mahu. Lagi satu akhir-akhir ni ramai yang dapat
akibat tidak best bila salah pilih produk. Bila saya baca banyak sharing dari
orang lain, saya dapat kesimpulan yang cara pilih skincare tu ada 3 persoalan
utama dan 3 peringkat:
3 Persoalan utama
Apa jenis kulit korang?
-Berminyak atau Kering atau Normal atau
sensitif?
Apa skin concerns korang?
-Mudah berjerawat, mudah dehidrasi atau mungkin
banyak perut jerawat?
Apa skin goals korang?
-Glowing, cerah, parut jerawat hilang,
hilangkan kedutan mungkin?
Peringkat 1: Know your skin
Ini step paling penting. Kalau korang skip step
ni jangan harap korang dapat kulit yang sihat apalagi cantik. Penting sangatkah
step ni? Penting korang sebab dengan step ni akan mudahkan korang cari skincare
yang sesuai dan dapat kesan yang korang idamkan.
Jenis kulit korang apa? Ada banyak jenis kulit
tau.
Normal
Berminyak
Kering
Kombinasi
Complexion
Complexion maksud saya di sini tona kulit. Tona
kulit cerah mungkin sesuai guna krim siang yang mengandungi foundation sekali
tapi jika mereka yang kulit gelap guna krim siang yang sama akan menggangu
penampilan wajah.
Lepas dah tahu jenis kulit dan complexion
jangan lupa rekod dalam kertas atau buku. Kemudian sambung ke peringkat seterusnya.
Peringkat 2: Rancang
Lambakan produk skincare di pasaran selalunya
ada dua jenis; organik dan sintetik. Organik di sini menggunakan bahan
semulajadi. Tapi agak susah untuk dapat produk skincare yang 100% dari bahan
organik. Produk yang claim 100% natural belum tentu 100% natural.
Produk yang dihasilkan dari bahan organik
selalunya kesan agak lambat tapi agak selamat dari bahan kimia merbahaya.
Manakala produk yang kebanyakkan dari sintetik dan banyak bahan yang
mempercepatkan tindakan skincare tu adalah kurang selamat untuk kulit.
Momster Cantik rekomen: pilih skincare yang
berasaskan natural bukan sintetik.
Ok dah tentukan pilih organik atau sintetik
kan? Now proceed cari bahan aktif apa yang korang kata must-have dalam produk
skincare tu untuk tackle masalah kulit korang tadi tu. Contoh masalah kulit
dehidrasi berpanjangan dalam suasana ofis tertutup, kandungan skincare tu mesti
ada something yang bantu lock kelembapan pada kulit. So go for Hyaluronic acid.
Alamak acid?!
Hehe tu yang pentingnya kita kenal nama-nama
saintifik bahan aktif dalam skincare. Sekarang ni mudah; semua di hujung jari.
Lagi contoh ascorbic acid tu adalah vitamin C.
Satu tips yang saya mahu share masa belek label
skincare tu, baca senarai ingredients. Arghhh Panjangnya list! Tapi pastikan
bahan-bahan tu dilabel dengan nama sainfik bukan sekadar nama ekstrak tanpa
nama sainitifk.
Ambil sikit masa ya.
Kata nak cantik kan.
Settle bab bahan aktif dalam skincare now boleh
tentukan pula bajet. Selalunya skincare dari natural based lebih pricey.
Skincare yang well-established dengan teknologi yang advanced pun agak pricey
juga. So tentukan bajet masing-masing ok.
Satu lagi pesan saya jangan expect semua nak
murah bila kita mahu yang terbaik. Selalunya yang terbaik ada value yang dia
bawa but surely ada saja skincare yang berbaloi untuk kita labur disebabkan
ingredients dan effect yang bagus dan selamat.
Peringkat 3: Pilih
Proceed pada peringkat yang agak leceh tapi
worth it. Peringkat ni boleh elak kesilapan memilih skincare malah boleh elak
pembaziran.
Saya yakin lepas persoalan 3 tadi terjawab dan
peringkat pertama dan kedua settle, mesti akan ada beberapa pilihan skincare.
Kalau tiada lagi pilihan, cara paling mudah dan pantas is tanya suggestion pada
kawan-kawan. Even kalau korang tanya dalam fb post mesti ada kawan-kawan dan
seller yang akan suggest. So ambil semua suggestion dan letak dalam list.
Alamak list panjang sangat? Don’t worry buat
shorlist ok adik manis. Pendekkan senarai tu mungkin 5 pilihan begitu. Then
fokus pada 5 pilihan tu untuk jadi salah satu pilihan terbaik.
Dalam shortlist tu, bolehlah dapatkan sample
dan buat patching test untuk pastikan tiada reaction pada kulit. Let’s say
skincare tu tiada sample, boleh join demo class sebab sesetengah skincare brand
ada yang buat demo class.
Ohya jangan lupa dapatkan review secara lisan
atau baca review dari pengguna. Jangan abaikan any side effect yang pengguna
complain ataupun skincare tu dah bagitau awal dalam website atau packaging.
Contoh side effect seperti exfoliate. Ada produk yang tindakan exfoliate tu
terlalu kuat untuk hakis kulit sampai kulit menipis dan sebabkan iritasi.
Tips
Mana-mana skincare dalam shorlist tu ada
kelemahan, bolehlah keluarkan dari list. In case, sampai ke sudah kelima-lima
shortlisted skincare tu memenuhi semua keperluan dan keadaan kulit, look for
any kelemahan contoh exfoliate teruk then keluarkan dari list.
Ohya sebelum saya habiskan sharing ni, kalau
tengah cari skincare yang natural-based dan selamat tapi berkesan of course
bolehlah usha sini
Finally siap pun entri yang tidak seberapa ni.
Diharapkan dapatlah bagi manfaat pada yang memerlukan. Lepas ni share pasal apa
pula ya? Hehe
P/S: Please pilih skincare jangan sebab nampak
kawan muka halus mulus terus decide beli tanpa these steps. Kalau sesuai oklah
kan. Kalau tidak sesuai, pembaziran dan jangan sampai kulit muka terkorban.
Proses sembuhkan kulit jadi sihat ambil masa tau dan proses bukan sama untuk
setiap orang. So sayang kulit ok.
Salam kulit cantik,
Nija
Momster Cantik yang suka buat sharing.
0 comments