Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Ibu yang menyusukan anak istimewa seperti wanita yang hamil kerana ada kelonggaran dan kemudahan untuk tidak berpuasa.

    Namun sekiranya mampu, bertenaga dan tidak memudaratkan Ibu dan anak, boleh saja untuk berpuasa. Tetapi mesti fikir menu sahur apa yang sesuai terutama sekali Ibu menyusu perlukan kalori lebih untuk diberikan pada anak melalui air susu.

    So kali ni MomsterCantik berkongsi satu menu sahur yang membantu Ibu menyusu kekal bertenaga, air susu pun meriah dan BESTnya tidak sembelit walaupun berpuasa.


    3 bahan saja tapi hasil memang sedap tau resepi ni.


    Susu Kurma Homemade
    🌸 Bahan-bahan (hidangan untuk seorang)
    1 Cawan Susu segar
    3-5 biji Kurma (direndam semalaman)
    2 susu makan Mealshakes

    🌸 Cara-cara 
    1.Masukkan susu segar, kurma yang telah direndam dan Mealshakes ke dalam blender dan mula blender supaya di satu kan secara sebati.

    2.Tuangkan dalam gelas dan boleh sedia di minum. Boleh juga masukkan kiub ais dan blend sekali jika mahu dijadikan smoothie. 

    3.Sebelum minum niatkan supaya dapat membantu berikan tenaga, tahan lapar dan meriahkan air susu untuk anak.


    Nampak tidak buih-buih tu? So creamy so yummy tau susu kurma Mealshakes ni. Ala-ala ais krim kurma pun ya.


    MUDAHkan?

    Ingat lagi masa ramadan pertama tu, MomsterCantik langsung tidak rasa penat walhal menyapu rumah beberapa kali sebab NA & AN makan bersepah lepas tu AN pula insisted main jadi tiger la jadi singa la hehe petang pula kena masak untuk sungkai (iftar).




    Tidak perlu makan nasi masa sahur?
    Eh kena makan juga. Sebab bagi MomsterCantik nasi kena makan tapi kuantiti terkawal. Minum susu kurma Mealshakes ni selepas makan nasi. Sementara tunggu imsak tu bolehlah teguk bagi habis segelas.

    Resepi lain:
    🌺 Susu Kurma ESP
    Susu Kurma versi ni sama macam Resepi susu Kurma Mealshakes. Just gantikan Mealshakes dengan ESP.

    set asas berpantang Shaklee

    MomsterCantik prefer blend dengan Mealshakes (boleh juga blend campur ESP bersama Mealshakes untuk resepi di atas) kerana Mealshakes lebih creamy.

    Psstt Mealshakes ada promo sampai hujung bulan ni! Boleh contact MomsterCantik Untuk maklumat lanjut ya.

    Luv,
    Nija
    MomsterCantik semangat berpuasa


    Continue Reading




    Perasan tidak new mommies atau 1st time mommies akan bertanya apa milkbooster atau Bahasa melayunya penggalak susu yang best dan berkesan?


    Milkbooster ni ada dua jenis: melalui pemakanan harian atau suplemen.


    I’m okay with these two. No issue at all. But yang jadi isu (yang saya perasanlah..) when the mommies bertanya, akan ada yang pro or against supplement. Kenapa ya?

    Yang saya frust and geram  siap ada yang spread negative vibes.


    “makan saja sup. Banyak minum air.”

    “Membazir beli mahal-mahal suplemen. Baik belajar cara betul.”

    “Saya dulu tidak payah suplemen. Okay saja air susu.”


    Hello ladies, when someone is asking means she wants to know bukan minta kata-kata negative kamu!

    Kamu tidak takut or rasa bersalah eh kalau apa yang kamu cakap/komen tu mengguris hati mommy tu? Kan jadi satu dosa instead pahala (sebab bantu mudahkan orang dengan sharing maklumat).


    Mungkin saja that mommy sudah try dari segi pemakanan harian but still tidak jalan? So she needs info berkenaan suplemen pula.

    Janganlah kecam dia macam dia tu tidak berilmu dan kamu tu pandai sangat. Mungkin saja emosi dia tidak stabil sebab orang sekeliling dia keep asking why her baby nangis, tidak cukup susu kah?

    SEPATUTNYA jawablah secara berhemah dan ambil peduli perasaan dia juga, apa lagi dia masih dalam pantang kan. Tidak pasal-pasal meroyan mommy tu kamu kerjakan.


    Phewww finally lepas rasa hati ni hehe


    To be honest, my 1st experience memang tiada langsung milkbooster sebab dengan izin Allah air susu saya memang banyak. But ilmu yang sikit so Adam Noah tidak Berjaya saya susukan sehingga 2 tahun. Sejujurnya Adam Noah 3 bulan saya sudah mula campur dengan susu formula konon alasan saya internship di sebuah NGO risau tiada masa pump padahal ilmu yang cetek. Penyesalan juga sebab husband belikan pump susu untuk mudahkan saya but I failed untuk manfaatkan kemudahan tu.


    I am sorry baby.


    Masa berpantang, mak memang rajin buatkan sup dan bubur. Sup dan air suam memang lagi banyakkan air susu saya. Dan saya perasan minuman Horlicks juga membantu.


    So, untuk persediaan menyambut kelahiran anak kedua ni saya mahu gali ilmu banyak-banyak dan tidak mahu perkara sama berulang.


    Perkara yang harus kita tahu untuk penyusuan berjaya:


    1.       Demand and Supply

    Bila saya tanya suami demand and supply dalam Bahasa melayu apa, dia jawab permintaan dan penawaran. Saya senyum bukan apa teringat suami akan jawab berdasarkan apa yang dia tahu. Orang ekonomi kan so standard la jawapan dia hehe. So saya letak demand and supply saja ya risau letak Bahasa melayu kononnya tujuan memudahkan sekali tengok jauh melencong lagi susah hehe.


    Demand and supply ni prinsip penting dalam penyusuan. Demand selalunya datand dari bayi kita. Hah kira macam  permintaanlah. Bayi minta susu. Ibu pula akan supply air susu untuk bayi.


    Bayi DEMAND (MINTA DISUSUKAN)                           Ibu SUPPLY (MEMBERI SUSU)


    Maksudnya di sini, semakin bayi kerap menyusu, semakin banyak air susu yang kita tawarkan (hah macam kena pula husband saya cakap tadi kan hehe).

    Dulu saya fikir, eh kalau bayi selalu menyusu berkuranganlah air susu. Tetapi itu salah! Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak air susu kita dihasilkan secara berterusan.


    Sebab itu pentingnya payudara ibu dikosongkan ketika menyusukan bayi. Kalau bayi berhenti menyusu dan kenyang sebelum payudara ibu betul-betul kosong, bolehlah pump air susu sebagai EBM (expressed breast milk) atau susu perahan dan boleh simpan dalam freezer.


    Bila payudara ibu kosong, signal akan dihantar ke otak dan otak akan keluarkan hormon yang bertindak menghasilkan air susu. Jika payudara tidak kosong, otak tidak dapat rangsangan dan keluakan hormone tadi maka penghasilan air susu tidak dapat dilakukan. Di sini ada juga ibu-ibu yang mengadu air susu tidak cukup atau drop. Sebab itu perlunya kita belajar dan fahami konsep demand and supply.


    2.       Kesihatan ibu dan bayi

    Penyusuan yang berjaya juga didorong oleh faktor kesihatan ibu dan bayi. KENAPA?


    Bayangkan ibu tidak sihat contohnya emosi ibu dalam keadaan tidak stabil disebabkan stress dan keletihan, tentu sahaja air susu akan drop dan bayi tidak dapat menyusu dengan kuantiti yang diperlukan untuk membesar  yang mana kesihatan bayi akan terganggu kan.

    Sebab itu penting untuk ibu-ibu dalam pantang ni sihat, tenang dan gembira. Seeloknya ambil lah suplemen yang ada vitamin dan minral yang diperlukan oleh badan. Saya suggest ambil multivitamin dan multimineral.

    KAITAN? - Contoh paling senang: Vitamin B ada effect penenang, boleh elak meroyan. vitamin C penting untuk sistem imun yang kuat, seperti yang kita tahu selepas melahirkan sistem imun ibu di tahap yang rendah. kuat.

    Selain itu, please banyakkan minum air suam. Masa saya google pantang larang ketika berpantang, saya ada baca orang cakap orang tua-tua tidak suruh minum air banyak masa pantang takut dalaman jadi becak dan bengkak pada luka faraj. Saya baca pendapat doktor dan orang yang lebih arif pasal kesihatan, dan mereka sebenarnya lebih galakkan minum air banyak lepas bersalin.
    Minum banyak air penting supaya susu ibu TIDAK KERING, mempercepatkan penyembuhan luka juga memberikan kesegaran dan melegakan keletihan. Tidak cukup air boleh sebabkan kencing kotor tau!
          

    4. Milkbooster

    Milkbooster atau penggalak susu ni boleh jadi dari pemakanan dan dalam bentuk suplemen.
    Personally, saya punya milkbooster dari pemakanan harian adalah sayur hijau dan horlicks. Dan dari segi suplemen, saya sangat recommend ALFALFA COMPLEX & ESP SHAKLEE.
    Even kalau google kan pasal alfalfa ni memang terbukti menggalakkan pengeluaran air susu. Nanti saya akan buat satu entri pasal set milkbooster Shaklee ni supaya boleh terangkan lebih dari segi kandungan dan manfaatnya.

    Saya perasan bila saya ambil kafein (contohnya minum kopi, teh dan seangkatan), Naurah Ameena meragam dan susu drop. Maksudnya kuantiti susu merundum dan Naurah Ameena rasa tidak kenyang.

    Sebab tu pentingya Alfalfa Complex & ESP ni.

    Alfalfa Complex menggalakkan pengeluaran air susu. Manakala ESP ni memekatkan lagi air susu. Bila air susu pekat, baby akan kenyang dan pabila tidur memang akan nyenyak 





    Ok setakat tu dulu sharing saya. Semoga bermanfaat buat semua bakal ibu mahupun ibu-ibu yang berazam mahu menyusukan anak.

    Trust me, breastfeeding ni memang banyak cabaran (hmmm terfikir buat satu entri pasal ni) dan at the end bila baby tidur dengan nyenyak dan bangun dengan ceria, Allahhhhh nikmatnya perasaan tu 

    From mother to mothers,
    Nija
    WAHM
    BF mom currently
    0138748191
    IG: @nowamommy

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top