Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact
    Masalah hb rendah ni memang tidak lari dari perempuan mengandung. Hb atau hemoglobin ialah protein yang kaya dengan zat besi yang ada dalam sel darah merah kita. Hb berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Disebabkan itu pentingnya kita memastikan hemoglobin dalam darah pada tahap normal supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik.


    🌸Kesan hb rendah
    Antara kesan hb rendah ialah rasa lemah, keletihan, sakit kepala dan pening, sesak nafas, selera makan berkurang dan degupan jantung jadi laju. Kalau dibiarkan boleh jadi anemia.

    🌸Punca hb rendah
    Kurang nutrisi
    Penyerapan zat besi terganggu 
    Kehilangan darah
    Penurunan penghasilan sel darah merah
    Penghancuran sel darah merah

    🌸Cara naikkan bacaan hb
    Sumber makanan yang kaya dengan zat besi
    Sayuran hijau terutama sekali bayam, asparagus, hati ayam, telur, tiram, epal, delima, aprikot, tembikai, prun, biji labu, kurma, kacang almond, kismis

    Tingkatkan pengambilan vit C
    Vitamin C sangat membantu penyerapan zat besi. Sebab itu sangat disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C bersama makanan yang tinggi zat besi
    Buah oren, lemon, strawberi, betik, brokoli, grapefruit dan tomato

    Tingkatkan asid folik dalam menu makanan
    Salah satu jenis vitamin B, asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila asid folik kurang, tahap hemoglobin juga menurun.
    Sayuran hijau, kacang tanah, pisang, brokoli dan hati ayam, beetroot

    Elakkan iron-blocker
    Ada makanan yang menghalang badan menyerap zat besi apatah lagi bila hemoglobin rendah. Antaranya kopi, teh, minuman kola, wain dan bir.

    Senaman
    Apabila bersenam, badan akan hasilkan lebih banyak hemoglobin kerana meningkatnya keperluan oksigen pada badan.

    🌸Makanan tambahan untuk ibu mengandung naikkan hb
    Selain daripada makanan dalam diet harian kita, Ibu mengandung juga sangat disarankan mengambil makanan tambahan untuk menampung keperluan badan dan tumbesaran bayi yang dikandung. Momster Cantik personally recommend untuk cuba amalkan Set anemia Shaklee ni sebab saya dah ada pengalaman hb naik pada tahap normal apabila mengamalkan Set ni semasa mengandungkan NA.


    Set 4 sekawan untuk Ibu mengandung naikkan hb

    ☘️Vita-lea Iron Formula
    Multivitamin yang mengandungi zat besi dan vitamin serta mineral yang badan kita perlukan.
    Satu botol ni ada 120 biji

    ☘️B complex
    Vitamin B yang lengkap mengandungi asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 untuk penghasilan sel darah merah.
    Satu botol ada 120 biji

    ☘️Sustained Release Vita C Plus
    Vitamin C sangat menyokong penyerapan zat besi oleh badan kita. Tidak guna ambil zat besi banyak Kalau vitamin C tidak cukup untuk menyokong penyerapan.
    Satu botol ada 180 biji

    ☘️ESP
    Hemoglobin ni adalah protein. Oleh itu antara cara untuk menambah lagi penghasilan hemoglobin ialah cukupkan protein. ESP ni ialah minuman protein yang kaya dengan protein dna kalsium.

    Jom saya tunjuk antara mereka yang dah dapat bacaan hb yang Cantik semasa mengandung dan selepas amalkan Shaklee (vitamin naikkan hb):


    Yeah hb naik lagi di minggu ke34

    Wahhh dari 11.1 ke 12.3 tu memang happy sangat bacaan hb normal macam tu

    Tu dia hb dari 9.7 ke 10.1 ke 10.5 ke 11 nampak ketara hb naik bila amalkan Set anemia Shaklee


    Harga satu Set naikkan hb ni ialah RM411.25
    Boleh dapat murah?
    BOLEH. Whatsapp Momster Cantik sekarang.

    Cara mendapatkan vitamin naikkan hb ni:

    Order secara online 

    Whatsapp untuk order

    Apa yang anda akan dapat apabila beli set ni dari Momster Cantik ialah:
    Konsultasi sebelum (cadangan info setiap vitamin dalam Set ni), konsultasi selepas pembelian (cara makan dan tips kesihatan semasa mengandung).

    Momster Cantik yang pernah give up makan hati ayam walaupun muak dulu kini dah tahu rahsia untuk naikkan hb. Sebab tu masa pregnant anak kedua, tidak perlu makan hati ayam dah. Legaaa

    Nija
    MomsterCantik
    Ex-makyong ada masalah hb dulu






    Continue Reading
    Saya lahirkan NA pada tahun 2016 adalah pengalaman yang mencabar. Kenapa mencabar? Sebab saya kena berpantang sendiri dan menguruskan AN yang baru berumur setahun lebih waktu tu. Berpantang sendiri maksudnya tiada helper atau pembantu.





    Walaupun saya ada dua orang mak namun kedua-dua Mak saya ada kekangan untuk menjaga saya selama 44hari berpantang. Mak saya yang satu warded kerana tidak sihat manakala Mak saya yang satu lagi hanya sempat menjaga saya selama seminggu kerana masih bekerja dan perlu menjaga nenek yang tidak sihat.

    Mujur saya pilih set berpantang yang tepat dan terbaik untuk keadaan saya waktu tu.

    Saya pilih set pantang yang amat mudah untuk di ambil dan disediakan. Awal-awal lagi saya memang decide untuk pilih set pantang yang mudah disebabkan fikir usia AN yang masih berkepit dengan saya setiap masa.

    Kemudian saya ambil kira pula kos set pantang yang saya pilih. Saya teliti banyak brand set pantang di pasaran dan rata-rata memang dihasilkan khas untuk tempoh berpantang sahaja.

    Saya terfikir kemungkinan akan berlaku pembaziran kalau habis berpantang, set tu tidak habis. Kemudian kalau ditakdirkan saya bersalin secara pembedahan atau caesarean adakah set pantang tu sesuai untuk saya gunakan? Kalau set pantang tu hanya sesuai untuk yang bersalin normal nahhh satu pembaziran lagi kan?

    Akhirnya saya pilih Set berpantang Shaklee. Sebelum decide ambil set ni, banyak juga saya baca pengalaman dan info pasal setiap produk dalam Set postnatal Shaklee. Ya lahhh saya mana suka kalau main beli saja. Saya perlukan info lengkap!





    Antara sebab saya pilih Set berpantang Shaklee:
    1. MUDAH disediakan dan di ambil. Tidak perlu dimasak atau dibancuh dengan bermacam campuran melainkan ESP yang dibancuh mudah dengan hanya air suam.
    2. Bukan hanya ketika berpantang sahaja, setiap produk dalam Set berpantang Shaklee boleh di makan selepas berpantang sebagai vitamin kesihatan harian.
    3. JIMAT. Ya rata-rata kuantiti produk dalam Set bersalin Shaklee bukan hanya sebulan malah ada yang 4 hingga 6 bulan! 
    4. BERBALOI. Apa tidak berbaloi Kalau produk dalam set berpantang Shaklee ni semua boleh diamalkan sejak mengandung (kecuali ada satu produk sahaja tidak disarankan ambil masa mengandung). Kenapa boleh diamalkan sejak hamil? Sebab produk dalam Set pantang ni adalah vitamin dah mineral yang badan kita perlu bila mengandung.
    5. Set pantang Shaklee sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Saya memang mahu bersalin normal tapi saya tidak boleh tolak Kalau ada komplikasi bersalin cser kan so saya kena pilih Set pantang yang boleh untuk kedua-dua keadaan.
    6. Kebanyakkan set pantang di pasaran hanya untuk ada kebaikan untuk Ibu yang berpantang, tetapi set pantang Shaklee ni boleh bagi manfaat kesihatan untuk baby juga sebab nutrisi yang badan kita perlukan untuk setiap hari.

    Walaupun ada yang kata Set ni agak mahal untuk set yang lengkap, tapi bagi saya Set ni terbaik sebab bagi banyak manfaat dari segi cara pengambilan, jimat jika dicongak teliti (nanti saya tunjuk contoh) dan manfaat pada baby dan Ibu. Pengalaman saya sendiri, saya menabung tau untuk lengkapkan Set ni. Beberapa bulan sebelum bersalin saya memang dah mula beli sikit-sikit sebab produk dalam Set ni boleh beli secara loose atau satu-satu.

    Sebab tu Kalau ada kawan-kawan yang minta pendapat sebab bajet yang sedikit, saya sangat galakkan beli sikit-sikit dulu sampai dapat full set sebelum bersalin. Jadi by the time korang bersalin, lengkap dah set pantang.

    Apa yang saya rasa guna Set pantang ni?
    ✅saya cepat recover apalagi saya tiada jahitan walaupun bersalin normal.
    ✅saya bertenaga untuk handle dua orang anak serentak.
    ✅saya tiada sembelit dan rasa sakit bengkak susu mudah saya lega dan hilangkan.
    ✅berat saya cepat sangat turun. Dua minggu saya turun 12kg!
    ✅kulit muka saya nampak pinkish dan segar (raya 2016 saya masih dalam tempoh berpantang dan ramai tegur saya aktif dan nampak segar malah terkejut saya masih dalam pantang)
    ✅tahap stress saya dapat saya kawal walaupun pada awal berpantang sendiri hampir saya ke arah meroyan!



    Gambar atas ni adalah perbandinga wajah saya selepas pantang. Shawl pink tu selepas lahirkan AN (anak pertama), tudung pink pula selepas lahirkan NA (anak kedua dan gunakan Set berpantang Shaklee).




    Bila saya upload gambar selfie dalam pantang ramai kawan-kawan tegur muka nampak fresh dan macam bukan dalam pantang 🙈
    Apa yang ada dalam Set pantang Shaklee?
    ☘️ESP 
    Yang ini lah yang saya kata kena bancuh. Tapi lahai bancuh pun mudah sangat. Just bancuh dengan air suam atau boleh campur horlicks. Saya campur dengan horlicks sumpah meriah sangat air susu! So lucky NA!
    ESP ni bekalkan tenaga segera tau! Siap bantu alas perut sebab rasa kenyang tu panjang.
    ☘️Vita-Lea
    Ni multivitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari. Multivitamin ni antara penyumbang saya bertenaga. Kandungan zat besi dalam ni juga bantu recover kehilangan darah yang banyak masa bersalin sebab zat besi bantu penghasilan sel darah merah.
    ☘️ B Complex
    Hahhh yang saya kata saya boleh kawal tahap stress tu dengan bantuan B Compex ni lah. B complex ada kandungan vitamin B yang mengawal emosi kita. Juga ada kandungan asid folik yang mudah diserap. Jangan tidak tahu asid folik ni antara nutrisi yang sangat susah untuk badan serap!
    ☘️ Sustained Release Vita C Plus
    Ini favourite saya hehe
    Selain fungsi yang best untuk kulit sihat dan cantik, vitamin C Shaklee ni bantu tingkatkan sistem imun dan bantu lagi fungsi zat besi hasilkan sel darah merah. Masa berpantang saya tidak diserang demam selesema. Syukur sistem imun jadi kuat!
    ☘️Ostematrix
    This is penyelamat untuk Ibu berpantang sebab bantu melawaskan. Masalah sembelit dengan mak berpantang (maktang) memang selalu tapi sengsara woo! Saya sendiri ada pengalaman sembelit teruk masa pantang 1st baby. Ngeri Ingat balik. Huhu tapi berpantang anak kedua memang lancar saja 😉
    Selain tu, Ostematrix ni pun sebagai sumber kalsium untuk top up kalsium kesihatan tulang kita yang terpaksa di’share oleh baby masa pregnant. Masa berpantang bantu cukupkan kalsium untuk penghasilan air susu. Sakit pinggang atau krem (cramp) masa berpantang juga saya tidak rasa masa amalkan ostematrix semasa berpantang.
    ☘️Omega Guard
    Kalau orang tanya Omega Guard ni untuk apa? Saya kata bantu saya turun berat masa pantang. Dan yang bestnya NA pun dapat manfaat DHA & EPA bila breastfeeding 😉 DHA & EPA sangat penting untuk fungsi otak anak.
    ☘️Alfalfa Complex
    Jika digandingkan dengan Omega Guard, Alfalfa Complex memang tunjuk kesan dari segi detox lembut dan selamat. Alfalfa complex ni highly recommended sebagai milkbooster dan agen detox.

    Ohya saya share la antara pengalaman Ibu berpantang dengan Set ni yang jadi antara sebab saya yakin dengan Set ni:







    Best sangat baca pengalaman ibu yang berpantang dengan Set Shaklee ni. Rupanya bila dah cuba sendiri, saya sendiri cukup enjoy tempoh berpantang saya hehe

    kesan suplemen dan YOUTH

    Harga untuk Set ni?
    👉🏻RM702.72

    Tapi tapi tapi kalau mau harga jauh lebih murah (Jimat RM140 lebih) saya cadangkan better mendaftarlah sebagai ahli Shaklee dalam team NIW sebab ahli NIW rata-rata berpengalaman dalam Set berpantang ni. So mudah untuk dapat info dan share ilmu nutrisi di akan datang.


    Caranya?
    Klik bawah ni nanti direct pada #teamNIW punya founder untuk step mendaftar sebagai ahli dan nikmati harga murah sangat.





    Ok settle dah sharing kali ni. Lega sebab ramai juga kawan-kawan yang bertanya saya tentang set Pantang yang saya guna bila tengok gambar-gambar saya yang nampak macam bukan dalam pantang 😊

    Love,
    Nija
    #momstercantik suka sharing





    Continue Reading


    Salams and hi.

    Antara banyak-banyak vitamin Shaklee kan, vitamin C Shaklee adalah my favourite. Sebab saya ni seorang beauty conscious jadi padanlah obses dengan vitamin C hehe



     Kulit saya sekarang 😊

     

    Sebelum saya makan vitamin C Shaklee, saya sudah cuba few brands which biarlah saya seorang yang tahu the list sebab saya tidak mahu ada yang terasa sebab seolah-olah buat perbandingan atau kutuk produk orang.

    Kenapa saya ambil vitamin C? Of course untuk cantik. Sebab vitamin C kan sinonim dengan kulit cantik. Tapi sebenarnya kan banyak lagi manfaat vitamin C yang ibarat wira yang tak didendangkan gitu. Siapa sangka vitamin C ni baik untuk sistem imuniti kita? Anndd vitamin C boleh elak gusi berdarah…

    So berbalik pada review saya berkenaan vitamin C. Dua minggu lebih kurang selepas saya consume multivitamin Shaklee, saya beli pula vitamin C. Masa mula-mula search internet pasal vitamin Shaklee ni hairan kenapalah panjang betul nama vitamin C Shaklee ni. SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS panjangkan?

    Rupanya itu salah satu kelebihan vitamin C Shaklee. Shaklee guna teknologi pelepasan tertunda maksudnya vitamin C tu bila kita makan, perlahan-lahan dilepaskan dalam badan untuk badan kita serap. Supaya penyerapan secara optimum dan tiada pembaziran berlaku.

    Saya ingat lagi masa saya dapat vitamin C tu beberapa hari sebelum saya punya majlis graduasi. Lagi dua hari saya naik pentas tiba-tiba jerawat saya muncul. Atas bibir pula tu. Spoil betul rasa masa tu. But saya makan vitamin C konsisten dan masa hari konvo tu rasa lupa pasal jerawat saya haha

    Habis majlis tu, on the way balik rumah sempat saya selfie dengan AN. Skrol gallery ada beberapa keping gambar selfie dalam dewan. Baru perasan “eh mana pergi jerawat?” Mustahil juga hilang begitu saja. Ahh mungkin sebab filter dalam hati saya.

    Sampai rumah cuci muka dan bersihkan make up. Saya belek muka sendiri hehe
    Surprisingly jerawat tu kecut. Sangkaanku meleset. Ingatkan jerawat tu akan mula ketara in size. Rupanya kecut. Sambil tidurkan AN, saya google pasal vitamin c Shaklee. Dan banyak juga review vitamin C bantu kecutkan jerawat.

    Untuk pertama kalinya saya buat masker vitamin C. Rasa gatal sikit kulit. Tapi best sebab ada rasa sejuk. Saya tidak tahulah sebab larutkan dalam air ke apa huhu

    Masa kembalikan jubah konvo sempat saya ambil gambar ala-ala post-convo photoshoot (husband jadi photographer hihi). Saya puas hati sangat. Sebab gambar cantik daann parut jerawat tiada. Nadaaa!

    Ohya masa tu saya pregnant NA dan kulit muka saya masa early pregnancy memang macam selalu. Kenapa macam selalu? Saya ada 4 kali pengalaman mengandung (yang first two pregnancies saya keguguran) dan setiap kali mengandung saya akan ada masalah kulit.

    Boleh nampak kan perbezaan antara dua gambar ni.Gambar hamil anak pertama tu jerawat teruk dan gambar beberapa lapisan filter haha. Hamil anak kedua tu tiada filter langsung.



    Tetapi pregnant NA saya cepat dapat solusi. Saya makan vitamin C Shaklee. Jerawats yang mula datang berjemaah sekejap saja singgah sebab ku bendung dengan vitamin C hihi
    Dan sepanjang saya pregnant NA, ramai tegur kulit saya glowing la bersih la cerah la.
    Paling saya suka saya diberikan kesihatan yang lebih baik sepanjang 39 minggu kandungan.

    No filter. Betapa saya enjoy kehamilan kedua ni. Saya jadi yakin mahu selfie hehe



    Masa kandungan masuk 5 bulan kalau tidak silap, super upline saya ada buat satu cabaran. Dalam cabaran tu objektif dia untuk menunjukkan everyone boleh cantik dan berhak cantik bila konsisten makan vitamin C Shaklee with special dosage yang still safe for us.

    Cabaran tu bagus tau sebab dengan cabaran tu saya konsisten dan alhamdulillah saya antara yang rasa perubahan. Sebab cabaran tu juga saya makan vitamin C Shaklee sampai sekarang. Tahun ni masuk tahun kedua saya bersama vitamin C Shaklee which saya impress sebab sebelum ni untuk setia sebegini lama dengan vitamin C adalah mustahil seba saya akan lompat dari satu brand ke satu brand. Sebab apa? Sebab kesan bukan macam yang saya mahu. Eh saya konsisten makan each vitamin C ya so no point to say saya tidak dapat effect sebab saya mengharapkan kesan cepat. Ada satu brand tu saya makan berbotol=botol but kesan tidak sesuai dengan saya.

    Kalau fikir logik pun cemana saya tahan hampir two years kan kalau kesan saya tidak dapat?

    Ohya satu lagi vitamin C ni juga antara faktor bacaan hb saya masa mengandung NA okay. Sebab masa beli vitalea dengan B complex dulu, saya diberitahu kalau mahu hb okay ikhtiar Vitalea bersama vitamin C sebab vitamin C bantu penyerapan zat besi (dalam vitalea ada zat besi).

    Cemana rupa vitamin C Shaklee?
    Okay saya tunjuk yee
    Dalam satu botol vitamin C ni ada 180 biji. Banyakkan. Tahan sehingga 6 bulan pula tu. Jimat duit I hehe
    Warnanya agak perang sikit. One thing for sure tiada pewarna tambahan.

     


    Untuk yang first time tengok mungkin ada yang cakap besarnya tablet vitamin C ni. Saya tidak terkecuali dulu huhu
    Tapi bila saya bandingkan dengan vitamin C dari farmasi sebab masa tu dalam peti ais ada vitamin C dari farmasi hehe, rupanya vitamin C Shaklee ni kecil sikit, So tiada isu tidak boleh telan, Nija saya kata pada diri sendiri.
    Rasa? Masam. Tapi sebab bukan chewable, terus telan so isu tidak boleh telan sebab masa tu tolak tepi! Yang penting ada air dan zappp telan terus hehe

    Cemana saya makan vitamin C ni?
    Pagi-pagi after breakfast saya makan dua biji together with Vitalea. Dan saya kurangkan kafein masa mengandung sebab kafein tidak bagus untuk penyerapan vitamin.

    Ohya vitamin C Shaklee ni vitamin semulajadi bukan sintetik. Dibuat daripada kanji jagung. Sesuai untuk yang ada gastrik. Kan selalunya vitamin C ni dari buah sitrus macam oren. Sitrus boleh undang gastrik sebab asid kan.

    Sepanjang saya makan vitamin C Shaklee rasanya tidak pernah dah gastrik (saya ada sejarah gastrik teruk dulu).

    Saya buat review ni sebab saya tahu ramai yang mahu tahu kan. Saya dulu pun google mahu tau review dari pengguna. Katanya tak mahu review dari penjual. Dan sekarang saya buat reviw sebab Saya pengguna. Pengguna tetap confirm!



    Nija Nowamommy
    Mommy Cantik to AN & NA
    Continue Reading




    Saya ingat lagi kakak saya pernah bersalin normal tetapi dengan bantuan vacuum.


    Kesannya kakak saya alami banyak luka episiotomy (digunting) bagi memudahkan vacuum  digunakan untuk assist baby keluar. Bila banyak luka, semestinya jahitan juga banyak.


    Sayangnya waktu tu saya belum kenal Shaklee lagi. Jika tidak tentu boleh suggest pada kakak waktu tu.


    Kali ni saya share pengalaman Puan Ainul Mustafa yang bersalin secara normal dengan bantuan vacuum. Baca sampai habis tau 😊


    “Assalamualaikum & Selamat pagi 


    Nak kongsi pengalaman saya minum vivix untuk luka berpantang 


    anak 1st saya czer jadi anak ke2 saya berusaha untuk bersalin normal. Alhamdulillah berjaya bersalin normal tapi dengan bantuan vacuum. Akibatnya luka jahitan yang banyak 


    Hari pertama balik anak demam panas & kuning. kena masuk nicu. Saya tak masuk ward. Jadi kena ulang alik setiap hari hantar susu dan nak tengok baby juga. 


    Luka masih merah kannn.. jadi sangat sangat sakit. nak jalan sakit, nak duduk pun sakit. sampai nanges nanges tak tahan sangat 


    saya makan vitamin pantang yang lain macam vitalea, zinc, vitamin c ..megadose lagi tapi macam ambil masa pulak nak lega. 


    last last tak tahan punya pasal.. saya ambil VIVIX. 2 sudu sehari. Alhamdulillah 3 hari lega. luka pun sembuh sepenuhnya. badan bertenaga dan susu pun meriah. 


    Bersalin anak ke 3 mei tahun lepas pun vivix saya dah stand by siap siap. Walaupun berjaya bersalin normal tanpa vacuum pun saya tetap makan vivix dalam pantang 


    boleh la cadangkan kepada kawan kawan yang sedang berpantang atau bakal berpantang.”


    -Puan Ainul Mustafa-


    Boleh dengar sendiri perkongsian Puan Ainul Mustafa ni dengan klik play video di bawah ni⤵️





    YouTube:

    https://m.youtube.com/watch?v=0XXitPHtATA


    Bagaimana vivix bantu sembuhkan luka?

    Vivix adalah minuman botanikal yang membantu sel dan tisu kita di-repair. Sel dan tisu yang sihat adalah hasil daripada nutrisi yang bantu untuk penyembuhan.


    Vivix mengandungi sifat antioksidan yang mengelak sel daripada rosak. Vivix juga mengandungi bahan-bahan yang mempunyai sifat anti-keradangan.


    Saya share-kan lagi beberapa testimoni berjaya sembuhkan luka bersalin secara normal dengan amalkan vivix:










    Berminat untuk beli vivix secara online boleh klik gambar beli sekarang:






    Berminat untuk dapat penjimatan dengan menjadi member Shaklee boleh klik gambar daftar sekarang:





    Untuk dapatkan konsultasi secara personal atau perlukan lebih info berkenaan vivix boleh klik gambar hubungi Momster Cantik Sekarang dan kita boleh terus berhubung melalui whatsapp:






    Pengalaman bersalin tentunya berbeza-beza. Bersalin secara normal juga ada yang totally normal tanpa bantuan apa-apa, ada yang di-induce untuk bersalin normal, ada yang terpaksa guna tools untuk bantu bersalin normal sama ada vacuum atau forceps. Apa-apa pun luka kesan daripada bersalin tu walaupun ada yang punya pengalaman ngeri tapi percayalah dengan nutrisi yang betul kita boleh bantu badan kita recover dengan baik dan cepat.


    Salam luv berterbangan,

    Nija

    Momster Cantik yang suka sharing pasal pengalaman 😍

    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top