Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Salams.

    Alhamdulillah, all praises to Allah aku kini di trimester ketiga which is the last trimester for any pregnancy. Bila hitung rupanya agak lama body aku tampung dua nyawa :')

    So, today I decided to compiled most of my experience during my second trimester. Second trimester started at week 13 and ended at week 27.

    Mommy's 

    Of course badan aku makin 'kembang'. Terutama sekali part perut sebab ada baby dalam tu kan. Tapi ada juga beberapa kali aku mengadu dengan suami kenapa perut aku lambat besar. Aku rasa sama saja masa mengandung dengan tidak. Nampak tidak hakikatnya aku memang gemuk sebelum pregnant *lap air mata*. Bukan setakat dengan suami, dengan kawan-kawan rapat pun aku mengadu *lap air mata lagi*. Then I found few blogs which stated that first baby selalunya baby bump  memang kecil sampailah masuk trimester ketiga nanti. Jadi maksudnya trimester ketiga perut makin boyot la kan. Okay aku tunggu.

    Berat badan pulak macam yoyo sekejap naik mendadak sekejap naik sikit sekejap turun sikit. Tapi aku yakin rumahlah syurga untuk aku makan itu ini hehe.

    Skin pula memang alhamdulillah semakin okay. Masa first trimester my skin was so bad (read: worst!). Dull complexion, pimples, combination of dry and oily skin plus too rajin (read: gatal tangan) kacau jerawat sampai luka dan akibatnya kesan jerawat kehitam-hitaman di muka and that time I was so ashamed to go out and meet people. I chose to stay at home. Second trimester offered me with much better complexion, pimple scars were gone. The most I ever wanted even before pregnancy: kulit yang lembap and second trimester had blessed me with that kind of skin. I am happy girl! 

    Masa trimester ni juga aku mula rasa sakit belakang, sakit tulang pinggul dan malam memang insomnia! Aku pernah nangis senyap-senyap sebab jealous tengok husband nyenyak tidur. over kan. Memang bangun pagi mata bengkak apa tidak nangis tambah kurang tidur (bila ingat balik kebudak-budakkan sungguh!) Baring kena mengiring sebelah kanan tapi bila teringat doctor pesan better mengiring sebelah kiri sebab kanan ada largest vein nanti baby tidak dapat enough oxygen memang kena paksa diri mengiring kiri.

    Biggest challenges during second trimester pernah saya cerita di SINI. 

    Sepanjang pregnancy ni (first and second trimester) aku sangat suka minum air putih or air masak. Sehari paling kurang masuk dalam badan aku 1.5L. Aku siap bawa bekal air setiap kali pergi kuliah. Dulu aku jenis pelupa. So bawa botol air ni memang tidak lah kan. Tapi sejak pregnant, air putih jadi satu kemestian. So mahu tidak mahu kena bawa and ingat. No excuses untuk terlupa sebab sekejap-sekejap tercari air. Yang paling lucu, aku pernah cakap dengan husband air putih ni lah paling heaven dari mana-mana air berperisa.

    Botol peneman setia.


    Second trimester also forced me to telan air gula. Most mommy-to-be I guess know this thing. First experience that I won't forget forever! Sebelum ambil air gula tu, I asked my sister how is it look like and of course the taste. As predicted my sister which delivered her baby on march this year said "manislah! Kan air gula." Okay then I told myself  "ala relax sudah. Bukan tidak biasa minum air manis-manis sebelum pregnant dulu".

    Surprisingly, indah khabar dari rupa! Sangat manis sampai tekak rasa gatal. Keluar dari bilik nurse, muka aku merah padam tahan rasa. Suami tanya okay? Aku angguk. "Kalau B pun no problem tu" hubby added. I was like "nurse, take my husband to the room and let him taste it" Tapi tidaklah aku ckap begitu haha. Aku mati-mati mengadu dengan suami "manis tau" sambil buat muka kesian.


    Baby's

    Alhamdulillah little caliph sihat and kicking actively *senyum*
    Ada masa baby tendang kuat-kuat. Ada masa dia pilih diam-diam sampai ibu risau. Bila risau mulalah google itu ini cari penerangan. Lumrah akan fikir bukan-bukan. Nauzubillah! Rupanya doctor cakap baby usually rest or sleep selain gerak-gerak tendang-tendang. "Human kan. Even kita pun kadang-kadang bila banyak gerak mesti lepas tu rehat."

    I did  ultrasound scanning masa 5 bulan (20 week). Yang paling best sonorapher siap bawa kita kira jari baby. Tengok organ baby. Tengok jantina baby. Tengok tulang belakang baby. Basically perkembangan baby. Baby tidak bagi ibu dengan abi tengok muka dia. Dia tutup dengan lengan dia. Boleh tengok dari tepi saja. Tengok dari tepi macam ikut hidung abi dia hehe. Pipi macam ibu lah! Tapi apa pun syukur pada Allah SWT. Yang penting baby sihat dan sempurna fizikal sudah cukup gembirakan kami. And tidak dinafikan ibu baby ni nangis masa tengok baby gerak-gerak, hisap jari, lambai-lambai. Terima kasih Allah :')


    p/s: Masa taip ni, ada tiny legs kicking. Haip macam tau kan ibu update pasal dia hehe. Membesar dengan sihat, anak!



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading

    Salams.

    Anakku,
    hari ini dengan izin Allah kau sudah enam bulan di rahim ibu. Rupanya sudah enam bulan. Betapa ibu tidak sangka sudah sejauh ini kasih sayang antara kita terjalin. Kau ada abang dan juga kakak. Kandungan ibu dulu telah menemui Allah seawal lapan dan duabelas minggu.. Allah pinjamkan sekejap. Sebab itu ibu tidak pernah menyimpan harapan setinggi yang dulu. Sebab ibu takut pinjaman Allah akan sekejap juga kali ini. 

    Anakku,
    Enam bulan kita bersama banyak yang kita lalui. Penolakkan dan keengganan ibu menerima hadirmu dulu. Ibu minta maaf ibu bukan tidak sayang tapi pengalaman lau benar-benar menimbulkan perasaan seakan takut. Tapi betul kata abimu, sejauh mana ibu menolak kalau Allah sudah tetapkan kau ada maka membesarlah kau dalam rahim ibu. Ibu hidup atas ihsan Allah di muka bumi ini maka siapa ibu untuk menolak mahupun mempersoalkan?

    Anakku,
    ketika kau lima bulan dalam rahim ibu, ibu pernah Allah tarik nikmat berjalan. Sesungguhnya ketika itu hanya tangisan yang jadi bahasa tubuh ibu. Ibu tidak tahu mana silapnya. Ketika itu baru ibu tahu betapa pengorbanan untuk menjadi seorang ibu itu satu hal yang besar sebab itu Allah perintahkan syurga itu dibawah kaki ibu bagi anak lelaki dan perempuan (apabila bernikah syurga itu ada pada redha suami bagi seorang wanita). Ketika itu baru ibu rasa tertampar kerana ibu sangkakan ibu terlalu beruntung tiada kepayahan di awal kehamilan seperti morning sickness dan alahan teruk seperti wanita lain. Rupanya Allah bagi kemudahan di awalnya tetapi dugaan di pertengahannya. 

    Untuk di pengakhiran kandungan ibu hanya berserah. Kalau Allah berkehendak untuk memberi kasih sayang melalui ujian lagi ibu akan redha, in shaa Allah. Ketika ibu seakan tidak punya kaki, abimu menjadi 'kaki' ibu. Dengan sabar abimu papah, angkat malah mandikan ibu. Abimu suapkan ibu. Sehingga menitis airmata ibu melihat abimu beberapa hari tidak ada selera makan. Mukanya pada pandangan mata ibu cengkung walaupun baru beberapa hari. Tidurnya tidak lena kerana tengah malam ibu kejutkan bila mahu buang air kecil malah abimu terpaksa bangun betulkan posisi kaki ibu agar ibu selesa tidur. Ketika abimu tidur yang sekejap, ibu renung wajahnya. Kepayahannya memang ibu nampak. Namun kasih sayangnya lebih kelihatan pada ibu. 

    Anakku,
    setelah bermacam ikhtiar dari kedua-dua belah keluarga, alhamdulillah dengan izin Allah ibu berjalan semula perlahan-lahan sehingga Allah beri ibu peluang untuk duduki last paper untuk final year ibu. Kalau tidak ibu sudah berkira-kira untuk tangguhkan dan kemudian besar terpaksa duduki exam tersebut tahun hadapan.

    Anakku,
    bukan tujuan ibu untuk buat kau rasa terbeban tapi sekadar ibu mahu berkongsi betapa nikmat Allah itu boleh jadi sekejap datang sekejap pergi dan Allah ajarkan ibu lebih memupuk rasa bersyukur padaNya. Selain itu juga, ibu mohon apabila kau besar kelak jika panjang jodoh dan umur kita di dunia ini hormatilah abimu, sayangilah dia melebihi doa-doanya buatmu disetiap solatnya. Ibu mahu kau tahu kasih sayang abimu terlalu besar. Sebelum adanya kau dulu malah adik beradikmu yang lain, abimu selalu memohon pada Allah agar dikurniakan zuriat. Abimu pernah suarakan mahu menghantar anak lelakinya ke tahfiz mulanya ibu kurang setuju sebab ibu kan alasan nanti rindu anak. Tapi bila ibu tengok ada anak yang imamkan solat jenazah ibunya, hati ibu tersentuh. Semoga anak-anak kami nanti mendoakan kami walaupun kami sudah tiada lagi.

    Anakku,
    besar hati ibu agar anak ibu ingat dan yakin pada pencipta kita iaitu Allah Taala. Ibumu bukanlah wanita yang sempurna. Ibumu punya cacat cela sebagai muslimah. Maka dengan itu, ibu berharap anak-anak ibu yang ibu kandung, yang ibu susukan doakan ibu nanti. 

    Anakku,
    Kau sudah 6 bulan hari ini. Hanya Allah tahu betapa setiap gerakkan dan kaki kecilmu ibu rasakan tendangan rasa sebak dan bersyukur. Dalam diri ibu ada dua nyawa. Dua degupan jantung. Ada harapan dan ada kasih sayang. Membesarlah dengan sihat. Ibu mungkin tidak mampu jadi ibu yang terbaik selama kau dalan rahim ibu tapi ibu akan cuba berikan yang terbaik semampu ibu. In shaa Allah kau bakal jadi hadiah birthday ibu dan second year anniversary ibu dan abi. Dan sesungguhnya kami berdua tidak sabar mencium bau syurga :')

    Ibu mencintaimu kerana Allah Taala. Abimu juga mencintaimu kerana Allah Taala.


    Thank you Allah.



    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading

    Salams.


    photo credit: Google image

    Alhamdulillah baby dengan izin Allah masuk 24 weeks. Subuh tadi tengok bola dengan suami dia boleh gerak-gerak tendang-tendang. Geli tapi bahagia. Dia macam tahu hari ni dia sudah 6 bulan.

    I am considering myself as first time mommy-to-be walaupun ini kandungan ketiga. So, pengalaman memang masih zero about preparation and baby stuff. Mula-mula memang blur habis pasal barang-barang bayi yang penting. Selalu tengok kawan-kawan blogger punya instagram and blog saya jadi excited bila tengok carrier, stroller, rompers and headbands. But, itu semua bukan yang paling penting.

    I asked my mom and according to her newborn ni cepat besar so tidak perlu beli baju-baju yang comel or denim alah we should know kan what type or else nanti boleh pakai sekejap saja. Bukanlah tidak boleh belikan your son or daughter baju comel but for newborn sayang nanti. Anak sudah besar sikit nanti 3 months above terpulanglah pada parents hiaskan anak macamana sekalipun kan.

    Satu yang saya kena berterima kasih dengan teknologi is everything just di hujung jari. You want the checklist for newborn or confinement set for mommy all you can get through internet. In my case, awal 2nd trimester dulu memang saya ada problem which limiting my movement so the only way to get the info about baby stuff is browsing the internet selain daripada bertanya dengan my moms and sister.

    Berdasarkan pembacaan dari blogger and few websites, ramai yang suggest beli barang baby bila masuk bulan ketujuh which is the beginning of 3rd trimester. But ada juga mommy yang cari seawal bulan ke-5 sebab risau baby pramatang. And ada juga yang disebabkan excited 3 months beli sikit-sikit sebab tidak tahan dengan kecomelan barang baby.

    Saya discuss dengan husband and we both agree to start beli barang baby bila masuk 7th month nanti. The main reason saya ambil keputusan tu sebab saya ada pengalaman miscarriage dua kali and saya jadi takut untuk too excited which my first pregnancy I bought few rompers awal-awal pregnancy then my mom ada tegur.

    Then end of my 5th month, saya start cari checklist baby punya barang-barang. Masuk enam bulan pula saya survey harga and brand. Memandangkan saya masih study and only husband yang berkerja, I have decided cari and banding harga betul-betul. Saya tidak mahu membebankan suami and elak pembaziran. Every mom wants the best for her child but kena fikir masa depan juga. Beli mahal-mahal then kemudian hari benda pakai sekejap kan membazir. Better beli harga berpatutan and selebihnya boleh menabung. untuk masa depan juga kan . But bagi ibubapa yang berkemampuan, saya tidak larang pun invest untuk anak. Cuma dari kemampuan itu kita berbeza *peace*

    Setakat ni, saya survey online (instagram and Lazada) untuk tengok brand and range harga. Saya ada list merangkumi barang baby and keperluan untuk berpantang. Next post I would like to share the list mana tau boleh tengok kemudian hari *wink*


    Yours truly,
    Neeja.
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top