Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact










    Disember tahun lepas, 14hb-17hb tu kami (saya, Suami, AN & NA) ada shortrip BKI-KUL. Niat asal sebab attend majlis perkahwinan anak bapak angkat di Putrajaya.
    Selain rasa happy sebab dapat tunaikan impian AN naik plane, Ada banyak kenangan yang lucu jugak.

    Sebagai kenangan WAJIB lah kan untuk kita simpan untuk dikenang in the future nanti. So here it is:

    🌸AN cari 1B

    Family & friends memang tahu AN paling suka (tahap obses pun ada kadang-kadang hmm) dengan 1B. Yaaaa 1Borneo Hypermall tuuuu.

    Muka tidak puas hati tiada 1B haha

    Landing saja kami di KLIA2 tengah berjalan ke bahagian tuntutan bagasi tu, AN request 

    “Bi, mau pegi yonbi (1B- one B)”

    Pecah ketawa kami sebab jauh nak oi 1B tu. Kena naik plane balik.

    🌸AN bawa balik

    Masa di sana, kami stay di rumah bapak angkat kami yang AN panggil tokdaji (suppose dadaji tapi AN suka panggil tokdaji so ikut ja la).

    Malam tu AN dah boring main dengan NA dalam keadaan mengantuk juga sebenarnya dia boleh pulak minta balik rumah!

    Dalam keadaan lampu dah padam, hamburlah ketawa Ibu & abi si AN ni.
    Dia ingat Putrajaya dengan KK tu macam Penampang-KK kali aa haha!

    🌸Kenapa tak buka ekon?

    Pagi jumaat tu kami plan ke KL. So dari Putrajaya kami naik kereta abang Fad ke Putrajaya Sentral. Sebelum sampai Putrajaya Sentral, singgah jap ofis tokdaji di KDN.

    AN start ja masuk kereta uncle Fad-nya dia tantrum sebab dia mau naik kereta tokdaji. So kalut-kalut abi dia pujuk AN berhenti nangis, tiba-tiba kereta tokdaji berhenti tepi dan abang Fad keluar tanya “eh kenape tak pasang ekon?”

    Laaaaaaaaaaaaa no wonder cermin kereta berkabus dan saya pun perasan berkabus cuma tidak perasan ekon belum pasang!

    Malas mau tegur Suami yang tengah sibuk tahan marah layan tantrum AN.

    Apa lagi ketawa lah kami dan AN pun stop nangis haha!

    “Abi ni macam nda pernah guna kereta pun ada” saya kata pada Suami sambil tahan ketawa kuat.

    🌸Bungkus ka tapau?

    Ini perbezaan semenanjung dengan Borneo.

    Masa kami di KL, belilah makanan.
    Lepas tu kakak jual makanan tu tanya
    “Makan sini ke bungkus?”

    Selamba suami jawab
    “TAPAU”

    Mau kakak tu bingung hehe

    Ya istilah bungkus kami di Sabah panggil tapau hehe!

    🌸Demam kebah sebab sesat

    Malam sabtu tu balik dari KL all of sudden pula saya demam! Bikin malu macam kena sampuk KL pun ada haha!

    So Suami pun decide keluar beli makanan dan ubat demam dengan berpandukan waze 😅

    AN ikut sekali dengan abi dia. Jadi tinggal saya dengan NA di rumah. NA sangat good girl. Saya bf-kan dia dan dia tidur.

    Tiba-tiba suami call dan diorang SESAT!
    Dari rumah jumpa kedai.
    Dari kedai tidak jumpa rumah!

    Ahhhh sudah risau gila. Dengan AN lagi tu. Last-last saya share location. 

    10minit macam tu tiada khabar. Terus lah saya bangun duduk sebab risau. Lupa dah demam tadi.

    Mujur lepas tu dengar pintu dibuka. AN siap tidur dalam kereta sebab boring tunggu abi dia jumpa jalan huhu kesian anak ibu.

    🌸Cuaca buruk=muka buruk

    Ini sumpah sikit terkeluar karipap aku sebab terketawa!

    Jadi masa dalam flight dari KL ke KK.

    Abi budak-budak ni tengah menyuap nasi dalam mulut dan lalu la pramugara 
    “Cuaca buruk pasang seat belt”

    Tiba-tiba abi si AN & NA ni ketawa sambil suap nasi. Saya tanya kenapa. Dia sambung ketawa 🙄

    Rupanya dia salah dengar pramugara tu cakap
    “MUKA BURUK pasang seatbelt!”

    Choiiiiii pecah ketawa aku jugak haha!

    setengah jam lepas kejadian muka buruk hehe


    Overall, walaupun very short trip dan tiada sangat pun berjalan sekitar KL-Selangor tapi at least ini pendedahan pertama untuk AN & NA naik plane. Ibu is truly happy sebab untung korang nak oi kecik-kecik dah merasa naik kapal terbang.

    Doakan ibu dengan abi lagi kuat bekerja so kita boleh travel untuk masa lama dan explore many things and places together.

    chop choppp!
    Dalam semua gambar sempat snap masa di KL hari tu, paling Ibu suka yang ni:

    Gambar bersiap ke majlis resepsi auntie Nadhirah AN & NA 😍

    Nanti AN & NA besar nanti, boleh baca untuk kenangan 1st time naik plane ke KL dan banyak benda abi korang buat lawak haha!

    Manatau next year ada rezeki boleh ke semenanjung lagi. Kami teringin ke Penang pulak.
    Peminat Penang Char kuey teow & laksa Penang di sini!

    ❤️
    Nowa Nija
    Ibu AN & NA dan isteri encik AA
    yang demam kena sampuk Kuala Lumpur 🙈 bikin malu bah Nija haha!

    Continue Reading




    Tabiat pemakanan anak-anak zaman sekarang memungkinkan nutrisi tidak sepenuhnya diterima oleh tubuh si manja. Selain pendedahan pada makanan segera dan makanan ringan, cara pemprosesan dan penyediaan makanan serta pencemaran antara halangan kepada penyerapan nutrisi ke dalam tubuh anak-anak.

    Contoh paling simple tapi logik;
    Tabiat pemakanan yang tidak mahu berubah dan stick pada satu jenis sahaja buat anak menjadi seorang yang picky-eater.

    Pabila tidak diturut atau diubah pemakanannya, anak cenderung untuk tidak habiskan makanan malah lebih teruk lagi bila anak langsung tidak mahu menyentuh makanan yang kita sediakan kerana tidak seperti yang anak mahukan.

    Kesannya anak tidak dapat nutrisi yang cukup!

    Seperti yang kita tahu nutrisi yang seimbang dan jumlahnya memenuhi keperluan adalah sangat penitng untuk untuk tumbesaran dan perkembangan anak-anak.

    Sebab itulah makanan tambahan menjadi pilihan ibu bapa masa kini.
    Bukan sebagai pengganti makanan tetapi sebagai ‘pembantu’ untuk mengisi lompong-lompong kosong nutrien dalam badan anak kita.

    Saya juga struggle untuk memastikan AN mendapat nutrisi yang cukup sejak dia menjadi seorang yang cerewet dan sangat memilih makanan. Agak stress bila telinga saya kerap mendengar pertanyaan demi pertanyaan

    “kenapa Adam Noah kurus?”
    “kenapa Adam Noah badan tidak berubah?”
    “ibu tidak tahu masak ikut kemahuan anak kot”

    Pernah juga saya sampai google menu makanan untuk anak yang picky-eater, resepi makanan untuk anak yang memilih makanan just untuk sedapkan hati maybe saya salah pilih menu untuk AN. Siap google lagi susu untuk picky-eater haha! Tell me mana ada mommies yang tidak stress kan bila diasak pasal anak. 

    Arggghh sesungguhnya saya tidak kisah orang tengok anak saya halus kalau pada hakikat perkembangan menurut doktor dan nurse itu normal. AN mungkin nampak kurus pada mata orang, tapi ikut carta perkembangan AN berkembang sesuai dengan umur dan ketinggiannya.

    Tapi sebab tabiat pemakanan AN, saya decide untuk bagi AN makanan tambahan dalam bentuk multivitamin. Saya risau nutrisi dalam badannya tidak seimbang sebab sikap picky-eater itu. Sungguh niat saya tidak apa kalau pun vitamin yang saya bagi nanti tidak ‘menggemukkan’ AN, cukup nutrisi dalam badan AN cukup untuk bantu AN membesar dengan sihat.

    Kenapa saya pilih multivitamin dari Shaklee padahal banyak lagi pilihan di pasaran?
    Sebab saya yakin dengan setiap bahan yang digunakan oleh Shaklee. Shaklee sangat strict untuk setiap bahan mentah yang digunakan dalam vitamin-vitamin Shaklee malah diuji keberkesanannya. Saya rasa selamat untuk bagi anak saya makan senang cerita!

    Boleh tengok dalam vlog saya review saya pasal Review Vita-Lea for Children Shaklee untuk anak picky-eater.

    atau klik play video di bawah ni:



    Shaklee Effect AN bila makan VFC
    Apa yang saya perasan bila AN consume VFC ni AN mula minta makanan! Ok mungkin saya terlalu fikir dan tidak mahu dikata hanya perasaan saya sahaja, saya diamkan. Tapi rupanya abi AN pun perasan. Saya punya happy! Saya tidak expect AN akan kurang memilih makanan tapi Shaklee effect ni buat saya sangat bersyukur *senyum lebar

    Dan terus terang, bila saya tahu bulan ni ada promo untuk VFC ni terdetik dihati saya untuk share dalam blog dan vlog dengan harapan boleh bagi option lain untuk parents especially mommies yang bingung dan buntu cari jalan untuk lengkapkan nutrisi anak picky-eater.

    Fakta Nutrisi Vita-Lea for Children
    Ni nutritional facts dalam vitalea for children. SUmber vitamin dan mineral untuk anak-anak kita.




    Ini antara maklumat berkenaan Vita-Lea for Children:

    Dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif.

    Setiap hidangan menyediakan 100% nilai harian kesemua 8 vitamin B, serta vitamin C. D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.

    Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi.

    Bebas gluten dan berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja.

    Info lain:
    Sebotol Vita-Lea for Children ni mengandungi 60 chewable tablet.
    Chewable tablet ni berperisa anggur dan warna pun ala-ala warna anggur.
    Harga retail (termasuk GST) untuk sebotol RM117.93

    Bulan ni boleh dapatkan harga promo beli 3 botol percuma 1 botol. Kalau fikir balik, beli VFC promo bulan ni bolehlah jimat dan cukup sampai dua tiga bulan tahun 2018 punya supply untuk anak kan.


    Ohya mommies boleh saja direct beli online jimat masa dan tenaga dengan klik pada gambar di bawah ni:

     Beli Vitalea For Children sekarang secara online




    Untuk dapat harga yang lagi murah apa kata daftar sebagai ahli? Bagaimana? Klik gambar di bawah ni:




    Kalau mommies perlukan info atau suggestion produk Shaklee boleh contact saya terus dengan klik gambar di bawah ni

     contact saya pengedar shaklee


    Sekian sharing saya kali ni. Happy-nya boleh share dengan mommies lain. I feel you mommies dah jangan sedih-sedih cepat ikhtiar dan contact saya untuk konsultasi. Kita boleh share tips parenting dan kesihatan anak juga tau. Best kan?




    Love bergetar untuk mommies,
    Nija
    Si Momster Cantik yang suka tulis :)

    Continue Reading


    Beberapa minggu lepas, saya dan suami bawa AN pergi klinik sebab demam. Doktor tu puji gigi AN masih cantik. Mulanya saya ingat mungkin taktik doktor tu supaya AN rasa selesa diperiksa suhu dan keadaan badan.

    Then terjumpa lagi kawan dan kawan tu pun tegur benda sama. Bila saya perhati kawan-kawan sebaya AN, baru saya perasan.

    Saya perasan yang rata-rata sebaya AN gigi dah mula kehitaman dan buruk di bahagian depan. AN bukanlah gigi perfect sangat putih macam gigi yang mula-mula keluar. Cumanya gigi dia belum ada tanda kehitaman atau buruk. Kuning dah mula. Tu yang saya dan abi dia strict jaga gigi dia.




    Saya rasa terpanggil pula untuk share. Mungkin orang yang ada ramai anak lagi banyak tips dan cara kan. So ini just perkongsian dari pengalaman saya sendiri.

    1. Mula berus gigi
    AN kami mula dedahkan dengan berus gigi bila dia gigi dah banyak dan mula makan macam orang dewasa. Maksudnya bukan lagi puri dan bubur. Saya lupa the exact date kami berus gigi AN for the first time, tapi yang saya ingat gigi dia dah banyak dan kalau tidak silap belum setahun pun umur AN (gigi AN tumbuh banyak dan cepat).

    2. Beli ubat Gigi yang ada xylitol
    Saya dari dulu tahu florida saja bila sebut ubat gigi. Kalau beli ubat gigi ada florida cukup. Bila dah ada anak kena tau lebih lagi.

    Mula-mula dulu kami beli ubat gigi yang asal ada label untuk kids. Kandungan ubat gigi langsung tidak titik beratkan. Mentality dulu "label untuk kids, so should be fine la any brand any flavour!".

    Then bila saya mula berjinak-jinak dalam bidang nutrisi dan kesihatan, saya jumpa term xylitol. Dulu pernah dengar tapi tidak ambil pusing sangat. Xylitol ni satu bahan yang memastikan gigi terlindung dari pembentukan kaviti yang boleh rosakkan gigi.

    Check punya check ubat gigi selama ni yang kami beli untuk AN - no xylitol at all! Mak aih rasa bersalah sangat pada AN. So start dari sana, saya share dengan husband what is xylitol dan suami sendiri setuju yang we need to give him ubat gigi yang ada xylitol.

    So pilihan kami is Morning Kiss:



    Ohya suka saya share pasal fluorida juga. Ada satu artikel harian Metro yang memetik kata-kata doktor gigi yang menurutnya umur setahun tidak digalakkan ubat gigi yang mengandungi fluorida sebab ada tendency anak menelan ubat gigi tadi. Manakala anak umur dua tahun ke atas digalakkan guna ubat gigi ada fluorida. Fluorida yang ditelan secara berlebihan boleh menyebabkan fluorosis. Fluorosis ni tidaklah bahaya cumanya gigi anak kelihatan tidak cantik sebab ada tompokan putih, kuning atau lebih gelap lagi pada permukaan gigi.

    To be honest, saya juga tersedar ada tompokan putih di gigi AN mungkin sebab kami bagi ubat gigi berflorida semasa umur setahun. But it's okay belajar dari kesilapan kan. Nanti turn NA lebih beringat.

    3. Tunjuk
    Fitrah kan budak kecik, apa yang parents buat mesti nak ikut. Macam tu jugalah si AN ni! Dulu mencabar juga bagi dia faham yang you must brush your teeth. Berpeluh jawab soalan dan ketidakmahuan dia bila sebelum mandi kena berus gigi.

    Kalau abi dia, sampai bebel dalam tandas tau bila mandikan budak AN tu haha!
    But then suami buat demo berus gigi. Bila AN kena berus gigi, abi dia pun acah-acah berus gigi. Hah barulah dia pun ikut. Sesuai la kot orang selalu sebut 'kepimpinan melalui teladan' ye dok?

    Sekarang ni bila kitaorang biar dia berus gigi, AN akan cakap "berus gigi ibu!" Atau "berus gigi abi!" Atau bila dia tengok kami join berus gigi dia akan cakap "sama!".

    4. Biar anak buat sendiri
    Okay bila AN dah tahu pegang sendiri berus gigi, kami biar dia buat sendiri. Kalau masa mula-mula ajar tu memang kena pegangkan berus gigi dan AN cuma kena nganga mulut, lepas dia dah boleh pegang sendiri kami mahu dia rasa sendiri cemana rasa bila kena berus gigi. At the same time saya percaya aktiviti ni juga bantu motor skill dan sensor dia punya perkembangan.

    5. Puji
    Hah bila anak dah pandai buat sendiri, masanya untuk puji! Iya pujilah anak tu. Kan itu pencapaian dia dalam hidup. Mana ada orang yang lahir terus pandai semua. Kena berperingkat kan. Dan setiap peringkat tu pun kena diraihkan.

    Macam AN, once dia dah settle berus gigi saya dan suami suka puji dia "pandai nya abang ni. Kan bagus berus gigi. Gigi cantik. Tiada kuman. Bersih. Ibu dengan abi bangga dan hepi Adam Noah pandai berus gigi!"

    Dan AN pun akan tersenyum simpul dan mengangguk hihi!

    6. Hargai
    Cara hargai? Kena bagi hadiah? Tidak semestinya. Antara cara saya hargai ialah bila kitaorang beli barang dapur, kitaorang akan pergi bahagian ubat gigi kanak-kanak dan biar AN pilih ubat gigi. Masa kena ubah brand sebab xylitol hari tu jenuh juga melayan karenah AN mahu yang lama yang tiada xylitol. Huhu

    Sekarang dia kenal dah which and which. Bila dia dah tunjuk, bagi pada dia then cakap "pandai abang pilih. Ok ubat gigi abang dah habis kan, ibu/abi beli k untuk abang".

    Satu lagi cara saya hargai bila AN mahu berus gigi dan buat dengan Cara yang betul ialah bagi ciuman dan pelukan. Ohya Jangan lupa kata-kata semangat dan positif untuk membina jati diri dalam diri dia.

    7. Jaga makan
    Part makan ni saya akui saya tidak strict. Sebab utama ialah saya tidak mahu AN mudah kembung perut/sakit perut/alahan bila termakan makanan yang bagi kita makanan biasa tapi tidak bagi dia sebab tidak pernah didedahkan langsung.

    Tapi walaupun begitu, still saya jaga makan AN. Dia boleh makan coklat tapi ada had. Dia boleh makan gula-gula tapi ada masa kena stop. Dia boleh minum ais tapi tidak kuantiti banyak. Saya bagi vitamin semulajadi seawal umur setahun dan kena berus gigi juga minum air kosong.

    Tahu tidak kenapa gula tidak bagus untuk gigi?
    Sebab gula adalah makanan bakteria. Bila ada gula, bakteria lebih membiak dan merosakkan gigi anak-anak.

    Ohya saya selalu share vitamin yang saya bagi AN makan. Dan sebelum saya bagi tu saya baca dan buat survey vitamin mana yang totally bebas gula, natural sebaiknya dan kandungan pun bagus.

     cara menjaga gigi anak


    So saya jumpa dengan multivitamin dari Shaklee Vita-Lea for Children yang mana saya mula bagi AN sejak dia umur setahun. Dia dah pandai kunyah saya bagi dia sebab multivitamin ni dalam bentuk chewable. Yang saya suka, rasa anggur yang asli bukan gula mahupun pemanis tiruan siap ada xylitol lagi bagi mengelak kaviti gigi anak. Ye lah kan dalam pada anak kunyah vitamin tu lepas tu Kalau ada kandungan gula still bakteria suka rosakkan gigi.

    8. Jangan biar botol susu melekap Bila anak dah tidur



    Ini terpakai untuk anak yang menyusu melalui botol susu. Selalu kan bila anak menyusu dan memang nap time susu tidak habis dan even anak dah tidur puting botol susu masih dalam mulut.

    Macam yang kita tahu, dalam susu formula ada kandungan gula. Gula ni makanan bakteria.

    Jika gigi tidak dibersihkan, plak terbentuk. Gula yang ada disekitar gigi akan dicerna oleh bakteria yang ada dalam plak tadi. Kesannya bakteria akan keluarkan asid hanya dalam beberapa minit sahaja! Ini yang buat gigi anak mereput atau rosak.

    Kalau biar anak menghisap botol susu even lepas tidur, air susu berkumpul lebih lama di dalam mulut anak dan tentunya lagi cepat gigi anak rosak.

    Paling baik alihkan dari mulut anak bila anak dah tidur. Again, membiarkan puting botol susu lama pada mulut boleh menyebabkan gigi rosak!

    9. Bawa berjumpa Dr Gigi
    Tips ini saya belum guna lagi sebab belum pernah bawa jumpa dentist lagi budak AN tu. Berdasarkan pembacaan, ramai yang kata malah ada doktor gigi juga sarankan bawa anak berjumpa dentist bila anak masuk setahun. Setiap setahun sekurang-kurangnya sekali bagi mengelakkan anak-anak takut pada dentist. Biar anak biasa jalani rutin pemeriksaan gigi so tiadalah istilah mitos jumpa dentist is a nightmare huhu

    Fuhhh settle pun share pengalaman dan tips kali ni. Semoga memberi manfaatlah yee.

    Penjagaan gigi mungkin benda kecil tapi sebagai parents Kalau tidak ambil peduli benda yang simple macam ni Jangan cakap kenapa anak aku macam ni kenapa anak kau macam ni?

    Saya sendiri masih belajar ilmu keibubapaan. Masih banyak benda yang perlu saya faham dan hadam. Tapi ingat lah there is always first step for a first timer kan.

    Dan tiada istilah terlambat, anak aku gigi dah buruk. Gigi anak kecil ni gigi susu ya. Sampai masa akan tanggal dan ganti dengan gigi kekal. So masih belum terlambat!

    Jom jadi superdad dan supermom pada anak-anak kita.



    Salam sharing sebab sayang, bukan mahu impress korang
    Nija || Ibu AN&NA || 0138748191

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top