Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Kurang sepuluh hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Segala persiapan raya pun mula “done” semuanya. Namun jangan dilupakan kulit raya.


    Bila berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, antara pertanyaan yang kita akan dapat “makin Cantik kau sekarang. Guna apa? Makan apa?”

    So kali ni Momster Cantik share 5 tips yang boleh kita buat untuk dapat kulit glowing masa raya nanti.

    🌸 Tips pertama: minum air kosong secukupnya

    Air kosong offer banyak sangat manfaat bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan kulit.

    Air membantu berikan kelembapan pada kulit dan mengelakkan tanda penuaan timbul sebelum waktunya. Tanda penuaan seperti kedutan dan garisan halus akan lebih kelihatan apabila kulit kering dan tidak bermaya.

    MomsterCantik dulu seorang yang tidak pandai minum air kosong dan kulit masa remaja agak bermasalah. Satu hari terfikir untuk lihat perubahan kulit dengan buat 2 weeks challenge. Selama dua minggu tu MomsterCantik cuba pastikan meminum air kosong mengikut keperluan harian dan kesannya memang menakjubkan.

    Kulit MomsterCantik kelihatan lebih fresh, moist dan tona kulit lebih cerah berbanding sebelum challenge. Sejak dari situ MomsterCantik memang suka minum air kosong hehe

    Ohya MomsterCantik ada share pasal ni juga di YouTube Channel Momster Cantik. Boleh klik play video YouTube di bawah ni sampai habis:





    🌸 Tips kedua: Lindungi diri dari cahaya matahari

    Antara spoiler yang boleh menyebabkan kulit tidak glowing masa raya ialah sunburn. Sunburn tidak dapat hilang sekelip mata ya. It takes time. Dan siapa yang mahu beraya dalam keadaan kulit habis terbakar dan berbelang-belangkan?

    Sepanjang seminggu lebih ni elakkan dari terdedah pada cahaya matahari terlalu lama apa lagi bahagian muka.

    Namun jika tuntutan kerja, pastikan kulit muka dilindungi dengan pelindung UV. Cahaya matahari bukan sahaja boleh menyebabkan sunburn pada lapisan atas kulit, malah boleh bertindak trigger kanser kulit! 

    Sekarang ni banyak di pasaran pelindung UV. Malah ada moisturiser (pelembap) yang turut mengandungi pelindung UV dalam botol yang sama contohnya Age Defense Moisturiser SPF50

    Spf banyak jenis kan; ada Spf10, spf20 dan seterusnya (spf ni ukuran Berapa lama kulit dilindungi apabila terdedah pada cahaya matahari) namun pakar kulit mengesyorkan untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun,  Spf50 yang paling sesuai. Sebab itu MomsterCantik pilih Age Defense Moisturiser-SPF50 sebab pelembap yang bertindak sebagai pelindung UV Spf50.

    🌸 Tips ketiga: Skrub kulit muka

    Kita selalu dengar exfoliation. Exfoliation ni penting untuk pastikan lapisan kulit mati disingkirkan dari kulit muka kita.

    Kulit kita sentiasa diperbaharui dengan sel kulit yang baru. Sel kulit yang lama akan menjadi sel kulit mati yang tidak sepatutnya stay lama pada lapisan kulit muka.

    Bila kulit mati ada untuk jangka masa lama dan tidak disingkirkan, kulit akan kelihatan kusam, tona kulit tidak sekata dan tidak glowing. Fakta yang menarik ialah kulit ni akan glowing dengan sel kulit baru yang sihat ya. Bayangkan glowing dari sel baru tu terlindung kerana lapisan kulit mati tadi. Sayangkan?

    Oleh itu, salah satu cara kita singkirkan sel kulit mati ni dengan skrub. Di pasaran banyak sangat produk skrub mengikut kesesuaian kulit (bahan yang digunakan). Masuk drugstores umpamanya tentu buat kita rambang mata. MomsterCantik suka skrub dengan serbuk kopi biasa.


    Skrub dengan serbuk kopi. Kulit bersih, glowing dan balackhead whiteheads hilang!


    Skrub selain daripada singkirkan kulit mati, skrub juga bantu keluarkan blackheads dan whiteheads. Namun harus diingat, skrub tidak boleh dibuat setiap hari nanti menyebabkan iritasi. Disyorkan buat 2-3 kali seminggu. Untuk kulit sensitif atau kulit yang sangat kering boleh buat sekali seminggu.

    🌸 Tips keempat: gunakan mask

    Selalu orang malas untuk gunakan mask sebab kekangan masa.

    Mask sangat baik untuk membantu memelihara kelembapan pada kulit dan banyak lagi manfaat mengikut bahan yang digunakan. Mask yang banyak di pasaran antaranya untuk melembap, merawat kedutan dan garisan halus, mengecutkan jerawat dan banyak lagi.

    Ada juga yang rajin buat mask sendiri dan gunakan bahan alami. MomsterCantik la tu hehe


    Ni mask dari Naruko. Boleh cari di Watsons berhampiran. Harga Kalau tidak silap RM6.90 satu.


    Kalau malas MomsterCantik beli mask dari drugstore dan guna sambil relax tengok tv wallaaa apa lagi weekend memang best mask session tu. Kalau rajin, MomsterCantik suka gunakan gabungan vitamin C & ESP  Kalau guna bahan alami, MomsterCantik akan gunakan mask yogurt campur serbuk kunyit dan madu.

    🌸 Tips kelima: lengkapkan dengan minuman kolagen

    Ada lagi cara singkat untuk dapat kesan yang pantas tau; kan raya lagi kurang seminggu so mestilah Kalau ada pilihan yang kesan pantas dan terbukti berkesan kita WAJIB cuba kan.

    Banyak minuman kolagen di pasaran dan yang paling MomsterCantik rekomen untuk korang try ialah Shaklee Collagen Powder  Kolagen Shaklee ni bukan setakat mengandungi kolagen sahaja malah lebih dari itu!

    Siap ada ujian klinikal yang mana keputusan ujian tu memang terbukti kulit mengalami perubahan yang positif selepas gunakan kolagen Shaklee.



    MomsterCantik dah cuba dan suka MomsterCantik share masa pengambilan tiga sachet pertama, MomsterCantik dah dapat Shaklee Effect yang best!

    Paling MomsterCantik impress dengan hanya tiga sachet pertama, MomsterCantik boleh rasa kelembapan pada kulit tu meningkat. Bangun tidur kulit kelihatan fresh dan lembap ala-ala basah namun bukan berminyak ya. Kemudian perasan juga liang pori mengecil.

    Untuk yang berminat untuk cuba Shaklee Collagen Powder ni bolehlah buat pembelian secara online dengan klik beli sekarang di bawah ni:

    BELI ONLINE SEKARANG

    Atau boleh contact MomsterCantik untuk maklumat lanjut:

    HUBUNGI MOMSTERCANTIK SEKARANG

    Dengar-dengar ada promo sepanjang bulan Jun 2018 ni tapi while stock lasts katanya. 

    Baca juga: Set Pantang untuk mereka yang berpantang sendiri

    Nah 5 tips ini nampak simple tapi selalu di abaikan terutama sekali part mask dan skrub tu. Semoga tips ni semua bermanfaat dan selamat menikmati kulit glowing raya nanti. 

    Luv,
    Nija
    Si #momstercantik suka share Tips Cantik!
    Continue Reading


    Perasan tidak banyak produk kolagen sekarang ni di pasaran? Macam macam warna macam macam perisa. Kolagen jadi pilihan terutama sekali kaum hawa sebab berkait rapat dengan kecantikan dan kesihatan kulit wajah.




    Momster Cantik suka untuk recommend untuk cuba Shaklee Collagen Powder (SCP) dalam banyak=banyak produk kolagen. Sebab? Boleh baca sampai habis hehe


    Kenapa Shaklee Collagen Powder (SCP) jadi produk kolagen pilihan?

    SCP diekstrak dari sumber kolagen berpremium tinggi iaitu sisik ikan merah. Ikan merah boleh hidup pada kedalaman yang jauh lebih dalam yang mana tekanan sangat tinggi tetapi pada kedalaman ini airnya jauh dari pencemaran. Sebab itu kolagen dari sisik ikan merah tahan lasak, elastik, bersih dan tinggi dengan kolagen.

    Setiap sachet SCP mengandungi 4000mg RSS (Red Snapper Scale) Collagen Proprietary untuk setiap hidangan.

    Saiz molekul yang kecil dan sangat ringan iaitu 1000 Dalton (berat molekul diukur dalam unit Dalton). Saya ada share di post () yang kolagen ni bersaiz besar dan susah untuk diserap oleh tubuh badan kita apa lagi usus. Sebab itu Shaklee hasilkan serbuk kolagen yang bersaiz kecil untuk mengoptimumkan lagi kadar penyerapan kolagen oleh tubuh kita.




    Terbukti secara klinikal memberi kesan pada kesihatan dan kecantikan kulit.

    Packaging yang berbentuk sachet bagi memudahkan SCP dibawa kemana-mana dan boleh dibawa dalam poket seluar, handbag malah purse!

    Sangat mudah larut dalam air dan jimat tenaga serta masa untuk dibancuh.

    Ramuan SCP bebas dari bahan kimia yang merbahaya dan tiada pengawet mahupun bahan tiruan.

    SCP bukan setakat kolagen. Juga diblend dengan ramuan lain untuk hasil yang lebih baik dan offer yang lebih banyak untuk kesihatan dan kecantikan


    Apa kandungan SCP?

    SCP bukan setakat kolagen sahaja malah Shaklee hasilkan SCP dengan 7 Bahan utama yang saling mendukung untuk manfaat melembap, menganjal dan antioksidan.



















    Apa kebaikan SCP untuk anda?

    Kolagen bukan sahaja mempunyai manfaat kecantikan malah manfaat kesihatan dalaman juga sebab kolagen adalah protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita dan semakin berusia, penghasilan kolagen dalam badan menurun. Sebab itu SCP dihasilkan untuk bantu supply kolagen untuk:
    1. Cerahkan kulit - bantu kurangkan pigmentasi, kurangkan jeragat, sekatakan tona kulit
    2. Kembalikan keanjalan kulit
    3. Lembapkan kulit
    4. Agen anti-penuaan - bantu kecilkan liang pori, hilangkan kedutan dan garis halus
    5. Suburkan rambut - bantu kuatkan rambut, kurangkan masalah rambut gugur, jadikan rambut lebih tebal dan bersinar
    6. Lancarkan pergerakan - bantu kurangkan kesakitan dan geseran sendi


    SCP ni ada jaminan atau ujian klinikal tak?

    SCP telah diuji secara klinikal dan keputusan ujian klinikal membuktikan 71% pengguna mempunyai tekstur kulit yang lebih sihat selepas menggunakan SCP selama 8 minggu berturut-turut.






    Siapa yang momster cantik sarankan ambil SCP? 

    Mereka yang ada kedutan dan garis halus di wajah
    Mereka yang ada jeragat dan bintik hitam
    Mereka yang ada pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
    Mereka yang mempunyai lingkaran hitam bawah mata
    Mereka yang ada eye bag
    Mereka yang ada pori yang besar
    Mereka yang mempunyai kulit lesu dan mudah kering
    Mereka yang kelihatan tua dari umur sebenar
    Mereka yang mengalami sakit belakang dan sakit sendi
    Mereka yang mempunyai masalah gusi
    Mereka yang mempunyai payudara yang kendur
    Mereka yang mempunyai rambut kering dan bercabang

    Harga dan kuantiti SCP
    Harga:RM315.88
    Kuantiti: 15 sachet dalam satu kotak
    Sajian: 15 hari

    Saya nak beli, bagaimana? 

    Mudah saja. Cuma klik gambar beli sekarang tu dan bolehlah dengan gembira beli SCP ni dengan kad debit mahupun kad kredit korang. Jimat masa kan cara ni, korang tinggal order secara online buat peyment dan tunggu depan rumah atau ofis nanti SCP ni datang hehe!


    JAPPPP February 2018 ada promo best Kolagen. Nak beli klik BELI SET BEYOUTHFUL bawah ni:

    SAYA NAK BELI SET BEYOUTHFUL



    Saya nak beli berkotak-kotak ada harga murah?
    Ehhh ada saya bagi cara untuk dapat harga yang lebih murah. Daftar sebagai ahli Shaklee dengan saya dengan klik gambar Daftar sekarang dan saya akan urus untuk anda dapat harga murah dari saya.



    Saya berminat nak tahu produk Shaklee yang lain, bagaimana?

    Senang sangat, cuma klik gambar bawah ni korang akan direct ke whatsapp saya secara personal dan berhubung dengan saya secepat kilat hehe




    Nanti saya share testimoni kulit bermasalah yang sihat dan gembira selepas amalkan SCP next sharing in shaa Allah. Confirm jatuh hati pada SCP!

    Luv,
    Nija
    Momster Cantik yang suka bab-bab cantik







    **Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

    Continue Reading





    Bila banyak jenama minuman  kolagen dalam tong tu lahir (iklan tv dipenuhi macam-macam warna tong kan) lepas tu dalam bentuk sachet pula lahir, ada tidak yang macam saya fikir "apa bendalah kolagen ni?"

    Jom saya share sedikit pasal kolagen. Semoga bermanfaat.

    🍁Kolagen ni apa?
    Kolagen ni adalah protin terbanyak sekali dijumpai dalam tubuh badan kita manusia (protin kan banyak jenis).

    🍁Bahagian badan mana boleh jumpa kolagen?
    Tulang, otot, kulit dan tendon.

    🍁Fakta pasal Kolagen

    1) 20% dari berat badan seseorang adalah protin manakala 30% dari protin tadi adalah kolagen.

    2) Perkataan collagen itu berasal dari perkataan Greek "kolla" yang bermaksud gam.

    3) Kolagen memberikan kekuatan dan struktur pada kulit serta penting untuk menggantikan sel kulit mati.

    4) Penghasilan kolagen akan menurun seiring dengan usia dan akan berkurang bila terdedah dengan faktor persekitaran contohnya rokok.


    🍁Apa yang rosakkan Kolagen?

    1) Pengambilan gula berlebihan
    Gula berlebihan dalam darah + protin = AGEs (proses glycation).
    AGEs ni akan rosakkan protin yang lain dan Kolagen akan lemah dan cepat rapuh (kolagen ni ikutkan sangat kuat strukturnya).

    2) Merokok
    Kandungan rokok akan rosakkan kolagen & keanjalan kulit. Nikotin akan menyempitkan saluran darah which is kesannya akan menyebabkan kurang penghantaran nutrisi dan oksigen ke sel kulit.

    3) Cahaya Matahari
    Pancaran Ultraungu dari cahaya matahari menyebabkan kolagen akan rosak pada kadar yang lebih pantas, serat kolagen akan rosak dan menggalakkan lagi pengumpulan elastin yang abnormal (akan hasilkan enzim yang juga rosakkan kolagen).

    4) Penyakit Autoimmune
    Ada penyakit autoimmune yang mana kolagen menjadi target antibodi badan.


    🍁Kena makan apa untuk hasilkan Kolagen?

    Kena tahu yang kolagen ni protin yang terdiri daripada asid amino. 9 jenis asid amino ni penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. So kena dapatkan dari diet harian kita.

    Selain protin (asid amino), nutrisi lain yang menyokong penghasilan kolagen ialah:

    Proline: ada dalam putih telur, daging, keju, soya & sayur kubis

    Anthocyanidins: ada dalam blackberries, blueberries, cherries & raspberries

    Vitamin C

    Copper: ada dalam shellfish, kekacang, daging merah, drinking water

    Vitamin A

    🍁Cara Saya Memastikan hayat Kolagen dalam badan saya bertahan lama

    1. Elak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Jika ada aktiviti di bawah cahaya matahari usually saya akan guna sunscreen/sunblock.

    2. Saya dalam proses kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Saya perasan bila pengambilan gula berkurang, berat saya cepat turun dan kulit lebih sihat.

    3. Saya bukan perokok hehe

    4. Banyak minum air kosong. Try minum konsisten air (ikut keperluan badan ya setiap 25kg perlukan 1L air) akan nampak perubahan pada kulit.

    5. Ambil suplemen
    Mungkin ada yang cakap tidak perlu suplemen yang penting jaga makan. Tapi yakinkah tahukah kamu berapa jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh badan kamu? Masak makanan dengan suhu tinggi boleh kurangkan zat dan khasiat makanan tu tau. Dengan kurang minum air lagi. Dengan tidak makan sayur hijau lagi. Ish ish ish jangan ego. Saya pun dulu ego. Bab suplemen ni kena banyak membaca dan bertanya. Hampir setahun saya konsisten suplemen harian saya ni:



    ESP  - sumber protin non-GMO yang paling lengkap di pasaran (9 asid amino da dalam ESP). ESP juga bekalkan PROLINE kerana salah satu sumber Proline adalah soya!

    Collagen Powder - sumber kolagen sisik ikan merah yang berpartikel kecil untuk serapan optimum dan dikayakan lagi dengan bahan2 lain yg bantu boost lagi penghasilan kolagen dalam badan.

    Sustained Release Vita C Plus - vitamin C natural yang semestinya menyerap semuanya ke dalam badan tanpa ada pembaziran kerana teknologi Perlepasan Tertunda ( Sustained Release) melepaskan vitamin C dalam badan secara berperingkat ikut keperluan tubuh badan dalam satu2 masa.

    Carotomax - sumber beta karotin (vitamin A) yang semulajadi. Juga baik untuk mata dan bertindak sebagai anti oksidan yang baik.

    Itu untuk dalaman. Untuk luaran saya akan reveal soon 😍

    Jadiii apa yang penting kita tahu, kolagen tu bukan semata-mata untuk cantik sahaja 😊 Kolagen meliputi kesihatan kulit, otot, tendon dan tulang. Ohya satu lagi saya pesan, kalau pilih produk Kolagen kan baca dulu tahu dulu sebab kolagen ni selalunya saiz dia besar dan susah diserap dalam badan kita. Dan paling baik pilihlah kolagen yang berasal dari sumber semulajadi bukan sintetik 😊


    Itu sahaja sharing hari ni.


    Much love,
    Nija

    Continue Reading

    Salam & hi

    Hari ni saya share pasal kolagen & vitamin C ya 😊


    Kolagen adalah tisu penyambung (protin) yang penting untuk kesihatan sendi. Area yang disokong oleh kolagen ialah kulit, sendi, tulang, rambut, kuku, salur darah, ligamen, otot, mata etc. Kolagen yang bagi kekuatan (strength) & keanjalan (elasticity).





    Bila tahap kolagen berkurang kesihatan sendi pun terganggulah. Contoh paling senang bagi pesakit osteoarthritis, cartilage pesakit kurang dan mungkin hampir tiada yang mengakibatkan tulang lutut berlanggar satu sama lain dan sakitdan perit. Dengan pengambilan kolagen, boleh bantu pembentukan semula cartilage.
    .

    So penting untuk kita top up kolagen dalam badan kita. Bukan saja2 minum kolagen untuk awet mudalah untuk anjal kan untuk bergetahlah ehhh 😊
    .

    Antara produk Shaklee yang boleh kita ambil untuk top up kolagen dalam badan ialah SHAKLEE COLLAGEN POWDER & SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS.










    Eh jap kenapa vitamin C? Ya saya pun dulu hairan apa kaitan vitamin C dengan Kolagen?
    .

    Vitamin C ni bantu penghasilan kolagen tau. Boleh refer blog post saya:
    http://inowamommy.blogspot.my/2016/10/kolagen-memang-untuk-cantik.html?m=1
    .

    Yang bestnya kolagen & vitamin C dari Shaklee ni semestinya semulajadi (natural). Kolagen dari sisik ikan merah dan diperkuatkan lagi dengan bahan2 semulajadi yang lain untuk boost lagi penyerapan dan tindakan kolagen dalam SCP. Manakala Vitamin C Shaklee pula dari ekstrak kanji jagung.
    .

    Selain kesihatan sendi, antara manfaat lain yang akan anda dapat bila consume dua suplemen ni:
    🔥kulit sihat (anjal, cerah & bebas jerawat dan jeragat)
    🔥kesihatan gusi, gigi, kuku & tulang
    🔥elak penuaan sebelum usia (fungsi antioksidan)
    🔥sistem imun meningkat
    🔥kulit jadi moist
    .

    Ohya perlu dan wajib untuk kita tahu, kolagen ni saiz partikelnya besar maka susah diserap (masuk) ke dalam tubuh apabila diambil dari sumber luar. So pesan saya bila memilih produk kolagen, baca dan teliti dulu sumber dan saiznya. Pilih yang saiznya kecil dan senang diserap oleh tubuh serta sumber dari semulajadi 😊
    Sayang kita belanja bila mana tidak berkesan akibat kecuaian kita kan. Saya yakin kita semua mahukan yang yerbaik untuk kesihatan kita.



    Sharing ikhlas dari,
    Nija
    WAHM
    0138748191
    Pengguna & Pengedar Shaklee
    IG: @nowamommy


    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk

    Most Popular

    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    • Bagaimana Gadis Ni Merawat Kulit Berjerawat Teruk
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top