Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact




    Lamanya saya simpan entri ni. Serious rasa bersalah dengan kawan-kawan FB terutamanya sebab hari tu ada post tanya siapa yang mahu saya cerita cara tiada koyak waktu bersalin NA.

    Dan peram berbulan tahu. Kesian dengan kawan-kawan. Maka dengan itu terimalah entri khas ini hihihi

    Terus terang saya terkejut bila bidan bagitau
    "Saya tidak jahit ya mama sebab tiada koyak"

    Lepas tu lagi terkejut bila saya tanya berat NA
    "Nurse, berapa berat baby saya?"
    Confirm konon berat 2 kilo lebih jeee
    Sekali nurse jawab
    "3.4kg mama"
    TERBELIAK biji mata tau dak.

    Lepas saya bersalin tu dan discharge, saya yakin amalan sebelum bersalin tu penting untuk bantu kita melalui proses bersalin. Dan memang saya nekad untuk share pada semua wanita yang bakal melahirkan.

    Disclaimer: Sebelum saya mula please ingat ya: KUASA SEBENAR DATANG DARI ALLAH. Segala tips atau amalan hanya ikhtiar. Kan Allah suka bila kita usaha. Kalau tidak usaha tapi mahu itu mahu ini, ingat Allah bagi free?


    SEBELUM BERSALIN
    1. Mindset
    Disebabkan pengalaman bersalin AN saya ada jahitan dan saya cukup rasa peritnya bila ada jahitan, saya pasang angan-angan next baby tidak mahu ada jahitan. Cemana tiada jahitan? Tiada koyakkan masa bersalin. So dari awal pregnancy tu saya set minda saya macam ni “Nija, nanti bersalin tiada koyak.” Sentiasa cakap berulang kali dan sentiasa set dalam minda begitu. Gunalah apa-apa ayat yang kamu suka dan senang ingat untuk diingat lain kali.

    2. Doa
    Muslim sangat digalakkan untuk berdoa. Sehingga dikatakan doa itu senjata orang muslimin. Senjata? Sebab kita bersalin ni bagai masuk perang. Berperang dengan ketakutan dan kesakitan. Pernah dengar ayat ni “Allah akan mengikut sangkaan hamba-hambaNya”? Sangkaan tu apa? Sangkaan tu doa kita :)

    Untuk kawan-kawan yang bukan Muslim pun saya yakin agama atau amalan kamu juga tekankan konsep doa kan. Doa banyak-banyak Tuhan permudahkan proses bersalin kita dan saya dulu lepas solat atau bila-bila masa terdetik berdoa, saya akan doa macam ni “Ya Allah, tolonglah jangan ada jahitan nanti. Biarlah baby keluar tidak mengoyakkan” hehe lucu bila ingat balik. Saya siap minta janganlah baby besar tapi besar juga Allah bagi. Nikmat Tuhanmu mana yang hendak kau dustakan, Nija!

    Ikutlah ayat yang mana korang selesa dan senang ingat untuk disebut berulang kali. Jangan pandang rendah kehebatan doa tau! Doa kena yakin. Kalau setakat sebut tapi tidak rasa getaran dan ikhlasnya terdesaknya permintaanmu pada Tuhanmu, jadi layakkah kau suruh Tuhanmu kut mahu mu? Kuncinya doa dan yakin 100% pada Allah.

    3. Exercise
    Paling famous senaman untuk orang pregnant ialah Kegel Exercises. Ada beberapa cara senaman kegel ni. Paling simple mengemut.


    senaman yang sesuai masa kita tengah mengandung (sumber: google image)

    Mungkin ada yang rasa mengemut tu penting sangatkah? PENTING sebab mengemut adalah salah satu senaman kegel yang bantu kuatkan lagi otot lantai pelvik (pelvic floor muscles). Otot lantai pelvik ni bantu proses bersalin. Walaupun mengemut tu simple tapi saya yakin masih ada yang tidak tahu mengemut tu macam mana. SImple, macam tahan kencing atau tengah kencing cuba tahan beberapa saat dan release back your kencing hehe senang sebenarnya. Dan mudah sebab boleh buat bila-bila masa dan dimana saja. Tengah menonton tv pun boleh. Tengah skrol newsfeed facebook pun boleh. TANPA ADA ORANG TAHU pula tu! Haha!

    Banyak mana kena buat dalam sehari. Up to you. Masa ingat buat. Kalau rasa diri pelupa pasang alarm atau reminder hehe

    Selain kemutan, saya juga buat squat sepanjang kehamilan. Bila kandungan dah fullterm, saya kerapkan squat.


    4. Sujud
    Sujud tahu kan? Sujud macam posisi masa solat tu. Hah mudahkan?
    Ada juga yang kata bila kita kerap sujud akan bantu baby punya kepala turun bawah bagi yang bayinya songsang.

    Bagi saya sendiri kenapa kena sujud, sebab posisi tu saya rasa selesa sebab tiada tekanan pada bahagian bawah dan tulang belakang. Salah satu cara saya relaks kan diri juga sambil ingatkan diri ni hamba Allah yang kena sujud pada Allah selalu.

    Sambil sujud tu saya juga akan selitkan doa “Ya Allah bantulah bukaan nanti cepat dan mudah.”

    5. Cara duduk buka tulang pelvic (Tailor Sitting)
    Saya nampak petua ni masa skrol newsfeed facebook. Bila saya buat masa pertama kali tu memang sakit dan ngilu sikit bahagian kelengkang. Mungkin sebab baby dah besar dan menekan tulang pelvis kan.

    Bila saya konsisten buat setiap hari, saya semakin lega. Bila saya buat dan berapa kali? Selalunya saya suka buat masa tengah tengok tv dengan suami. Sebelah malam bila anak sulung si AN tu dah tidur, saya akan spend time dengan suami menonton movie best best. Hah masa tu lah saya duduk atas lantai dan buat senaman ni.

    Ok cara buat macam ni:


    Cara duduk ni antara petua saya elak koyak masa bersalin

    Duduk atas lantai. Lepas tu temukan kedua-dua tapak kaki dengan pastikan ibu jari kaki saling lekap antara satu dengan yang satu lagi. Pastikan juga kedua-dua paha di lantai jangan terangkat. Lagi dekat tumit kaki dengan kelengkang lagi baik. Lepas tu tolak perlahan-lahan badan ke arah tapak kaki. Tahan 5 saat lepas tu kembali ke posisi badan tegak.

    Selalunya saya akan buat 10 kali macam tu untuk satu sesi. Dan saya akan buat sehari 5 sesi. 4 sesi malam. 1 sesi siang. Kenapa siang sikit sebab saya ada anak kecil yang aktif untuk saya urus dan siang AN tu aktif. Senaman ni perlukan keadaan tenang baru best buat. Trust me memang best sebab rasa ala-ala yoga gitu. Terapi penenang saya.


    6. Info tambahan: Urutan perinium
    Petua yang satu ini saya akui saya skip sebab saya tidak reti haha! Saya banyak terbaca mommies out there buat urutan perinium. Urutan perinium ni bagus untuk latih bahagian perinium (bahagian di antara vagina dan dubur) tu bersedia untuk mengembang masa baby lalu situ untuk keluar. Malah ada yang tidak perlukan jahitan sebab amalkan urutan ni tau!

    Tapi urutan perinium ni mesti dibuat dengan minyak yang sesuai dan teknik yang betul. Bukan guna minyak semberono atau main hentam ja urut tau! Bahagian faraj ni sensitif sebab kulit lembut dan nipis. Banyak salur darah pula tu! So please sebelum buat urutan ni pastikan study habis dulu teknik dan guna minyak yang betul.

    Berdasarkan pembacaan saya, urutan ni disarankan buat bermula minggu ke-35 kehamilan dan diamalkan setiap hari.
    Maaf saya tidak boleh share urutan perinium tu macam mana sebab saya terus terang saya tak ada buat masa persediaan mekahirkan NA sebab saya takut huhu

    Kalau minyak pula disarankan guna minyak natural yang tidak berperisa mahupun berwarna seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.


    SEMASA BERSALIN

    7. Teknik Pernafasan Masa contraction
    Ok saya sambung teknik semasa bersalin pula. Seperti yang kita tahu, perkara penting masa bersalin ialah kawalan pernafasan dan teknik yang betul. Pernafasan masa active labour kena ikut prinsip: Tarik nafas dengan hidung, hembus nafas dengan mulut seperti meniup bukan buka besar seperti nganga.

    Jangan tahan nafas masa meneran. Jangan sesekali! Proses meneran mula bila rasa sakit contraction tu memuncak atau sakit sangat-sangat. Tarik nafas panjang dari hidung, teran sambil hembus nafas perlahan seperti meniup. Jangan angkat punggung masa meneran! Angkat punggung lagi membuat koyakkan besar. Ngeri!


    8. Posisi Masa Layan Contraction
    Posisi ni saya terbaca dulu dan diberitahu oleh nurse juga. Sayangnya saya dapat tahu masa pregnant NA, kalau tidak mesti boleh apply bersalin AN juga.

    Posisi ni bantu cepatkan bukaan untuk bersalin. Caranya begini:
    Baring mengiring ke kiri
    Kaki kiri diluruskan
    kaki kanan bengkokkan sikit
    Bila contraction datang, tarik punggung sekuat hati menggunakan tangan kanan dan teran.

    Nota Penting: Kalau tidak sakit, JANGAN tarik punggung dan teran ya sebab akan koyakkan perinium. Kita mahu elak koyak, nanti sebab salah teknik jadi besar pula koyakkan. JANGAN tau!

    Setiap kali datang contraction, bolehlah ulang steps di atas tu.

    Saya dulu agak ragu juga tau. Tapi bila apply masa layan contraction tu, it worked! Sakit contraction tu berkurang bila saya tarik punggung dan teran. Bukan macam pengalaman bersalin anak pertama, siap kejang kaki sebab tahan contraction yang menggila!

    9. Rest Phase
    Saya suka baca blog atau post di facebook pasal labour. Info ni saya terbaca dan saya kurang pasti details dari aspek gynaekology tapi bila fikir logik dan fahaman asas belajar sains waktu sekolah dulu bagi saya applicable juga hehe

    Ada satu tempoh contraction lebih relax dan intesity tu menurun. So waktu ni dia macam fasa rehat. Fasa rehat ni bantu orang yang kekurangan tenaga untuk menahan sakit dan lalui proses labour.
    Badan kita ni unik. Bila tenaga makin kurang, badan tidak mahu bebankan. Sebab tu masa fasa ni perlu makan dan minum. Tapi masa dalam labour room mana boleh makan kan. Sebab tu saya rasa mak saya pesan makan dulu sebelum pergi hospital. Tapi lahirkan AN saya tidak terfikir dan tidak makan!

    Bayangkan saya masuk hospital lepas subuh sedangkan semalam kali terakhir saya makan pukul 3 petang! Minum air pun saya bergegar. Saya tiada sarapan langsung melainkan makan kurma dan minum air kosong. 6 jam saya di labour room menunggu bukaan. Sampailah saya diberi ubat cepatkan bukaan melalui drip sebab saya stuck pada 7 atau 8 cm bukaan selama berjam-jam.

    Masa NA, saya bersungkai atau iftar dengan berselera sekali. Saya macam dapat agak saya akan bersalin tengah malam tu jadi saya makan banyak. No wonder cepat sangat bukaan sebab badan saya cukup karbohidrat dan gula untuk ditukarkan jadi tenaga semasa pushing. Bukaan jadi cepat dan proses bersalin langsung tiada induce ubat atau drip.

    10. Kurma, air zam zam, vitamin/suplemen
    Apa kaitan kurma, air zam-zam dan suplemen? TENAGA. Jangan tak tahu kalau tenaga dalam badan kita sedikit masa proses pushing baby, keberangkalian koyakkan tu ada. Bayangkan baby sudah mahu keluar dan kita sebagai ibu pula kehabisan tenaga untuk push dan masa pushing sudah panjang. Bidan dan doktor terpaksa gunakan alat untuk bantu baby keluar seperti forcep dan vakuum. Alatan sebegini memang akan ada koyakan atau kena gunting.

    Pengalaman saya bersalin AN dulu memang bergantung pada kurma yang saya makan untuk dijadikan sandaran tenaga. Memang membantu apatah lagi perut saya kosong dari semalam. Tapi to be honest, 6 jam menanti bukaan tu buat saya letih sebab menahan sakitnya contraction.

    Pengalaman bersalin NA sumber tenaga memang dari makanan semasa sungkai/iftar, kurma dan vitamin Shaklee saya. Rasa sakit contraction pun tidak intense sangat banding masa AN. Dari pengalaman kawan-kawan rupanya Ostematrix dan B complex membantu legakan kesakitan semasa contraction. Tapiiii sayangnya masa saya tengah bergelut dengan contraction masa tu, Ostematrix saya habis! Yang ada di rumah waktu tu vitalea dan B Complex. Aku peduli apa, telan ja la masa tu haha!

    Tak apa tak apa, next baby nanti memang tidak akan lupa top up Ostematrix dah hehe




    Mestikah vitamin Shaklee? Eh saya tidak kata wajib. Saya cuma recommend sebab saya amalkan masa mengandung dan saya dapat effect best best. So apa pun suplemen/vitamin anda terpulang yang penting sesuai untuk anda dan selamat for baby comel :)

    11. Jangan angkat punggung dan menjerit
    Ini saya dah sebut pada poin nombor 7 tadi kan.

    Saya ingat lagi masa saya dah selamat bersalin NA dan saya terus breastfeed kan dia, saya dengar bilik sebelah bidan tu tegur seorang mama yang menjerit kesakitan. Sampai satu tahap tu bidan tu agak marah sebab mama tu keep on angkat punggung.

    Bidan tu cakap “jangan angkat punggung. Nanti koyak besar!” Saya rasa mama tu tetap angkat punggung sebab almost 15 minit juga dengar bidan tu tegur sampailah dengar baby dia nangis. Saya dengar dari pengalaman orang lain pun ramai cakap bila angkat punggung koyakan lebih besar. Siap ada yang koyak sampai dubur. Arghhh ngeri!

    So macam mana pastikan diri kita ni tak angkat punggung masa pushing? Latihan. Iya bagi saya sendiri penting untuk berlatih pernafasan dan posisi masa pushing. Bila dah selalu buat, automatik badan kita akan terbiasa untuk pastikan punggung kita kejap kat tilam nanti hehe

    12. Kuasa minda
    Pernah dengar hypnobirthing? Saya apply sikit teknik hypnobirthing masa bersalin NA. Masa menunggu bukaan dalam bilik penilaian (bilik sebelum labour room), saya memang dah 6cm. Sementara layan contraction untuk bukaan full 10cm, saya bayangkan baby bergerak ke arah pintu. Saya bayangkan bukaan tu macam kelopak bunga yang terbuka perlahan (walaupun saya agak terganggu oleh doktor hehe boleh baca CERITA BERSALIN NA). Actually masa layan contraction di rumah memang saya dah apply teknik ni sebab tu sakit tu rasa terkawal sebab saya bayangkan benda-benda yang manis dan indah untuk alihkan rasa sakit tu. TRY memang berkesan!

    Iya ini antara amalan dan teknik yang saya buat yang saya yakin membantu saya bebas jahitan bersalin kali kedua yahuuu! hehe dengan izin Allah Taala juga la pastinya.

    Ingat tau apa yang saya share sini sekadar tips bukan jaminan. Kalau bermanfaat syukur saya happy untuk share. 

    Okay settle tips untuk dikongsi. Phew leganya bila dah tunaikan janji hehe

    oh satu lagi kalau ada soalan atau perlu untuk contact saya, do contact me okay :)






    Sharing sebab sayang, bukan mau impress korang :)
    Nowamommy,
    Ibu Cantik AN & NA







    Continue Reading
    Salams.

    Naurah Ameena (NA) 9 bulan barulah ada kelapangan dan ruang untuk share bagaimana baby girl ni lahir hehe

    Masa mengandungkan NA saya ada GDM (kencing manis sewaktu hamil) so let's say on due date saya belum bersalin, saya kena serah diri dan akan di induce. Saya ada tanya pada Dr:
    "Saya bukan kena induce bila sampai week 38?"
    Rupanya according to Dr GDM pregnant mommy memang akan admit dan induce reaching week 38 tapi memandangkan saya punya GDM masih terkawal atau istilahnya on diet control jadi saya hanya akan di induce pada tarikh due.

    EXPECTED DUE DATE (EDD): 


    Dijadikan cerita pada beberapa hari sebelum saya bersalin, saya kena cirit birit. Mak ada cakap tu tanda dekat bersalin. 8hb Jun 2016 adik ipar datang KK. Kami bawa jalan-jalan dan sambil tu saya ambil kesempatan untuk round mall untuk cepatkan bersalin.


    Kami pergi 1Borneo Mall dan saya dengan semangat round mall tu. Masuk dalam kedai buku Popular saya rasa perut asyik mengeras (tanda kontraksi). Tapi saya tidak ambil pusing sebab saya tahu itu antara reaction baby hujung-hujung pregnancy bila banyak pergerakan ibu.

    Balik rumah mak tu saya cirit birit lagi.

    Hari jumaat 10hb Jun 2016
    saya ada review Dr. Kira review terakhir sebelum saya bersalin (saya bersalin sebelum due date atau di induce on due date). Pagi-pagi tu saya memang rasa mild contraction. Bila saya catat contration count (saya guna application yang di download dari Google play) tidak tetap so maksudnya bukan tanda-tanda bersalin.

    Masa Dr menulis report dalam buku pink saya tiba-tiba Dr tanya:
    "What's wrong? You sakit?"
    Saya jawab perut mengeras.
    "Hah malam nanti kot you deliver baby" 
    Dalam hati saya memang berharap sebelum due date sebab saya tidak mahu induce!

    Ntah kenapa masa bersungkai (iftar) tu saya makan dengan banyaknya. Macam tahap kelaparan berhari-hari hehe
    Lepas sungkai, suami ke rumah parents saya sebab parents pindah rumah. Suami kiranya bantu pindah barang. Suami tanya juga sakit boleh tahan atau tidak?

    Saya kata pergilah tolong mak pindah barang. Anything saya call.

    Adam Noah (AN) pula macam dapat agak saya dalam kesakitan dan dia tidur awal. Lepas sungkai dan settle isyak tu AN terus tidur kebetulan dia kekenyangan sama melantak makanan dengan ibu dia hehe

    Sempat saya reply whatsapp kawan-kawan di group dan tanya Kak Aya Kalau ada stok Ostematrix sebab saya kehabisan ostematrix. Manalah tahu esok bersalin saya gurau. Kak Aya siap cakap suruh suami saya datang rumah dia ambil ostematrix sebab Kak Aya se keluarga belum pun tidur. Saya kata esok kot pagi-pagi saya singgah.

    Saya telan B complex dengan vitalea lepas sungkai tadi so tenaga still okay.

    Sambil usap-usap rambut AN, contraction datang sekejap-sekejap. Terus terang saya agak meliru contraction kali ni sebab ada kelainan sedikit berbanding AN dulu. Masa AN dulu saya punya contraction start attack pinggang saya. Kali ni tulang pinggul. To be exact area dekat punggung.

    Saya sekejap-sekejap lelap ikut tidur. Tapi contraction makin kerap. Ohya suami keluar sahaja tadi, saya terus buka contraction count saya. Dan contraction tidak regular. Saya fikir braxton hicks. Tetapi lama-kelamaan counting tu mula regular setiap 15minit.

    Masa contraction makin kerap, saya apply teknik cepatkan bukaan (saya akan share di entri seterusnya) dan breacthing technique.

    Allahhh setiap kali datang contraction saya rasa sakit. Memang doa Nabi Yunus saya baca berulang kali. Sakitnya rasa macam bahagian punggung cuba terpisah dari pinggang. Ada ketika saya gigit kain lampin AN yang ada di sebelah AN supaya AN tidak terganggu bila saya mengerang kesakitan.

    Saya pandang AN yang nyenyak tidur saya mengalirkan airmata. Saya sebak. AN belum setahun saya pregnant lagi. AN belum dua tahun dia akan ada adik. Saya takut AN akan rasa terpinggir. Saya takut AN rasa diri dia tidak disayangi lagi. Macam manalah perasaan AN nanti bila saya bawa pulang adiknya nanti? Eh waittt kalau saya tidak panjang umur? Maybe ini kali terakhir saya pandang AN, berbaring di sebelah AN. Saya dapat agak masa untuk saya berjuang sekali lagi memang dekat dah.

    Saya terlelap sekejap. Saya rasa rambut saya disentuh. Suami balik.
    Sayang ok? Masih boleh tahan? Mau ke hospital?
    Semua saya jawab ya but no untuk soalan terakhir hehe
    sebab saya kalau boleh contraction regular at 5 min interval. Cukuplah dulu masa AN sampai hospital bukaan baru 2cm. Siap kena lepas balik rumah.

    So this time kalau contraction regular dia punya time interval dan saya tidak dapat tahan rasa sakit tu, barulah saya serah diri. Nope ini bukan pentingkan diri.

    Hari sabtu 11hb Jun 2016

    Suami rupanya tidak dapat tidur (masa AN dulu suami tidur nyenyak masa I round satu rumah melayan sakit contraction hehe) dan tengok tv. Sekejap-sekejap suami datang tanya kalau mahu ke hospital. Saya tetap geleng.

    Bila saya rasa betul-betul sakit dan saya tidak tahan lagi, barulah saya panggil suami. Suami yang sangat membantu. Tukar pakaian saya pun cukup hati-hati dan terpaksa berhenti few times seba bagi saya ruang untuk relax masa contraction datang.

    Sebelum saya keluar bilik, saya pandang AN. Saya cium berkali-kali dengan penuh rasa sebak. Entah balik atau tidak saya nanti. Ada kemungkinan ini terakhir kali saya kucup dahinya pipinya dan usap rambut dan mukanya. Saya bisik di telinganya yang ibu sayang Adam Noah dunia akhirat. Behave dan doakan ibu dengan adik. Allahhh memang menangis teresak-esak saya melangkah keluar dari bilik.

    Satu lagi momen airmata bila saya salam minta izin mak bapa keluar rumah. Saya kata pada mak bapa tolong doakan saya. Ampunkan dosa saya. Menangis mak dengar.

    Saya masuk kereta, saya pandang jam di dashboard. Pukul 1:37 pagi sudah rupanya. Saya kata pada suami pandu jangan laju sebab saya rasa tekanan dengan contraction sambil kereta moving hehe
    Suami macam biasa memahami. Setiap kali saya genggam lengannya, suami perlahankan kereta sebab dia tahu contraction datang.

    Masuk simpang masuk Hospital Wanita dan kanak-kanak Sabah (HWKKS) atau orang sini panggil Hospital Likas, saya kata dengan suami nanti bila dah turun tolong carikan saya wheelchair. Saya dapat rasa saya tidak mampu berjalan naik eskalator ke tingkat dua (level untuk bersalin). Suami turunkan saya di pintu masuk. Saya cepat-cepat duduk seat berhampiran lif. Kesejukkan dalam hospital langsung saya tidak rasa sebab peluh jantan wei keluar menahan sakit huhu

    Suami dapat park terus datang ke arah saya dengan wheelchair. Even berdiri dari seat saya untuk duduk dalam wheelchair pun saya tunggu contraction lega kejap. Bila suami tolak wheelchair, saya dapat rasa kepala baby almost there!

    Sampai kaunter bilik penilaian, nurse tanya boleh berdiri sekejap untuk timbang. Saya geleng. Mujur nurse faham hehe
    just imagine kalau saya berdiri, jangan-jangan saya bersalin di situ. I tell you why.

    Masuk bilik penilaian (suami tunggu depan pintu sebab tidak boleh masuk), saya kena suruh baring. Sambil baring tu datanglah houseman. Berkopiah. Saya tidak peduli dia sebab saya 'sibuk' layan contraction.

    "Puan nama siapa?
    Saya bagitahu nama.
    "Berapa minggu?"
    -39.
    "Anak ke berapa?"
    Saya jawab dengan isyarat peace tanda anak kedua hehe tidak mampu saya buka mulut sebab contraction datang!
    banyak gila soalan dia
    -"kejap Dr. Saya sakit ni"
    -"Kejap. Ada contraction!"

    Masih tidak putus soalan-soalan dia sampai satu tahap saya mula tinggikan suara
    "Dr saya sakit ni! Jangan dulu tanya-tanya bah!"

    Datang nurse hulurkan kain untuk saya tukar sebelum masuk labour room, saya kata thank you. Terguris hati juga bila nurse kata "tu lah Dr ni. Jangan lagi tanya-tanya kan kena sound"
    Seriously I bet dia belum pernah rasa contraction. But nevermind saya maafkan dia :)

    MO datang check bukaan. Saya kenal MO tu sebab dia pernah rawat saya dulu masa saya warded sebab hypokalemia few weeks before bersalin NA.
     "Wah besar sudah, mama" she said.
    -"Berapa cm?"
    "6cm sudah ni"

    Pheww lega dengar. Masa AN dulu sakitnya semalaman tidak dapat tidur. Pergi bilik penilaian baru 2cm bukaan. 6 hours dalam labour room! So kali ni saya optimis tidak lama punya hehe

    Less than 10 minit, bila MO tu baru letak telefon (dia call staff di labour room untuk siapkan bilik untuk saya masuk) saya betul-betul tidak tahan. Saya panggil dia. Bila dia check...
    "FULL FULL!"

    Full dilation. 10cm. Anytime baby keluar.

    "Tahan dulu mama. Jangan teran."

    Cepat-cepat nurse tolak katil. Bila pintu bilik penilaian tu terbuka orang pertama saya nampak -suami!
    sayu hati. Suami datang dekat.
    "Bi anytime. 10cm dah. Ampunkan ibu. Doakan ibu dengan baby."
    Salam tangan. Bercucuran airmata. Suami bagi senyuman. Pesan ingat Allah. Baca doa nabi Yunus. Boleh lagi saya terfikir kalaulah ini kali terakhir nampak suami. Ya lah orang bersalin ni nyawa bak dihujung tanduk. Lepas tu terfikir parents. Teringat AN. Lagi basah.

    Bilik Penilaian kurang 100m dari labour room. Sepanjang kurang 100m tu punyalah saya tahan diri daripada teran. But I can't! Saya boleh rasa kepala baby di hujung dah. Punyalah sakit hati dengar nurse tu cakap "tahan mama. Jangan teran" haha sebab memang susah yang amat untuk tahan bila contraction datang. Seingat saya, bila nurse cakap gitu ada juga saya teran sebab refleks kot baby is pushing himself untuk keluar and badan kau pun ready masa tu.

    Sampai labour room, nurse tanya boleh pindah katil
    "NO! Tidak boleh mau keluar sudah. "
    "Okay, kangkang saya mahu tengok."
    "Okay boleh push mama"
    Push!
    Push!
    Push!
    Sesekali nurse marah "jangan kepit kaki!"

    iyakah saya kepit? haha sorry nurse nervous kot

    Yes another rasa something mengelongsor keluar. Rasa yang sama macam AN dulu.

    Baby keluar. But no crying. Saya perasan nurse macam golek-golek badan baby. Rasanya supaya baby rasa haba dan kejutkan baby. Then finally ada tangisan.

    Baby girl just like we saw during antenatal scan :)

    Then nurse cepat-cepat bagi saya untuk skin-to-skin session. Very precious moment. Cinta pandang pertama lagi.

    Memandangkan ada pengalaman dah, saya on the spot bagi direct latch untuk NA. Ececeh padahal dulu terkial-kial bagi AN susu haha!

    NA menyusu bersungguh-sungguh tau. Amboi anak ibu haus ye berjuang dari dalam. Iyalah tadi tu namanya TEAMWORK kan :)

    Muka selepas dibersihkan.

    Masa NA menyusu tu saya tengok fon and buka whatsapp. Husband mesej suruh banyakkan ingat Allah dan tanya bila boleh masuk sebab husband mahu temankan.

    Senyum saya. Sebab anak dia sudah keluar. Terus snap gambar NA and sent bagitau tidak sempat masuk dah sebab sudah selamat bersalin. Terkejut husband sebab masa AN dulu 6 hours dalam labour room.. Kali ni less than 20 minit.

    Lepas tu husband masuk lepas saya minta izin nurse sebab husband mahu azankan NA. Husband masuk terus cakap thank you. Masa husband azankan NA, saya nangis sebab rasa kerdilnya diri sebab kalau bukan Allah yang mudahkan mungkin saya masih menahan sakit. Kali ni betul-betul Allah tunjuk pada saya betapa Allah itu mengikut sangkaan (doa) hambaNya. Sebab tu kena selalu doa dan yakin pada Allah Taala.

    Habis husband azankan NA, saya suruh husband balik rumah sebab kejap lagi sahur. Kesian husband kalau tidak bersahur. Lagi satu saya kesian AN. Manalah tahu dia bangun dan sedar kami tiada. Lepas husband balik rumah dan skin-to-skin session, nurse ambil NA untuk dibersihkan dan ditimbang.

    Bila nurse masuk balik dalam labour room dengan NA yang sudah bersih dan lengkap berpakaian, saya tanya berat NA.

    "3.4kg"
    "oo 2.4kg.."
    "3 mama 3.4kg" nurse tu ulang.

    mau tersedak saya dengar. Besar juga rupanya NA.

    "saya tiada koyak?"
    "TIADA mama." balas nurse sambil senyum.

    Alhamdulillah terima kasih Allah. Saya minta normal delivery dan labour time yang tidak panjang, Allah Taala siap bagi pakej tiada koyakkan masa bersalin. Tiada koyakkan means tiada jahitan!

    In Shaa Allah next saya akan sharing amalan atau tips saya sepanjang pregnant NA yang mana saya rasa sedikit sebanyak bantu elak koyakkan semasa bersalin.

    NAURAH AMEENA,
    sharing ini untukmu. Andai satu hari nanti tiada ruang dan peluang ibu untuk ceritakan cemana NA lahir semoga catatan ini dapat NA baca. Membesarlah menjadi puteri setabah Maryam. Membesarlah menjadi puteri solehah seperti Fatimah. Kenali Tuhanmu dan agamamu sebijak Aishah. Dan semoga Allah Taala melimpahkan kebaikan dunia akhirat buatmu. Semoga keburukan dan kejahatan dunia ini jauh darimu, puteriku.



    Next Mission, menguruskan diri haha!

    Nowamommy,
    Ibu AN & NA



    Continue Reading


    It was amazing experience to remember *smile*



    28hb Oktober 2014, selepas subuh bertemankan suami aku bergegas ke hospital. Semalaman sakit contractions tapi sempat aku toleh suami tidur and aku cakap dalam hati “sedapnya bi tidur” aku tidur? Memang tidaklah sebab sakit. Suami pesan kejut dia tapi aku lebih selesa tenangkan diri lawan sakit sambil pusing-pusing rumah.

    Sebelum turun dari kereta, sempat jamah kurma sebab breakfast memang tidak mampu. Masuk bilik penilaian, Dr buat VE jam 7 pagi opening baru 3cm. 10 a.m kena tolak masuk labour room. Dalam labour room sempat masuk tandas and kena panggil berulang kali oleh nurse sebab lama dalam tandas. Dia risau aku terberanak dalam tandas mungkin.

    Naik atas katil, betulkan kedudukan nurse pasang CTG then kena tinggal seorang dalam bilik. Nurse cakap juga “kalau husband ada join kursus boleh teman puan” tapi tidak kisah aku okay walaupun seorang-seorang. Bilik tu kena buka pintu and aku boleh nampak doctor and nurses jalan mundar mandir di luar. So okaylah kan.


    Bila sendiri aku ambil kesempatan whatsapp suami. Siap minta ampun. Ya lah kan macam mak aku pesan selalu bersalin ni kita as a mother pertaruhkan nyawa. Nyawa diibaratkan seperti sebiji telur di hujung tanduk. Suami siap cakap sayang aku dengan baby. Leleh airmata. Mulalah takut if jadi apa-apa. Tapi dalam minda aku siap set tu if anything happen I want my son diutamakan dulu.


    Tengahari parents datang tapi too bad cannot meet them sebab masih berjuang tahan sakit. Bukaan still 6cm. Aku punya teringin bercakap dengan parents minta ampun semua tapi dalam keadaan sakit aku tahan sebab aku tidak mau my mothers sedih. Sayangnya aku pada dua orang mak aku. Jam dua petang aku mengadu dengan suami through whatsapp yang the pain 3x ganda banding malam tadi. Suami pesan baca doa Nabi Yunus masa dalam perut ikan:

    La ilaha illah anta subhanaka inni kuntum minazolimin

    Dalam labour room aku menahan kesakitan and practice breathing tenchnique yang aku study masa final trimester. Mula-mula aku boleh tahan diri daripada bersuara sebab aku ingatkan diri aku kalau aku bersuara tenaga aku akan terbazir di situ lebih-lebih lagi aku hanya bergantung sepenuhnya pada kurma yang aku makan sebelum turun kereta. Breakfast and lunch memang tiada. But lama kelamaan mengerang sakit mengerekot juga badan. Besi sisi katil aku rasa boleh bengkok aku cengkam everytime the contractions say hello. Hello lah sangat *ngeri ingat balik how the pain feels like*

    Aku tiba-tiba meneran macam sembelit. Eh wait, aku ada baca kalau kita rasa urge to push means the baby is there. Yes the baby is there. What?! Aku terus jerit-jerit panggil nurse and doctor sambil jari pushed the bell. Over kan dah tekan bell still guna cara manual haha.

    Nurse datang.

    “Nurse, saya mau b*rak”

    “Memang kalau bersalin ada rasa gitu”

    “No. Saya memang mau b*rak. Bagi saya pegi tandas”

    “Mana boleh Puan.”

    “Habis macam mana ni. Memang tak boleh tahan ni.”

    “Puan b*rak saja atas katil”

    “Ihhh saya tidak biasalah.”

    “Tak apa Puan nanti kami bersihkan.”

    ***Nurse keluar***

    The urge came back. Teran satu kali. Panggil lagi nurse.

    “Nurse, ce tengok saya macam terb*rak atas kalit” –malunya aku

    “Nurse, saya terb*rak kan?”

    “Puan, bukan terb*raklah. Kepala baby tu hah sudah nampak”

    Aku tenangkan diri sementara tunggu contraction datang. “Kejap lagi kita jumpa, sayang - aku bisik dalam hati.

    Contraction datang, aku tarik nafas then push.

    Push yang pertama macam tidak betul kata bidan. Aku pun rasa aku pancit. Then aku ingat balik few do’s and dont’s masa push yang aku study few days back. Dua kali push kepala baby dah keluar.

    “Kalau puan pandai, sekali saja boleh keluarkan bahu baby.”

    Aku angguk-angguk. Contraction datang aku siap tanya bidan

    “Kak eh nurse, push masa sakit tu memuncak kan”

    Aku tarik nafas panjang-panjang then tengok perut, genggam besi di sisi katil contraction memuncak aku push sekuat hati. The magic thing was where did the energy came from? Aku suddenly tidak pancit and aku dapat rasa bahu baby keluar. Lagi dapat rasa baby punya whole body keluar dari aku when the bidan pulled him out. Macam rasa something tergelincir keluar hah macam tu lah. The whole body came out dengan diiringi jeritan “Allahuakbar” dari aku. Arghhh semacam legaaaaa gitu.

    “4.24 petang.”

    Rupanya sudah pukul empat. Lama juga aku dalam labour room sebab tunggu full dilation.

    Telinga aku menangkap bunyi baby nangis. Aku boleh angkat-angkat kepala tidak sabar tengok anak. Cepatlah nurse. Siap nurse potong tali pusat baby tiba-tiba aku nampak nurse satu lagi angkat anak aku. Eh jap. Anak? Aku jadi mak orang dah *nangis*

    Nurse tu letak atas dada aku. Aku tiba-tiba terpaku. Aku tidak tau react macam mana. Kaku tengok baby merengek-rengek atas badan aku. Aku perhati muka dia. Kemerah-merahan. Rambut tebal. Aku senyum. Aku dapat rasa tangan and kaki dia gerak-gerak. Tiba-tiba terkeluar dari mulut “Anak ibu...” airmata keluar lagi.

    Tiba-tiba dia angkat kepala buka mata renung aku. Allah... love at first sight kata orang. Aku leka renung dia sampai nurse tegur “tarik selimut tu kesian baby sejuk” aku baru sedar baby aku selimutkan dengan selimut aku separuh ja. Alolololo kesian anak ibu ye... Anak ibu comel betul sampai ibu leka tengok muka dia ja.



    Sepuluh minit lepas baby keluar, ambil phone selfie satu then sent dengan suami yang dubdab di luar dengan caption “ada budak kecik kirim salam dengan abi dia”

    Ingat azab sudah lepas. Rupanya... “Puan kita jahit ya sikit”-“okay”

    Ahhhh okay saja kau. Sekali rasa tusukan jarum hambekkk. Setiap kali jarum kena kult aku jerit “aduh”.

    Siap jahit, nurse bagi milo. Aku punya lega sebab apa memang rasa sedap labour room sejuk then kena offer milo panas paling ngam.

    “Puan, mau saya ambilkan makanan”

    “MAU” laju jawab. Sebab baru terasa lapar.

    Nurse ambil baby untuk dimandikan selepas sejam skin-to-skin session. It is advisable to have skin-to-skin contact at least sejam.

    Aku ambil kesempatan untuk makan. Ya Rabbi sedapnya makan.

    “Puan, baby berat 2.7kg. Saya sudah mandikan. Saya letak dalam baby cot Puan makanlah dulu” baby cot sebelah katil aku.

    Tengah syok-syok makan “Hello Puan. Congratulations. Saya nak check baby ya.”

    Tengah aku sedap-sedap makan;

    “You look very hungry ya Puan”

    “Hah? I am sebab tiada breakfast and lunch” haha ketawa tutup malu. Gelojohkah aku depan Paed ni?

    “And you pushed like a hero? Wow!”

    Baru teringat. Aku cuma makan beberapa biji kurma. Besarnya kuasaMu Allah. Dari kurma itu KAU salurkan tenaga dan kekuatan luar biasa buat seorang perempuan yang lemah dan kesakitan.

    Manisnya pengalaman labour – my close friends knew that I wish to have a normal labour. But ya lah in case takdir kata kena by c-sect aku redha. Dan guess what? Allah perkenankan doa aku.

    Dalam setiap doa aku, aku minta dengan Allah SWT biar aku rasa apa mak aku rasa masa beranakkan aku. Sungguh aku hampir give up masa tahan sakit contractions. Masa tu aku terfikir “macam ni sakit mak aku rasa. Astaghfirullah!”

    Kurma buatkan aku rasa kekuatan luar biasa sambil tu potongan ayat dari surah Maryam berlegar dalam fikiran:

    “(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

    Surah Maryam ayat 23-26



    Satu lagi kemanisan labour was the “pushing” process tidak makan masa yang lama. Smooth saja boleh aku katakan. After all, the most manis untuk pengalaman labour yang pertama ni ialah I am officially a mother to my son!


    Your truly,
    Neeja
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Top 10 Jualan Terbaik Produk Shaklee
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top