Pages

  • Home
  • WAHM Life
  • Contact
  • Shop
facebook linkedin twitter

Momster Cantik Suka Tulis

    • Home
    • Tips
    • WAHM
    • travel
    • Shop
    • Contact

    Minggu lepas AN demam selesema batuk dan abi budak-budak ni pula busy dengan meetings & camping. Dengan tidur cukup tidur AN teresak-esak rindu abi dia sebab belum pernah tidur malam tanpa abi di sisi gitu hehe 

    adesss Ibu jadi singa sebab tengah malam lebih 5x kena pujuk AN akhiri esakan manja dia





    Hari ni pula memulakan minggu dengan NA pula demam selesema batuk. Semalam memang Ibu dia tidak nyenyak tidur. Baru mau nyenyak, NA merengek. Yang pasti sakit pinggang Ibu sebab dia mau mengempeng bf sajooo 😒

    Dari pagi tadi 3x tukar baju sebab muntah. Lain lagi kain untuk lap. Di sofa, di lantai, di tilam siap muntah di bilik nenek dia lagi. Muntah sikit sikit sebab batuk. Mungkin tekak dia gatal. 

    Bila tengok keadaan begini terus terfikir, betullah Mak dari dulu cakap “bila anak sakit, Mak bapa pun ikut sakit”. 

    Lepas tu skrol fb ramai rupanya parents yang anak-anaknya tidak sihat. Musim mungkin?

    So parents, #momstercantik mau pesan lah kan bila anak sakit:

    🌸 Jangan bawa anak-anak keluar. Sistem imun anak tengah mau lawan virus segala. Bagi anak rehat di rumah. Janganlah bertabiat bawa anak pergi playground biarpun anak yang request.

    🌸 Ready baju anak banyak
    Anak akan muntah kena tukar baju. Lepas tu ready towel kecil untuk lap hingus anak (Basic one kan tapi penting kot) juga please expect banyak kain untuk lap muntah anak. Diaper pun sebab anak akan kerap kencing berak. My mom cakap buang panas dari dalam badan. Bikin cirit birit la.

    🌸 Ready remedies & alatan
    Anak demam ni kita kena pantau. So make sure ada termometer kecil untuk cek suhu anak selalu. Mana mau beli? Drugstores ada. Pharmacy pun ada. Kedai barangan baby pun ada. Lepas tu kena ada penampal di dahi tu koolfever ka byebye Fever ka terpulang. Ubat demam kena ada di rumah. Selain tu Saya ada krim Herbal Blend juga untuk saya sapu satu badan anak. It works on AN. Cepat kebah demam.

    🌸 Sediakan towel kecil dengan besen air



    Basahkan towel, perah dan lap badan anak selalu. Saya suka selangseli kan dengan letak krim Herbal Blend tu. Bila krim tu dah menyerap, saya akan lap badan anak dengan towel lembap tu. Lap kepala, muka, leher, ketiak, belakang, celah kangkang dan kaki. Kalau siang senang sikit, malam memang benda ni akan buat kita berjaga. But it’s ok demi anak sihat kan 😉

    🌸 Mandikan anak
    Dulu-dulu orang takut mandikan anak konon nanti anak sejuk dan tambah demam. Even my mom pun cakap dulu memang macam tu. Zaman sekarang lagi digalakkan anak mandi dengan kerap bila demam supaya dapat turunkan suhu. Tapi bukan air sejuk ya! Boleh juga mandikan dengan perahan air lemon (jangan berabis letak lemon pula nanti melecet kulit budak yang sensitif).

    🌸 Bawa ke hospital
    Kalau demam anak berterusan dengan suhu yang tinggi even dah bagi ubat demam, please bawa anak ke hospital cepat. Suhu tinggi is not good jika dibiarkan.

    Tips atasi senggugut

    Anak-anak tengah tidur gini adalah masa taip sekejap hehe
    Doakan my babies AN & NA sihat dan sembuh ya 😊
    Stay safe dan kuat untuk kita semua menjaga anak-anak!

    Ikhlas,
    Nija
    Ibu AN & NA
    Yang #nijasukasharing #nijabagitips
    Continue Reading

    Beberapa minggu lagi kita akan meraikan hari Raya aidilfitri. Selain kuih raya dan duit raya, ibu  bapa mesti tidak lari dari fikir baju raya anak-anak kan? Hah kasut raya lagi!




    Baju raya anak pula merangkumi baju kurung untuk anak perempuan, baju melayu untuk anak lelaki, baju dress/t-shirt, seluar jeans atau skirt. Ya lah kan takkan dah kalau beraya sampai ke malam anak masih guna baju kurung/melayu yang mungkin dah kena tumpahan air minum atau kotor dengan kuah rendang? Sebab tu kena ada baju persalinan yang selalunya orang prefer t-shirt apatah lagi kalau cuaca panas.


    Bila fikir kena beli sekaligus memang rasa manalah nak cari duit kan? Sebab tu kena fikir cara untuk beli baju raya dengan cara jimat dan tidak membazir. So Jom MomsterCantik share 5 cara:


    🌸Beli awal

    Kenapa awal? Ada banyak masa. Boleh beli sikit-sikit dulu. Ada duit sikit dah boleh beli sehelai dua atau sepasang dulu. Tanpa sedar lengkap baju raya.



    Ni adalah resit tarikh sebelum raya lagi. Waktu ni saya dan Suami sudah mula beli sikit demi sikit baju anak-anak.


    Tidak membazir? Tidak juga sebab selalunya bila dalam keadaan seperti ni kita boleh berfikir ikut bajet yang ada masa mahu beli tu. Kalau beli dalam masa yang singkat, ada possibility kita akan kaut apa saja depan mata sebab masa dah suntuk.


    🌸Beli masa promo

    Selalunya akan ada waktu promosi sempena festival atau perayaan atau sambutan tertentu. Ini cara sangat selalu orang guna untuk shopping apa pun. So why not apply untuk beli baju raya anak.


    Contoh paling saya ingat 4day special yang Padini buat beberapa minggu lepas. Memang di tunggu-tunggu dan memang ramai sangat orang.


    Selain tu boleh juga tengok any spesific brand untuk budak-budak seperti Poney. Poney pun rajin buat sale.



    Kredit: FB Padini

    Hari tu saya tidak sempat beli any baju untuk AN & NA sebab que di kaunter panjang sangat (padahal dah pegang dua helai baju anak-anak). Terus cancel niat 😅



    Kredit gambar: FB Poney

    Hari tu nampak di fb Poney buat jualan gudang. Sedih tengok sebab Kat Sabah tiada huhu Saya personally suka material Poney. Berkualiti.


    Dari segi kasut pun, baik Beli masa ada promo.



    Contoh kasut ni harga asal RM59.90. Disebabkan ada promo dan one last piece dapatlah pada harga promo RM49. Jimat juga RM10.90 kan hehe



    Tidak membazir? Semestinya tidak sebab masa promo ni selalunya harga akan turun. Dan dengan keadaan bajet yang kita ada masa mahu beli tu, kita akan ada lebihan duit atau mungkin juga sesuai dengan bajet kita waktu tu. So mana yang ada lebihan boleh beli benda lain atau simpan dalam tabungan anak. Ting!


    🌸Beli combo

    Selalunya pakaian yang dijual secara combo ni boleh dapat beberapa helai atau boleh dapat sepasang baju dan seluar/skirt. Antara jualan combo yang popular beli 3 pada harga dua, harga RMxx untuk baju dan seluar, RMxx satu set yang mengandungi beberapa helai baju atau seluar.



    Tag ni mudah faham kan. Tak silap tag ni baju. Maksudnya Kalau beli dua baju ni harga RM50 sahaja. Boleh pilih warna yang berlainan sebab baju ni ada beberapa warna yang berbeza.



    Yang tag seperti ni pula kita kena tahu harga asal setiap item. Kalau tidak silap ni tag legging. Legging ni harga Kalau kita beli satu RM19.90. Kalau beli 3, kita hanya perlu bayar pada harga 2 helai. Atau satu lagi cara untuk faham: beli 2 percuma satu. Jimat lah RM19.90 korang hehe



    Yang ni pun mudah faham kan. Beli 3 harga RM50. Kalau harga biasa RM19.90X3 = RM59.70. So jimat lah RM9.70 korang hehe



    Tidak membazir? Tidak sebab belian combo boleh dapat lebih sehelai pada harga lebih murah. Agak leceh juga Kalau baju harga lain, seluar harga lain. Kalau bajet agak tight, tentu sekali sambil ambil sambil kira total. Kalau dah dijadikan combo contohnya harga sekali baju dan seluar tentu sekali lebih murah dan memudahkan kita sebagai parents atur kewangan.


    🌸Beli secara sharing

    Belian secara sharing jimatkan kos pengeposan (postage fee)-boleh dapat pakaian yang diinginkan dalam combo tanpa perlu belanja harga the whole combo



    Ni contoh buat pembelian secara sharing. Manfaat besar bila kita buat sharing is dapat jimatkan kos postage.



    Tidak membazir? Nama juga belian sharing maksudnya kita hanya akan beli mana yang kita mahu dan sesuai dengan bajet kita waktu tu. Begitu juga dengan kawan-kawan kita buat belian sharing tu. Masing-masing ada pilihan mengikut bajet cuma disatukan untuk penjimatan kos pos. Lagipun tidak membazirlah bayar kos pengeposan kan hehe


    tips atasi gastrik


    🌸Beli dengan side income

    Selalunya gaji kerja hakiki lebih pada utilities dan keperluan rumah. Habis tu dekat raya ni cemana dengan baju raya anak-anak? Takkan buat loan? Tambah beban nanti. Sementara sempat ni kan, why not ada side income yang boleh beli baju raya anak tanpa guna duit gaji. Dengan macam tu, kita akan rasa tidak terbeban berbelanja.


    Side income? Cemana cari? banyak jenis side income zaman sekarang. Ada yang buat bisnes ada yang buat extra kerja. Orang kata masa bulan ramadhan ni lah rezeki banyak sangat sebab peluang biz sangat besar sebenarnya.


    Macam saya sendiri buat kerja dari rumah atau wahm. Pendapatan saya juga saya spent pada keperluan anak-anak. The best feeling ever bila kita ni surirumah pun mampu belikan barang-barang anak.


    Ok settle sharing 5 cara jimat kita beli baju raya anak tanpa kita buat pembaziran. Hopefully kita dapat berbelanja dengan bijak dan beringatlah kan 😊


    Luv,

    Nija

    Si #momstercantik 

    Continue Reading

    Semua mommies mesti pernah rasa kecil hati bila diajukan soalan yang agak sensitif apalagi melibatkan anak kan?


    Orang perempuan ni rata-rata jenis suka bercerita atau bersembang. Topik pula sekitar situ-situ: parenting, anak-anak, kecantikan.


    Bercerita/bersembang ni juga cara untuk sharing tips, petua mahupun info yang mana bolehlah kawan-kawan lain cuba contohnya kedai mana tengah buat sale baju kanak-kanak.




    Namun yang tidak best tu bila topik yang akan bawa ke arah perbandingan anak-anak. Akan ada pihak yang lebih tahu dan pihak yang kurang tahu. Isu lagi hangat bila pihak yang lebih tahu tu seakan dia sahaja yang ada anak. Anak dia sahaja yang baik. Pihak yang kurang tahu pula akan kecil hati.


    Perbezaan sebegini akan wujudkan gap yang tidak sihat. Kesan lebih buruk, silaturrahim pun rosak!


    So apa dia soalan atau topik yang boleh rosakkan hubungan sesama mommies? 

    Kenapa kulit anak ni lain?

    Kulit anak yang sama dengan ibu bapa tiada masalah bagi orang sekeliling. Tetapi bila kulit anak berbeza daripada ibu bapa mulalah timbul persoalan. Paling sadis bila dalam semua anak yang kulit ikut parents ada seorang yang kulit lain mulalah istilah anak pungut. Hati-hati nanti ada yang terasa dan kecil hati.


    Berapa berat anak sekarang?

    Benda ni jadi kebiasaan tapi boleh di salah tafsir. Boleh jadi kebiasaan yang tiada siapa pun patut terasa sebab persoalan biasa. Tapi bila digandingkan dengan ayat “Berapa berat anak?... Laa ringannya. Anak saya dulu umur begini dah 10kg”


    Hati-hati Sebab tidak semua perkembangan serupa. Bagi bayi yang di lahirkan pramatang isu tumbesaran tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan bayi yang full term.


    Kenapa anak belum pandai jalan?

    Saya ingat betul ada sorang makcik tanya saya “Berapa umur anak ni belum pandai jalan lagi?” Sebab makcik tu dengar AN cakap lurus. Ayat pun mudah faham dah tapi masih berdukung sebab tak pandai jalan lagi. “Eiii jangan dibiar anak tu. Jangan manja sangat. Bantu dia berjalan... blablabla dengan tips”


    Satu saja saya cakap dengan diri sendiri; setiap anak tidak akan sama perkembangan. Yaaa AN mula berjalan umur setahun 3bulan iaitu 15bulan, manakala NA umur 10 bulan dah berani lepas tangan dan umur 11 bulan dah jalan lancar.


    Kenapa anak belum mula bercakap?

    Selalu saya baca luahan mommies yang anaknya disangka speech delay. Rupanya baru setahun anak tu. Bila tanya mommies, rupanya tekanan orang sekeliling buat mommy tu risau anak tidak bercakap.


    “Anak saya setahun dah pandai sebut lurus. Mungkin ada masalah anak kau ni”


    ewah sedapkan mulut. Macam harmless tapi sebenarnya Kalau dah berulang kali dengar, every mommy pun jadi fed-up dan rasa anak aku seorang ja yang ada problem ni?


    Saya personally akan share if orang tanya. Macam AN umur setahun dan memang banyak benda dia tahu cakap lepas tu kita faham apa yang dia cakap sementara NA umur setahun cuma tahu sebut APA. Iya anything kita tanya dia akan jawab apa. Dia cuma tahu sebut apa. But saya declare dia speech delay? No sebab saya tanya Dr dan nurse. When mereka yang arif cakap normal sebab perkembangan tidak akan sama setiap anak, saya just go with the flow. 


    Jangan pula bila go with flow tu just tunggu anak pandai cakap sendiri. Kita as parents pun kena bantu anak stimulate keupayaan dia untuk bercakap. Paling simple, bawa anak bercakap guna bahasa betul bukan bahasa alien.



    Kenapa rambut anak belum tumbuh?

    Saya kenal seorang mommy ni yang sangat positif dan pandang anak dia sangat precious walaupun banyak kali dapat soalan “lambat juga rambut anak kau tumbuh” dan soalan seumpamanya. She instead buat hashtag rambut sikit pun comel bila upload gambar anak dia.


    Yuppp macam tu lah kita as mother/parents. Kita hargai anak dan mana kekurangan dia kita terima sebab every child is precious kan. Bab rambut tu sooner or later mesti akan tumbuh. Maybe rambut parents dia pun nipis so ikut parents la kan. Kalau sebelum ni tebal tiba-tiba gugur sampai botak licin tanpa sebab maybe we should worry dan jumpa pakar.


    Even my children pun, AN rambut nipis malah kecik dulu rambut bertompok-tompok pun saya senyum bila orang tanya why. NA pula rambut tebal. Tapi saya tidak rasa saya kena down sebab isu yang satu ni.


    So basically 5 soalan ni selalu saya dapat dan saya perasan ramai juga mommies yang mengadu bila dapat soalan begini. Sometimes yang bertanya tu pun belum ada anak malah belum kahwin so what do you expect kan?


    Pesan saya always contact with Dr or nurse bila bab-bab development anak. Kalau Dr/nurse cakap normal but makcik/cik bawang said abnormal ambil pendapat mereka yang arif ok.


    Mommies, bila dapat soalan yang kenapa dan banding-banding ni kan just jalani hidup. Your children need you untuk setiap perkembangan dan selalu lah ada untuk anak-anak.


    skincare yang selamat dan berkesan


    Lagi pesanan terakhir, jangan kita pula yang tanya soalan atas ni sudah. Dalam banyak hal yang patut kita kepohkan, hal anak-anak sendiri lagi yang patut kita peduli.


    Enjoy mommy-hood!


    ❤️,

    Nija

    Momster Cantik to AN & NA


    Continue Reading

    Apa tantrum tu?

    Macam Channing Tatum pun ada bunyi hihi! Sebenarnya tantrum ialah ledakan emosi anak-anak akibat daripada kemarahan dan kekecewaan (anger & frustration).
    Bahasa mudah; MENGAMUK.




    ✅Tantrum ni selalunya berlaku pada anak berumur 2-4tahun. Masuk umur 2 tahun cabaran tantrum tu mulai ketara sebab itu umur sebegitu digelar TERRIBLE TWO.

    ✅Kenapa biasanya dua tahun sebab umur sebegini kebolehan untuk bercakap mula untuk berkembang. Bila anak kecil sudah tahu bercakap, selalunya tantrum pun berkurang.

    ✅Kenapa kanak-kanak Tantrum?
    Tantrum adalah normal untuk perkembangan kanak-kanak. Tantrum terjadi bila ada rasa penat, lapar atau tidak selesa atau mungkin juga disebabkan anak kecil tu mahukan sesuatu tapi tidak dapat.

    ✅Sebab mereka ni belum tahu express rasa marah dan kecewa tu, belum tahu macam mana kawal rasa tu. Apa yang mereka tahu is mereka tengah marah dan kecewa and diorang rasa mak bapak diorang mengerti.


    Pengalaman ibu sendiri, waktu AN masuk umur dua tahun ibu dan abi paling rasa terkejut bila AN nangis sambil meraung dan keraskan badan (seakan kejang gitu). 

    Ibu yang 1st time mom waktu tu sudahlah terkejut dengan perubahan tu, siap rasa hampir meroyan sebab baru bersalin NA 😔

    Beberapa kali juga tangan ibu sampai pada AN. Abi pun pernah marah AN. Ibu tidak tahan dengan rasa marah dan menyesal setiap kali melepasi batas, I decided to figure this thing out. Cari punca dan jalan untuk atasi perubahan AN ni.

    Bila ibu Google, buat pembacaan dan tanya pengalaman kawan-kawan lain rupanya ini lah TANTRUM 🤔

    Bila ibu tahu tantrum tu apa, perlahan-lahan ibu dan abi ubah cara kami terima dan urus tantrum AN.

    Mulanya susah tau sebab kita ni pun manusia. Ada had untuk tepis rasa marah yang membuak tu. Tapi berulang kali saya ingatkan diri "jangan ikut tantrum sekali".

    Cara kami handle tantrum tu nanti ibu akan share nanti. In shaa Allah 😊

    Testimonial YOUTH skincare

    📍Kali ni ibu mahu share pengalaman Drew Barrymore pelakon tu handle tantrum anak beliau:

    “I think you should have 10 consistent tools in your arsenal. It’s either the tender, loving approach or the ‘I’m very serious’ approach,” kata Drew Barrymore.

    Ni video:
    Drew Barrymore & Tantrum Anak

    📍Yang ini pula seorang ayah yang share pengalaman bila anak tantrum di public area. Katanya tidak sepatutnya malu bila anak tengah mengamuk. Bagi space.

    Boleh baca sini ⤵️
    kenapa anda tidak harus malu bila anak mengamuk

    Tantrum ni normal. Tapi ada juga tantrum yang tidak normal dan perlukan perhatian khusus.

    🔴Apa tanda-tanda tantrum yang bukan normal?
    1• Agresif pada penjaga, objek atau kedua-duanya. 
    2• Mencederakan diri sendiri; hentak kepala di dinding, gigit diri sendiri atau menendang objek yang boleh cederakan kali sendiri.
    3• Kerap tantrum contoh bagi yang preschoolers 10 ke 20 kali tantrum semasa di dalam rumah atau 5 kali tantrum sehari sepanjang berhari-hari di luar rumah.
    4• Tantrum yang lama.

    ‼️Kalau ada ciri-ciri seperti di atas, better bawa jumpa doktor paed atau psychiatrist kanak-kanak atau whoever yang arif pasal ni. Saya sesungguhnya kurang tahu.

    🔴Tempoh Terrible Two memang mencabar. Bila jadi di rumah boleh cabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Bila berlaku di luar pula siap pakej buat kita malu (1st time parents mesti pernah rasa).

    🔴So kepada ibu bapa baru yang anak belum sampai umur dua tahun, be ready and prepared. Banyakkan pembacaan. Banyak dengar pengalaman ibu bapa lain. Sebab trust me, once anak umur dua tahun dan anda belum pernah dengar dan nampak tantrum, anda akan terkejut!

    🌺Tapi hikmah bila AN masuk umur dua tahun, banyak benda yang dia buat dan cakap yang mencuit hati. Penghibur saya dan keluarga. Terrible Two is not that tough once anda dah berjaya harungi. Anda hebat sebenarnya!

    ❤️,
    Momster Neej yang rasa power bila AN berjaya dihentikan daripada tantrum, mau juga ibu join sekali tantrum tapi siapa yang pujuk nanti 😅

    #momsterneej #nijabagitips #nijasukasharing

    Continue Reading




    Playground zaman sekarang sumpah best! Ada yang outdoor dan ada yang indoor. Outdoor selalunya kawasan perumahan dan pantai. Indoor pula ada dalam shopping mall dan restoran fast food. Ehh ada juga yang buat playground dalam kawasan rumah. Lucky you halaman rumah luas boleh buat playground untuk anak-anak.

    Saya dulu takut bawa anak pergi playground. Tipikal sindrom mak-mak kan risau anak jatuh katanya hehe! Janganlah jadi overprotective 🙈

    Then saya realised yang bawa anak-anak pergi playground ialah salah satu cara anak-anak mingle up with friends. Kira macam aktiviti bersosial gitu.

    Walaupun mulanya risau tapi saya kena lawan perasaan tu sebab perkembangan anak-anak perlukan ransangan bergaul dengan kawan-kawan sebaya macam yang pakar sarankan 
    Bawa Anak Keluar Untuk Bantu Ransangan Untuk Berkembang

    Then hujung tahun lepas saya mula kerap bawa AN & NA pergi playground. AN memang lepas dia main dengan budak lain, NA belum lagi sebab waktu tu dia belum berjalan kan.

    So sepanjang saya bagi lepas anak ni banyak benda juga yang saya belajar sebagai parents. Sebenarnya saya dan suami selalu discuss benda yang melibatkan perkembangan AN & NA.

    Here it is, tips bila bawa anak-anak pergi playground:

    🔴 Pastikan masa yang sesuai
    Minggu lepas, saya dengan suami bawa AN & NA pergi outdoor playground. Masa tu almost 5 pm dah rasanya. Kitaorang keluar dari tempat tu dah maghrib and too bad hujan. 

    Then few days later AN & NA demam. Kami terfikir takkan sebab hujan lepas tu maghrib masa balik tu? Sebenarnya timing pun penting. Please jangan bawa anak pergi playground kalau hari hujan. Even hari panas pun BIG NO! 

    Kalau mahu bawa pergi outdoor playground boleh bawa sebelah pagi atau petang dengan syarat bukan hari hujan. Kalau indoor playground cuaca apa pun ok 😉

    🔴Pastikan kawasan selamat
    Macam saya kata tadi saya takut bila fikir keselamatan anak so perkara utama dan super duper penting ialah pastikan playground tu selamat. 

    Selamat dari apa? Selamat dari bahaya contohnya benda tajam, kawasan air, parit/longkang dan jalan raya. Antara kriteria yang patut kita ambil peduli ialah lantai playground tu jenis totally simen atau ada carpet yang menyerap hentakan. Risau anak jatuh boleh cedera teruk.

    Lagi satu kita juga mahu playground tu selamat dari ancaman seperti penculikan (nauzubillah) dan anak hilang. So kena pastikan playground tu juga tiada kawasan yang buat parents susah nampak anak-anak.

    🔴Pastikan kawasan selesa 
    Selesa maksudnya pengudaraan dan pencahayaan juga kemudahan yang ada di sekitar playground.

    Please jangan bawa anak-anak pergi playground yang pengudaraan dan pencahayaan teruk. Bayangkan kalau ramai budak masa tu dan kita maklum budak-budak ada possibility tolak dan berhimpit bila too excited bermain, boleh jadi anak-anak susah bernafas dan ada possibility untuk jatuh lepas tu cedera sebab udara tidak cukup dan kawasan gelap.

    Sebagai parents, paling lega kalau ada tandas berdekatan bila anak tiba-tiba mengadu buang air besar. Ya lah budak kan terkadang tu syok main baru perasan dah terberak hehe

    Habis tu takkan bawa anak balik sedangkan anak baru main 5 minit. Kalau mahu tengok anak mengamuk try-lah 😊
    Hah kena pastikan ada bawa diaper tau. Jangan bawa anak keluar tanpa persediaan.

    Selain toilet, ada kedai yang menjual makanan dan minuman pun recommended sebab anak-anak ada masanya berlari ke arah mak ayah "mak, haus". Lagi haru mengadu lapar. Ya lah bermain tu guna tenaga sebab tu cepat lapar dan haus.

    Tapi kalau jenis suka bawa air dan makanan dari rumah lagi better. Sihat pun sihat. Kita sebagai parents lagi tahu kebersihan dan nutrisi makanan rumah. Paling best boleh elak anak makan junk food kan? 

    🔴Patuhi peraturan kawasan playground
    Saya perasan dan saya yakin parents lain pun perasan yang indoor playground ada penjaga. Once ada penjaga maksudnya ada peraturan. Kalau yang outdoor selalunya open dan tidak ada peraturan yang spesifik.

    Sebagai ibu bapa kena pastikan kita ibu bapa dan anak-anak patuhi peraturan. Bukan kata anak saja kena ikut peraturan, mak ayah bebas buat suka hati. Big no! Kita kena faham dan akur playground ni ada maintenance-nya untuk manfaat pengunjung terutama sekali anak kecil kita juga.

    Antara peraturan yang saya selalu jumpa bila bawa AN & NA pergi indoor playground:
    ✅ada bayaran masuk (ikut had umur)
    ✅mesti ada parents/penjaga (jangan pula anak main di dalam, kau pergi shopping sebab playground tu dalam mall).
    ✅ guna stoking. Bukan anak sahaja malah parents/penjaga sekali. Kalau tidak bawa kena belilah kan jawabnya.
    ✅no outside food. Kalau dah terang-terang kata tidak boleh bawa masuk makanan janganlah degil. Bawa makanan nanti anak makan minum tumpah karang ada semut pula. Kalau air tumpah karang ada budak tergelincir. Habisssss

    🔴Ajar anak bergaul dengan beradab
    Part ini saya sangat terkesan. Sebab pernah beberapa kali saya dan suami nampak budak yang sangat kurang beradab masa bermain. Selamba tolak budak lain. Selamba baling benda kena kepala budak lain. Part yang menampar siap mencubit tu pantang betul! 

    Iya saya faham mak ayah ni ada alasan klise "biasalah tu budak kecik"
    TAPI budak kecil tu belajar dari mana? Dari siapa? Ibu bapa ni role model, kepimpinan melalui teladan betul tidak?

    Kalau iya pun budak kecil, bila anak dah buat aksi tidak baik mak ayah tegurlah. Jangan dibiar budak tu dengan aksi gengsternya. Saya paling risau kalau AN main kasar dengan budak lain. Saya laju pergi tegur AN. Kalau saya lambat it's ok abi dia langkah panjang biar cepat haha! Bukan apa saya faham perasaan parents yang anak kena 'buli' oleh budak lain masa kat playground 😉

    Paling basic, sebelum sampai playground pesan berulang kali pada anak jangan tolak, pukul kawan lain. Budak ni dia suka repetition. Trust me. Tidak percaya tidak apa, anak awak bukan anak saya huhu

    🔴Perhatikan anak selalu
    Poin ni ada kaitan juga pada poin sebelum ni. Pernah saya ke satu indoor playground, saya dah rasa lain bila tengok ada parents yang biarkan anak tanpa pantau.

    Paling buat saya rasa geram, ada seorang parent tu siap tidur di satu sudut playground tu. Tidur berbaring berbantalkan diaper bag anak. Saya tidak tahu apa alasan beliau. Mungkin bekerja shift malam. Penat barangkali. Tapi kalau penjaga anak beliau tu semata-mata dia seorang macam manalah jika tiba-tiba anak tu jatuh atau di'buli' budak lain? Paling takut kalau ada ambil kesempatan bawa anak keluar. Parent tu sangat nyenyak tidur berjam lamanya. 

    Ada pula yang lepaskan anak bermain dan ambil kesempatan. Mentang-mentang ada sudut untuk duduk dan disediakan meja, selamba gunakan masa dan tempat tu untuk buat kerja. Tekan fon. Skrol atas bawah. Buka laptop menaip.

    Maaf saya mungkin jenis old school (tidak juga kot sebab saya guna gajet juga hehe), bagi saya kalau bawa anak pergi playground maksudnya spend time dengan anak. No work no gadjet. If this is old school saya rela daripada anak-anak rasa tiada beza bawa pergi playground tanpa family bonding dengan sogokkan gajet untuk elak anak ganggu parents buat kerja.

    Kalau sumpah malas pantau anak, bawa sekali amah. Biar amah yang pantau. Tapi jangan hairan anak ber-family bonding dengan amah 😏

    Tiada amah? Sebab tiada bajet atau lebih selesa anak besar di tangan kau sendiri? Hah kaulah mak ayah pantau!

    🔴Gunakan hand sanitizer 
    Okay puas dah anak main? bawa anak keluar dan jangan lupa pakaikan sanitizer. Sanitizer ni macam pencuci tanpa bilas untuk kurangkan kuman yang berjangkit dari melekat di tangan anak. Kawasan yang open dengan ramai orang boleh open to kuman juga ya. 

    WAJIB tahu yang sistem imuniti anak masih belum develop sepenuhnya. Bila-bila masa boleh jatuh sakit, bila-bila masa boleh kena jangkitan (nauzubillah). Sebab tu kalau anak kurang sihat better tangguhkan dulu plan bawa anak ke playground.

    Mana kena dapatkan sanitizer? Sumpah banyak di supermarket dan drugstores. Ada indoor playground sediakan sanitizer sebelum keluar, parents dan anak-anak boleh guna for free. Saya bagi contoh saya punya yang saya beli di Watson:


    Ok harapnya bermanfaatlah 7 tips bila bawa anak pergi playground ni untuk saya dan harapnya berguna untuk parents lain juga. Saya ulang ini perkongsian peribadi. Bukan kata ni SOP untuk ibu bapa didik anak. Sebab parenting ni bukan pencapaian tau tapi perjalanan 😊

    Pesan saya juga tengoklah anak mu saat dia melompat riang berjaya menggelongsor dari papan gelongsor, di saat dia tersenyum manis ada kawan baru dan jangan saat melihatmu, kau tengah perhati gajet 😔

    Hargai bonding-time kalian 😍

    ❤️,
    Momster Neej yang suka tengok mommies dalam playground jaga anak maka jomlah jadi kawan hihi

    #momsterneej #nijabagitips #nijasukasharing
    Continue Reading
    Older
    Stories

    Momster Cantik Wehoo!

    Momster Cantik Wehoo!
    Hi Saya yang punya mommynowa ni

    AN & NA

    AN & NA

    Review ESP Shaklee untuk BF & energy booster

    Followers

    Follow Us

    • Fb Page
    • facebook
    • instagram

    Labels

    #nijabagitips sharing Pregnancy Mommy's life shaklee effect vitamin saya make-up and skincare Motherhood Shaklee Vitamin sharing ilmu Adam Noah parenting set pranatal Shaklee kesihatan Shaklee Collagen Powder breastfeeding kulit cantik Naurah Ameena Second Trimester Set Postnatal labour wahm milkbooster

    recent posts

    Blog Archive

    • July 2018 (7)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (8)
    • April 2018 (9)
    • March 2018 (10)
    • February 2018 (7)
    • January 2018 (12)
    • November 2017 (1)
    • August 2017 (2)
    • July 2017 (4)
    • June 2017 (16)
    • March 2017 (2)
    • February 2017 (1)
    • October 2016 (1)
    • September 2016 (2)
    • May 2016 (1)
    • October 2015 (1)
    • June 2015 (3)
    • February 2015 (1)
    • January 2015 (1)
    • November 2014 (2)
    • September 2014 (2)
    • August 2014 (5)
    • July 2014 (7)

    Popular Posts

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata

    Most Popular

    • Cara Merawat Parut Berlubang Akibat Chicken Pox
    • Cara Pilih Krim Mata & Cara Guna Krim Mata
    facebook instagram google plus

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top